Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 February 2017

Keracunan Makanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

18-19 Januari lepas. dua hari tak bangun lepas keracunan yang agak teruk. balik je makan dekat luar. malam tu pukul 3 pagi dia dah start buat 'kerja'. muntah cery bery berselang seli. sampai takut nak makan minum sebab takut kena masuk bilik air lagi huwaaaaaaa. makan pun sekadar nak isi tenaga sikit. makan pun terbaring atas katil. sedih betoi rasa.

mujur la anak anak boleh hantar pengasuh. sampai ke maghrib tunggu abi dorang sampai. abi memang selalunya balik lambat. terpaksa rela la anak anak. ummi memang dah tak mampu. nak urus diri sendiri pun rasa tak mampu. pergi klinik pun bawak beg plastic dekat tangan takut muntah. muka entah la serupa apa pun tatau.

puncanya. lagi sikit mee nak habis Nampak lalat elok tertonggek dalam tu. dah jadi lalat goreng pun ya. terus luah makanan dalam pinggan tu jugak. sampai sekarang bila teringat mesti rasa nak muntah huuuu. time bayar bagitau owner. diorang cuma boleh mintak maaf jela. apa lagi nak buat. nak salahkan tukang masak 100% pun tak boleh sebab benda terbang macam tu mana nak Nampak sangat. tambah2 serangga jahat gitu suka masuk celah2 makanan yang terdedah.

Mee Tomoi namanya. benda ni la yang ada lalat tonggek goreng tu. tengok gambo ni lagi sekali terus rasa loya nak muntah balik huwaaaaaaa. serik serik

mungkin lepas ni sebelum nak makan pape dekat luar kena selak selak dulu makanannya. check dulu sebelum termakan. memang tobat rasa tak mo kena keracunan lagi dah. sampai cakap dengan suami kita takyah makan luar lagi lah lepas ni. tapi still makan jugak hahahahaa.

mana nak tahan godaan makanan kedai. nak pulak balik kerja tak payah bersilat dekat dapur dulu. tak payah bersihkan dapur bersihkan sinki. nikmat dunia la semua tu hahahahaha.

dan 31 Januari lepas kena lagi keracunan. kali ni tak diselangi muntah. bersyukur jugak la. memang dah takut sangat kalau kali ni pun terbaring lagi. nak pulak suami masa tu pun tak sihat. demam sesema. kali ni bukan pergi makan luar. tapi makan nasi mesyuarat dekat ofis. kawan kawan yang makan daging pun kena sekali keracunan. adoi doi doi.

dua hari jugak la tersandar duduk dekat rumah. seharian cery bery dekat ofis sampai naik demam. demam tula yang buat tersandar dekat rumah tanpa boleh buat apa apa. dan terpaksa 'abaikan' anak dua orang tu lagi. dengan waktu tu baby Furqan pun demam. merap lagi. hadoiiiii sungguh tobat rasa tak nak sakit dah. kesian ke anak anak. takde orang nak tengok dorang dekat rumah.




7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alahaiiii memang kalau keracunan confirm melepet

el said...

tulah kdg2 kita pun xleh salah kat owner tu lalat terbang masuk ikut suka dia je..

Aryan azra said...

memang kalau kena macam ni tak tahan la, pernah kena jugak dulu, asyik ulang p bilik air je

Anonymous said...

Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! GWS n jaga diri yer

Cik Ash said...

kesian kat kiera somoga cepat sihat ya..

izzeyda said...

bila dah jadi macam tu, rasa takut nak makan kat kedai atau luar kan.. moga lepas nih, kira dah tak kena macam nih lagi..

kesian kat anak-anak terbiar kan bila jadi macam nih..

OKje said...

Tapi sepatutnya kalau dua dua kaki lalat tu dah jejak makanan kita dia tidak akan jadi racun lagi Kiera...Wallahuallam...
Ha eloklah tu lain kali sebelum makan silalah buat kerja selak menyelak haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...