Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 July 2014

Diary Ramadhan Ummi Uwais #030714

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ape? ingat diary ramadhan Rafiq je ade? :p saja hadirkan diary ramadhan. bukan niat nak kumpul gambar makanan. cuma catatan saya sendiri yang masih diuji dengan PJJ suami isteri. kalau ramadhan dulu pun puasa sendiri jugak tapi bertemankan anak dalam perut. tapi tahun ni lain sikit, anak dah lahir dan cabaran dia lebih besar lagi ;)

Ramadhan Pertama ;

kedah cuti, makanya seronok la saya bergolek-golek dengan anak dan abi dekat rumah. sahur pertama kami ditemani anak. 4.45am dah bangun, mintak abi peluk anak. saya nak sediakan sahur. Fateh Uwais kalau terjaga dari tido, mesti nak sentuh kulit orang. asal dapat je sudah la dia akan tido balik sebab dia tau dia tak keseorangan.

tengah panaskan makanan dengar anak menangis. kuat. jadinya saya mengalah. naik atas bagi anak susu dan kejut abi. suruh take over dapur. alhamdulilah Uwais sambung tido balik lepas dapat apa yang dia nak.

waktu berbuka dia langsung takmau tido walaupun tahu dia dah mengantok dari awal lagi. dari biar dia main sorang dan takut teralit tak sedar main tangga. saya letakkan dia ditengah antara saya dengan suami. suami suap anak makan saya pegang. asalkan tak menagis dan kami masih boleh berbuka itu dah memadai ;) pandai pulak tu bila abi lambat jerit-jerit kat telinga abi suruh ingat dekat dia sama hahahahaha :p

Ramadhan Kedua ;

 jangan ponteng puasa tauuuuuu

suami dah hantar kami balik alor setar lepas berbuka semalamnya lagi. disebabkan suami nak balik naik bus awal arini, bus gerak pukul 5.45am makanya seawal 4 pagi lagi dah bangun. alhamdulilah anak masih lena tido saat kami berdua bersahur. elok pulak hujan. sejukkk aje. lena la budak tu.

haaa ini yang nebes. pestime nak berbuka dengan baby aktif sorang tu. petang sempat masak dulu. disebabkan dia suka kejar saya bila masuk dapur. saya hadang dengan kotak besar. mula tu dia dapat lepas tapi sesudah saya perkukuhkan pertahanan saya akhirnya dia mengalah. yesss ummi menang!! hahahaha :p menjerit-jerit dia panggil saya. sory la sayang. ummi tak nak awak terkena percikan minyak. jadi duduk situ dendiam.

sebelum berbuka siapkan anak sesiap. salin pampers, tukar baju tido. bagi susu. layan dia main dulu. masuk je maghrib dia pun datang panjat kaki sebab nampak saya menghadap makanan. nak letewwww. ummi bagi biskut, bukak upin ipin. dan dia senyap makan makanan dia sambil layan video. dah habis biskut mai panjat kaki lagi. hihihi. alhamdulilah anak ummi behave sangat. sempat la ummi berbuka sama waktu dengan orang lain. thanks Allah :)

Ramadhan Ketiga ;

 lena anak ummi tido, hujan sejuk.

oh sahur sendirian, sedih dan pilu? tak sempat!!! pasal terjaga lewat. 4.45am baru jaga. lewat la tu bagi saya yang ada anak. sebab biasanya 5 lebih dia akan jaga mintak susu. siapakan sahur sesiap, makan lelaju dan abi call. takut isteri dia tak terjaga sebab senyappp aje(tak mesej dia). biasanya saya akan mesej suami dulu menandakan saya dah bangun sahur. elok habis makan, habis membasuh anak pun menangis mintak susu. alhamdulilah.

berbuka hari ketiga ni dia gedik sikit sebab nampak housemate saya berbuka sekali. tak boleh pulak duduk diam macam semalam. kejap datang dekat saya, kejap lagi mintak housemate dukung. nasib la housemate pun memahami dan rajin layan dia walaupun setiap kali anak pergi ke dia saya ambik balik.

ok cukup la tiga hari dulu. karang buat lebih-lebih naik bosan pulak orang membacanya :p alhamdulilah Allah terus permudahkan urusan saya disini walau masih berpjj dengan suami. rezeki Allah tu luas. mungkin belum tiba rezeki kami nak tinggal sekali tapi Allah lorongkan rezeki dalam bentuk lain. syukur Allah hadirkan anak yang behave dan tak banyak karenah. Alhamdulilah

9 comments:

Izwa Kamaruddin said...

ade anak ni makan pun macam katun kan..hehehe..

Zai Zamree said...

Aqil pon time bbuka sm kalut dia nk mkn sm.k.zai bg mkn buah2 ja kt dia sesambil bbuka.kdg klau lmbt siap bdiri soh suap

safurara said...

bulan puasa kali ni sejuk je kan.xde rasa dahaga sangat.

cik Anggur said...

cabaran tetap ada dr ank dlm perut smpi la keluar ~ ummmmmm

ewanthology said...

banyak dugaan pjj ni...harap dipermudahkan.

juicy X said...

Mau dia berselimut noo...umar kalo terkena selimut kmi pon dy dh tepis, apatah lg nk selimutkn dia

QasehnyaRania said...

tahun lps masa pregnantkan fateh cmna puasa kira? kongsi la sikit pengalaman, boleh?

alhamdulillah. Allah permudahkan buat kira yg pjj dgn suami. dgn nak handle ank kecik lagi kan..

Aryan azra said...

hehe..dah ada nak ni memang makan tak ketahuan la kan, mana empat je kadang tu..tp alhamdulillah setakat ni masa berbuka,suami akak rela bg akak mkn dulu dia tgkkan si kecik tu..

AtieYusof said...

Hihii..kira nya berpuasa dengan Uwais lah ni ye..sahur pun bersama..seronok nya.. klu abg keje mlm, akak pun sahur sensorang..Pa'e kadang bangun kdg tak..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...