Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

13 January 2015

Bus Loncat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entah kenapa lah, sejak dua menjak cukup malas nak update blog. bukak blog baca komen. tutup balik. faktor usia kah :p atau sebab kepala letih fikir macam-macam persoalan yang timbul huuuu. ehh jangan risau, saya masih bahagia bersama keluarga kecil saya :p


since budak kecik tu asal nampak bus lori. nanak nanak. nak naik. sabtu lepas saya dan abi dia realisasikan harapan dak kecik sorang tu. naik dari jeti penang ke seberang jaya je pun. kalau ikut pada imagine ummi dalam 15 minit dah boleh la sampai, kalau ikut jalan kitorang selalu guna tu lah. masuk highway. sekali makan sampai 45 minit!! puas duduk dalam bus =.=

yang sebenarnya ummi ni bukan selalu naik bus loncat. kalau kami dulu panggil bas loncat. bas yang berhenti setempat-setempat ni. masa zaman sekolah, zaman tak dapat lesen motor lagi jangan harap lah ko nak merasa naik bus loncat ke pekan nun, kengkawan turun pekan (istilah sekolah dulu) ko duduk la rumah tengok tv. atau kalau teringin jugak nak pegi. papa akan hantar dan ambikkan. takkan sesekali papa lepaskan naik bus atau merayap ke pekan tanpa tujuan. dia takut anak dia lepas ke mana hala atau kena jual huuuu. terima kasih papa mama sebab jaga kami rapi-rapi.

sampai lah ke usia 24 tahun baru nak belajar naik bus loncat sendiri. balik ipoh naik bus ekspress dari alor setar. simpan kereta dekat ofis. waktu nak balik ambik kereta takmo susahkan sesape. naik la bus loncat dari sahab tu ke ofis. pestime naik bus loncat sorang diri. itu pun jenuh mesej dengan mastura. suruh dia guide. nak tekan loceng kat mana. nak kena turun kat mana. nak tahan bus mana satu. jenuh!!! =.="


dan sabtu lepas first and the last kot berjalan merayau naik bus dengan Fateh Uwais yang seorang itu. kalau naik bus ekspress mungkin boleh ampun lagi tapi kalau bus loncat takmoooo, ummi dah serik. sampai je jeti dia dah menggeletis tak boleh duduk. banyak sangat bus sampai tak berhenti sebut atak atak. atak tu bus ye kengkawan semua.

sementara tunggu pintu bus terbuka jenuh kepung tak bagi dia main tayar. ummi pun tatau ape yang menarik sangat dekat tayar tu =.= jenuh macam-macam pesen gaya abi dukung. takmo lepas bawah lama sangat. ramai orang dekat situ. risau.

masuk je bus, awal tu dia boleh la duduk diam tengok dekat luar. ralit tengok ape yang ada dari atas bus. selalu kan naik kereta tak seluas pemandangan naik bus. ada la dalam 8 ke 10 minit kot boleh diam ralitnya lepas tu hurmmm. agaknya dia ingat ruang bus tu besar dia boleh la lepas main merata. sangkaan awak jauh meleset sama sekali ye anak. 

minit-minit ke seterusnya sampai lah ke destinasi jenuh ummi abi pujuk tengok itu ini. dah takmo diam >.< memang terus kata kat abi. lepas ni takmo dah naik bus loncat kalau keadaan tak memaksa. tobatttttt serikkkkk itu pun mujur bila dah sampai kemuncak dia runsing kena pegang ada dua budak kecik naik dengan mak dorang. boleh la alihkan perhatian dia suruh tengok kawan kat bawah tu. hurmmm. budak yang tak suka kena pegang lelama gitulah perangai. takpe la anak. atleast ummi abi dah bawakkan awak merasa naik bus. nanti lepas ni mohon jangan nanak nanak lagi ye. 

9 comments:

juicy X said...

Dlu kmi takut naik bas lompat sbb malu nak tekan loceng.takut nt tekan loceng drebar xmau bhenti :p

Z@i Z@mR33 said...

Aqil dh x kisah tgk bas sbb abah dok bw p jeti tp x penah merasa nek bas lagi.

mmg klau nek bas ya ampun...punya la lama nk smpai sbrg jaya.leh lena seround klau nek sorang2

aizamia3 said...

Setakat ni anak2 tak pernah lagi merasa naik bas loncat2 tu.. kalau bawak dorang, ibunya yang terloncat nanti.. huhuhu..
Ni kalau cerita kat hubby pun mesti dia tak nak teman.. ekekeke..

ewanthology said...

budak2 suka main tayar, sebab dia ingat macam stereng, boleh pusing pusing :-)

CikSiti said...

Alhamdulillah merasa lah uwais naik atak yer hihi

huda said...

bus loncat ni memang nostalgia, orang yang mule-mule duk hostel atau masuk U atau tiket bas balik raye xde memang akan naik bas loncat...

Jemput Keblog Saya Hilangkan Jeragat Terus Dengan Cara Yang Berkesan Mudah Dan Murah

aTieYusof Family said...

Salam Kiera...wahhh rinduuunya..lama bebenor tak kemari..hihi..rindu Uwais yg bam-bam.. sanggup naik bas tu demi anak.. bestnya.. merasa lah tgk kiri kanan masa dlm bas tu..hehe

QasehnyaRania said...

mencabar juga kan
xpa la belajar dr pengalaman kan..
ciksu bru try bas xpress je. hihi

dah besar nk juga try.mesti lain peel nya kan

Fiza Rahman said...

Seronok lah fateh uwais dapat naik bas ☺

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...