Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 January 2013

Zina nak salahkan siapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baca sticker pasal zina kat belog Iffah tadi. teringat apa yang fasi kata masa saya kursus hari tue. bulan 10, bulan 4, bulan 9 nanti area macam tue mesti akan ada banyak kes pembuangan bayi. sebab kalau ikut wanita hamil 9 bulan bayi tue terhasil dari perzinaan masa new year, valentime day dengan merdeka. hurm betol jugak apa yang dia kata tue. nak salahkan sapa dalam kes berzina nie? pendapat saya ramai pihak yang bersalah. dari keadaan sekarang nie apa yang boleh saya nampak.

golongan muda mintak izin nak berkahwin tapi terpaksa harung macam-macam dugaan. antaranya kos yang tinggi tuk berkahwin. bukan semua tapi masih ramai masyarakat kat luar sana yang mengangungkan adat berbanding syariat. sebab tue duit hantaran kena letak tinggi kalau tidak nanti kenduri tak meriah. tak segah artis. yang terbeban nak mencari duit mestilah bakal pengantin.

tapi ada jugak family yang tolong support belanja kenduri bakal pengantin. yang itu saya hormat. bukan tak boleh buat kenduri meriah tapi ikut kemampuan lah. bila bakal pengantin rasa tak mampu tue yang ambik jalan dekat. berzina bila dah tak boleh nak kawal nafsu.

tapi nak salahkan family tak boleh jugak. sebab kadang family pun ada sebab kenapa diorang buat macam tue. kadang family tahan awak dari berkahwin antara faktor kalau tengok awak tak berkerja takde pendapatan nak sara keluarga. tak kan nanti lepas kawen family jugak nak support? ada jugak jenis yang tak matang, tak ke nanti family tue risau macam mana cara awak kendalikan keluarga awak? nanti baru tiga bulan kawen dah bercerai sebab tak matang.

dan bagi awak yang dah bernafsu nak bersama dengan kekasih tue. kalau dapat cabaran dari pelbagai pihak jangan la ambik langkah bodoh dengan berzina. lepas tue nak salahkan family sebab lambatkan proses berkahwin. macam mana nak uruskan keluarga nanti kalau nak uruskan nafsu awak sendiri pun tak boleh? jangan ambik jalan bodoh dengan alasan nak sedarkan kesalahan family sedangkan awak sendiri boleh usaha kawal keadaan dari jadi lebih teruk.

banyak faktor kan? yang penting masing-masing kena sedar diri dan usaha kawal keadaan yang tengah rumit. cuba cari penyelesaian berdasarkan rules al quran, mintak tolong Allah, insyaAllah awak akan jumpa jawapan. kalau cari penyelesaian dengan google semata memang tak kan kemana la agaknya kot.




10 comments:

tupperware_merah said...

nak kawen jugak!!! kita nak bubuh kat blog baby2 mcm kat atas tu.. kita jeles. :'(

kemain lagik ko kan!!!!

wakgelas said...

kawen sonok kanns.. ehHHHee

Anonymous said...

sudah nak cakap bila bab2 isu2 mcm ni .. pasti ada kes salah menyalahkan.. so smpai bila pun x abis hehehe

kay_are said...

aku nak cite lebih tak kawin lagi so cane? =P tapi setuju.. dalam hal ni first sekali, diri sendiri.. kne selalu pikirkan akibat bile jadi macam ni.. jangan pastu baru nak nyesal.. famili lak kne r faham dan time seadanya.. asal mampu cukup r tak yah nak grand2 sangat sebab takut malu kan? hmm..

nursuriani said...

hurmmmm...betul banyak faktor sebenarnya jadi kes zina neh. huhuhu. lagi pun sekang kiera budak2 dah tak rasa perbuatan zina tu salah. malah tu jadi kebanggaan pulak. hurm makin pelik dunia. apa2 pun jaga baby okeh! :)

Fiza Rahman said...

Dunia akhir zaman.

OKje said...

Logik jugakkan Kiera...mungkin dpd statistik yang dia analise le tu...

Sekarang ni hantaran punyalah mahal... kesian jugak tengok mereka tu... macam family OKje....kenduri mmg emak ayah yg support mungkin ringan sikitlah beban pengantin..

RIZZNA said...

Taktau nk salahkn siapa. Sepatutnya masing2 kena jaga diri. Syaitan mmg akn slalu dtg menghasut.

Hantaran mahal tu boleh dirunding klau btul2 dh sepatutnya kawin urk elak zina. Kannnnnn

نورعيم said...

kalau tahu zina tu dosa, takut Allah, takkan jadi benda2 mcm ni.

pokok pangkalnya diri sendiri.

aku HaniAsyira said...

tak tahulah mcm mana nak ckp kan.. kena berbalik pada diri sendiri jugak kan.. tp, nak ckp lelebih pun tak boleh jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...