Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

19 January 2016

Cara Kenalkan Makanan Pada Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




tajuk je dah panjang berjela hahahahaha. entry ntah ntah lagi panjang :p ada kawan tanya cara saya kenalkan makanan pada Uwais. dorang seronok tengok badan uwais yang bam bam macam emon kesukaan dia tu :p alhamdulilah memang syukur sangat dapat anak yang suka makan ni. mungkin salah satu faktor ummi abi yang suka makan jugak. jalan sikit makan. jalan lagi makan. kalau jalan tak bawak makanan memang tak sah hewhewhew. 

Umur 6 Bulan

baruuu mula kenalkan makanan pada Fateh Uwais. sebelum tu jenuh jugak menepis dari kiri kanan yang nak suap makanan dekat anak kita. untuk pengetahuan yang rasanya memang ramai dah tau. dari newborn sampai 6 bulan perut bayi belum matang untuk cerna sebarang bentuk makanan selain susu. kesian perut dia nak kerja keras. masa Uwais 6 bulan sampai 6 bulan setengah saya bagi makan puree buah je. cuma tukar-tukar la minggu ni epal minggu depan pear. atau campur. Uwais paling suka epal merah tu. kalau bagi laju je dia makan. 

Umur 7 bulan setengah

baru saya kenalkan bubur nasi. seminggu bubur nasi kosong je. lepas seminggu baru letak isi ayam dengan sayur. tu pun saya blend bagi hancur macam puree tu jugak. Puree buah tetap bagi sehari dua kali. Umur 7 bulan bubur nasi cuma sekali sehari je saya bagi. susu tetap on macam biasa. depend on demand dia masa tu.

Umur 9 bulan 

baru saya bagi nasi lenyek. ayam dengan sayur pun lenyek atau blend hancur betul. senang perut dia nak hadam. overall Fateh Uwais takde masalah sembelit masa tu. 9 bulan dia dah mula makan bubur nasi blend dua kali sehari. buah, susu tu tetap macam biasa.

Setahun lebih sikit

baru saya berani bagi dia makan nasi sebijik sebijik tu. tu pun makan dengan kuah sup. bagi nasi kembang sikit. sebab? Fateh Uwais lambat tumbuh gigi. gigi pertama dia tumbuh masa dia umur setahun. dah bertambah gigi barulah saya berani nak bagi makan ayam sayur buah yang pejal tak di blend. alhamdulilah lagi berselera budak tu makan. dan kerja ummi jadi mudah la sikit tak payah nak main blender je kerjanya hihihi. 

Makan dulu sebelum susu

biasanya dah boleh baca waktu bila dia nak susu dan waktu bila nak tido. sebelum time menyusu memang standby bagi makan siap2. pagi2 dalam 8 lebih bagi makan puree buah dulu. tengahari bangun je tido bagi makan nasi blend. petang lepas bangun tido bagi puree buah atau nasi blend balik. malam cuma minum susu sampai la dia umur 10 bulan macam tu. nak stabilkan perut dia bagi matang elok. dah lepas 10 bulan baru berani nak bagi makan malam. 

Utamakan Sayur dan Buah

dua benda ni yang selalu kita tinggalkan bila tengok anak reject sayur dan buah. Fateh Uwais ada jugak sayur yang dia reject. contoh sawi dia takmo makan daunnya. tapi batang dia suka. puree brokoli tak suka tapi brokoli pejal dia makan. kena rajin try and error baru dapat rentak ragam makan dorang. dan bagi saya buah tu memang penting. manis buah takpe.

Elakkan coklat, makanan ringan yang manis-manis

kami ada jugak bagi jajan coklat aiskrim dekat Fateh Uwais. tipu la kalau kata tak pernah bagi langsung. tapi masih dalam kawalan. sehari satu tu pun kalau dia nampak benda tu. selalunya jajan coklat ni kami sorok dari pandangan dia. tak nampak makanya dia pun tak merengek mintak dan kita pun takde nak rasa kesian kalau tak bagi dekat dia. Fast food pun saya jarang bagi dia makan. kentang putar KFC tu dah dua tahun baru Uwais reti makan. tu pun dia buat cicah dengan fries. kihkihkih. kalau sebelum ni pernah je bagi tapi bukan dalam kuantiti yang banyak dan hanya kentang je. sos dia masuk mulut ummi abi. yang healthy je bagi anak. yang sedap tu bagi ummi abi. sebab yang sedap tu mesti la banyak MSG nyeeeeeeee :p 

Rule makanan bayi

serius. saya tak ikut rule yang ramai orang share tu. satu nya penyakit malas :p satu lagi saya ikut bajet diri sendiri jugak dan benda apa yang ada depan mata. yang tengah musim masa tu. asalkan perut anak ok sihat, saya teruskan. nampak beza sikit kita berhenti. 

buat masa ni tu jela cara saya. dan saya memang kenalkan makanan orang dewasa untuk tempoh yang awal pada Fateh Uwais. senang sekali masak. almaklum lah ummi ni rajinnya time weekend je. itu pun KALAUUUUUUUUU :p

tiap cara kita berbeza. tapi setiap ibu bapa mesti tau macam mana caranya nak jaga sistem penghadaman perut anak-anak jugak kan :)


post signature

14 comments:

Raihanah Ahmad said...

alhamdulillaj saya pun ikut cara ni, anak suka makan

Raihanahahmad said...

saya pun mula introduce solid pada umur 6 bulan

QasehnyaRania said...

eh eh sama la dgn rania. rania pon x suka sawi huhuhu. pernah uat sayur sawi, dia gigir pastu campak.sedey..

tapi karrot, brokoli, bunga kubis mmg kesukaan rania.

setuju sangat utamaka sayur dgn buah. dh pnh tgk anak anak ditadika. suka kuis sayur bila nk mkn.. huhuhu

tu la, kan mmg kena try and error. baru la kita boleh tahu selera anak..

idzwa kamaruddin said...

good sharing dik kira!

el said...

kalo ada bb kecik nak masuk 6bln mmg yg artikel ni yg akan cari dulu

iryanty ismail said...

comelnya uwais masa baby :-))...geram tengokpipi

zarul farhana said...

berguna ni

Nora Karim said...

Anak2 kalau dah boleh makan mmg senang sgt rasanyakan?! Sebab boleh masak sekali arung je... hehehe

seri nian said...

ada ibu yang x sabar bg anak makan...bahaya untuk usus anak

aryan azra said...

akak pun bagi makan anak sesedap rasa je, banyakkan buah dan sayur, umur setahun baru akak beri bubur nasi sebelum tu puree buah dan sayur, mesti dicampur kismis dan kurma juga

aizamia3 said...

Lain anak lain kerenahnya tapi kalau dari awal kita dah bentuk, takde masalah dari segi apa yang dia akan makan.. ;)
Sama jugak dengan akak.. ada sayur yang anak2 makan, ada sayur tak..

Nurhuda Ismail said...

huda kene cari balik entry ni bila da ada baby :P

zai zamree said...

kita sm kiera...smua tu akak buat kt Aqil & Alhamdulillah Aqil mmg suka mkn & x rejek buah & sayur.keropok & coklat mmg x ajar cuma kdg2 p knduri dpt coklat/kopok tpksa la bg bl dia dh nmpk tp sj2 nk beli mmg x la.
smua bnda yg kita mkn dia mkn...sng cerita

LM said...

Akk smpi baby 11 bln ni masih blend lg sbb gigi br ada 4, mustahil dia blh kunyah smua bg hancur. Baik akk blend bg mudah hadam x la sembelit nnt

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...