Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

27 September 2016

Traffik Cerpen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah hampir enam tahun pun dalam dunia blogging ni. dulu masa awal2 jadi blogger cuma suka-suka. bosan bosan dekat ofis time takde kerja ada jugak la benda nak ditengok, bosan bosan time weekend dekat rumah sewa ada jugak la nak dihadap. sekarang tak sempat nak bosan dah dekat rumah. rasa macam setiap saat tu ada je benda yang nak dibuat kihkihkih :p

dulu mana lah reti lagi traffic blog, seo ke, atau review2 segala ni. sejak tahun lepas je baru nak cerdik sikit. baru nak naik angka dekat nuffnag tu. sebelum ni nuffnag ada la dalam RM0.05 je hahahaha. sedih beno tengoknya pun!!! tapi dulu best!! walau sekadar kawan alam maya katanya tapi rasa rapattttt sangat. istilah iri hati pun tak banyak sangat. sekarang? bukan tak best. best jugak tapi aura dia tu ke arah lain pulaknya. masing-masing ada pro dan kontranya. cuma jujurnya memang banyak lagi kawan alam maya dari realiti ni haaa. kadang seronok lagi kawan dengan alam maya. bak kata orang jauh bau bunga dekat bau taik. cenggituuuuuuuu

Traffic blog sejak pandai (sikit) tulis cerpen memang traffic nya cerpen jela manjang. entah apa yang bestnya Cerpen Dendam Cinta tu entah. traffic dia tak pernah turun dari awal dulu. sentiasa duduk list paling atas. lepas dah kawen barulah entry lain masuk list. kalau tidak dulu cerpen je dari atas sampai bawah. kalau dulu takde cerpen takde la trafiic kot gamaknya ahahahaha.

dah lamaaaaaa sangat tak tulis cerpen. dulu sebelum ada anak memang rajin tulis cerpen. hormon baru nak stabil kot gamaknya hahahaha. boleh dikatakan ada jela idea nak mencerpen. tapi sekarang nak mula mengarang tu terus krik krik krik krik hahahaha. nak kata sekarang kurang bunga-bunga tak jugak. tapinya entah diri sendiri pun tatau nak fikir :p

atau mungkin sekarang 'kawan' nak mencerpen tu pun dah tak mencerpen jugak kot. aura nak 'berlawan' tu kurang sikit. kalau sekarang bawak naik entry cerpen pun ada yang komen "buang tebiat" hahahahaha sedih mak noksssss baru nak bunga2 terus layu kihkihkih :p

sekarang lebih pada life style, parenting dan review jela. cerita pasal anak-anak yang nak membesar tu. kunci syurga kami. khalifah kami. cerita pasal diri sendiri. tak payah susah payah nak fikir ending cerpen dah. tapi jujurnya dulu masa duk mengarang pun air mata tap tap jatuh. punya lah menjiwai sangat hahahahahaha

8 comments:

el said...

kannn cite2 pasal diri x yahlah public sgt
kisahkan cite2 anak2 yg tgh membesar..mana tau nti boleh bc balik bila dah ada cucu hahahahah kbai

Gee Lion said...

Dah lama turn off nak menulis cerpen. Bila nak tulis je rasa senak kepala hotak. Nampak sangat kena writer block kat situ.. Takpelah cik Kira, ambil masa tulis cerpen2 ni semua. Bukan mudah nak perah idea kan. Tulis mengenai diri sendiri and people around lagi syiok kot. ^_^

Nina Mads said...

gimme 5 kira dh nk 6 thn jd blogger. hahaha. kwn blog lg ok kot dr kwn alam realiti

aryan azra said...

ternanti-nanti cerpen baru ni haa

Mummydearie said...

Pandai tulis cerpen rupanya Kiera ni. Akak tak tahulah Dik sebabnya baru aje kenal-kenal alam maya ngan Kierakan setahun dua ni kot...

Akak ni suka juga menulis. Masa belum zaman internet berleluasa, siap taip novel simpan dalam komputer lagi. Sendiri taip, sendiri proof reader, sendiri baca. Hahaha!

sya mimie said...

Rajin kira tulis cerpen. Tp btl tau, zaman blm ada ank mmng terlalu bnyk msa. Bila ada ank ni, nk taip blog pun pyah. Hehe
Semua tu kngan lalu kn.

hainom OKje said...

Tak pernah tau pun Kiera tulis cerpin. Tp hakak kurang minat baca cerpen. Lama nak menunggu ending gamaknya

cik Anggur said...

rindu nk baca cerpen ...buat la lagiii buat la lagiiii

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...