Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 March 2016

Alhamdulilah Fateh Uwais Dah Free Drypers!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



sebenarnya dah lama pun boleh train Uwais free drypers. setiap kali dia nak buang air besar memang dia bagitau. selalu tengok budak lain kalau nak membuang tu mesti pergi menyorok belakang langsir la belakang tingkap la sebab takmo orang tengok. tapi Fateh Uwais kami tak. mesti cari ummi abi dia kalau nak membuang. siap suruh pegang tangan dia takmo jauh-jauh. sabo jela anak oiiiiii. 

tapi disebabkan kesihatan ummi tak berapa baik masa pregnant ni, dah tu pulak asal weekend ada je aktiviti luar tak pun balik kampung la bercuti la. rasa macam tak berapa selesa pulak nak train anak. pada saya, saya lebih selesa train dia waktu cuti. yang lagi buat ummi bertambah semangat nak train. lepas je bukak pampers nak ajak mandi mesti terus terkepit-kepit nak 'tencing'

25 Februari masa dia kena HFMD tu mula ajar Uwais free drypers. mula pagi hari lepas je mandi pesan ke dia. hari ni kita pakai spenda je. takmo pakai pampers dah. Uwais dah besar. dah pandai. kalau nak kencing(maaf bahasa pasar) bagitau ummi abi cepat2. kalau nak berak(maaf lagi sekali) pun bagitau ummi abi cepat2. dia angguk iyakan je. 

untuk hari pertama tiap setengah jam saya berulang bawak dia pegi toilet. Uwais tak mintak pun. tapi saya yang bawak. sebab takut dia terlupa yang dia takde pampers. hari pertama lepas tanpa adegan terkencing dalam spenda. bab buang air besar memang dia bagitau siap2. terlompat-lompat cakap nak berak terus bawak masuk toilet. memang gitu pesen dia. asal nak membuang je terlompat-lompat dulu =..=

26 Februari hari kedua. sejam sekali bawak masuk toilet. atur kencing. cumanya Uwais takmo kencing dalam toilet dia sendiri. kawan ada hadiahkan toilet train Ikea tu dekat Uwais. tapi Uwais siap menangis2 takmo kencing dalam tu =..= tatau la geli ke ape ntah. dia lebih rela mencangkung dalam bilik air. lantak la. janji mau free drypers udahhhhh.

27 Februari gap masa dalam sejam lebih baru atur bawak pegi toilet. dekat rumah mengasuh pun mak mengasuh dia tengok jam jugak bawak pergi bilik air. setakat ni baru sekali terrrrrkencing dalam spenda kes tatahan sangat dah. ummi dalam bilik air tak sempat keluar dia tak sempat tahan. Alhamdulilah sekali tu jela.

seminggu lepas atur Uwais kencing. sekarang dia dah pandai bagitau sendiri bila dia rasa nak membuang tu. takmo dah kita atur2. bila kita ajak, dia lari. bila dia sendiri dah rasa nak membuang baru panggil bagitau kita. kalau atas kereta pun mintak tahan sekejap sementara nak sampai stesen minyak pun dia dah boleh tahan. Abi Uwais tak bagi ajar anak kencing merata, tepi jalan ke ape ke. Alhamdulilah Allah mudahkan proses toilet train Fateh Uwais. memang syukur sangat. 

cumanya bila malam kami bagi je pakai pampers lagi. takut Uwais tatahan terkencing atas tilam pulak naya nak menjemur. tapi tiga malam bagi pakai pampers tiga malam tu jugak pampers kering. dia tunggu esok pagi baruuu nak kencing. tengah malam pun takde kejut ummi abi. pesan la jugak tapi ntah memang dia takde rasa kot sebab sebelum tido dah membuang sesiap. bila hari weekend baru mula ajar free drypers time malam. alhamdulilah selama tiga malam ni takde lagi drama kencing atas tilam. kejut tengah malam pun takde. cuma bangun pepagi je ummi ajak pergi bilik air. dan dan tu terlompat-lompat nak tencing nak tencing =..= 

bila tanya nak pakai pampers ke spenda. jawab takmo pakai pampers nak pakai spenda je. adik kan dah besarrrrrr. ewahhhhh pandai pulak puji diri sendiri hahahaha. yang lagi dia tambah bersemangat sebab beli spenda kartun fevret dia kot. Robocar poli dengan doraemon. yang geram awal-awal pakai cewi kemain. siap intai spenda dia dalam seluar tu tiap masa grrrrrrrrr

tahniah Fateh Uwais 2 tahun 5 bulan lebih awak dah mampu free drypers. tatau la dengan umur tu cepat atau lambat tapi ummi abi tetap bangga dengan kemampuan awak ;) total 2 minggu proses untuk Fateh Uwais belajar free drpyers siang dan malam. sekarang dah tak payah atur lagi. bila dia rasa nak membuang dia sendiri datang bagitau. alhamdulilah,,,, :)

6 comments:

babYpose said...

Alhamdulillah, pandai pakai spenda dah. Comel dia.

Cik Ash said...

Wahhh hebat fateh uwais dah besar tak leh panggil adik dah.. Ada typo kat ats hahahahah

eima said...

TAHNIAH SEBAB BERJAYA !! ..BUKAN SENANG NAK HANDLE DAN AJAR FREE DIAPERS

OKje said...

Gitulah gaya nak menerain anak Kiera...kena bertabah hihi...slow slow...akhirnya berjaya

Aryan azra said...

bagusnya uwais, adelya masih pakai pampers sebab mamanya malas lagi nak train hahaha, sebab adelya bagitau je kalau nak berka atau kencing tapi mama selamba cakap kencing la dalam pampers huhuhu teruk betul mama sebab tengah buat keje mama mals nak berenti

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. fateh uwaisdh berjaya free diapersseblm adik baby lahir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...