Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 December 2011

Tolong jaga hati dia

Assalamualaikum semua

bila dah berumah tangga suami isteri sama-samalah jaga amarah dan keaiban pasangan, kalau marah jangan ditunjukkan depan umum, kalau silap jangan ditengking di depan khalayak, simpan dulu amarah kamu, ingat syaitan mmg suka orang yang marah-marah nie.. terkinja-kinja die bila tengok kamu marah. 

kalau isteri buat salah, janganlah marah dia depan umum. kesian isteri tue malu die, kan salah satu rukun berumah tangga menjaga keaiban pasangan? tegur cara elok di bilik tidur kamu berdua. hanya bila kamu berdua!! terangkan mengapa tak boleh begitu begini, tegur dengan cara yang lembut.

sama juga bila suami buat salah. jangan dimarah tengah-tengah khalayak. jatuh maruah dia sebagai ketua keluarga, seorang lelaki bila maruah nya dijatuhkan die akan lebih beremosi, lebih ego, silap-silap kamu balik yang kene sembur. simpan tak puas hati tue sampai ke rumah. pilih masa yang sesuai baru diluahkan perasaan

hidup berumah tangga ada manis dan pahitnye. itu baru dinamakan kehidupan. samalah menjaga amarah, samalah menutup aib. jangan dicanang merata aib pasangan, berdosa dan burukkan ikatan je lagi. 

benar saya belum berumah tangga tapi tak salah kalau saya belajar dari kesilapan kamu, dan mengingatkan sesama kita. sbb manusia selalu lupa, seperti juga saya yang selalu lupa.

 YANG SEMPURNA HANYA DARI ALLAH SWT
DAN YANG BURUK DARI SAYA SENDIRI

**syukur Alhamdulilah pakcik imam selalu cuba memadamkan amarah saya bila saya buat silap. tegur saya bila saya tertewas dengan perasaan marah. terima kasih.

28 December 2011

Jom kita kejar dia

Assalamualaikum semua..

Situasi I 

Alya dengan Ika sibuk mengejar Fakhrul. tinggal dia sorang jer budak laki dalam rumah nie, sepupu-sepupu diorang yang laen semua dah balik. ape lagi budak dua orang tue mengusik si Fakhrul nie la.


Alya + Ika : sayang, sayang mari la sayang (sambil kejar Fakhrul)


lastnya Fakhrul lari menyorok belakang maknya. takut kene kejar dengan dua orang budak perempuan nie.. kira dah tak larat nak gelak tengok Alya dengan Ika mengusik Fakhrul. dah nak nangis si Fakhrul tue kene giat.


Kira : jangan la kome ngusik dia lagi, achik cubit sorang satu kalau tak nak benti

baru la budak dua orang tue berenti menggiat, agaknya Fakhrul rasa dah selamat baru dia ke depan sambung main..

Situasi II


Alya masuk bilik sambil nangis. Ika mata pown mcm baru lepas nangis. kira pown tanya la pasal pe diorang nangis.


Ika : Kak Leya tolak Ika.

Alya : adik tolak adik Ika, dia jatuh katil. dia nangis, adik pown nangis sekali.


pulak dah..... pening dengan diorang nie.. ada jer perangai nya. kejap gaduh nangis-nangis. kejap lagi salam dah berlari main balik. sebab dah macam kembar, tak boleh sorang lebih sorang kurang kalau tak nanti ada yang tarik muncung. tapi kalau tak ada diorang sunyi.


yang kiri Ika, yang kanan Alya. sebok diorang pown nak potong kek sama masa kakak sambut aniversary hari tue..

27 December 2011

Tak Sempat

Assalamualaikum semua....

rasa mcm lama jer x hupdate belog nie... 

kekangan masa
kekangan idea
kekangan tenaga
kekangan line tenet nie

insyaAllah ada cerita yang nak dikongsikan... bila dah hilang kekangan2 kat atas tue,,, :)

22 December 2011

Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum semua

kerana Allah itu Maha Kuasa...
jangan selalu sangat mengeluh, takut nanti kufur nikmat
 
ingatan untuk diri sendiri juga semua
 
yang baek pasti dari Allah SWT dan yang buruk dari saya sendiri

20 December 2011

Dizalimi masa silam

Assalamualaikum semua 

*****
Dizalimi masa silam

kekadang seseorang tue akan bertindak buat satu² keputusan berdasarkan pengalaman masa silam die. Contohnya ;

jika dulu dia pernah ditinggalkan kekasih, kekasih nya curang. Bermain kayu tiga. Meninggalkan dia tanpa kata. Sudah memberikan harapan dihancurkan pula harapan itu.

Kerana sakitnya masa silam dulu, dia memilih untuk tidak mempercayai kata-kata kekasih barunya. Mampu bertahan ke sesuatu hubungan tanpa kepercayaan?

Ada ketika akal menolak putik cinta yang baru nak berputik kerana masih dibayangi gelapnya masa silam. Tapi andai tidak diberi peluang si hati menerima cinta baru, sampai bila hati harus dizalimi?

Masa silam adalah kenangan, kenangan yang mengajar kita satu perkara yang baru. Yang selalunya mengajar kita untuk lebih matang berfikir. Yang lebih pandai menghargai agar tiada insan laen yang akan merasa seperti mana sakitnya kita satu masa dulu.

One Step Closer


Benar, perlu lebih berhati-hati tapi jangan sampai menzalimi. Hargailah masa depan. Jangan menzalimi masa depan kerana kesalahan masa silam.

19 December 2011

Kira jawab soalan

Assalamualaikum semua

tajuk dah macam ada sesi temu ramah je kan? bajet retis orang nak tnye macam-macam.. ceitttt

 ENTRY NIE WUJUD BUKAN NAK PERASAN BAGUS SEMUA ORANG NAK TAKE CARE PASAL KITA TAPI UNTUK MENJELASKAN AGAR TAK ADA YANG TERASA HATI.
 
ekceli ramai sangat yang tanya soklan nie sekarang

"kira dah nak tunang?"

"kira dah nak kawen?"

atau soklan yang pusing tonggang terbalik kut mane pown tetap maksud yang sama jugak
dan kira selalu lari dari jawab soklan macam tue kan?

bukan nk bajet diri retis yang selalu jawab NO COMMENT tapi kira segan bila ditanya soalan peribadi kt umum contoh kalau ada yg bertanya kat pesbuk. 
serius tak kan ade jawapan dari kira sbb yang utama MALU nak jawab.

laen kalau face to face tanya kat kira insyaAllah kira jawab :)

kira bukan jenis yang cerita bulat-bulat ikut skrip, kira jenis berkias. 
semua jawapan tue ada kat sesetengah entry kira, semuanya berkias.
bagi yang paham tue Alhamdulilah, bagi yang tak berapa nak paham tue kene tunggu sampai kira nak berterus terang la kowt.

bukan xnak terus terang sekarang tapi kira takut andai masa depan laen pulak aturan Allah untuk kami.

kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.

kira dan dia manusia biasa, jodoh dan maut rahsia Allah, dan tak wajar bagi kami nak mencanang cerita merata-rata sebelum waktunya tiba. 
 sebelum ketentuan yang sebenar tiba biarlah kira hanya berkias yang tue lebih baek rasanya.. andai masanya tiba insyaAllah kira share dengan semua, (ade gaye2 retis x? miahahahahaha :p)

maaf bagi sesape yang terasa bila kira selalu lari dari menjawab especially kak adish shida, kak shida anwar, GKSB, and adik badik KBU umumnye dan semua..
kira dan dia manusia biasa, jodoh dan maut rahsia Allah, dan tak wajar bagi kami nak mencanang cerita merata-rata sebelum waktunya tiba.

18 December 2011

satu perjalanan #4

Assalamualaikum semua

Doa Seorang Kekasih

 Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan 

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
 

13 December 2011

Panjangnya kuku kau....

Assalamualaikum semua...

cool ke kalau berkuku panjang nie?
cantik sangat ke?

ekceli kira memang tak berkenan dengan yang simpan kuku panjang, rasa mata berbulu-bulu nengoknya. 

tak ke empunya kuku tue rasa rimas dengan kuku yang dah panjang tue?

macam mana kalau nak masak yang pakai kunyit, tak ke kunyit tue melekat kat ujung-ujung kuku tue? kuku warna kuning ,, eyekkkkk

pastu kalau yang simpan kuku panjang belah kiri pulak macam mana nak mencebok? tak sakit ke?    

kira pernah baca katanya kalau menyimpan kuku panjang sama lah dengan dosa memelihara sekandang khinzir? wallahualam, sape-sape yang boleh terangkan betul ke x fakta nie?

tapi apa yang kira tau setiap hujung kuku yang panjang nie akan menyimpan sejenis kuman yang diberi nama E-Coli sejenis kuman yang sama dengan najis manusia? yang tak kan hilang walaupun basuh banyak kali. 

maaf jika ada yang terasa, hanya menegur :)

doa kira biarlah kira dan kawan-kawan semua tak terjebak dengan 'fashion' berkuku panjang nie :D

selalu kalau ternampak adik simpan kuku panjang memang kira tunggu depan dia sampai habis potong kuku (kakak yang garang kan) :p 

my bad attitude : bila sakit selalu merengek kat orang yg terdekat, mengadanya rasa.. adehhh cam mana la nak ubah sikap nie T_T

12 December 2011

pilih calon suami berdasarkan negeri?

Assalamualaikum semua...

tadi saje la sembang-sembang kosong dengan akak ofismate nie...
katanya kira kalau nak cari calon suami cari la orang kedah, ada banyak beras. cepat sikit badan naik nya.(merujuk pada fizikal kira yang x berapa nak besar nie) sambil gelak-gelak.

kira pulak menambah. 
kalau macam tue kak, kene cari orang melaka sbb sana byk cencaluk, kene cari orang perak sbb ada tempoyak dan rendang tok, cari orang kelantan sbb ada budu, cari orang pahang ada sambal hitam yg pedas tue, orang melaka yg pandai masak asam pedas, tak pown orang penang, byk jeruk !!! ..

 yang tue hanya sembang kosong kami jela. tapi kalau tengok dari sudut kejadian yang Allah dah aturkan tue mmg indah kan.. tiap dari umatNya diberikan kelebihan masing-masing. 

supaya setiap yang bergelar hamba nie sedar yang bahawa dia tak sempurna, masih punya kekurangan, supaya tidak angkuh berjalan dibumi milikNya nie.


Hanya kerna dia Imam

Assalamualaikum semua


.....Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?.....

baca selanjutnya disini :)

dia kutuk, kau boleh senyum lagi?

Assalamualaikum semua

*****
Munah : Farisha tue aku tengok selalu sangat beli makanan yang mahal-mahal, boros!!!

Munah : Tunang Farisha tue banyak sangat ke duit dia? selalu sangat aku tengok diorang tue bergayut telefon lama-lama. 

Munah : Tunang Farisha tue pakai rantai erk?

MasyaAllah ambik berat sungguh si Munah nie dengan Farisha tue ye?

Farisha hanya tersenyum dan ketawa jer mendengar aduan rakannya, Ana. Munah yang luahkan segala isi tidak puas hatinya mengenai Farisha pada Ana. dan akibat tidak tahan Munah sering memprovokasi mengenai Farisha. akhirnya Ana mengambil tindakan menceritakan pada Farisha. sedangkan hakikat yang Munah nampak tak seperti zahirnya.

Ana : kau nie Farisha, orang tue kutuk kau macam-macam , perli kau macam-macam. kau boleh senyum siap gelak lagi tue. cuba sekali sekala kau pulak bagi si Munah tue sedas!!! 

Farisha : sabar la Ana. aku bukan x boleh nak bagi sedas tue, se gas pown aku blh bagi. tapi nak buat apa? kalau aku buat macam tue sama jer aku nie perangai hodoh macam Munah tue. buat lagi perang besar jer. dan Allah tak kan memberi rahmat dan berkhat bila terputusnya tali persaudaraan di sesebuah tempat. tue semua ujian Allah nak tengok sejauh mana hambaNya yang dikatakan beriman tue bersabar. Nabi pun selalu diprovokasi oleh orang yahudi masa berdakwah dulu. Maha dasyat lagi. Diam tak bererti kalah. dan kita doakan la Munah tue sedar salah dia. amin

ujian tahap keimanan kamu
YANG BAIK ITU DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DARI NUR SYAKIRA YAAKUB
TEGURLAH JIKA SAYA MEMBUAT SILAP :)

11 December 2011

Satu perjalanan #3

Assalamualaikum semua

Antara hukum dan adat,
Pastinya hukum yang dipilih.
Namun, ada kalanya pilihan sendiri tidak sejajar dengan kehendak keluarga dan mereka yang terdekat.

Disinilah payah yang menanti,
Perlu berjuang mempertahankan hukum,
Bertegang urat menjelaskan mengapa adat ditolak demi menegakkan hukum.

Payahnya Ya Allah,
Perlu menolak dan berdebat dengan insan yang tersayang demi mendekati diri-Mu,
Namun, jihad ini perlu diteruskan

Berkeras bukan jalan yang terbaik,
menolak tanpa sebab juga hanya memincangkan persaudaraan,
Islam itu indah, ditolak dengan bahasa yang lembut,
diterangkan mengapa dan kenapa tidak boleh menurut,
semoga kehendak tercapai dan Ilmu semakin kebal, persaudaraan makin kental.

insyaAllah…

hukum bersanding menurut islam





 **perlukan sokongan dan pinjamkan kekuatan

10 December 2011

Sabar dan Syukur

Assalamualaikum semua..
 
><><><
 
saya Asiah. saya punya paras rupa yang elok. cantik rupawan. punya harta yang membolehkan saya membantu mereka yang kurang berdaya, Alhamdulilah. saya bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan ini.
 
saya Luqman. rupa saya tidak seindah mereka yang lain. sudah lah tiada rupa, tidak berharta. diri sendiri pun hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagaiman mungkin saya bisa membantu mereka yang senasib atau lebih malang dari saya.. namun, saya redha dan bersabar dengan ujian Allah ini. pasti telah disediakan nikmat yang besar untuk saya kelak.

takdir Allah, berkahwinlah Asiah dan Luqman.

Asiah redha dan sesungguhnya saya bersabar dengan kekurangan suami saya. saya terima seadanya dia. kerana Allah mencipta manusia berpasang-pasangan, tiada satu pun yang sempurna untuk saling melengkapi apa yang kurang. 
 
Luqman bersyukur dengan amanah yang diberikan Allah buat dirinya. bersyukur punya isteri yang cukup serba serbi. menyempurnakan segala kekuranggannya.

berbahagialah mereka di dunia dengan kelebihan dan kekurangan keduanya. insyaAllah berbahagia juga mereka diakhirat kelak..


sumber : Tanyalah Ustazah, TV9

**jika ada yang salah, perbetulkanlah saya.. kerana yang buruk itu dari saya dan yang sempurna dari Yang Maha Kuasa

06 December 2011

Kerana sebuah Novel, part II

Assalamualaikum semua

ini adalah bahagian kedua, sambungan dari cerpen yang ini..
jemput baca, maaf andai terkurang serba serbi :)

*****
Satu persatu nota-nota kecil yang terselit disetiap penghabis episode dibaca. Bagaikan diari kehidupan. Luahan perasaan dan harapan seorang wanita yang bergelar isteri. 

Lepas je insiden ‘berlanggar’ mata hari tue,
Terus perasaan nie hadir,
Perasaan yang sama tiap kali bersalaman usai solat.
Perasaan apa ye?
Qisya, 2 Disember 2011

“Ya Allah aku bersyukur punya isteri seperti dia. Ya Allah bersyukurnya aku kerna Engkau memakbulkan doaku yang tidak pernah putus dari bibir dan hati yang kerdil ini.” setitis air mata kesyukuran terbit di hujung kelopak mata Khairi.

Hari ini seperti biasa, pantas sahaja tangan kanannya mengambil novel yang sudah separuh dibacanya kelmarin diatas meja kopi diruang tamu. Satu penemuan yang amat-amat mengejutkan dirinya. Novel sama kepunyaan isterinya. Pantas Khairi menjejak anak tangga naik ke bilik mereka.

Sabar Khairi menunggu isterinya bersolat. Solat sunat mungkin. Terdengar esakan halus dari isterinya. Pantas Khairi duduk menghadap si isteri. Wajah isterinya yang lencun dengan air mata ditatap.

“hei, kenapa nie?ape dah jadi? anything want share with me?” lembut Khairi memujuk isterinya, Qisya.

Lantas Qisya menghulur lukisan tangan yang dijumpai didalam novel milik suaminya yang sama seperti yang dibelinya tempoh hari.



Tanpa mampu ditahan, pantas Khairi memeluk isterinya. Seeratnya. Bibir tak mampu menutur walau sebutir kata, hanya pelukan hangat yang dapat diberikan menggambarkan, hangatnya cinta dan sayang untuk isterinya. Hanya buat isterinya.

“Alhamdulilah, syukur Allah permudahkan semuanya”

Hanya kerana sebuah novel bertajuk “Doaku untukmu Sayang” yang sarat dengan nota cebisan luahan perasaan Khairi dan Qisya akhirnya menemukan ruang bahagia buat keduanya.

*****

“sayang, rumah kita nie senyap sunyi bila kita masing-masing menghadap novel kan? Mungkin kalau ada suara-suara kecil yang akan buat rumah kita bergegar lepas nie?” usik Khairi dalam tawa, suka benar dia melihat muka merah isteri kesayangannya.

*****
TamaT 

terima kasih sudi membaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...