Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bila ada anak kecik ni susu antara produk
yang memang kena mak pak fikirkan. Termasuk lah kami. Kalau dulu masa still
menyusu badan takde la nak heran sangat dengan susu formula ni. Pergi
supermarket pun takde nak survey harga susu formula mana yang lagi murah atau promosi. Masa
dulu tak dapat lagi rate lemak dan gula dalam susu formula macam yang saya
letak kat atas ni. Tapi lepas dapat terus alert dengan kandungan susu formula
anak.
Awal dulu masa menyusu badan Fateh Uwais sulam
jugak susu formula. Mula-mula bagi Anmum lepas susu kambing Karihome. So far ok je dia. Lagi pulak Anmum
masa tu sehari kadang sekali je dia minum. Selalunya cukup je susu badan yang
saya bekal. Tapi ada jugak Kak Izwa kata susu anmum ni memang selalunya buat
badan bebudak bertubuh. Masa tu tak dapat tangkap lagi. Tapi tak lama lepas tu
offismate cakap. Anmum ni tinggi lemak. Friso rendah sikit lemaknya.
Bila tengok saki baki lepas Uwais menyusu
anmum dekat botol dia tu. Memang betol nampak berlemak-lemak botolnya. Hurmmm
lemak tu tak berapa elok la bagi seorang ummi uwais. Anak bertubuh berisi
takpe. Tapi kalau berlemak takut jadi gemuk obersiti pulak nantinya. Dan bila
tengok list tu pun. Oh no!! lemak trans dia yang paling tinggi antara semua
susu. ok la tukar Friso lah, harga pun lebih kurang je.
Susu Kambing Karihome antara produk yang terawal masuk perut Fateh Uwais. masa tu susu badan tak berapa banyak. sebab bahan bacaan tak berapa banyak dan tatau nak rujuk pada sape dulu macam mana nak mantain susu badan banyak. yang pernah baca selepas susu ibu susu yang paling baik adalah susu kambing. tengok Uwais macam boleh terima susu kambing ummi pun beli sesiap tin kedua senang kononnya nanti dah balik alor setar tak gaduh dah nak cari susu. tup tup baru setengah tin pertama Uwais dah takmo dengan susu kambing. dia reject. sobsssss sedih hati ummi. tu yang tukar pada Anmum pulaknya.
Bila minum Friso pun so far alhamdulilah ok
je. Buang air besar semua pun ok. Dan masih mampu beli Friso sebab susu formula
dia beli tiga bulan sekali je. Kadang tu sampai empat bulan baru beli susu. Ada
pernah jadi sampai susu masuk angin sebab dia tak minum. Alhamdulilah masa tu
susu badan cukup untuk tampung keperluan perut dia J pilih Friso pun bila tengok
lemak trans dengan gula dia agak rendah.
Bila Fateh Uwais dah nak masuk dua tahun.
Saya pun dah mula nak cerai susu dengan dia. Kena lah cari susu yang
betul-betul nak consume bagi pada Uwais. Kalau boleh takmo try and error. Cari
susu yang murah dan rendah lemak serta gulanya. Murah tu sebab takut
nanti-nanti kewangan keluarga kami merudum ke tiba-tiba(moga dijauhkan). Takde
la rasa bersalah sangat kalau kena tukar susu anak dari mahal ke murah ;,( lagi pulak Uwais jenis budak yang suka makan. tak mengharap pada khasiat susu je jadinya ok la pada pandangan kami kalau nak tukar susu pun.
ada yang kata kadang susu yang tinggi gula ni jadi punca selera makan anak berkurang. sama macam kalau masa baby 6 bulan dah bagi makan makanan yang tinggi MSG macam kentang putar KFC beserta sos nya sekali peratus untuk dia suka makan sayur dan buah berkurang sebab dari awal dah dapat 'makan sedap'. tapi wallahualam. tiap ibu bapa mesti lagi pandai pilih untuk kepentingan perut si manja kecik kan. mesti ada sebab kenapa nak pilih susu yang itu dan bukan ini. lagi pulak kekadang anak tu sendiri lebih rasi dengan susu yang perut mereka sendiri boleh terima.
14 comments:
Akak beli susu ikut pada kemampuan kewangan je.. ;)
hmm alisha tu mcm2 susu dah tukar sama je kurusnye .... sampai ke besar ....
pening jugak ek nak pilih susu yg sesuai.. time preggy nie e'in minum susu friso.. rase baby kuar nanti lps bf maybe bg susu friso jugak kot..
banyaknya gula... memang gula penting, tapi melampau sangat pun tak elok..
sebaik Uwais se si dengan susu tu.. okey la... tak jenuh sangat
nice sharing. tenkiu qira.
memang ciksu tgh survey susu utk rania skrg. asal pergi mall, mesti g tempat susu. belek itu ini. tapi anmum mmg tolak tepi.. dr ciksu pregnant lagi
bru ni promoter cdngkan mamil gold. tunggu sampel sampai la cmno..
ciksu dok nmpak pon dugro gak..
sebeelum tu ada dpt sampel susu wildan. pening kepala plak nk cri. sebolehnya nk cari yg mudah rasi dgn anak la, kan !! risau bab sembelit tu..
lagi 5 bulan ni..
pastu blurr mmnk letak susu dlm ape. sbb rania mmg x mnm dlm botol. kang tak ada feel plak msa nak minum susuu. maklum la msa bf, blh tidur, baring bagai.. kalau letak dlm cwan.. duduk statik j la..
nice share..
Terima kasih atas info yg di share.. mungkin sbb kandungn gula tinggi juga mnyebabkan Haziq cm selera kurg dgn nasi...
boleh strt survy dh kot kn utk bussaina ~
nasib baik kira alert dgn susu2 formula ni. masa kecik minum susu nestle juga tp parents dulu tak kisah bab2 lemak ni. hehehe
Aqil pon minum dugro dh skrg tp dh jrg2...2 3 botol ja sehari
akak dulu pun bagi adrien susu anmum...banyak lemak rupanya ye
tq sharing nanti ada anak sendiri boleh usha entri kiera hihihi
Salam...Anak saya minum Susu Similac Intelli-Pro untuk 1 tahun-3thn... try cari kandungan gula tak jumpa pulak..Huhu
Kenapa tak compare pediasure utk tahap gula...
Post a Comment