Alhamdulilah, Allah masih sayangkan aku. tidak dibiarkan aku tempang dalam perjalanan mencari cinta yg hakiki. diberikan aku tongkat untuk aku berpaut. ya, aku pasti tongkat itu dari pertolonganNya, tak mungkin Dia sendiri datang memaut aku kerana Jibril juga diutus untuk memberi petunjukNya kepada Nabi Muhammad.
"kau berubah kerana apa? kerana dia? yakni cinta manusia"
aku tak terkejut dengan persoalan itu, bahkan aku amat pasti yang soalan nie pasti ditanya pada aku kelak. aku tersenyum biarpun dalam hati terasa pedih bagai dihiris pisau yang tajam. adakah menjadi satu kesalahan kiranya aku ingin menjadi terbaik dipandangan Allah? apa yang pasti mereka bertanya kerana mereka tidak mengerti maka wajiblah aku sendiri yang menjawab segala persoalan yang diberi.
"dia bukan penyebab aku berubah. tapi dia salah satu jalan, cara Allah tarik aku untuk lebih dekat denganNya. Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui berbagai bagai cara. ada yang melalui mimpi, ada juga melalui kemalangan, ada juga melalui dakwah seseorang"
"kerana aku tiada tempat untuk berpaut maka Allah utuskan dia untuk aku berpaut, untuk aku merujuk, permulaan aku untuk lebih dekat denganNya. bila aku sudah mula bertatih semula, maka aku sendiri menyusur jalan mencari kecintaan padaNya."
ramai yang salah tafsir aku berubah kerana ingin mengikut seperti acuan dia, ingin menjadi seperti idamannya. telahan mereka salah kerana aku hanya mengikut apa yang Pencipta ku tetapkan, aku hanya mengikut apa yang Pencipta ku wajibkan, hanya mahu mencari keredhaanNya. acuan si dia selari dengan kehendak Pencipta. maka dengan itu mereka melihat aku seperti ingin menjadi seperti acuan si dia. aku tidak salahkan mereka, kerana mereka tidak memahami.
jangan takut berubah andai pasangan kamu mula memimpin kamu untuk lebih mendekatiNya. tanya hati kamu dahulu kamu berubah kerana ingin menjadi kecintaan pasangan atau menjadi kecintaan Maha Pencipta. andai kamu tau niat kamu berubah kerana ingin lebih mendekatiNya maka abaikan mulut mereka yang tidak mengerti...
namun, bersyukurlah andai pasangan kamu mula memimpin kamu mendekatiNya dari lebih menjauhiNya...
**aku bersyukur adanya kamu
5 comments:
cinta hakiki.. cinta yg suci :)
brubah kerna DIA
abaikan kata-kata orang.hanya kita tahu apa niat kita di hati.
* semoga perhubungan kalian mendapat keredhaan Allah. cepat2 kawin k. :)
Abu ::
ye, tepat sekali :)
Iffah ::
:)
Ruzz ::
Amin2.. terima kasih.. :)
alhamdulillah .....syukur kn kita masih ada kesempatan utk berubah...tnda Allah syg d bg peluang utk kita buat perubahan ~
Post a Comment