Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

28 January 2015

Lupa tutup api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baca entry Okje terus teringat pasal kes saya aritu. alkisahnya kalau seorang syakira ada suami di sisi mesti terus terlupa nak buat semua sendiri. very bad. kalau hari tu. melenggang kangkung keluar rumah, kunci pintu bagai semua dan terus masuk keta. suami tunggu dalam kereta. sampai je depan ofis. eh eh mana beg ni? terus tanya suami tak ambik ke. "abg kan dukung anak tadi, bawak beg anak" sobssss mujur tak kena marah. dah kena suami balik rumah ambik beg dengan beg pam pusing anto ke ofis. mujur la ofis dengan rumah tak jauh mana sangat. kalau hp pun sama, dah sampai mana-mana tanya suami "nampak hp syg tak?" mujur dia kutip kalau dia pun lupa. naya!!!

kes ni jadi lama dah. tahun lepas kot tak silap. pagi tu terbangun lewat tak sempat masak bubur anak. masa tu uwais makan bubur lagi takmo makan nasi keras. masak bubur kan lama. sebab dah lambat saya just on rice cooker dan masak nasi macam biasa. dengan harapan nanti Fateh Uwais nak la makan nasi sebijik-sebijik tu tapi suami kata langsung dia xmo makan. 

sekarang dah takmo makan bubur, nak makan nasi sebijik sebijik saje

tengahari saya balik, masakkan nasi lembik dekat dia. guna dapur gas. pasang api. sebenarnya nasi tu sikit lagi je nak masak. entah kenapa yang boleh lupa nak tutup masa tu. nak dijadikan cerita tengahari tu suami hantar ke opis. sampai dekat jalan nak keluar taman suami tanya "syg dah tutup api nasi?" confindent jawab dah!!! pastu tanya balik eh nasi ape? =.="

kelam kelibut patah balik. sekali sampai kat pagar dah bau hangit asap. dalam kepala duk teringat dapur mak kawan kena sambar api sebab terlupa tutup api macam kes saya ni. tapi doa sangat-sangat moga dijauhkan lah jadi macam tu. bukak je pintu dah penuh asap dalam rumah. hangit lagi. periuk tu dah rentung sikit. nguuuu mujur la sedar cepat kalau tidak tatau la ape jadi. Alhamdulilah Allah pelihara dan syukur jugak tak kena marah dengan suami. itu lah seorang ummi, kalau ada abi mesti jadi macam cuai. sebab selalu suami yang buat peringat semua benda. very bad ok ummi. lepas dari tu terus beringat. nak keluar rumah je check dapur dengan segala suis yang tak pakai. huuu. takuittttttt

pesan akak sunah pulak. kalau in case api marak naik atas kuali macam chef chef hotel selalu buat tu. jangan simbah air. nanti api lagi kuat sebab masih ada baki minyak dalam kuali kita tu. kalau pakai minyak la sebelum tu. sebaiknya, basahkan towel tak kira besar ke kecik dan campak dalam kuali yang disambar api tadi. insyaAllah sikit-sikit nanti api akan mengecik dan terpadam sendiri. kalau terus siram air mungkin api boleh padam tapi asap yang berkumpul dalam rumah boleh buat sesak nafas pulak.

27 January 2015

Kerusi Tok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


setiap kali balik kampung ipoh. memang kerusi tok ni la port dia nengok tv. walau kerusi kat rumah tu ada banyak. tilam duduk ummi masa nikah dulu pun masih ada. lebih selesa dan sedap untuk montot dia. tetap dia pilih kerusi malas tok ni. 


dah banyak kali pun kaki sangkut dalam jaring kerusi tu. tapi Fateh Uwais masih setia disitu. tatau la ape yang bestnya dengan kerusi tok tu. ada sekali bila abang long duduk situ, dia nak jugak jugak duduk kerusi tu. siap berebut lagi. abang long pulak memang saja menyakat. dah tu dia saja buat buang bola jejauh sikit. bila abang bangun tolong kutip bola adik. adik lelaju panjat kerusi tok. duduk tempat abang duduk. lepas tu dia gelak. lorrrr taktik aje rupanya. bertuah sungguh!!!

26 January 2015

Stroller bayi perlu ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bosan

dulu sebelum lahirkan Fateh Uwais kami suami isteri memang selalu tergedik eksaited kalau tengok stroller. pegi jalan mana-mana mesti tuju tempat stroller dulu. servey itu ini. paling menarik-narik tangkai hati stroller brand SCR hat tiga tayar tu. cukup berkenan lah, tapi menanges tengok harga dia wei T.T

akhirnya decide dengan suami. tunggu anak lahir lah baru kita beli stroller dia. nak pulak masa tu takde promosi apa-apa. so takde la eksaited mana sangat kan. habis je pantang 44 hari hari ke 45 terus keluar pegi JJ bawak budak kecik tu. servey2 stroller, bincang dengan suami ambik brand sweet chery. ala brand SCR jugak tu cuma yang ini empat tayar. SCR tiga roda masa tu yang paling murah pun RM7++ erkkkk ummi memang tak suka membazir kalau rasa ada lagi yang lebih berkualiti dan murah. jimat kata ko. hewhewhew

ikutkan dah kerling-kerling SCR roda tiga tu. siap nak buat installment lagi. nasib la akal lebih menguasai nafsu masa tu. nak pulak sebab kami dah ada car seat kakak bagi. jadi rasa kita beli stroller yang biasa-biasa je dah la. janji anak boleh guna dari new born sampai besar. tengok stroller kami beli tu. bila test lipat bajet macam muat lah masuk bonet nurul iman kami (viva elite) sekali tak muat ko T.T akhirnya kenalah berdiri kan dia dekat belakang seat co pilot. kalau nak berjalan ke mana memang boleh tumpangkan sorang jela. dah sebelah lagi seat reserved dekat stroller T.T

tapi pendapat peribadi saya. tak perlu laburkan riban riban pada stroller. sebab baby ni once dia dah pandai berdiri merangkak. susah dah dia nak duduk dalam stroller tu lelama. kecuali kalau dia tidur atau dia dah letih nak berjalan sendiri. dan macam saya sendiri kalau ke tempat ramai orang. contoh mall yang ada gegila sales. saya lebih selesa dukung anak atau letak dalam baby carrier. rasa lebih selamat dan selesa. dalam orang reramai tu kita nak tolak stroller besar gaban kita. memang rasa macam errrrrr. lepas tu nak kena cari lift lagi sebab kalau eskalators jenis tangga tu memang guard tak bagi lepas bawak naik stroller biasanya. sebab bahaya. tapi selalu kami wifey and hubby ni redah je. abi pegang kepala, ummi pegang kaki. derhaka gitewwwww. malas pulak nak pusing cari lift jejauh haaa.

stroller cuma guna kalau anak tidur, masa newborn atau tempat letak barang-barang shopping aje. sebab Uwais memang takmo duduk dalam tu lelama. dia bosan. mujur masa ke wang kelian dia mau duduk diam dalam tu. sebab kepala dia pun weng naik bukit sebelum sampai tu kot. mihmihmih. tapi selebihnya dia pulak yang turun tolak stroller dia sendiri bila dah mula pandai jalan dulu =.="

sekarang dia dah setahun nak masuk 5 bulan jarang dah kami jenjalan bawak stroller. letak dalam trolley atau lepas dia jalan bebas je. buat menyempit kereta je nak bawak stroller dia =.= guna stroller bila nak ambik dia dekat rumah pengasuh aje. tak larat dah ummi nak dukung dia lelama walau jarak rumah dengan rumah pengasuh cuma sekangkang kera mihmihmih. 

tapi ikut la pulak. kalau rasa nak beli stroller riban riban dan mampu, dipersilakan. saya tak lah pulak halang. ini cuma pendapat peribadi saya kot ada yang tengah servey-servey patut atau tidak beli stroller kan ;) nak beli stroller hat biasa-biasa pun boleh. beli yang murah-murah. tapi yela jugak mana ada stroller murah yang boleh pakai dari newborn sampai dah besar 3 tahun ye dok? semua pun mahal. kihkihkih. 

22 January 2015

Main

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau beli mainan untuk Fateh Uwais memang tak rugi. dia akan main main dan main sampai la mainan tu tercabut atau erti kata lain sampai tatau nak main celah mana lagi. sebab tu ummi abi tak kedekut nak beli kan ape dia nak, sebab dia akan hargai dan manfaat benda tu selayaknya. 



kalau beli kereta ke ape ke yang boleh naik. memang hari-hari sepanjang masa dia main dengan kereta tu. tak kisah lah naik bawak lelaju atau terbalikkan kereta dan tukang =.= ummi memang biar dia main. dengan umur dia sekarang memang masa untuk bermain dan belajar. kalau setiap masa hadapkan dengan buku boleh stress pulak budak tu haaa.



kalau bawak ke playground pun dia akan manfaatkan sepenuh permainan yang ada dekat situ. semua tempat kalau boleh dia nak naik dan main. kalau playground tu jenis tinggi dan boleh jalan dekat bawah pun dia akan pergi jugak grrrrr. kalau ummi abi takmo layan, selagi tu dia akan duduk situ sambil tunjuk-tunjuk benda tu. duduk main dekat palyground sampai dia puas dan tak mengamuk bila ajak balik. 

sebab tu ummi abi elak lalu dekat playground kalau kata badan kami tak larat nak layan dia main. kalau setakat nak main lima ke sepuluh minit jangan mimpi lah. buat budak tu mengamuk aje. lagi stress lagi penat nak melayan amukan dia nanti huuuu.



kalau mainan dalam bakul tu memang biasanya ummi biar je bersepah lepas Fateh Uwais sepahkan. biarlah rumah berselerak asalkan dia puas main dan belajar. memang bukan dia main sangat mainan semua tu. tapi saya tau dalam masa bermain ada benda yang dia belajar. contoh padankan penutup dengan bekas. dia akan cari sampai dapat bekas yang boleh tutup dengan penutup tu. 



selagi dia tak tido, selagi tu ummi tak akan kemas. sebab dia akan punggahkan balik semua mainan dalam tu. dari penat mengemas lebih baik biar. atleast dia boleh main, kita pun takde stress keja mengutip aje kihkihkih. tapi sebab rumah ni kami duduk bertiga je takde orang lain. berani la biar bersepah. kalau ada orang datang memang kena sorok la bakul mainan tu. hewhewhew

21 January 2015

Selfie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


biasa la mak mak ni kan, memang suka ambik gambar anak. sampai anak tu sendiri kadang rimas ummi dia selalu sangat ambik gambar dia =.= tapi Fateh Uwais sekarang dah tak suka orang ambik gambar dia, kalau nak bergambar jugak kena selfie. kena dia nampak muka dia sendiri dalam kamera depan. amboiiii kemain sangat ye awak ni yayang grrrrrr

makanya kalau jumpa dia, agak-agak nak merasa ribakan dia atau tangkap gambar dia. sila lah 'on kan mode selfie' itu ye. mihmihmih :p kalau tidak boleh tengok aje la dia berlari ke sana sini, main. dia memang tak suka orang dukung-dukung dia. tapi suka suruh ummi yang dukung brrrrpppp sebab tu ummi kuruih hewhewhew :p

pagi tadi pun sama, kita nak tangkap gambar dia, dia pulak lari datang dekat kita. sudahnya henpon tu dapat kat tangan dia. saya pun biar jela, asalkan tak nanges dan tak kacau ummi nak bersiap pun dah okey. kalau tidak lambat lagi la ummi sampai opis tskkkkkk


tergelak sensorang ummi tengok henpon kat opis tadi. siap lubang hidung pun ada dalam tu kahkahkah. habis hati le gamaknya tu dapat tengok muka sendiri 'live' dalam henpon tu mihmihmih. dia memang pesen suka tengok muka sendiri. kalau video pun lagi suka tengok video diri sendiri atau abang sepupu dia dari upin ipin atau animasi puteri tu. aah anak bujang sorang ni gemo tengok cerita puteri tu. upin ipin atau boboi boy tak layan sangat. hurmmmmm main masak-masak pun pandaiiiii. hurmmmmmm

20 January 2015

Kedah Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


budak kecik tu sekarang dah makin banyak mulut. kalau marah ke atau tengah menangis mesti membebel itu ini. tapi sepatah pun ummi tak paham kalau membebel tu hewhewhew. menurun sape ntah bab membebel tu :p

dan ada satu benda yang paling ummi tunggu bila dia dah mula pandai cakap. nak tengok loghat dia lebih ke arah negeri mana. ummi asal perak, abi pulak dari penang. tapi nampak macam dia lebih ke arah utara loghatnya. tak dapat dipastikan kedah atau penang. sebab baru sepatah-sepatah aje perkataan yang keluar. dari mana pulak kedahnya? mak mengasuh dia kan loghat kedah, kalau mak dia speaking sabahan mesti sabah jugak loghat anak ummi ni hewhewhew.


dah pandai sebut "lapaq". kalau keluar perkataan lapaq tu terus ummi meloncat. tau dah perangai dia. kalau dia dah makan tapi sebut lapaq mesti ada benda atas lantai yang dia nak bawak masuk mulut. konon macam warning ummi lah tu. adik lapaq. kalau ummi tak bagi makanan pape adik makan benda ni, sekali dengan senyum nakal di hadiahkan dekat ummi phewwwww =.=

dalam kereta ajar sebut sayo (sayur) biasalah ummi ni. ummi takkan bercakap loghat utara sewenangnya kecuali kalau terkeluar secara tak sengaja dari mulut. Fateh Uwais sebut sayoq. kata ayo (air) dia balas ayaq. hewhewhew

ummi takde la sedih sangat kalau dia tak ikut loghat ummi, sedikit sedih tu adalah jugak hewhewhew :p ummi tetap hepy dengan perkembangan dia. tak kisah loghat ape sekali pun, Fateh Uwais tetap anak lelaki yang ummi sayang dan bangga sampai syurga nanti, insyaAllah =)

13 January 2015

Bus Loncat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entah kenapa lah, sejak dua menjak cukup malas nak update blog. bukak blog baca komen. tutup balik. faktor usia kah :p atau sebab kepala letih fikir macam-macam persoalan yang timbul huuuu. ehh jangan risau, saya masih bahagia bersama keluarga kecil saya :p


since budak kecik tu asal nampak bus lori. nanak nanak. nak naik. sabtu lepas saya dan abi dia realisasikan harapan dak kecik sorang tu. naik dari jeti penang ke seberang jaya je pun. kalau ikut pada imagine ummi dalam 15 minit dah boleh la sampai, kalau ikut jalan kitorang selalu guna tu lah. masuk highway. sekali makan sampai 45 minit!! puas duduk dalam bus =.=

yang sebenarnya ummi ni bukan selalu naik bus loncat. kalau kami dulu panggil bas loncat. bas yang berhenti setempat-setempat ni. masa zaman sekolah, zaman tak dapat lesen motor lagi jangan harap lah ko nak merasa naik bus loncat ke pekan nun, kengkawan turun pekan (istilah sekolah dulu) ko duduk la rumah tengok tv. atau kalau teringin jugak nak pegi. papa akan hantar dan ambikkan. takkan sesekali papa lepaskan naik bus atau merayap ke pekan tanpa tujuan. dia takut anak dia lepas ke mana hala atau kena jual huuuu. terima kasih papa mama sebab jaga kami rapi-rapi.

sampai lah ke usia 24 tahun baru nak belajar naik bus loncat sendiri. balik ipoh naik bus ekspress dari alor setar. simpan kereta dekat ofis. waktu nak balik ambik kereta takmo susahkan sesape. naik la bus loncat dari sahab tu ke ofis. pestime naik bus loncat sorang diri. itu pun jenuh mesej dengan mastura. suruh dia guide. nak tekan loceng kat mana. nak kena turun kat mana. nak tahan bus mana satu. jenuh!!! =.="


dan sabtu lepas first and the last kot berjalan merayau naik bus dengan Fateh Uwais yang seorang itu. kalau naik bus ekspress mungkin boleh ampun lagi tapi kalau bus loncat takmoooo, ummi dah serik. sampai je jeti dia dah menggeletis tak boleh duduk. banyak sangat bus sampai tak berhenti sebut atak atak. atak tu bus ye kengkawan semua.

sementara tunggu pintu bus terbuka jenuh kepung tak bagi dia main tayar. ummi pun tatau ape yang menarik sangat dekat tayar tu =.= jenuh macam-macam pesen gaya abi dukung. takmo lepas bawah lama sangat. ramai orang dekat situ. risau.

masuk je bus, awal tu dia boleh la duduk diam tengok dekat luar. ralit tengok ape yang ada dari atas bus. selalu kan naik kereta tak seluas pemandangan naik bus. ada la dalam 8 ke 10 minit kot boleh diam ralitnya lepas tu hurmmm. agaknya dia ingat ruang bus tu besar dia boleh la lepas main merata. sangkaan awak jauh meleset sama sekali ye anak. 

minit-minit ke seterusnya sampai lah ke destinasi jenuh ummi abi pujuk tengok itu ini. dah takmo diam >.< memang terus kata kat abi. lepas ni takmo dah naik bus loncat kalau keadaan tak memaksa. tobatttttt serikkkkk itu pun mujur bila dah sampai kemuncak dia runsing kena pegang ada dua budak kecik naik dengan mak dorang. boleh la alihkan perhatian dia suruh tengok kawan kat bawah tu. hurmmm. budak yang tak suka kena pegang lelama gitulah perangai. takpe la anak. atleast ummi abi dah bawakkan awak merasa naik bus. nanti lepas ni mohon jangan nanak nanak lagi ye. 

06 January 2015

Menu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

memandangkan hanya hari cuti je ummi masak untuk Fateh Uwais, makanya serajin yang mungkin ummi cuba sediakan menu special untuk dia. kalau hari kerja duduk rumah mak. Mak dia yang masakkan. bukan lah ummi ni pemalas sangat. tapi mak dia yang volunteer nak masakkan untuk uwais. kesian kat ummi adik katanya. huuuu. selaku ummi penyayang, ummi pun takmo la menghampakan harapan mak mengasuh uwais itu mihmihmih :p dan memandangkan jugak sekarang dah banyak gigi si debab bijak sorang tu, maka lagi rajin la ummi duduk dapur masak subuh sepi'e dekat budak sorang tu haaaa. nasi tetap nasi lembut. dia takmo makan nasi macam ummi abi makan, stress beno nak bagi makan kalau nasi kita tu haaaa.


sebenarnya ini pestime seumur hidup ummi masak sosej jadi hidangan. sebelum ni sosej cuma goreng atau bakar sahaja. ntah macam mana pulak boleh terlembut hati ummi nak buat badam sosej ni. mungkin sebab mama sendiri tak pernah jadikan sosej sebagai lauk hidangan kami sekeluarga kot. mungkin lah kan. 

Panaskan minyak zaitun dan tumis dua ulas bawang putih yang dah ditumbuk lumat. dah garing boleh la goreng sosej yang dah dipotong nipis-nipis. tuang sos tiram dalam dua sudu. pepandai la agak masinya macam mana ye. boleh masukkan celery yang dah dipotong kecik-kecik. potong kecik mudah untuk budak kecik tu makan nanti. jangan goreng lama nanti sayur jadi layu. akhir sekali tabur hirisan badam. kacau-kacau sikit dan boleh dihidang. siapppp


hidangan yang ni sesuai untuk minum pagi atau makan petang si kecik. mudah nak sediakan. cepat pun cepat. kalau kata momies terlewat bangun, tapi anak dah tergedik-gedik lapar. boleh lah lapik perut kecik dorang tu dengan Tortilla ni.

Bakar pastry dalam pemanggang ajaib atau kalau ada kuali leper non stick tu pun boleh. sapukan peanut butter atau ape jenis jem yang anak suka pada pastry yang dah siap di bakar tadi. letak banyak sikit, lebih sedap dan menyelerakan. gulung dan boleh tabur serbuk kayu manis atas dia. sedap!!!


yang ini paling ummi suka. masa masak harum semerbak bau dia. sebab pakai butter tak pakai minyak zaitun. kenapa suka guna minyak zaitun? sebab baik untuk perkembangan minda si kecil. selain tu beras perang pun baik untuk minda dan kesihatan anak. boleh dikatakan semua hidangan Uwais yang menggunakan bawang. saya akan guna bawang holland. sebab rasa bawang tu sendiri lebih sedap berbanding bawang merah india tu. ummi sendiri pun tak suka bawang merah tu hewhewhew :p

Perap ayam bersama garam dan kunyit. boleh gorengkan tapi jangan sampai garing. Angkat dan ketepikan sekejap. cairkan butter dalam kuali. dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dah dihiris. masukkan sos tiram. dan boleh masuk ayam goreng tadi tu. boleh jugak tambah kacang buncis atau carrot atau ape jenis sayur anak suka. dah siap. boleh hidang bersama nasi lembut Fateh Uwais. 


Jemari gebus yang tak sabo nak makan. Alhamdulilah berselera dia makan. berhayun hanyun mulut dia menguyah makanan. ummi pun jadi bersemangat nak masak macam-macam bila ada anak jenis tak memilih makanan. atau bahasa lain. anak yang suka makan macam ummi dan abi. ummi abi dah memang geng bab makan ni. alhamdulilah menurun ke anak >.<

yang penting setiap hidangan ni bukan je anak suka makan. tapi ummi abi pun boleh tumpang makan sampai kenyang. bak kata mama saya. bila nak bagi anak makan. kita rasa dulu. kalau kita suka nak makan makanan tu insyaAllah anak mesti suka makan jugak. tapi kalau kita bagi anak makanan yang kita sendiri tak boleh atau tak sanggup nak telan, maka jangan marah kalau anak tak nak makan. 

05 January 2015

Ahad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kami dua beranak memang sangat suka kan hari ahad walaupun ahad tu sebenarnya adalah hari bekerja untuk ummi. tapi nya ahad adalah hari cuti kesayangan kami berdua beranak. sape? abi uwais lah sape lagi hewhewhew :p


paling seronok sekali budak kecik pipi tembam tu la. seharian dia 'dikerjakan' abi. kalau ummi cuti sekali pun tetap dia akan lari pergi panggil abi suruh basuh montot dia tiap kali melabur. sanggup tu pegi panggil abi dia jugak-jugak walaupun ummi dah bawak ke bilik air nak basuhkan montot dia. grrr betoi haaa. kalau abi merajuk marah dia pun, kelam kelibut kejar nak pujuk abi balik, buat macam-macam sampai abi ambik peluk dia balik. hishhhh memang rasa nakkkkkkk je kokak pipi tu haaaa.


Ummi pun antara manusia paling seronok. tak semua keseronokkan tu perlu cerita dekat sini lah. tapinya antara keseronokkan nya. kalau dulu lunch hari ahad ditemani abi makan dekat warung tepi jalan. tapi nya sejak angin rajin masak abi datang merasuk dalam diri abi balik. abi yang akan bawak bekal yang dia masak sendiri dekat rumah. dan makan berjemaah lah kami dekat port pebret kami tu haaa. dah buat wishlist dekat abi semalam. alangkah indahnya dunia kalau setiap kali ahad dapat makan bekal yang abi masak. abi senyum je. approve ek? mihmihmih.


dannnnnn bila abi cuti kita boleh jenjalan keluar rumah. tak kisah lah window shopping ke, lepak taman ke, riadah ape benda ke. janji konsep dia jenjalan keluar rumah ambik angin. cukup cukup sudah ummi dan baby berkurung di rumah sajaaaaa~~~~ gitewwww. tapi weekend semalam lain sikit. Mummy GK dengan Abah Azrul join venture sekali. rasanya dah agak lama jugak la tak melepak dedua family sekali. sejak-sejak musim hujan bulan lepas kan. 

seronok lepas anak main atas padang, dia boleh berlari sesuka hati dia. kalau terjatuh pun ummi tak risau sangat dia terluka ke ape. tapi nya bila lepaskan dia dah terlebih ramah pulak. pergi tegur orang tu orang ni. siap duduk atas peha orang tu tunjuk handphone. suruh ambik gambar dia. LOL sape ajar ni baby oiiiiiiiiii phewwwww. tapi nya ummi abi takde la main lepas je dia pegi tegur duduk atas tu. tengok jugak la orang tu macam mana kan. tapi Fateh Uwais sendiri pun bijak memilih. dia akan pilih yang agak segak sikit. kalau hat ala kadar ni takde dia nak layan pun. adoiiiiii tepuk dahi rasanya ummi ni tauuuuu.

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...