Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 October 2011

Kenangan Menjadi Hakim


-Assalamualaikum semua-

Kenangan…

Ada kalanya kenangan yang pahit tue membuat kan kita fobia melangkah. Melangkah menempuh episode yang baru. Kerana kesan sakitnya kenangan itu masih terkesan di sudut hati..

Dan ada kalanya kerana kenangan yang pahit itu membuat kan kita membenci yang mungkin akan ada dendam dalam hati. Dendam yang tidak berkesudahan selagi tiada kata maaf. Kerana dendam juga membuat kita mahu sesiapa merasa sakit seperti kita. Tanpa kita sedar perbuatan itu akan menyakitkan diri dan hati kita sama. 



Tapi andai kita sedar,,

Tanpa kenangan mampukah kita berdiri seperti hari ini? Mampukah kita setabah saat ini? mampukah kita menjadi sehebat kini?
Bangunlah dari tersungkurnya kamu, walau tiada tangan yang menghulur, berpautlah walau hanya pada tangan dan kaki mu yang lemah. 

Kerana kenangan itu,

Akan menjadi pengalaman yang membuatkan kita lebih bijaksana. Bijak dalam mencorak masa depan yang lebih indah. bijak memilih tiap laluan yang harus dilalui. Dan kerana kenangan itu juga membuat kita lebih matang dan dewasa.

Dan kerana kenangan itu,

Akan membuat kita lebih dekat dgn Maha Pencipta. Kerana terkadang kita lupa bahawa DIA sentiasa memerhati kita. Kerana DIA sayang pada kita, maka kita dijatuhkan . Agar kita tidak angkuh berjalan dibumi milikNya. Maka bersyukurlah, kerana kita yang dipilihNya..

Jika ilmu mengajar manusia menjadi alim(berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana)
-Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil-

**kenangan lalu akan membunuh seandainya
saya memilih untuk berdendam... Alhamdulilah

2 comments:

Abu Huzaifah said...

ujian yg maha Esa... ade hikmahnya...

Kira Sakura said...

Abu ::

betol tue.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...