Assalamualaikum semua..
><><><
saya Asiah. saya punya paras rupa yang elok. cantik rupawan. punya harta yang membolehkan saya membantu mereka yang kurang berdaya, Alhamdulilah. saya bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan ini.
saya Luqman. rupa saya tidak seindah mereka yang lain. sudah lah tiada rupa, tidak berharta. diri sendiri pun hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagaiman mungkin saya bisa membantu mereka yang senasib atau lebih malang dari saya.. namun, saya redha dan bersabar dengan ujian Allah ini. pasti telah disediakan nikmat yang besar untuk saya kelak.
takdir Allah, berkahwinlah Asiah dan Luqman.
Asiah redha dan sesungguhnya saya bersabar dengan kekurangan suami saya. saya terima seadanya dia. kerana Allah mencipta manusia berpasang-pasangan, tiada satu pun yang sempurna untuk saling melengkapi apa yang kurang.
Luqman bersyukur dengan amanah yang diberikan Allah buat dirinya. bersyukur punya isteri yang cukup serba serbi. menyempurnakan segala kekuranggannya.
berbahagialah mereka di dunia dengan kelebihan dan kekurangan keduanya. insyaAllah berbahagia juga mereka diakhirat kelak..
sumber : Tanyalah Ustazah, TV9
**jika ada yang salah, perbetulkanlah saya.. kerana yang buruk itu dari saya dan yang sempurna dari Yang Maha Kuasa
5 comments:
dable s y bermakna skali
tengs kak
semoga kalian berdua (bersama pasangan) akan saing melengkapi antara satu sama lain..ameen
kak iffah ::
sama2 kita muhasabah :D
aima ::
amin2, mekasih aima :)
kak iffah pulak :p (mud pening)
kak iffah pulak :p (mud pening)
Post a Comment