Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

21 May 2013

Afiq Danial Yang Dah Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


bila tengok gambar nie mesti terbayang keletihan dan kelelahan mengejar budak kecik tak reti duduk diam nama Afiq Danial nie. tapi semua letih tue terubat bila dapat gomoi2 cium pipi tembam dia tue. weekend lepas mama dan kakak sekeluarga datang jenjalan kat penang. Alhamdulilah dapat jugak lepas rindu jumpa diorang semua. dengan kakak pun dah berapa bulan tak jumpa yela diorang duduk banting saya duduk utara balik kampung selalu tak sama masa bilanya yang nak jumpa.

cuti-cuti yang jadi cute bila ade si kecik nie. gambar tue dekat atas bukit bendera. usaha dia masuk kepala dalam lubang tue semata nak bagi pose kat pakcik dia. haishhh geram sungguh. dan nampak tak kat sebelah dia ada palang. kat situ pun dia nak sumbat kepala nasib baik paham bila orang jerit kata kepala dia tak muat masuk ikut situ. sabo jela dengan adik nie. 

bila time kitorang solat dalam masjid. bukan main seronok lagi dia berlari kesana ke mari. nasib la time tue kurang orang, kalau tidak tatau la macam mana nak kawal. kalau larang sangat nanti menangis buat perangai. boleh tangkap kejar jela, bila agaknya dia dah letih berlari. lari sikit bummmmm jatuh pengsankan diri. hihihi lawak sungguh.

paling dia suka petik suis soket. tapi yang bijaknya sebelum dia nak petik dia tengok dulu muka kita. kalau kita buat tatau dia pangggil. dah toleh baru dia petik suis tue lepas tue cepat-cepat lari. ade je benda yang dia buat nak tarik perhatian orang tue. mane la kamu tak jadi kesayangan ramai adik oiiii.

yang lawaknya. time makan kat tepi pantai teluk bahang tue bukan main tak reti duduk diam dia tunjuk nak turun main air. bila pakciknya bawak, baru je kaki cecah air terus menjerit mintak dukung, takut!! adoiii ingatkan berani sangat. kalau ngusik orang dia gangster nombor satu tapi bila kena air laut terus menjerit nangis. hihihi.

moga membesar jadi anak yang soleh Afiq Danial sayang, moga sentiasa sihat dan terus cerdas serta cerdik. nanti bila adik dah lahir tolong achik jaga adik baru ok ;)

9 comments:

inche hlovate said...

hihi comel la dia..

MR & MRS MAKMUM said...

COMEYNYA....SBB TU LA AGKNYA KN ORG SALU CKP BILA PENAT KERJA BALIK TGK MUKA ANK TERUS ILANG SEMUA LETIH TENSION BAGAI

Kesuma Angsana said...

hehehe germa tgk comey sungguh lah !

Z@i Z@mR33 said...

bdk2 besar ni mmg comey ckit keletah depa...ada2 sj...

seharum kasturi said...

tgk ukanya yg comel gebu tu dah geram . dgr cerita keletah dia , lagi la gerammmm ...

Fiza Rahman said...

Comelnya ☺☺

نورعيم said...

ahhhhhhhh comelnya! bulatnya! nak je gomol2 afiq ni. hihi.

kay_are said...

memang comel! boleh wat geng tengok kamen rider sikit lagi ni.. =P

kay_are said...

memang comel! boleh wat geng tengok kamen rider sikit lagi ni.. =P

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...