Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 March 2016

Chalet Singgah Sana : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Chalet Singgah Sana yang kami pilih masa duduk dekat Marang aritu. kalau lalu sepanjang pesisiran Pantai Kelulut Marang tu memang banyak nampak chalet serendah RM30, RM38, RM40. yang kami Nampak paling murah RM30. ada la jugak suruh suami tanyakan dekat staff kaunter tu chalet RM38 tu ada apa je. katanya ada katil queen, kipas dan bilik air sahaja. ohhhh kira ok la tu kalau jenis yang tak kisah panas sikit kan. tapi malam kami tido pun memang panas betul. nak pulak sekarang memang musim panas lit lit!!!


hari kejadian tak banyak sangat dah pun biliknya. dapat la kami bilik chalet RM60. bilik yang lain penuh rombongan pengantin mai dari utara(dengar loghat) menyewa. bilik RM60 ada satu katil queen, aircond dan bilik air dalam bilik sendiri tak payah kongsi2. bagi kami yang cuma nak tido malam ni je ok dah la tu. bayar mahal2 pun esok pepagi dah nak check out. masa check in pun dah lewat dah. 9pm lebih dah masa tu. mandi solat tido je terus. tak larat dah nak berjalan ke mana nya.  


Unit Chalet tak banyak pun. tapi parking agak luas. kalau cepat dapat la parking betol2 depan bilik chalet. kalau tidak heret la beg jalan sikit. alaaaa sikit je haaaa. dekat luar dorang sediakan paip air hujan tu haaa. naik dari laut boleh bersihkan pasir pantai sebelum masuk ke bilik. yang penting boleh jalan kaki turun main air laut pasir pantai.


Bilik air standard dengan harga yang dibayar. masih selesa nak guna. cuma boil tu agak kotor sikit. mungkin bekas karat. air bersih dan laju. cumanya pagi tu ntah macam mana ntah masuk katak dalam bilik air. mujur Nampak


So far dalam bilik pun ok. bilik bersih. katil bersih takde pepijat ke ape ke. aircond pun sejuk je. cuma aircond tak boleh laras dah sejuk dia. tengah malam kalau sejuk gedi pun selimut jela tebal2. tak boleh nak turunkan suhu dia dah hihihihi. towel pun ada dorang sediakan sekali. selimut pun ada.  



Alhamdulilah dapat chalet budget. jimatttt budget Terengganu kami. boleh pusing buat benda lain pulak kofkofkof :p tengok Fateh Uwais dengan abi dia pun tido lena je. cuma tengah malam dengar la bunyi burung berkicau. bukan burung pun. audio burung yang diorang pasang. mungkin dekat area tu ada banggunan yang dorang buat sarang burung walit. makanya audio bunyi burung walit tu memang sentiasa terpasang, nak panggil burung-burungnya buat sarang.

10 comments:

eima said...

pernah sekali dok kat motel kat rhu muda marang ... gitu la gayanye .. asal boleh tido je nk selesa tu mmg tak la

babYpose said...

Sukala ada pokok kelapa tinggi-tinggi mesti ada pantai ada laut memang tempat peranginan :) dapat makan angin sekali memeriahkan rombongan pengantin untungls.. dalam bilik air ada katak sebab panas sangat kat luar cari air tu.

Izwa Kamaruddin said...

setakat nak tido takde masalah sgt kan amik yg basic pun dah cukup ;) nmpk pun luas dan selesa jek. takde la teruk sgt.

el said...

janji selesa kan

Zafirah Kama said...

khusyuknya si Fateh Uwais tu...

cik Anggur said...

mcm menarik ~.....

Madam N said...

cuti2 malaysia ke ni?

Aryan azra said...

murah tu dan yang penting selesa

OKje said...

Betul tu Kiera ....dah mlm pun, janji dapat melelapkan mata, dah cukup baik. Tp kalau boleh aircond kena ada...panas weh sekarang cuaca...

Nina Mads said...

banyak tempat2 tidoq yg murah.. hehee
janji selesa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...