Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

26 January 2015

Stroller bayi perlu ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bosan

dulu sebelum lahirkan Fateh Uwais kami suami isteri memang selalu tergedik eksaited kalau tengok stroller. pegi jalan mana-mana mesti tuju tempat stroller dulu. servey itu ini. paling menarik-narik tangkai hati stroller brand SCR hat tiga tayar tu. cukup berkenan lah, tapi menanges tengok harga dia wei T.T

akhirnya decide dengan suami. tunggu anak lahir lah baru kita beli stroller dia. nak pulak masa tu takde promosi apa-apa. so takde la eksaited mana sangat kan. habis je pantang 44 hari hari ke 45 terus keluar pegi JJ bawak budak kecik tu. servey2 stroller, bincang dengan suami ambik brand sweet chery. ala brand SCR jugak tu cuma yang ini empat tayar. SCR tiga roda masa tu yang paling murah pun RM7++ erkkkk ummi memang tak suka membazir kalau rasa ada lagi yang lebih berkualiti dan murah. jimat kata ko. hewhewhew

ikutkan dah kerling-kerling SCR roda tiga tu. siap nak buat installment lagi. nasib la akal lebih menguasai nafsu masa tu. nak pulak sebab kami dah ada car seat kakak bagi. jadi rasa kita beli stroller yang biasa-biasa je dah la. janji anak boleh guna dari new born sampai besar. tengok stroller kami beli tu. bila test lipat bajet macam muat lah masuk bonet nurul iman kami (viva elite) sekali tak muat ko T.T akhirnya kenalah berdiri kan dia dekat belakang seat co pilot. kalau nak berjalan ke mana memang boleh tumpangkan sorang jela. dah sebelah lagi seat reserved dekat stroller T.T

tapi pendapat peribadi saya. tak perlu laburkan riban riban pada stroller. sebab baby ni once dia dah pandai berdiri merangkak. susah dah dia nak duduk dalam stroller tu lelama. kecuali kalau dia tidur atau dia dah letih nak berjalan sendiri. dan macam saya sendiri kalau ke tempat ramai orang. contoh mall yang ada gegila sales. saya lebih selesa dukung anak atau letak dalam baby carrier. rasa lebih selamat dan selesa. dalam orang reramai tu kita nak tolak stroller besar gaban kita. memang rasa macam errrrrr. lepas tu nak kena cari lift lagi sebab kalau eskalators jenis tangga tu memang guard tak bagi lepas bawak naik stroller biasanya. sebab bahaya. tapi selalu kami wifey and hubby ni redah je. abi pegang kepala, ummi pegang kaki. derhaka gitewwwww. malas pulak nak pusing cari lift jejauh haaa.

stroller cuma guna kalau anak tidur, masa newborn atau tempat letak barang-barang shopping aje. sebab Uwais memang takmo duduk dalam tu lelama. dia bosan. mujur masa ke wang kelian dia mau duduk diam dalam tu. sebab kepala dia pun weng naik bukit sebelum sampai tu kot. mihmihmih. tapi selebihnya dia pulak yang turun tolak stroller dia sendiri bila dah mula pandai jalan dulu =.="

sekarang dia dah setahun nak masuk 5 bulan jarang dah kami jenjalan bawak stroller. letak dalam trolley atau lepas dia jalan bebas je. buat menyempit kereta je nak bawak stroller dia =.= guna stroller bila nak ambik dia dekat rumah pengasuh aje. tak larat dah ummi nak dukung dia lelama walau jarak rumah dengan rumah pengasuh cuma sekangkang kera mihmihmih. 

tapi ikut la pulak. kalau rasa nak beli stroller riban riban dan mampu, dipersilakan. saya tak lah pulak halang. ini cuma pendapat peribadi saya kot ada yang tengah servey-servey patut atau tidak beli stroller kan ;) nak beli stroller hat biasa-biasa pun boleh. beli yang murah-murah. tapi yela jugak mana ada stroller murah yang boleh pakai dari newborn sampai dah besar 3 tahun ye dok? semua pun mahal. kihkihkih. 

11 comments:

Z@i Z@mR33 said...

Aqil pon pkai stroller memurah ja.Bajet nk p kinik boh ank dlm stroller giteeew tp bl pk2 nk buka lipat stroller trus mls...hahaha...last2 dukung je la ank tu wlau berat dh sekampit beras.pkai brapa kali je rsnya stroller Aqil tu.time kami p N9 & Melaka ja kot rsnya

idzwa kamaruddin said...

kami kerap pakai..jadi sangat berguna utk kami ;) lain org lain pendapat kan ;)

juicy X said...

for me,stroller sgt perlu!

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ummi uwais,
akak memang pengguna tegar stroller he3
TAPI bukan hat ribu riban
ni dah dua kali tukor stroller he3
besanya bajt memang hat less RM150 sajork
dulu masa fayyadh kurang 1thn memang pakai carrier, tp stroller tetap bwk
sekarang ni memang pakai stroller sajork :)
akak jenis xleh lepaih anak jalan sangat
sbbnya ibu ni sekali kuor jalan mau dri pgi smpai mlm
so konepm anak penat kan3 :P
eh3 terpanjang pulop komen
topik kira ni best
nanti ahkak wat entry eh :)

aizamia3 said...

Beli sekali je masa dak Kakak.. jarang sangat guna sebab tak muat dalam kereta. Rasa macam membazir, lepas tu kalau bawak jenjalan, stroller tu lebih kepada isi barang.. anak kami dukung.. kehkehkeh..
Lepas tu bila turn dak Adik dengan dak Nuha, langsung tak guna.. akhirnya bagi je pada kawan hubby..

QasehnyaRania said...

ciksu pulak hri tu kemahen nak guna baby carrier sebab senang nak menyelit, sekali mcm alahai sayang dn pulak.. terus decided beli juga stroller juga. bguna bila pergi mall n senang baby nak tido kan.

ummi aqilah (LM) said...

Hihi akk la org yg paling x minat bawak stroller. Payah nk angkut x muat kereta. Hehehe. Ye la ank ramai brg penuh satu bonet kan..

Tp tetap berangan nk stroller baru utk new baby nih. Camne tu???

hainom OKje said...

Setuju dgn Kiera .....tp kalau mampu apa salahnya. Dulu okje beli stroller murah jer Kiera....hihi maklumlah kurang mampu. Tp bila dah stabil tak de anak kecik pulak huhu

QasehnyaRania said...

ppsstt: kira, a’aaa ciksu silap.
yg ubt barot tu RM 15
ubat makan dua jenis tu yg 8 hengget.
ciksu call mak tadi comfirm balik.hihi
ye ke..
myb sbb bukan lps bersalin kot

dia bukan berangin mcm paki myk cap kapak tu..
cm na nak ckp erkk. bila sapu seluruh badan slpas mandi tu, dia rasa sejuk.mcm kita celup tangan dlm minyak gas tu haaa.

aryan azra said...

akak beli stroller tapi guna sat ja..hehehe

cik Anggur said...

sgt brguna walaupun kt umah...tok wan ngan tok mi guna utk tdo kn bussaina ` hahahaha

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...