Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 October 2011

Sungguh-sungguh!!!

Assalamualaikum semua...

okey mood swing pagi nie...rasanya kira x pernah cerita direct pasal seseorang nie, seseorang yang mungkinkah bakal menjadi incik imam kira satu hari nanti? berdoa dan terus berdoa moga dipermudahkan.. amin

opssss lupa pulak.. bagi sesape yang rasa x berkenan baca kisah peribadi kira nie, kira mintak maaf la ye, kira tak ambik hati kalau korang tekan button pangkah kat atas tapi laen kali jgn serik masuk la lagi ye, insyaAllah ada entry yang mungkin tak berkisah pasal hati lagi.. =) 

kira lebih suka kenalkan dia sebagai 'pakcik'

pakcik nie sangat suka bercakap, PR dia sungguh bagus x heran la ramai orang sayang die, sebab die nie pandai ambik hati sesape jer yang ade berdekatan dengan die tue. Alhamdulilah moga dengan PR awak tue berjaya tawan hati papa dan family saya yang lain. mama sangat terharu bila pakcik nie mintak izin dari mama nak berkawan dengan kira. terima kasih ye awak.. :)


tak kurang jugak pakcik nie suka membuli... tiap-tiap hari mesti kene buli.. adehhhh lawan-lawan cakap pown yang kene buli balik kira.. tak pela, sebenarnya ade adegan membuli nie lagi best dari jiwang karat memanjang kan.. orang pown naik meluat menengoknya.. :)

bila dia kata dia buat, dia buat sungguh!! mcm la ade satu 'ringtone selfmade' dari pakcik nie.. rasanya kalau jual ringtone nie confirm laku!!! hahahahaha... dalam dok gelak dengar ringtone tue semalam, dalam hati terharu sgt,menunjukkan die usaha buat apa yang dia cakap, 


errrr cukup la takat sini kowt cerita pasal pakcik nie, kang lebih-lebih die over shadow kira pulak, kihkihkih :p takdela yang ye nye takut orang meluat kalau cerita mee cintan disumbat terlebih-lebih dalam belog nie.. memang la belog sendiri tapi bukan sendiri jer yang baca.. ye tak? :)


pape pown kira doakan yang terbaik tuk pakcik nie, moga tiap nilai baik yang ade dalam diri die akan terus bersama die, dan akan terpercik nilai baik tue pada yang berada disekeliling die. dan semoga dipermudahkan segala urusan.. amin

30 October 2011

Kamu mampu sayang!!!

Assalamualaikum semua


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksaan dari kejahatan yang dikerjakannya
(Al-Baqarah,2 : ayat 286)

28 October 2011

Abang nie bisu ke??!!!

Assalamualaikum semua...

"... abg kenapa balik lewat? kenapa x balik makan kt rumah? kenapa diam? apa salah saya? kalau abg x bagitau salah saya mane saya nak tau saya buat salah ape. abg jawab la kenapa diam.... "

pernah jumpa tak situasi nie? suami yg baru balik kerja, baru selangkah kaki masuk rumah dah bertubi2 soklan macam peluru nak tembak ayam utan!!

dan suami lebih selesa berdiam diri dari menjawab soklan si isteri yang banyak mengalahkan resit shoping di tesco!!!

mungkin satu ketika dulu suami pernah menjawab soklan dari pihak si isteri. tapi penerimaan isteri tak seperti mana kemahuan suami. 

mungkin teguran suami berbalas jelingan maut isteri, ataupown  teguran suami berbalas muncung oleh isteri. kerana itu suami MALAS untuk menjawab semua soklan2 tue.. dan si suami lebih cenderung membisu kan kata, membatukan diri. 

jangan menyalahkan sesiapa!! sebaliknya betolkan kesilapan diri dahulu. baru slow2 cari kaedah nak "membelah" kebisuan suami.

berbincang secara baik dengan suami, yakin kan padanya bahawa anda betol2 blh menerima teguran pandangan dan nasihat darinya. 

rendahkan ego tue, akui kesilapan dlu. perbaiki apa yang kurang..



dan jangan lupa berdoa pada Yang Maha Esa agar rumah tangga yang dah dibina sentiasa mekar dan berseri biarpun adakalanya kemarau melanda, ataupun datang si ulat yang cuba merosakkan dedaunan yang menghiasi bahtera rumah tangga..

peringatan untuk kira dan semua..


yang baik dari Allah dan yang buruk dari kira..






**hupdate sambil layan lagu yang terindah.. =)

23 October 2011

Cerita pagi nie...

Assalamualaikum semua...

pagi nie, nak kata kalut jwpn nye tak.. tapi ntah macam mana kunci bilik sekali dgn kunci kereta tertinggal dalam bilik yang dah TERKUNCI.. 

adehhhhh jammed kejap pala hotak nie, sementara ngadu kt ain sementara cucuk2 kad kt dalam kunci die tue.. ape ke nama nye ntah.. last sekali dgn kad tue pown patah... T__T

pagi nie call semua orang, semua orang tak nak jawab call,,, arghhhhhhh

ain offer nak anta pi office, ok la blh la.. sampai ofis fikir pulak nak mintak tlong sape nie.. Alhamdulilah akhirnya kak Azimah boleh bukak pintu tue.. kalau tak dah nak ngamuk2 kt sorang tue suruh die mai sini jugak!!!

Alhamdulilah Allah permudahkan jalan..

moral of the story :: kene pegi buat kunci spare jugak nie, dah dua kali insiden mcm nie jadi..apa la syakira yaakub nie... haisshhhh 

dia kata kalau dia yang mai bilik dah xde pintu, ayoooo seram pulak dengarnya... hihihihi :p 


**saya memang suka mintak izin sblm buat satu2 keputusan 
sbb sye tau ada hati lain yg perlu saya jaga =)

19 October 2011

wordless wednesday #16




Surat untuk korang semua

Assalamualaikum

kehadapan pemandu-pemandu diseluruh malaysia.. 

mohonlah pertimbangan anda supaya tidak berada dilorong kanan sekiranya anda ingin menikmati keindahan alam... ubahlah kenderaan anda ke sebelah kiri jalan agar pemandu yang dibelakang anda tidak membuat dosa dengan memaki anda..

disini juga saya ingin meminta jasa baik anda agar menyalakan lampu signal sebelum memasuki simpang-simpang agar pemandu yang lain tidak terasa seperti mahu melanggar kereta kereta anda dari belakang...

 eh macam mana Thomas boleh tersesat dalam nie

sekiranya anda berada diatas highway, jangan main sedap nk cucuk belakang kenderaan pemandu lain atau menyalakan2 lampu dari jauh sebatu lagi.. kerana selalunya jika anda berada dibelakang kenderaan saya,, hati saya menjadi panas yang akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus berada dilorong kanan berjimba-jimba memanaskan hati anda sebelum saya menukar lorong saya.. dan mulut saya akan berkata "hambik nak sangat kan"

bagi pemandu motosikal xda banyak permintaan saya terhadap anda, cuma saya minta jasa baik anda jangan menunggang motosikal anda ditengah2 jalan umpama anda sedang membawa sebijik lori!!!! ubahlah ke kiri jalan.. nyawa anda insyaAllah selamat, pemandu lain x langgar anda dari belakang..

sekian dari saya... mohon pertimbangan anda semua dan didahului dengan ucapan terima kasih,,,


**akan saya ingatkan diri saya juga supaya tidak memandu seperti kategori2 di atas....

18 October 2011

saya rindu dia!!!

Assalamualaikum semua

saya nak bagitau saya rindu dia nie...
rindu nak lepak dengan dia, sembang gila-gila dgn dia sampai jadi gila!!
makan ayam goreng panas dengan dia sambil membincangkan isu semasa kami


ohoiiiiiii awak saya rindu awak T__T

dialah!!!

Mastora Manshor

sahabat baik saya
tempat saya berkongsi kegembiraan dan dialah jugak tempat saya luahkan kesedihan yang terpendam

sebelum dia kerja kat tempat sekarang nie, saya selalu angkut dia kemana pown saya pergi dan sekarang saya selalu mendengki dengan dia kalau saya pergi mana-mana event tanpa dia...


saya menangis saat hari-hari terakhir dia di ofis saya

lepas nie saya tak boleh lepak tempat kerja dia lagi... sobsobsob

tolonglah doa bersama saya agar dia dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dan diberi seseorang yang mampu menjaga dan menerima seadanya dia..

saya sayang dia!!!!

dia reply disini



**Mastora orang pertama yang tahu mengenai hal itu

Sian kat opah

Assalamualaikum semua..

semalam call mama, mama bagitau cerita anak sedara kira yg sorang tue..ceritanya mcm nie, mama kira ziarah makmentua pak sedara kira meninggal, anak sedara kira si Alya tue menyoal la ibu nya mane pegi opah die... ibunya kata la opah pegi tgk org meninggal...

lepas ckp mcm tue si Alya nie terus masuk bilik, kurung diri.. Nangis!!!!

"adik nie kenapa nangis?"

"sian tgk opah.. opah dh meninggal..."

adehhhhhh rupanya lain yg ada dlm fikiran ank sedara kira nie... buat lawak super duper kelakar jer... hahahahaha

"opah!! adik sayang opah... adik sayang sgt...." mama kira balik jer terus diterpanya... hihihihi


nie la budak Alya Qasidah tue...

kalau kira balik kampung, die siap2 request suruh kira ambik die balik sekolah...

ohoiiiii rindu.... T.T



**achik nie pakcik kan? :p

16 October 2011

15 oktober

Assalamualaikum semua...

tiap dari kita mesti ade tarikh-tarikh yg special kan... date besday la, aniversary, date first deting, mcm2 lagi la klu nak sebut... and kira sendiri ade tarikh2 yg special.. antaranya 15 oktober...

kenapa dengan tarikh tue? sebab byk moment2 yg jadi masa tarikh 15 oktober nie..

:: 15 oktober 2009 ::

hari pertama kira jejak kaki di alor setar nie, hari lapor diri kerja di ofis nie, hari pertama kena jauh dari mama papa and keluarga, hari pertama bergelar anak rantau, hari pertama rasa keseorangan di negeri kedah!!!...

tue semua cerita DUA tahun lepas.. Alhamdulilah Allah permudahkan perjalanan kira dekat sini... semakin hari semakin matang menguruskan diri...

lebih berdikari, lebih kuat, lebih matang dan lebih tabah dalam semua hal.. Alhamdulilah. dan tiap apa yang terjadi dua tahun lepas kira redha dan bersyukur sebab segala yang terjadi ada hikmahnya. 

segala keperitan dan kesakitan yang kira lalui sebelum nie terbayar bila kira dah jumpa ketenangan yang tiada penganti..

"Allah tak kan menguji diluar kemampuan umatNya"

berbekalkan sebaris ayat tue la kira boleh teruskan hari2 kira kat alor setar nie...
Alhamdulilah dalam masa 2 tahun byk yg kira belajar.. berjumpa dengan macam2 jenis manusia.. berkenalan dengan ahli KBU yang dah menjadi family kedua kira dekat sini. . banyak kemanisan yg Allah dah sediakan sebalik keperitan tue..

bunyi macam terok je kan kira kene posting kat alor setar nie.. ye hakikatnya ada yang payah nak dikenang.. tapi biarlah kira simpan sensorang dan hanya mereka yg terdekat jer yang tau tiap perjalanan kira dekat sini.. belajar dari pengalaman lalu lebih mudah dari berdendam dengannya..


**doa-doa la adapter kira sampai cepat.. boleh berblogwalking dengan cergas!!! 

**trima kasih awak untuk semuanya...

13 October 2011

Yang ditegur tak sentap, yang menegur tak kelat

Assalamualaikum semua


maksudnya... kita jangan mengiakan semua perkara... 
baik dipihak suami atau isteri atau konsep umum teman-teman sekeliling kalau salah seorang terlalai atau melakukan kesilapan beranilah untuk tegur kelalaian pihak satu lagi tue..

tegur bukan kerana benci tapi kerana sayang..

dan ingat, tegurlah lah dengan beradab.. 
yang menegur tak kelat, yang ditegur tak sentap, ..

 -yang baek datang dari Allah yang buruk dari saya sendiri-

**Alhamdulilah dia memang rajin menegur

12 October 2011

Cerita Kira & Labah-Labah

Assalamualaikum semua

hihihihi.. nak tergelak sat... 
semalam kira post status nie kat group KBU


:: antara responden2  ::

ye betol... kira memang pernah makan labah-labah masa kecik
mungkin masa kecik tengok lelabah tue dh iras-iras ketam
ape lagi masuk mulut telan!!!
 hihihihihi...
kalau ikut ape yg mama cerita kan..
masa kecik-kecik kira mmg buas(nakal)

sampaikan pernah satu hari mama sidai kain kat luar
kira jolok-jolok pampers adik yg dah pakai tue kat luar rumah
sedar-sedar jer dah jatuh dalam longkang besar tepi rumah tue...

jerit2 panggil mama, mama jenuh cari anak die sorang nie rupanya ade dalam longkang.. nasib longkang tue xde air masa tue kalau x hanyut kedalam sungai dah kira.. hihihihi

nasib lah bila dah besar nie jadi la jugak pompuan walaupown prangai tue kadang2 kasar sikit..

kejam!!!!!

wordless wednesday #15

Assalamualaikum

 pinjamkan kami kekuatanMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

10 October 2011

Bunga Mama Sakura

Assalamualaikum semua

petang-petang yg syahdu nie teringat pulak kenangan beli bunga dengan mama ritu... cite die macam nie..


Mama :: Sakura, jom la teman mama pegi kedai bunga tue..mama nk beli bunga

Saya :: -adoiiii jammed bab-bab bunga nie- alaaaaa mama, wajib ke beli bunga? nanti2 bunga tue kene buang jugak.. dah tue nanti berhabuk, nanti mula sesema la ape la...bukan best pown ada bunga...

Mama :: kalau bukan kamu yg bawak mama pegi kedai bunga tue alamatnya x dapat la mama beli bunga dah.. 


mama dah mula ayat2 bunga nak merajok.. tapi saya nie jenis nakal.. ajak mama keluar, bila mama kata jom singgah kedai bunga, cepat2 jawab tak nak tapi stereng kereta pusing masuk kedai bunga tue..ape lagi senyum sampai telinga la puan mama saya tue... :D


yela dah la balik kg sekali sekala.. ape lah salahnya makbulkan permintaan mama tue.. bukan berat pown kan.. drive kete jer bukan kene dukung mama jalan berbatu-batu pegi kedai tue.. sweet kan saya? :p


Mama :: tolong la mama cari bunga yg cantik, mama nak bunga sakura...


Nasib mama mintak bunga sakura.. kalau tak alamatnye berejam la nak cari bunga walau setangkai pown.. hohohohoho...


lupa pulak nak tangkap gambar bunga sakura mama tue...
...............................................................................................................


tak tau lah kenapa kira x minat bunga nie.. tapi normal kan perempuan tak minat bunga?



 MAMA OH MAMA
YA RINDU MAMA.... =.="


**betol, mama saya panggil saya "sakura"

Kenangan Menjadi Hakim


-Assalamualaikum semua-

Kenangan…

Ada kalanya kenangan yang pahit tue membuat kan kita fobia melangkah. Melangkah menempuh episode yang baru. Kerana kesan sakitnya kenangan itu masih terkesan di sudut hati..

Dan ada kalanya kerana kenangan yang pahit itu membuat kan kita membenci yang mungkin akan ada dendam dalam hati. Dendam yang tidak berkesudahan selagi tiada kata maaf. Kerana dendam juga membuat kita mahu sesiapa merasa sakit seperti kita. Tanpa kita sedar perbuatan itu akan menyakitkan diri dan hati kita sama. 



Tapi andai kita sedar,,

Tanpa kenangan mampukah kita berdiri seperti hari ini? Mampukah kita setabah saat ini? mampukah kita menjadi sehebat kini?
Bangunlah dari tersungkurnya kamu, walau tiada tangan yang menghulur, berpautlah walau hanya pada tangan dan kaki mu yang lemah. 

Kerana kenangan itu,

Akan menjadi pengalaman yang membuatkan kita lebih bijaksana. Bijak dalam mencorak masa depan yang lebih indah. bijak memilih tiap laluan yang harus dilalui. Dan kerana kenangan itu juga membuat kita lebih matang dan dewasa.

Dan kerana kenangan itu,

Akan membuat kita lebih dekat dgn Maha Pencipta. Kerana terkadang kita lupa bahawa DIA sentiasa memerhati kita. Kerana DIA sayang pada kita, maka kita dijatuhkan . Agar kita tidak angkuh berjalan dibumi milikNya. Maka bersyukurlah, kerana kita yang dipilihNya..

Jika ilmu mengajar manusia menjadi alim(berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana)
-Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil-

**kenangan lalu akan membunuh seandainya
saya memilih untuk berdendam... Alhamdulilah

09 October 2011

Lepas Sorang-sorang

Assalamualaikum

 they are part of my GBJ!!

Kak Lyn :: tukar ke Changloon

Kak Ana :: Asun

Kak Yan :: Pokok Sena

Kak Iffah :: Selangor

haish sorang-sorang kakak-kakak nie keluar ofis... yang tinggal saya, kak Elly, Kak Azimah... kak Azimah pown dh t'senyum2 nak balik pahang.. kak Elly husband die habis blaja jer nk tukar ikut husband die katanya.. habis saya?

"kira buatlah surat tukar dari sekarang"

"pegi la tukar KL siap-siap"

"kawen lah kira!!! cepat sikit dpt tukar..." 

T.T

mereka sebahagian kegembiraan saya disini, hurm

tue semua idea kakak-kakak tersayang nie... haishhh sabar lah wahai Nur Syakira Yaakub ade hikmah sebalik apa yang jadi (pujuk diri sendiri)

bukan ape... kerja akan menjadi lebih selesa dan menyeronokkan bila berada dalam team work yg bagus dan bekerjasama...

doakanlah saya mampu bersabar dengan semua ujian nie... terima kasih.. 

**berusaha, berdoa dan bertawakal agar
dipermudahkan segala urusan.. amin

06 October 2011

Fitnah Dunia




semoga Allah memelihara hamba-Nya dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara islam yang digenggam...

TABAHKAN HATI !!!! 

05 October 2011

Seindah Sakura

Sungguh berat rasa ini
sungguh payah menahan rasa
namun aku perlu kuat
aku perlu tabah
demi tinggi nya nilai murni sebuah rasa itu

terkadang aku terjatuh
namun aku perlu kuat untuk berdiri semula
demi sucinya perjanjian aku dengan yang memiliki hati ini



sakura,
pinjamkan aku kekuatanmu
pinjamkan aku keteguhanmu
pinjamkan aku keharumanmu
pinjamkan aku kesetiaanmu dlm memekar kuntumanmu
agar aku bisa menjadi seindahmu
menjadi seperti kamu yang disayangi sekalian alam

Persoalan Yang Menanti Jawapan


Assalamualaikum semua

Sebagai seorang yg bergelar perempuan adakalanya persoalan² kat bawah nie mengintai² lubuk hati dan fikiran sekiranya diri sudah disunting untuk dijadikan permaisuri..

Sesudah berumah tangga. Apabila disahkan mengandung dan mengalami alahan yang teruk. Mungkin alah pada bau suami, membuatkan membenci suami. Mungkin membenci selama 3 bulan 4 bulan atau 8 bulan lamanya. Mungkin anak kedua ketiga dan seterusnya tetap diuji dengan alahan yg sama.
-sabarkah engkau wahai suami dgn karenahku? Masihkah aku ini cintamu dikala itu?

Emosi semasa mengandung berubah, mengeluh sakit itu dan ini. Resah dan tak selesa selalu menghimpit si isteri yang mengandung.
-sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung upaya melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa, sering hambar tiada penariknya. sehebat² mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sbg isterimu.
-masihkah aku buah hatimu?

Tahun awal berumah tangga diserikan dgn cahaya mata pertama pasti saat itu masih indah. Cahaya mata makin bertambah, kerjaya semakin b’kembang. Pendapatan b’tambah sesuai dgn bebanan juga yg makin b’tambah. Dalam suasana yg byk tekanan.
-apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dgn karenah anak² dan mama mereka? Mampukah engkau terus tersenyum menawarkan bahagia?

Atau mungkin setelah sekian lama aku masih belum mampu memberi zuriat padamu.
-masihkah aku ada tempat dilubuk cintamu?

Andai kita masih diuji, andai aku disahkan tak boleh merahimkan cahaya mata impian kita.
-apakah aku masih kekasih hatimu?

Andai Allah menguji dengan ujian yg lebih hebat, andai diujinya aku dgn barah payudara yg t’paksa mengorbankan salah satu atau keduanya. Kimoterapi yg meluruhkan rambutku yg dulunya menjadi belaianmu. Tubuh ini sentiasa lemah dlm pelukanmu, berak kencingku didalam kain batik pemberianmu.
-masihkah engkau mencintaiku?

Terkedu terkaku terkelu.. punya jawapan kah kita akan semua persoalan ini?


**Incik Imam punya jawapan tak?

SUMBER
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...