Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 March 2016

Kisah Khalifah II : Dugaan Bawak Adik Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DISEMBER 2015

tak ingat dah pernah cerita ke belum. tapi nak cerita jugak. rasa berat pulak dugaan nak bawak adik baby kali ni. lesuuuuuu je manjang. nak kata kurang selera makan. sekarang adik baby dah masuk 4 bulan alhamdulilah. selera makan pun dah mula datang balik. cuma lesu badan je takmau pergi tinggalkan ummi huwaaaaaa

selalunya time dekat ofis memang tak boleh nak aktif sangat. aktif sangat nanti lepas je rehat mula lembik membawak sampai ke malam. tapi selalunya lagi bila dah petang memang dah mula lemau. tak larat. balik pengsan dulu sedas baru mula masak ke ape ke. Fateh Uwais memang banyak dapat perhatian dari abi dia. mujur jugak Allah takdirkan dia ni kembar siam abi. dengan ummi dia takmo kawan, jadi ummi boleh rest banyak sikit. 

pinggan mangkuk dalam sinki, kain dalam mesin, kadang belum berlipat, rumah bersepah memang biasanya suami yang tolong settlekan. selalunya masak pun dia jugak. saya masak time tengah larat je. rasa ada tenaga lebih sikit cepat-cepat settlekan kerja rumah. 

suami pun akui pregnant kali ni lain sangat tak macam masa Fateh Uwais dulu cergas manjang tambah kalau nak pegi makan dekat luar. hihihi. pregnant adik baby ni susah nak tackle selera dia. silap je sikit dia tendang. maka cirit birit la ummi kemudiannya nanti. takde style muntah-muntah ke ape. cirit terus dia bagiiiiiiii >.< paham jela kalau cirit birit ni badan lemahnya macam mana huuu

7 March 2016

sekarang dah 30 weeks pun. Dugaan memang tak kurang hebatnya. orang lain jumpa dokte dua bulan sekali ke tiga bulan sekali ke. kita ni tiap kali check perut tiap kali tula kena jumpa dokte sekali. HB rendah(yang mengakibatkan badan lesu dan lemah). Kuman dalam urine(tiga bintang kooooo). Berat badan cepat naik. Sakit dekat tulang pelvik dengan miss V. Sakit dada. Keputihan yang banyak dan macam-macam lagi. ummi redha je. abi pun redha je bila dengar bini dia mengerang mengadu sakit itu ini nya. kena pegi berulang klinik banyak-banyak kali dan makan itu ini nya nak bagi sihat ummi dan sihat adik baby.
cuma doa ummi moga adik baby sihat sempurna dekat dalam sampai la keluar tengok dunia nanti. dan moga Allah kurniakan ummi kesihatan yang baik dan tenaga yang kuat. amin amin 


post signature

13 comments:

Zafirah Kama said...

aminnn....

Syamimi Saad said...

Assalammualaikum kira.. Semoga shat selalu. Take care. :)
Seronoknya nk tmbh bby..

Pha Is said...

amiin..

Izwa Kamaruddin said...

alahaiii..bertabah la ummi! sikit je lagi tu..sikittttttt je lagi walaupun ade lagi 10 minggu..kekekkeke...

aizamia3 said...

Moga dipermudahkanNYA..
Lain anak yang dikandung, lain pengalaman yang kita lalui.. ;)

el said...

semoga dipermudahkan urusan uols nanti ye
dan semoga ummi dan adik baby dalam keadaan sihat sokmo amin

Muslimah Optimis said...

Lama tak singgah.

Semoga dipermudahkan urusan Kira dan semoga mudah melahirkan adik baby. amin

cik Anggur said...

sekejap ja dh masuk 30w kan...dh tak lama adik baby nk keluar..moga Allah prmudahkn urusan nnt...

Nina Mads said...

seksanya nk bawa 1 manusia ke dunia ni.. semoga kira tabah smpai deliver. aminnn

Zai Zamree said...

harap ummi tabah

Aryan azra said...

inshaAllah...moga lepas ni bertambah kuat ye kira.

adik baby manjer2 tu, baby girl kot hehehe

Cik Ash said...

semoga dipermudahkan buat kiera dan baby ya

OKje said...

Ohhh sebab darah rendah tu lah agaknya jadi badan lesu tu ek Kiera. Selain pil doktor suggest apa bagi tambah darah tu? Rendah sangat ke hb Kiera?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...