Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

20 January 2015

Kedah Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


budak kecik tu sekarang dah makin banyak mulut. kalau marah ke atau tengah menangis mesti membebel itu ini. tapi sepatah pun ummi tak paham kalau membebel tu hewhewhew. menurun sape ntah bab membebel tu :p

dan ada satu benda yang paling ummi tunggu bila dia dah mula pandai cakap. nak tengok loghat dia lebih ke arah negeri mana. ummi asal perak, abi pulak dari penang. tapi nampak macam dia lebih ke arah utara loghatnya. tak dapat dipastikan kedah atau penang. sebab baru sepatah-sepatah aje perkataan yang keluar. dari mana pulak kedahnya? mak mengasuh dia kan loghat kedah, kalau mak dia speaking sabahan mesti sabah jugak loghat anak ummi ni hewhewhew.


dah pandai sebut "lapaq". kalau keluar perkataan lapaq tu terus ummi meloncat. tau dah perangai dia. kalau dia dah makan tapi sebut lapaq mesti ada benda atas lantai yang dia nak bawak masuk mulut. konon macam warning ummi lah tu. adik lapaq. kalau ummi tak bagi makanan pape adik makan benda ni, sekali dengan senyum nakal di hadiahkan dekat ummi phewwwww =.=

dalam kereta ajar sebut sayo (sayur) biasalah ummi ni. ummi takkan bercakap loghat utara sewenangnya kecuali kalau terkeluar secara tak sengaja dari mulut. Fateh Uwais sebut sayoq. kata ayo (air) dia balas ayaq. hewhewhew

ummi takde la sedih sangat kalau dia tak ikut loghat ummi, sedikit sedih tu adalah jugak hewhewhew :p ummi tetap hepy dengan perkembangan dia. tak kisah loghat ape sekali pun, Fateh Uwais tetap anak lelaki yang ummi sayang dan bangga sampai syurga nanti, insyaAllah =)

12 comments:

eima said...

laaa dok kedah tetiba ckp perak haru juga die ... tak leh nk sesuaikan dgn budaya kat kedahkan .....
nanti kengkawan ckp kedahdie sorg ckp perak ...kena ejek plak ngan kawan2 .... ok la tu dah pandai bercakap hihi

eima said...

laaa dok kedah tetiba ckp perak haru juga die ... tak leh nk sesuaikan dgn budaya kat kedahkan .....
nanti kengkawan ckp kedahdie sorg ckp perak ...kena ejek plak ngan kawan2 .... ok la tu dah pandai bercakap hihi

Fiza Rahman said...

Mesti cute dia sebut 'lapaq' tu kan ☺

aizamia3 said...

geramnya tengok dak Uwais ni.. ;)
macam anak2 akak takde loghat.. lorat ye ada.. hehehe..

Yan Ty said...

haha Nakal betul ..

cik Anggur said...

tk sbr nk tggu bussaina ckp plak...

ewanthology said...

nasib baik bukan bibik indon yg jaga..klu tak speaking indon nnt..huhu

Palie said...

men nak cubit cubit budak ni... huhuhu...

VitaminSuci said...

Hihi. Mesti comel je dengar suara Fateh Uwais cakap lapaq

Z@i Z@mR33 said...

tudia...keluaq bahasa utara aih

QasehnyaRania said...

hihi..
ciksu dgn cik abe dia dh pesan sesiap jgn ckp kedah.. hahha. mana blh umi dia org kedah kan..nk juga soh ajar loghat perak..

yg pnting fateh dh pndai sebut kan.. seronok x terkta tu

ummi aqilah (LM) said...

Ngeeee.. Ank akk smua johorean. Xde sorang pun ckp negori

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...