Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

03 January 2013

Perjalanan Seorang Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah perjalanan sebagai seorang isteri semakin hari semakin bahagia. syukur dengan pinjaman nikmat dari Ilahi. rasa nak berkongsi kegembiraan kat sini pulak. eh takde niat nak meninggi diri tau apatah lagi nak mendabik dada dengan kebahagiaan yang dipinjamkan Allah. 

PJJ atau Perkahwinan Jarak Jauh itulah perjalanan yang saya dengan suami kena lalui. isteri yang sentiasa duduk dengan suami dibawah satu bumbung tak sama dengan suami isteri yang kena PJJ. jadi jangan terkejut bila suami isteri yang berPJJ nie ada masa terluang mesti nak dihabiskan bersama. maksud saya contoh ada cuti panjang tak dapat duduk melepak dengan kengkawan. tapi merap laki bini. sesape yang tak paham mesti terfikir dia nie dah kawen macam takde life dengan kengkawan asyik la mengadap muka laki dia. mohon mengerti yang waktu cuti la masa untuk kami suami isteri PJJ nie membaja cinta menyulam kasih #Muntah hihihihi :p

tapi takde la saya kata kami nie langsung tak berkawan bila dah kawen tapi cuma nak mohon maaf andai ada yang terasa macam kami dah kurang bercampur gaul macam masa bujang dulu. sekarang komitmen dah makin banyak makanya kena lah pandai bahagikan masa. nak puaskan hati semua orang confirm tak mampu tapi akan cuba sedaya yang mampu. :D eh cakap macam ramai je yang akan cari bila awak tue hilang Syakira oiiiiiiii :p

kata Ustaz Don seorang wanita itu akan lebih bahagia bila solatnya diimamkan oleh seorang suami. ye memang itu salah satu saat yang saya tunggu sebelum menjadi isteri orang. berjemaah bersama suami. ohhh syahdunya bila teringat. kadang tue bila solat sorang kat sini tersasul niat solatnya selalu tue berniat mengikut imam tapi lupa yang imamnya jauh nun di penang ;( dan lebih syahdu bila lepas solat suami yang tolong lap kan air mata yang berjuraian hihihihi :p awak yang lelaki mohon mengerti yang seorang isteri akan terasa lebih bahagia bila solat berimamkan awak. mohon mengerti ye.

bab memasak. secara jujurnya saya jarang masak kat rumah mentua. nak tolong pun mama mentua kata pegi la duduk depan tengok tibi. yela nanti kalau saya tolong jadi lambat pulak keja dia. sebok dok tanya mama asam keping kat mana yang tue kat mana. huu sebenarnya saya pun sama kalau nak masak suka masak sorang-sorang. entah la mungkin jadi kekok bila terasa ada yang memerhati cara kita buat kerja. teringat hari tue masa menyiang ayam ikan kat dapur saya suruh mama mentua duduk kat depan. saya jadi nebes bila dia ada kat tepi, gelak je mama tue bila saya kata macam tue :D tapi jangan kata saya tak masak langsung ye. selalu nya bab makanan tengahari mama mentua yang sediakan kekadang je saya yang buat, bab bekpes ringan-ringan saya ambik alih bila saya ada kat rumah ;) 

dan selalu saya ingatkan kat diri sendiri pandai-pandailah bawak diri. kalau dah mama mentua yang masak selalunya bab kemas rumah, hal ehwal kain baju, pinggan periuk kat sinki tue saya la tolong ambik alih. mama saya pun selalu ingatkan sebab takut anak dia cuma duduk rumah membesarkan isi peha jer :p mama insyaAllah saya bukan jenis begitu hihihihi. #HaaaNampakTakRajinnyaSayaKatSitu :p 

Alhamdulilah syukur dengan perjalanan sekarang nie. walaupun mungkin perjalanan saya dan awak semua tak sama tapi yang penting kita sama-sama bahagia dengan jalan yang kita lalui kan ;) moga kebahagiaan saya dan awak semua berpanjangan hingga ke syurga hendakNya. 

dan takde kata-kata yang boleh dilafazkan selain syukur yang teramat sangat bila kami suami isteri tau ada si kecil yang sedang membesar dalam rahim saya. Alhamdulilah ini hadiah yang paling bermakna untuk kami suami isteri. si kecik nie baru 5 minggu macam tue kalau mengikut perkiraan dokte fana. mendoakan moga Allah beri kesihatan yang baik pada saya dan anak kami. moga Allah izinkan zuriat kami keluar melihat dunia dalam keadaan yang sihat tubuh badannya dan cukup sifatnya. dan moga Allah bantu saya dan suami mendidik khalifah ini menjadi yang soleh solehah yang berjihad di jalan Allah. Amin.

terima kasih semua sahabat yang mendoakan rezeki kami dimurahkan. terima kasih semua sahabat yang saya sayang. mendoakan agar urusan awak semua dipermudahkanNya dan awak semua jugak beroleh kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke syurga. Amin

24 comments:

kay_are said...

pjj pun berjaya gak menyulam kasih dengan jaye nye kan? =P tahniah dan congratz (tahniah = congratz kan? ) err.. ape pun, semoga lahir r baby tu dengan selamat nanti ye.. aku tau ko rajin, tak perlu nak state rajin tu lebih sangat weh =P

aDisH.sHidA said...

bahagia nya depa yang dah kawen...tahniah dan jaga elok2 kandungan tu jgn aktif sangat

Fiza Rahman said...

Betul tu kiera, saat yg di nantikan oleh seorang wanita apabila suami menjadi iman dalam solatnya.

Wah...tahniah. Selamat menempuh 40 minggu nan indah. Take care.

aku HaniAsyira said...

wooo,, bestnya akak kan nak dapat baby.. moga akak dan kandungan baik2 taw.. semuanya bagus2 saja..

jarak tak memisahkan kita.. cewahh

Mrs. Abi said...

tahniah... :) jaga diri tue, suami duk jauh, xde sapa jaga....so jaga diri sendiri dengan sebaiknya k....

hainom OKje said...

Tahniah Kiera..... tak sia sia selama ni...he..he... jangan marah Kiera...

Beruntunglah Kiera ... tak yah kena masak..... dulu Okje masa baru-baru kawen tak de can nak tgk tv walaupun dalam hati malas nak masak... mesti duk kat dapur jugak walupun potong bawang.. he..he...

OKje baru kawen dulu mmg tak tau masak... terukkan??

Seneorita Baharin said...

Tahniah sis..jaga kandungan elok2 tau..Semoga sis dan baby sihat2 sokmo.. :)May Allah bless u..

Ruzzezanie said...

suka pulak aku baca entri ni. ko tu, aku tau. kekdang mesti asyik rindu2 je kat nadh tu kan? langsung tak rindu aku letewww. *nangis*

weee, tak sabar nak tgk perut shbt aku ni memboyot!!

Hafizin Jamil said...

pehh..kak kira.. ni buat rasa nak kawin ni..haha

Jna marcello said...

SERONOK JEEE bace entry ni... ;))
Na pulak rasa mcm dilamun cinta tbe2 pastu nk xcited kawen cepat..

kiera Na ade soalan..
kira rasa klau kawen dgn org yg kita x kenal boleh bawa bahagia ke???

Kesuma Angsana said...

doakan yg terbaik for u ye always

نورعيم said...

alhamdulillah akak bahagia, org pn bahagia tgk akak bahagia :)

tahniah akak syg! jaga diri ngn baby elok2 tau :)

Z@i Z@mR33 said...

Alhamdulillah...tahniah kiera

Cik Gee said...

alhamdulillah.. berbunga2 hati sy bila bace entry ni. indah sungguh aturan Allah kan kiera.. ^^

Zurina Hj.Zainal said...

semoga kandungan sihat ye....bakal umi kena selalu rehat tau...hehehehe...

neesa_jun said...

tahniah kiera!!alhamdulillah......tak apa...in shaa Allah...nt akan dipermudahkan supaya leh duduk sebumbung sebilik sekatil... =)

Sue PeLik said...

semoga terus bahagia syg!!! :) sonok jerk baca... tersenyum2 sengsorang saya neh...hikhikhik. tak leh nak meroyan sesama dah laaa erk??? huhuhu

cograt dear! jaga baby elok2 k.:)
hi babyyy!!! ini untie sue pelik! jom main kejar2 dgn untie nak??? :P huhuhuhu

ermm, eh, rasa mcam tua pulak. err tukar panggil kakak boleh tak?? heeeeeee

hainom OKje said...

Dala meta masa hantaq anak teringat Kiera... tu yg jengah sini tu...

L said...

bersabar ye akak.. semoga akak bhgia.. amin.

Wak Gelas™ said...

wak pon ucap tahniah jugakkla.. ehhheE

Ain Norainsyah said...

Jarak jauh? Abang ain dengan wife dia pun jarak jauh. memang seksa kot... boleh nampak...huhu. Papepun, semoga selalu berbahagia ye akak. :)

Edy Fee said...

TAHNIAH...semoga anak dlm rahim tu membesar dengan sihat n cerdas.....moga berbahgia di samping suami

inche hlovate said...

wah kiera dah pregnant..tahniah.. semoga dipermudahkan ye :)

Sue PeLik said...

lamanyaaaa hilang cik kira??? huhuhuhu

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...