“Arghhhhhhh” bergema ruang bilik pagi itu dengan jeritan Farah Aliya.
“awak siapa? Kenapa awak tidur sebelah saya? Baik awak cakap cepat apa awak dah buat dengan saya?”
Terpisat-pisat Amir Hazwan disergah oleh wanita dihadapannya.
“Assalamualaikum Puan Isteri, selamat pagi. Saya suami awak, semalam jer kita baru menikah, awak lupa ke apa yang jadi semalam? Saya mana ada buat apa-apa kat awak” seraya Amir Hazwan mengangkat ke sepuluh jarinya membuktikan apa yang dikatakannya sebentar tadi.
“semalam?”
*****
“awak… betul ke awak xnak tidur kat atas? Saya rasa tambah berdosa kalau biarkan awak tidur kat bawah tue” hati Farah dipaut rasa bersalah apabila suaminya terus membentangkan comforter diatas karpet selepas dia bertekak mahu tidur berasingan tadi.
“awak, redhaNya Allah bila saya redha. Saya yang memilih untuk tidur dibawah kan? Jgn la awak risau” lembut Amir memujuk isteri yang baru dimilikinya kini.
“laaa nangis pulak dah? Saya ada salah cakap ke? Maaf la kalau saya tersalah cakap” kalut Amir bila melihat isterinya mula mengalirkan air mata.
“awak naik la tidur kat atas nie, dah la saya bersalah tak cintakan awak, saya bertambah berdosa bila tengok awak tergolek-golek kat bawah tue”
Tersenyum Amir mendengar kata-kata Farah. Tidak sampai hatinya membiarkan isteri tercinta terus menangis hanya kerana rasa bersalah.
“awak tak takut ke kalau saya terpeluk awak masa tidur nanti? Saya mana boleh nak kawal kelakuan saya kalau dah hanyut dibuai mimpi. Nak-nak pulak kalau awak yang masuk dalam mimpi saya” usik Amir, selebihnya dia bahagia melihat pipi merah isterinya.
“ishhh mengada pulak dia nie kan, dah la saya nak tidur selagi awak belum terlelap awak jangan sesekali melangkah sempadan nie tau?!” ugut Farah sambil meletakkan bantal panjang sebagai sempadan antara mereka.
“kalau dah terlelap, kira tak bersalah la kalau saya terlepas sempadan nie kan?” usik Amir lagi.
Lantas Farah Aliya terus menarik selimut membungkus dirinya.
*****
“Ya Allah aku berdoa padaMu izinkan aku terus melihat senyumannya biarpun hanya ketika isteriku sedang tidur” kudus doa Amir Hazwan, jauh disudut hatinya biarlah senyuman isterinya ketika itu kerana mimpikannya.
Entah bila dia tertidur pun tidak diketahuinya hanya tersedar bila terdengarkan jeritan isterinya. Bukan isterinya sahaja malahan dirinya sendiri pun terkejut. Mana tidaknya elok sahaja Farah Aliya tidur berbantalkan lengannya, tangannya pun elok saja mendakap si isteri tidur.
“agaknya awak mimpikan saya kut malam tadi, tue yang awak tak sedar terpelukkan saya” tak habis lagi Amir Hazwan mengusik Farah Aliya.
“ada ke?” soalan yang sebenarnya diajukan pada dirinya sendri. Namun jauh disudut akalnya yang waras memang Farah Aliya mengaku yang dia sedang mimpikan suaminya ketika itu, sedar-sedar memang mimpi menjadi kenyataan!!
*****
“mama, papa kenapa mesti nak kena kahwinkan Farah dengan mamat tue? Entah sape-sape pandai-pandai jer mama dengan papa terima. Asal usul pun kita tak tau.” Bentak Farah Aliya.
“bekas tunang kamu tue kita tau asal usulnya, keluarganya kita kenal malah dah rapat, putus jugak kan. Semua tue bukan alasan Farah. Dah memang jodoh kamu dengan Amir tue terima jela” ibu Farah Aliya masih mahu memujuk anaknya.
Dan memang betul Amir Hazwan jodohnya bila akad dimeterai pada malam akad nikah yang lalu. Bukan mahu membenci insan bernama Amir Hazwan namun langkah yang diambil oleh lelaki itu terlalu drastik. Padahal baru dua bulan dia putus dengan bekas tunangannya. Sakitnya ditinggalkan oleh tunangannya, opss!! Bekas tunang masih berbekas sudah ada yang mahu mengisi kekosongan dihati.
“kut ye pun ngorat la aku nie dulu, nie tak terus masuk minang. Dia pun aku tak kenal siapa, alih-alih dah kena terima” omel Farah Aliya.
“bercinta lepas kahwin tue yang sebaiknya Farah Aliya, tak perlu nak tunang-tunang lagi. Nikah jer terus. Senang, nak bercinta, nak kemana-mana pun dah halal” sampuk ayahnya.
Lantas pantas sahaja kakinya mendaki tangga masuk ke dalam bilik, fikirnya tadi dia hanya bermonolog didalam hati namun tidak sangka bibir lebih pantas mengeluarkan bicara. Malu pula pada mama dan papanya tadi.
*****
“maaf saya terpaksa berterus terang yang saya masih sayangkan bekas kekasih saya. Saya tak dapat lupakan segala-galanya mengenai dia. Saya mengaku saya tersilap langkah dengan mengikat diri saya sebagai tunang awak” lesu suara Faizal. Tidak sanggup lagi dia terus bersikap hipokrit dihadapan tunangnya padahal hakikat yang sebenar dia masih sayangkan bekas kekasih yang lalu.
“habis tue masa kau buat keputusan nak bertunang dulu tue, kau saja nak buat eksperimen samada kau masih sayangkan bekas kekasih kau? Dan aku hanya menjadi bahan uji kaji kau? Dan bila kau dah tahu keputusannya baru kau tahu yang kau dah tersilap?” perlahan namun cukup tegas diperkatakan oleh Farah Aliya. Cukup pantang jika ada yang memainkan perasaannya.
“saya minta maaf. “ hanya itu yang mampu diluahkan Faizal, dia tahu memang dia yang menjadi puncanya.
“aku maafkan kau, dan tolong jangan cari aku lagi. Terima kasih kerana memberi aku pelajaran yang cukup bermakna” pedas apa yang dikatakan Farah Aliya. Ternyata pengorbanannya untuk memahami seorang lelaki yang bernama Faizal hanya sia-sia. Segala kesabaran hanya menjadi buih yang perlahan dibawa arus air. Segala pengorbanan hilang disapu debu angin. Dia pasrah, pasti ada hikmah.
“jika Allah belum memakbulkan doamu bererti Dia punya perancangan yang lebih baik buat kamu. Dia mengerti apa yang terbaik buat hamba yang diciptakanNya” hati Farah Aliya lebih tenang apabila mengingati semua kata-kata yang menjadi semangatnya selama ini.
*****
Dan benar, lelaki yang bergelar suaminya kini lebih baik dari bekas tunangannya. Sabar melayan setiap karenahnya. Tersenyum saat dia mula membuat perangai yang pelik-pelik. Menenangkan saat jiwanya gundah dilanda masalah.
“Ya Allah aku mohon padaMu. Izinkan aku untuk terus menatap senyuman isteriku walau hanya ketika dia sedang tidur. Izinkan aku terus menatap wajah berang isteriku walau aku menjadi mangsanya melepaskan amarah. Izinkan aku untuk terus menatap rajuk isteriku walau hanya panjang muncung nya yang bisa aku lihat. Itu sudah cukup bermakna buatku Ya Allah. Kerana sesaat aku kehilangannya terasa seluruh jantungku berhenti berdenyut. Aku amat mencintainya Ya Allah, jadikan aku kecintaanya juga. Aku amat merinduinya Ya Allah, jadikanlah aku kerinduannya pula .ku mohon padaMu yang memegang setiap hati kami Engkau lembutkanlah hati isteriku menerima diriku dan juga mahligai kami, berkhatilah rumah tangga kami Ya Rabb. Hanya padaMu aku bermohon. Amin Ya Rabbal Alamin.”
Lencun air mata Farah Aliya saat terdengar doa kudus suaminya. Baru dia tahu bahawa selama ini suaminya bangun sepertiga malam, memohon kecintaan Ilahi. Berdoa untuk rumah tangga mereka. Teringat insiden dimana mereka keluar bersiar-siar tempoh hari.
“sayang jangan buat abang macam nie lagi, kalau pun Aliya tak suka abang tolong la jangan buat hati abang risau macam nie, abang rela Aliya buat perangai macam selalu dari Aliya tiba-tiba menghilang macam tadi. Janji dengan abang jangan buat macam nie lagi sayang?” pinta Amir Hazwan bersungguh-sungguh.
Sedangkan Farah Aliya terus enak menikmati aiskrim yang dibelinya tadi, namun manis langsung tidak terasa kerana hatinya sebak melihat risaunya Amir sewaktu dia ‘hilang’ tadi. Bertambah sebak hatinya mendengar permintaan suaminya. Namun, air mata tetap juga ditahan.
“sory, orang lupa nak bagitau awak, orang nak beli nie tadi. Awak makanlah” dihulurnya aiskrim itu pada Amir Hazwan, tidak terasa mahu menyambung kenikmatan aiskrim itu lagi, hatinya kini menangis, kerana ego nya sendiri.
Farah Aliya kembali tersedar dari lamunannya apabila terasa dahinya panas dikucup suami.
‘nak buat ke tak? Nak ke tak? Patut ke kalau aku buat? Tapi.. hai hati dah macam nie kau boleh main teka-teki lagi’ marah Farah Aliya pada hatinya sendiri.
“abang”
“Ya Allah Aliya, nasib tak jatuh jantung abang nie, kenapa tak tidur lagi? Abang yang buatkan ALiya terjaga? Abang minta maaf sayang.” Sikap lembut dan prihatin suaminya inilah yang sedikit sebanyak mencairkan hati kerasnya.
“kalau jantung awak jatuh saya tolong lah kutip” sempat lagi Farah Aliya membalas tiap kata suaminya seperti selalu.
Tersenyum Amir Hazwan mendengar celoteh isterinya. Syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana kini Farah Aliya mula mahu berlembut dengannya, mahu bergurau dengannya jika sebelum ini mahu mendengar sepatah dari mulut Farah Aliya pun bagai menunggu penyu bertelur!! Namun, ada sesuatu yang aneh pada pendengarannya malam ini.
“apa Aliya panggil abang tadi? Cuba ulang balik.”
“mula la tue, tak boleh orang nak buat baik sikit, mula la nak membuli.”
“rugilah kalau tak dapat buli sayang abang bila ada peluang” pantas cubitan Farah ALiya singgah dipaha Amir Hazwan.
“errrr saya nak minta maaf atas kelakuan saya selama nie, saya tau banyak salah saya. Saya selalu sakitkan hati awak. Saya letakkan ego saya ditempat yang teratas. Maafkan saya” sayu Farah Aliya menuturkan kata-katanya, serentak dengan itu air mata gugur jua tanpa mampu ditahan lagi.
Erat Farah Aliya didalam dakapan Amir Hazwan. Tinggi ucap syukur Amir pada Yang Maha Kuasa membalikkan hati isterinya untuk sama mencintai seperti mana dia. Tiada kata yang mampu diucap hanya air mata bahagia yang membalas setiap kata isteri tercinta.
“macam mana awak boleh tekad nak memperisterikan saya?” soalan lama yang berada dalam benak Farah Aliya akhirnya terkeluar jua.
“kerana Farah Aliya hadir dalam istikharah cinta abang” tersenyum bahagia keduanya.
*****
line tenet susah nak dapat, sgt susah nak bw T_T
6 comments:
gila jiwang aa macik ni.. :P
asal aku ase best gile bace istikarah cinta ni ea..
* jiwang!!
pesal dedua pakat jiwang ni
eh
Kenapa banyak yang cakap jiwang ni? ahakz..
Susahnya nak buat cerpen pendek yang padat.. kalau saya, memang xleh.. tetap jadi panjang jawabnya.. huhu..
sila sambung menulis cerpen..
saya suka membacanya ^_^
wuyooo
Post a Comment