Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

14 February 2017

Alergik Organ Dalaman | Furqan Uqbah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Penyakit M update blog makin menjadi jadi pulak sekarang ni hukkkkk. sejak ada anak yang menyusu badan ni. kita pun jadi kena jada diet harian sama. bukan diet nak kurus tuuuuuu tapi diet untuk jaga kesihatan dia. sebab baby yang menyusu badan ni dapat khasiat dari susu yang diminum dari ibunya. sebab tu ibu yang menyusu kena jaga diet harian. kalau tidak effect ke anak yang menyusu badan tu. kalau makan benda angin. kembung lah perut si anak. kalau makan benda pedas yakmat silap silap anak cirit birit pulakkkkk. banyak pengorbanan momies ni haaaaa

kalau Fateh Uwais dulu kalau saya makan limau oren berlebihan atau minum susu dia yang cirit birit. jadinya ummi kena makan sehari sebijik je oren Sunkist tu. dan minum susu pun kena berpada pada kalau tidak merah lah montot dia asyik cirit je huuuuuu

Furqan Uqbah masa lahir dulu detect angin pasang. menangis je dia. lagi menangis lagi besar angin pasangnya. berubat cara kampong. sampai ke Sungai Siput kami pergi. masa dalam pantang kan dia ummi berjalan ke sana sini nak berubat kampong. banyak betoi dugaan nya masa pantang aritu. takpe la next time cerita. ke Sungai Siput berubat angin pasang. dengan pakcik tu sekali je berubat kalau dengan orang lain kena berturut tiga kali buatnya. tapi alhamdulilah walaupun sekali tapi Furqan Uqbah terus elok dan takde jadi lagi angin pasang. kata officemate kalau nak tengok angin pasang tu jadi lagi ke tidak tengok time bulan mengambang. kalau time tu jadi angin pasang maksudnya tak sembuh sepenuhnya lagi. dan ummi dan baby kena pantang makan betik. tak kisah la pucuk betik ke buah betik. kena pantang makan kalau nak angin pasang tu sembuh elok.






dan dapat detect lagi satu. baby Furqan Uqbah sangat alergik dengan organ dalaman. macam hati, jantung, pedal tak kisah organ dalaman ayam atau lembu kerbau semua tu. asal namanya organ dalaman memang alergik. kesian ke dia. mulanya tak perasan. tapi satu masa tu muka mata dia merah merah sampai bengkak. kaji punya kaji ada satu je benda pelik yang ummi makan. hati lembu berempah. sedapppp tapi anak tatahan. maka marilah kita lupakan yang sedap tu sementara anak menyusu badan ni haaaaa



kalau masak organ dalaman kuahnya pun ummi tak boleh makan. dia lagi lah tak boleh makan. terus cepat naik merahnya. siap bergaru lagi hukkkk. kesian dia. jadi momies kalau detect anak tetiba ada something yang pelik. kalau anak tu menyusu badan cuba tengok diet seharian. try and error. kalau jadi lagi sahih lah benda tu memang alergik dengan anak. dan cuba elakkan. kami pergi klinik hari tu dokte bagi krim ezerra. alhamdulilah serasi dengan Furqan Uqbah





9 comments:

aryan azra said...

alahai kesiannya dia..itulah kalau menyusu anak kena berhati-hati juga dalam memilih makanan kan

Suzie Zie said...

bila anak menyusu badan ni, tmsuk kita sekali kena pantang, ms anak zie breastfeed, try mkn petai, sekali anak pun kencing bau petai, lps tu tobat tak makan dah..sian kat dia kencing pun bau petai..

Cik Ash said...

sabar ya ummi pergorbanan tu...

izzeyda said...

kesiannya dia.. itulah pengorbanan seorang ibu kan, pantang demi jaga kesihatan anak yang menyusu..

idzwa kamaruddin said...

Kan...anak menyusu ni mak kene pantang lamaaaa sangat!

zai zamree said...

Aqil xleh mkn udang...bl mkn udang mula la timbul bintik2

QasehnyaRania said...

Alahai siannya baby
Ummi pantang makan dlu ok.
Smga baik baik aja nanti
Aamiin

aizamia 3 said...

Selagi anak menyusu badan, selagi tu lah kena pantang. Try and error tu penting demi kesihatan si anak.. ;)

hainom OKje said...

Rugilah Kiera....sedap tu organ dalaman hihi....
Yelahkan...lain anak lain ceritanya.... Tak kisahlah Kiera, janji anak kita sihat tak perlah kita berpantang pun

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...