Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

27 February 2017

Ikan Salmon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Seingat saya first time makan ikan salmon dekat ikea. itu pun sebab teringin punya pasal. ikan sedap, memang sedap makan tapi mungkin sebab dulu dalam kepala set ikan salmon ni ikan mahal jarang nak jumpa yang murah jadinya tak pernah terfikir nak beli, masak dan makan ikan salmon. hukkkkkk. sedih betoi hahahahaha

tapi sejak dah ada anak. nak pulak tengok anak kemain suka makan ikan salmon maka hati seorang ummi dan abi mudah rapuh. first time beli salmon dekat kedai Ikan GST Simpang Ampat Penang. situ ikan memang murah. tapi nak kata murah sangat tu tak jugak. Salmon sekilo RM40. Kepala ikan merah sekilo RM4 (yang ni memang murah sangat) ikan bawal dan macam macam lagi ikan yang fresh. tapi target kami bila pergi kedai ikan dekat penang tu just ikan salmon dan kepala ikan merah je. ikan lain beli dekat jeti Kuala Kedah sebab dekat lagi dengan rumah sewa kami hihihih.

tapi ketahuilah ikan salmon dekat tesco dengan Aeon big pun ada masanya lagi murah dari kedai ikan dekat penang nun. selalunya Aeon Big buat offer sepotong ikan salmon RM9. murah la kiranya tu. tapi kena bijak la ambik yang isi tebal sikit hihihi. dekat tesco baru ni pun dia buat offer sekilo RM26.90. tapi dekat tesco kalau nak beli ikan sila pergi pagi pagi. ada sekali hari tu suami kata dia pegi time pagi ikan ikan semua cantik. mata putih tak merah lagi. means ok la tu. ikan klu mata merah maksudnya ikan dah tak berapa elok la tu huuu. klau salmon pulak yang isi dia merah menyala tu maksudnya baru je potong. 

sempat jugak la rembat empat potong buat stok. Fateh Uwais memang suka sangat salmon. rasanya kalau grill sepotong tu boleh habis dekat dia sorang. kalau makan dengan nasi memang nasi bertambah bertambah. ummi kena stand by nasi lebih bila masak ikan salmon hihihi. mujur la ummi abi ada port nak beli ikan salmon nak oiiiii kalau tidak sebulan sekali jela kot baru boleh awak makan ikan salmon. hewhewhew


 

23 February 2017

Menangis Dalam Pantang | Furqan Uqbah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dah lama nak cerita pasal ni. tapi tula penyakit M tu banyak sangat hahahaha. baby dah masuk 9 bulan pun. pantangkan anak sulung dulu tak banyak sangat karenah nya. senang cerita semua pun berjalan dengan lancar. anak pun senang nak jaga.





pantang anak kedua yang paling rasa mencabar sangat. balik dari hospital malam tu dia dah start buat perangai. menangis tak berhenti. mulanya ingat sebab susu tak keluar lancar. dia lapar. kan hari tu susu ummi tersumbat. tapi lepas urut susu. susu dah meriah. pun sama menangis tak berhenti. paling best dia menangis start mahgrib sampai la pukul 11 ke 12 malam. MENANGIS TAK BERHENTI dan HARI HARI ye. sampai merah merah keras badan dia menangis tu. time siang ok. sampai atok dia kata "macam bukan dia yang menangis semalam tu" macam macam cara la kami buat.

mula ingat kembung perut. picit itu ini. jaga makan semua. sebab menyusu badan. pun sama tetap menangis jugak. bila maghrib je mula lah susah hati sebab itu lah time dia nak mula menangis nya pun. kesian ke mama papa dan family lain. semua orang pun tak boleh tido bila time dia menangis tu. lepas je 11 atau 12 malam dia diam dan tido sampai ke pagi esoknya. bila menangis tu sumbat la apa pun. tak jalan punya. kadang nak boleh diamnya bagi gigit jari kita =..= bagi pacifier dia takmo. pandai pulak tu tolak.

angin pasang. pergi berubat dekat sungai siput. pakcik tu kata memang ada angin pasang. tapi baru nak jadi. berubat dengan pakcik tu sekali. alhamdulilah Nampak ada surutnya. dan tak pernah jadi lagi lepas daripada tu sampai sekarang. tapi ummi kena pantang betik. baby pun tak boleh makan betik. tapi baby tetap menangis bila time maghrib.

cuba pulak cari orang yang boleh berubat sawan tangis. pun orang tu kata ada sawan tangis sikit. baru nak menjadi. berubat. bagi air mandi. air sapu dekat kening. tapi tetap menangis jugak tak berhenti henti.





paling ummi takut bila bawak ke klinik untuk cucuk sebulan. dalam hati dah doa banyak banyak jangan la anak menangis. masa tu pulak pergi dengan pakngah dorang. abi nya kerja. kan masa tu pantang dekat Ipoh. opah dorang pulak kena tunggu dekat rumah. Fateh Uwais dorang tak boleh handle kalau bawak ke klinik sekali. budak aktif tu abi dia je boleh handle huuuu. sekali ummi pergi toilet nak test urine baby tinggal dekat nurse. balik dari toilet dengar baby menangis tak berhenti sampai tersedu sedu. sahhhh Furqan Uqbah yang menangis tu. semua orang tengok. tebal jugak la muka tapi apa boleh buat. jenuh nak pujuk bagi diam. lepas pada tu rasa tobat takmo pergi klinik sendiri lagi dah huuuuuu

nak jadi cerita anak kedua ni ada pulak jaundice. bila time nak cucuk ambik darah tu Allah tuhan je tau macam mana perasaan dengar anak menangis dan nak pujuk anak tu bagi diam. sebab anak kita bukan menangis sikit sikit macam baby baru lahir lain. menangis menjerit sampai tersedu sedan. sampai selop la orang utara panggil. orang keliling memang tengok pelik ke kita dah. mujur la jaundice nya sikit je dan detect pun masa hari ke 9. jadi tak lama sangat kena berulang klinik.

berubat dengan bapak sedara saya pun tak jalan jugak. takut Furqan Uqbah ternampak makhluk halus yang kita tak boleh Nampak ni. tapi katanya tak. dia ok je. takde kena gangguan makhluk halus ke apa.

bidan yang mengurut bagi petua suruh ambik air kolah masjid time malam lepas isyak. time sunyi sunyi. dan mandikan baby. dengan niat. moga baby boleh senyap sunyi macam sunyinya masjid waktu malam hari. punnn sama tak menjadi jugak.

last sekali berubat dengan Ustaz Hussin dekat kampong tu. Ustaz tu cuma pandai baca baca ayat Al Quran je dekat air. bagi mandi bagi baby minum sikit. alhamdulilah dengan Ustaz Hussin tula baru menjadi. baruuuuuuuu lah baby tak menangis lagi dah. baru lah rasa macam keadaan kembali normal dan boleh berpantang dengan tenang. itupun masa lagi seminggu dua nak habis pantang. bayangkan mula dari hari ke tiga pantang sampai lagi seminggu nak habis pantang baru baby Furqan Uqbah diam dan tak menangis dah. kalau tidak tu sepanjang malam dia menangis setiap hari. mujur family dan suami banyak tolong. kalau ummi sendiri entah la jadi macam mana. huuuuuu

sepanjang pantang kedua ni memang ummi banyak berjalan keluar rumah. kalau dengan anak sulung dulu duduk rumah je tak kemana. keluar pun cuma pergi klinik. saya pantang ketat. pantang kampong. memang pantang mama saya kalau keluar rumah time pantang ni haaaa. time pantang yang kedua terpaksa keluar rumah nak berubat anak. kalau tak ikut sekali buatnya tengah jalan budak tu menangis nak sumbat dengan apa. sebab susu badan. botol memang tak jalannya kalau time dia buat perangai menangis tu haaaa

tapi setiap kali pergi berubat. semua pun cakap benda yang sama. Nama anak berat. maksudnya macam nama yang kami bagi untuk anak tu berat untuk dia bawak masa baby born tu haaa. Fateh Uwais dulu pun sama. jadinya kata mereka nak kekalkan nama tu boleh. tapi masa baby born kecik kecik tu panggil dengan panggilan lain. contohnya 'baby' elakkan dari panggil nama dia yang betul. nanti bila dah besar sikit baru panggil nama dia sendiri. ummi redha. mungkin sebab memang nama dorang ni dalam maksudnya dan berat jugak maksudnya maka ummi redha. janji nama tu tetap kekal nama dorang sampai ke besar. masa baby2 ni panggil baby pun takpeeeeee. hihihihii.

nama dorang bukan saje saje saya bagi dan pilih. bukan nak nama yang lain dari lain. bukan nak nama yang sedap disebut sahaja. saya cari dan pilih maksud yang baik. dengan harapan dan doa bilamana setiap kali nama dorang dipanggil. sekaligus mendoakan diri dorang sendiri. itu niat sebenar Ummi FatehFurqan. hanya itu sahaja.

cuma yang bagusnya bila dia menangis sampai merah merah muka badan dia tu. badan dia cepat keras. leher pun dalam pantang dah kerasnya. badan memang takde lembik lembik susah nak dukung macam baby born lain. jadinya mudah untuk orang lain dukung dan mengasuh dia kejap sebab tak lembik. orang pun tak takut nak dukung hihihi.

Fateh Uwais = Pemberian pertama. Fateh dari Sultan Muhammad Al Fateh. Uwais dari Uwais Al Qarni. rasanya ramai yang kenal dengan ikon islam ni kan? nama Uwais Al Qarni dan Sultan Al Fateh dah viral sekarang ni. ramai parents yang bagi anak dorang dengan dua nama ni

Furqan Uqbah = Qari alim yang dapat membezakan antara hak dan batil. Furqan dari surah Al Furqan. Uqbah dari Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani. Seorang qari alim juga penghafaz Al Quran dan seorang panglima perang.     

22 February 2017

Extra Aktif | Double F.U

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sama je perangai dua beradik ni. malam semalam rasa nak laga je deme dua ni. sama naik!!! semalam ummi abi ter ralit sikit. tertido lambat dari selalu. lambatnya dalam pukul 11.30pm. selalu tu pukul 9pm @ 10pm dah tutup lampu tido dua beradik ni. Fateh Uwais memang kami laki bini tau dah kalau lari jauh sikit dari waktu tido dia memang jadi extra aktif semacam. jadi payah nak tido. buat perangai. sebab lambat tido. dia tak mengamuk mintak tido tapi buat perangai over aktif lain dari hari biasa. rupanya Furqan Uqbah pun sepesen perangai sama macam Akhi dia. adoiiiiiiii

sebelum tutup lampu kemain dua beradik ni main terjerit jerit. main kejar kejar. kepala iradatnya cuba teka siapa? tuuuu budak baju biru lubang lubang paling kecik tu haaaa kepala iradatnya. dia yang pergi acah-acah akhi dia suruh kejar, ajak main. sanggup tu tahan takmo susu pergi merangkak tempat akhi baring menyusu acan acan suruh kejar geletek dia. ya ampun adikkkkk ko tu baru 9 bulan tau. apasal perangai macam budak besar je haaaaa adoiiii stress memalam. yang si Akhi pun seronok kemain sebab baby yang mula ajak dia main. lagi ligat terjerit2 herrrrrr

ingatkan dah tutup lampu gelap gelita rumah boleh la tido. rupanya sama jugak. boleh pulak tu merangkak2 jumpa akhi belah sana. siap sambung gelak lagi =..= abi dah bedung pun tak jalan jugak. masuk buai dia bantai menangis sedih sedu sedan. last sekali abi separate tempat tido budak berdua ni. selalu tido dekat dekat. malam semalam sorang sana sorang sini itupun lepas kena marah deduanya baru aman boleh tido dengan tenang sampai ke pagi. adoiiiiii semput rasa. orang dah tak boleh nak angkat mata diorang boleh buat segar bijik mata pulak dahhhhhhh
 

21 February 2017

Cara Bawak Pulang Stok EBM Dari Kampung Selepas Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk punya panjang hahahahaha. dah lama nak buat entry ni tapi macam biasa lah samada internet tak laju atau ralit tengok Running Man dekat youtube :p saya start buat stok susu masa dalam pantang lagi. awalnya dalam pantang ingat takmo la start buat stok dah. tapi alhamdulilah rezeki Furqan Uqbah susu badan banyak meriah sangat. kalau tak pam confirm kena bengkak susu. pam pun sehari sekali waktu subuh sebelum dia bangun. masa dalam pantang Furqan Uqbah jenis tido malam jarang menyusu. time malam memang susu banyak produce. bangun pagi kena pam dulu sesiap.



peti beku rumah mama kecik. tingkat bawah penuh dengan susu saya je. itu pun jenuh kena manage bagi muat. bila suami balik kampong naik kereta atau kereta ofis dia. tumpang bawak balik sekali. mulanya cuak jugak. takut susu rosak. nanges la hoiiiii. bukan senang nak dapat banyak cenggitu. perjalanan dari Ipoh-Alor setar. tu pun suami singgah sat dekat penang rumah mak dia masa tu. yeke? ke tak singgah entah. lupa dah. lama sangat. baby Furqan pun dah 9 bulan sekarang kofkofkof. total masa perjalanan dalam tiga hingga tiga jam setengah perjalanan dalam kereta.

sampai rumah sewa kami dekat Alor Setar suami kata susu elok lagi. masih kekal beku macam saya pack awal tadi. baik dalam botol atau plastic bag susu tu dedua masih keras membeku lagi. alhamdulilah leganyaaaaaa rasa hati. baru boleh duduk relaks tak susah hati dah hahaahhaa



cara saya. pakai kotak polistren yang biasa tu. ais kiub yang beli kat kedai tu. pakai ais kiub yang itu sebab ais tu tahan lama berbanding kalau ais kiub kita buat sendiri. dan jugak 3 hingga 5 bag ice pack yang khas untuk sejukkan stok EBM. saya punya brand autumz.




lapis bawah sekali taburkan ais kiub kedai. lapisan kedua susu EBM. lapis ketiga ais. lapis ke empat susu EBM dan begitulah seterusnya sampai penuh kotak polistren tu haaa. lapisan paling atas sebelum tutup kotak polistren. susun ice pack autumz penuh penuh. dan tutup kotak polistren rapat rapat dan kemas. saya hari tu ada susu dalam milk plastic bag dan ada jugak dalam storage milk bottles. storage milk bottles saya letak lapis paling atas sebelum lapisan ais kiub yang terakhir dan jugak ice pack autumz.

alhamdulilah sepanjang perjalanan susu balik dari kampung. masih terjaga elok kualitinya. tapi perasaan bahagia kan bila tengok stok susu EBM penuh kotak penuh peti ais. sekurang2nya boleh pergi kerja dengan tenang bila ada stok susu cukup. takde la rasa susah hati nak tinggal anak yang bf sepenuhnya ni. moga murah rezeki Furqan Uqbah menyusu badan penuh dua tahun amin amin  

20 February 2017

Rezeki Awal Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

letak gambar penguat semangat dulu mihmihmih

hujung tahun lepas memang saya dah pernah cakap yang tak letak apa apa azam pun tahun ni. cuma nak follow the flow. ikut je takdir yang Allah dah tetapkan selain berusaha sekadar termampu. kalau tahun lepas masuk je kerja lepas cuti bersalin 3 bulan banyak betul agenda nak kena buat. kot ada yang nak tau apa yang saya busy kan sangat masa bulan 8 tahun lepas boleh baca entry ni. Ogos yang busy sangat.  

Exam untuk kenaikan pangkat secara lantikan tu tak lepas lagi. ada lagi dua paper nak kena repeat tahun ni. takpe nanti kita apply lain dengan Jpa. tak lah macam kecewa sangat sebab tau exam tu bukan mudah nak lulus. kawan kawan pun ramai je yang repeat paper dah bertahun pun huuuu. cuma tula harapnya tahun ni boleh la lulus dedua paper exam tu. geram sebab rasa macam boleh jawab dah tapi tetap fail jugak grrrrrr

kekuatan terbesar masa ummi apply cuti belajar dulu. apply main main tapi dalam hati ada jugak terdetik semuanya untuk anak2 huuuuu

cumanya kali ni Allah bagi rezeki dalam bentuk yang saya sendiri tak sangka. bulan 8 tahun lepas ada jugak apply cuti belajar bergaji penuh yang ofis sediakan. masa apply tu tak letak harapan tinggi pun. cuma macam. ok tahun ni nak try apply lah. selama hari ni takde rasa nak apply pun. dapat ke tak ke tak kisah pun. saya memang teringin nak sambung study tapi bila fikir masalah ekonomi sekarang ni aduhhh kena tangguhkan dulu. kena beli rumah sendiri dulu. rumah koi lama koi melambung harganya adududududu



awal tahun 2017 dapat surat tawaran cuti belajar bergaji penuh dari LPP. memang tak sangka tapi bersyukur sangat sekurang2nya Allah bagi berita gembira untuk saya awal tahun ni hari tu. cumanya yang tak happy nya kursus yang saya mintak ditukarkan pada kursus Diploma Undang-undang. kursus yang LPP bagi. aduhhhh masa baca tang kursus tu terus terkedu diam tak tau nak happy ke nak nangis ke huuuu. Tanya pendapat boss besar negeri tempat saya bertugas. katanya HQ nak kuatkan bahagian pendaftar. jadinya sebab tu dorang hantar staff belajar bahagian undang2 tu sendiri.

cuma yang jadi masalahnya takde Universiti/IPTA tempatan yang menawarkan kursus diploma undang2 tu haaaa. dah check dengan macam2 u tapi yang ada cuma digree undang2. dan saya tak boleh lompat belajar degree. LPP hanya tanggung untuk belajar diploma sahaja. sebab Ummi FatehFurqan takde diploma dalam mana2 kursus lagi. jadinya tak boleh lah nak lompat degree.

boss besar suggest suruh buat surat mintak tukar kursus. dengan alasan dan sebab yang munasabah, moga2 hq bagi pelepasan tukar kursus. dan tak payah la iols nak belajar undang2 lagi dahhhh. terus blank kepala bila ternampak perkataan akta akta ni haaa hahahhaahaha. memang doa sangat boleh tukar kursus dan boleh belajar dekat u yang berdekatan dengan rumah. kalau boleh takmau duduk kampus. iols nak duduk rumah dengan suami dan anak2. berulang hari2 pun tak kisah. asalkan tak payah berjauhan. baru fikir dah sedih. macam mana nak duduk jauh. macam mana nak belajar kalau jauh. huwaaaaaa kawan kawan mohon doakan saya dapat tukar kursus dan belajar dekat dekat sini je ye. sobsssss

15 February 2017

Woop2lobster Sungai Siput

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dari mengandungkan Furqan Uqbah dah teringin nak makan lobster. tapi tak pernah nya sempat nak pergi sana. bila balik kampung terasa macam jauh sangat nak ke sungai siput tu haaaa. sudahnya sampai anak dah keluar tak merasa lobster. tapi betul la orang tua tua kata. kalau mengidam time mengandung better pergi cari sebelum anak keluar. kalau tidak air liur anak duk menitik tap tap tap. Fateh Uwais dulu teringin nak makan belangkas tak dapat tapi ailio tak menitik. Furqan Uqbah ni sejak lahir ailio menitik kemain banyak lagi. tu belum campur bila dah pandai main ailio sendiri lagi bergelen ailio keluar brrrrrrrr. elok dapat makan lobster ailio pun makin berkurang menitik. amboi sangat ko dikkkkk

dulu masa pergi sabah pun tak sempat nak makan lobster. sebab nya demam time sampai dekat kota kinabalu. kan pasar malam sana yang banyak seafood murah. masa mengadungkan Furqan Uqbah kemain viral dekat facebook lobster murah sepinggan RM20 je dekat sungai siput tu haaa. biasa lobster kan harganya mampu tengok je huuuuu. tengok dalam gambar alahai kemain sedapnyaaaaaa. tu yang bahaya facebook ni. hukkkkkkk

akhirnya bulan Januari hari tu baru lah berkesempatan nak merasa Lobster dekat Woop2lobster Sungai Siput Perak. boleh klik link yang saya bagi tu bagi tu kalau nak tengok facebook dorang. dekat KL ada satu. tapi tak sure area mana. bagi saya ok la. masak dia pun ok. selain lobster ada lagi menu lain. macam nasi goreng. meatball. salmon. yang lain tak ingat lagi.




lobster pun ada macam macam size. dari size S sampai L. masa kami pergi aritu ada tiga size. suami kata alang alang nak makan ambik yang banyak isi dan puas nak makan. kami ambik yang paling besar harga RM90 hukhukhuk. masa tengok harga telan ailio la jugak. tapi sebab dah sampai maka marilah kita teruskan niat yang asal itu. ada paling murah RM30 tapi adik ambik order tu kata isi dia sikit sangat. kulit je besar. huhuhuhu

bagi saya masak dia ok. cukup rasa. cuma meatball je kurang kena dengan tekak kitorang. lobster pun masak ok dengan sempurna. cuma mungkin rasa isi lobster tu sendiri macam masin masin kot. tak sesedap isi udang huuuu. mungkin ini kali terakhir la makan lobster gamaknya sebab tak kena pulak dengan tekak kami rasa isi dia. nak kata orang kedai masak masin. sos dia tak masin pulak. elok je. dan bila makan isi lobster sekali dengan sos yang dorang buat. baru rasa dia ok. tak masin masin.


bagi lah dekat si kecik menitik ailio tu sekali. kemain dia. bawak bubur dia sesiap. bagi makan bubur takmo. elok lobster sampai bagi rasa mau pulak bukak mulut makan. amboiii demand awak ye baby. pukkk satgi kot baru tau. tapinya elok je makan lobster bangun pagi esok tengok habis merah bengkak habis mata dengan badan dia. bergaru sana sini. gatai. benda yang pelik dia makan lobster jela. alergik lobster la tu. udang nasib baik ok boleh makan. bengkak alergik dia tu bukan main main punya bengkak merah. memang sungguh sungguh punya bengkak merah. no more lobster for you ye baby Furqan Uqbah. huuuu

sensitive la Furqan Uqbah ni. banyak pulak alergik dia. layan jela dikkkk. total kami makan hari tu. Lobster. Nasi Goreng Cina. Air Sirap. Limau Suam. Air Suam. RM99.10 . dua bulan rasanya takmo makan luar hukkkkkk


14 February 2017

Alergik Organ Dalaman | Furqan Uqbah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Penyakit M update blog makin menjadi jadi pulak sekarang ni hukkkkk. sejak ada anak yang menyusu badan ni. kita pun jadi kena jada diet harian sama. bukan diet nak kurus tuuuuuu tapi diet untuk jaga kesihatan dia. sebab baby yang menyusu badan ni dapat khasiat dari susu yang diminum dari ibunya. sebab tu ibu yang menyusu kena jaga diet harian. kalau tidak effect ke anak yang menyusu badan tu. kalau makan benda angin. kembung lah perut si anak. kalau makan benda pedas yakmat silap silap anak cirit birit pulakkkkk. banyak pengorbanan momies ni haaaaa

kalau Fateh Uwais dulu kalau saya makan limau oren berlebihan atau minum susu dia yang cirit birit. jadinya ummi kena makan sehari sebijik je oren Sunkist tu. dan minum susu pun kena berpada pada kalau tidak merah lah montot dia asyik cirit je huuuuuu

Furqan Uqbah masa lahir dulu detect angin pasang. menangis je dia. lagi menangis lagi besar angin pasangnya. berubat cara kampong. sampai ke Sungai Siput kami pergi. masa dalam pantang kan dia ummi berjalan ke sana sini nak berubat kampong. banyak betoi dugaan nya masa pantang aritu. takpe la next time cerita. ke Sungai Siput berubat angin pasang. dengan pakcik tu sekali je berubat kalau dengan orang lain kena berturut tiga kali buatnya. tapi alhamdulilah walaupun sekali tapi Furqan Uqbah terus elok dan takde jadi lagi angin pasang. kata officemate kalau nak tengok angin pasang tu jadi lagi ke tidak tengok time bulan mengambang. kalau time tu jadi angin pasang maksudnya tak sembuh sepenuhnya lagi. dan ummi dan baby kena pantang makan betik. tak kisah la pucuk betik ke buah betik. kena pantang makan kalau nak angin pasang tu sembuh elok.






dan dapat detect lagi satu. baby Furqan Uqbah sangat alergik dengan organ dalaman. macam hati, jantung, pedal tak kisah organ dalaman ayam atau lembu kerbau semua tu. asal namanya organ dalaman memang alergik. kesian ke dia. mulanya tak perasan. tapi satu masa tu muka mata dia merah merah sampai bengkak. kaji punya kaji ada satu je benda pelik yang ummi makan. hati lembu berempah. sedapppp tapi anak tatahan. maka marilah kita lupakan yang sedap tu sementara anak menyusu badan ni haaaaa



kalau masak organ dalaman kuahnya pun ummi tak boleh makan. dia lagi lah tak boleh makan. terus cepat naik merahnya. siap bergaru lagi hukkkk. kesian dia. jadi momies kalau detect anak tetiba ada something yang pelik. kalau anak tu menyusu badan cuba tengok diet seharian. try and error. kalau jadi lagi sahih lah benda tu memang alergik dengan anak. dan cuba elakkan. kami pergi klinik hari tu dokte bagi krim ezerra. alhamdulilah serasi dengan Furqan Uqbah





08 February 2017

Keracunan Makanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

18-19 Januari lepas. dua hari tak bangun lepas keracunan yang agak teruk. balik je makan dekat luar. malam tu pukul 3 pagi dia dah start buat 'kerja'. muntah cery bery berselang seli. sampai takut nak makan minum sebab takut kena masuk bilik air lagi huwaaaaaaa. makan pun sekadar nak isi tenaga sikit. makan pun terbaring atas katil. sedih betoi rasa.

mujur la anak anak boleh hantar pengasuh. sampai ke maghrib tunggu abi dorang sampai. abi memang selalunya balik lambat. terpaksa rela la anak anak. ummi memang dah tak mampu. nak urus diri sendiri pun rasa tak mampu. pergi klinik pun bawak beg plastic dekat tangan takut muntah. muka entah la serupa apa pun tatau.

puncanya. lagi sikit mee nak habis Nampak lalat elok tertonggek dalam tu. dah jadi lalat goreng pun ya. terus luah makanan dalam pinggan tu jugak. sampai sekarang bila teringat mesti rasa nak muntah huuuu. time bayar bagitau owner. diorang cuma boleh mintak maaf jela. apa lagi nak buat. nak salahkan tukang masak 100% pun tak boleh sebab benda terbang macam tu mana nak Nampak sangat. tambah2 serangga jahat gitu suka masuk celah2 makanan yang terdedah.

Mee Tomoi namanya. benda ni la yang ada lalat tonggek goreng tu. tengok gambo ni lagi sekali terus rasa loya nak muntah balik huwaaaaaaa. serik serik

mungkin lepas ni sebelum nak makan pape dekat luar kena selak selak dulu makanannya. check dulu sebelum termakan. memang tobat rasa tak mo kena keracunan lagi dah. sampai cakap dengan suami kita takyah makan luar lagi lah lepas ni. tapi still makan jugak hahahahaa.

mana nak tahan godaan makanan kedai. nak pulak balik kerja tak payah bersilat dekat dapur dulu. tak payah bersihkan dapur bersihkan sinki. nikmat dunia la semua tu hahahahaha.

dan 31 Januari lepas kena lagi keracunan. kali ni tak diselangi muntah. bersyukur jugak la. memang dah takut sangat kalau kali ni pun terbaring lagi. nak pulak suami masa tu pun tak sihat. demam sesema. kali ni bukan pergi makan luar. tapi makan nasi mesyuarat dekat ofis. kawan kawan yang makan daging pun kena sekali keracunan. adoi doi doi.

dua hari jugak la tersandar duduk dekat rumah. seharian cery bery dekat ofis sampai naik demam. demam tula yang buat tersandar dekat rumah tanpa boleh buat apa apa. dan terpaksa 'abaikan' anak dua orang tu lagi. dengan waktu tu baby Furqan pun demam. merap lagi. hadoiiiii sungguh tobat rasa tak nak sakit dah. kesian ke anak anak. takde orang nak tengok dorang dekat rumah.




Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...