Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
satu satunya kuih raya tunggal yang ummi uwais kerjakan untuk aidilfitri yang tak berapa hari je lagi hewhewhew. ai is seorang pemalas nak buat cookies. alkisahnya oven kecik je tu pun pemberian bebudak KBU masa kawen dulu. kalau buat kek, dah siap adun, bakar je sebijik dalam tu takyah tunggu dah. bila buat cookies empat kali kena bukak tutup oven nak tunggu sampai habis adunan. malas!! hahahaha
dah pernah buat tahun lepas ke dua tahun lepas ntah lupa dah. rasa dia boleh la tahan sedap. puji diri sendiri takpe ke ni? wahahahahaha :p tapi bab bentuk tu memang failed!! ada yang bujur, bulat, empat segi je takdak kahkahkah.
nampak macam kena buat lagi satu adunan. duk pulun makan laki bini sikit-sikit karang takdan nak bagi ke sesape pulak. tehehehehe. mohon masing-masing doakan ummi uwais ni diberikan sifat yang maha rajin untuk buat cookies ni. mohon ye mohon :p
resepi cookies Famos Amos yang tatau boleh dapat berapa bijik satu adunan
sumber asal : dah tak ingat kat sape tapi mohon halal pada empunya resepi
olahan semula : Syakira Yaakub
Bahan-bahan :
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
1 cawan butter
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sb susu cair @ segar
4 cawan tepung gandum
1 sk kecil garam
1 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan coklat chips yang bermutu tinggi
1 sk esen vanilla
3 sudu besar sebuk koko
Cara-caranya :
- pukul mentega, gula, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati
- masukkan tepung gandum, garam, soda bikarbonat, serbuk koko pukul sampai sebati lagi
- masukkan walnut dan coklat chips gaul2 bagi sekata dan rata dengan adunan tepung. sila pakai spatula untuk mengaul. pakai tangan pun bolehhh
- saya simpan adunan dalam firdge 30 minit dulu untuk elak adunan meleper sangat masa dibakar
- sudukan adunan (mengikut acuan dan besar sendiri) atas dulang pembakar yang dah siap digris butter. kalau taknak letak dalam fridge terus boleh sudukan adunan dan bakar
- jarakkan sikit sebab nanti cookies akan mengembang bila dibakar
- bakar pada suhu 170c selama 15 minit. atau bergantung pada suhu oven masing-masing. saya suka cookies yang rangup sikit tu yang bakar suhu tinggi
- setelah cookies perang atau masak sejukkan diatas jaring sebelum disimpan didalam bekas kedap udara
- selamat mencuba!!!!
sila guna butter dan coklat chips yang bermutu tinggi. baru lah sedap sikit nak dimakan ihihihihi. ohhh ye takde ambik tempahan ye. kalau nak ambik pun lepas raya la gamaknya. tak rajin nak kojekan cookies tengah ni hahahahaha
saya olah balik dari resepi yang asal. tang mana nak kurang nak lebih ikut citarasa sendiri bergantung pada apa yang ada dekat rumah. jadi kalau korang nak tambah kekacang lain ikut sedap tekak korang dipersilakan ;)
ohh ye semasa proses membakar sila simpan adunan yang lain didalam fridge dahulu ye. nak bakar lain baru bawak keluar pulak. dan begitulah sehingga adunan habis dibakar.
atau kalau macam tak berapa nak rajin buat sendiri tu boleh la order dengan SYAKIRA HOMEMADE
satu balang cuma RM30
55 + 5 biji extra
55 + 5 biji extra
019-4942450
:)
22 comments:
Nampak senang gak, nak try la nanti...
Nak buat tahun ni..
Semoga air tangan ni Nanti sedap.. Haha
wow. Nampak sedap. Resepi pun nampak mudah.
Terima kasih kerana berkongsi
sedap biskut nie...macam chipsmore :-))
sedapnya kira.. terliur dh ni :)
mohon simpan kami sikit. memgidam time pantang ni lg dasyat dari mengandung tauuu
alhamdulillah rezeki sayakat biskut ni bnyk sgt org bagi..so jimat dah takyah buat..hehehe..tinggal makan je untuk org pemalas mcm akak ni dik :)
klu rajin nenani boleh la buat ....
rjin gak la ni...akak x rajin trus
Nyums sedap.. Tahun ni akk x sempat buat lagi sekut ni. Mcm x sempat je:(
akak cuma buat cornflakes madu je dengan anak2..hahaha lagi senang
nak nak..
lepas raya nk try buat lah
ok laa ada jugak buatnya walaupun sejenis jer..
cc : bini2 tlg buat. haha
ramai blogger buat biskut ni mesti sedap :)
Ohh....bagi minyak masak ye Kiera....
Wahhh dah terer ler umi Uwais buat cookies sekarang ni.....mmg dah sajak sangatlah jadi umi hihi
Assalam kira,
ooohoooiiii
ghajin uols menyekut yer
bak sebalang boleh??? he3
teringin nya
Sedapnya.. nak cuba jugaklah..
Terbaikkk.. Boleh try buat lepas ni..
Klau rajin hihihi
boleh cuba nanti nampak sedap pemes biskut ini
Post a Comment