Assalamualaikum Selamat Sejahtera
Cucu tok yang nie banyak ragam tue mama saya yang kata. saya pun tanya la cucu mana pulak mama? yang nie la. sambil tunjuk kat perot saya. oh oh mesti baby golek golek kat dalam tue bila dengar opah dia cakap macam tue. agaknya la kan hihihi :p khamis ritu lepas suami habis keja, lepas je menziarah ibu sahabat dia kat KPJ terus kitorang gerak balik ipoh. kalau dah nak balik ipoh haruslah buat list mintak mama buatkan macam-macam kan. sebab tue mama saya kuar statment macam kat atas tue :p
yang terharunya mama kata papa dok sebut mana la si sakura nie tak sampai-sampai lagi. dan papa sanggup tunggu kitorang sampai walaupun dah lewat sangat masa tue. yang kelakarnya tue papa cakap kat mama "anak aku ngandung aku pulak ke yang alahnya ye?" mama pun tanya la kenapa pulak papa yang nak kena alah. "yela lepas je dipeluknya aku tadi terus aku rasa nak demam" =.= mama gelak sakan kat papa. saya dengan suami pun tergelak masa mama cerita tue hihihihi.
jumaat besoknya ajak suami dengan mama cari Klinik Raoofah yang Adam suggest. nak buat scan. walaupun baru dua bulan tapi suami suruh jugak scan sebab takut jadi macam kes kak kitorang tue baby luar rahim. sebab tatau bleeding teruk. katanya sayang isteri oihhhhhh. kemain dia bebel tak puas hati kat saya bila ada sorang makcik kat klinik tue kata awal sangat nak scan. bila masuk jumpa dokte, dokte kata elok scan awal-awal sebab nak tau keadaan baby. terus suami tersenyum sampai telinga. puas hati la tue bila dia tau keputusan dia dokte sokong. hihi
time scan tue dokte tunjuk rahim kat mana. kantung baby kat mana. babynya kat mana. jantung dia. paling syahdu bila dokte bagi dengar degup jantung dia. dup dup dup laju sangat. mama kata anak kitorang aktif la tue kot jantung laju macam tue. subhanallah sebaknya bila dengar jantung sikecik kat dalam nie. suami yang duduk tengok kat skrin besar dengan mama pun kemain teruja dia. sungguh sampai sekarang terngiang lagi bunyi degup jantung khalifah kami nie. kata dokte Farhana crl baby kami besar menandakan yang dia mungkin chubby. kengkawan ramai terkejut bila tau crl dia besar tue dalam usia dia dua bulan. tapi saya tak terkejut sebab abi dia chubby masa kecik ikut abi dia la tue.
bila balik kampung cakap je nak makan apa. mesti mama papa turutkan. papa siap nak belikan udang galah sebab ritu dia makan rendang udang galah tapi saya tak dapat makan. tak payah la papa. udang tesco xxl pun sedap kalau dah teringin sangat nak makan. hihihi. kalau duduk kat sini memang tak lalu makan tapi bila balik kampung sampai tak larat nak bangun asyik dok makan jer. selang dua jam makan. kata mama "kamu tue dari kecik sampai beso makan masak mama sebab tue la lalu je makannya" mestilah kan. air tangan ibu nie tak sama dengan air tangan makcik kedai bawah tue hihihihi.
ahad sebelum saya dengan suami gerak balik penang. kitorang balik batu gajah dulu. hajat hati nak ambik bunga teratai. dok terbayang makan buah tue. omaiii. sampai je kampung tengok ayah chik dengan abang-abang sepupu saya ada kat situ. dengar je mama kata "cucu kami nie nak makan teratai" terus ayahchik turun lombong ambik teratai. dapat je makan tue rasa nak nangis syahdu sebab dah banyak hari teringin huuu
yang duduk atas rakit tue la tokchik baby. tolong ambikkan teratai ummi hihihi
makan macam tue je ritu. tapi kalau nak buat bakar pun boleh. tapi sebab dah tak sabar nak tunggu kena bakar korek-korek pastu ngap terus hihih. abi pun baru first time makan. nasib la kat lombong tue hidup lagi teratainya kalau tidak mau pening kepala abi dengan opah nak mencarinya hihihihi.
17 comments:
Keliru skit baca kat bahagian atas tu...
di perenggan 1..(saya pun tanya la cucu mama pulak mama? yang nie la. sambil tunjuk kat perot saya. ) MANA YE...
di perenggan ke 2 (yang terharunya mama kata papa dok sebut mama la si sakura nie tak sampai-sampai lagi.) MAMA lagi...rasa akak MANA kan.,
makan teratai..sedap ke..tak pernah makan pun..huhu
first, sile perhatikan ejaan mama dengan mana tu betul2 ye.. blur aku bace.. @.@
ko memang banyak ragam pun,tak payah nak salahkan baby tu sangat r ye.. inosen lagi dalam perut tu.. luar perut tu yang terlebih ragam =P
teratai boleh makan? aku tak pernah tau pun..
lama tka makan buah teratai tu....yum yum sdap..mcm kacang rasa dia ^_^ balik kg kalau ada lagi nk cari lah hehee
wahhhhhhh sonoknyaaa dia! semoga berbahagia yaaa syg! hehehe. tak sabau nak tgu bb kua! huhuhu bila bb nak kua neh?? huhuhu
Terbayang² rendang udang galah sebab tak pernah makan...haishhhh...terus mengidam, acaner tu ☺☺
Tak pernah makan teratai. Rasa nya mcm mana kiera?
wak pon pestaim tengok org makan teratai nii.., uHHuuu
hehehe.. moga dipermudahkan semua ye dear
melampau yea ....dok dlm peyot senyap2 jgn kacau umi ~ hahahaha
teratai?leh mkn cmtu ja ka?
i never know , boleh mkn teratai... wah...baby!! harap suma baik2 je.
mengidam teratai? unik!
teratai boleh makna ke kiera???
TAKNAK KOMEN! TAKNAK KOMEN! I IS JELESSSS! Huhh!
Tak pernah makan teratai tu... pelik ni... ada jual tak kat TEsco? Nak beli sekarang jugak ... nak try makan ha..ha...
ngidam banyak sgt ni hah.. tape lah untuk khalifah kecil tu jugak kan.. hee~~
sy suka mkn teratai tu jugak kak.. selalunya mkn mcm tu je je.. tak pernah bakar pulak
eh achik aim tak sabaq nk tggu awk kuar. hihi.
teratai tu kn penah mkn, mcm tak rasa apa pn.
amboi mengidam pelik2
kat umah iffah ade biji teratai y da dibakar
ibu bwk dr vietnam
akk nak?
Post a Comment