Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 February 2013

Cerpen : Baby Diaries

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“eh awak dapat planner baru ye?” soalku usai suami keluar dari kamar mandi.

“a’ah awak nak ke? Ambil la” aku Cuma meneliti apa yang terkandung didalamnya. Lengkap dengan jadual perbelanjaan sebulan untuk diisi, dan segala jadual yang boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengawal perbelanjaan isi rumah.

“tak nak la, diari saya yang ofis bagi tue pun tak guna” dan aku berlalu ke sisi suami.

“hurm. Apa kata kita buat dia jadi baby diaries” aku merenung wajah suami.

“ummi tulis la apa ummi nak tulis dalam tue, dan nanti abi pun nak tulis sama” suami tersenyum memandangku.

Usia kandunganku baru 9 minggu. Tak terlewat rasanya kalau kami sama-sama coretkan pengalaman sepanjang zuriat kami ‘tinggal sementara’ didalam rahimku.

“yela nanti bila baby dah besar boleh la baca apa yang ummi dengan abi lalui sepanjang nak membesarkan dia” aku akhirnya bersetuju dengan cadangan suami.

“dan nanti boleh la ummi korek-korek rahsia abi yang nak sampaikan dekat baby kan?” kami berdua tergelak. Dan planner itu aku pandang, sambil tersenyum.

*****
baby hari nie ummi kata dia tak sihat, makan tak lalu. Bila makan ummi muntah. Risaunya abi. Kalau lah abi boleh terbang dah lama abi terbang ke sana temankan ummi -20 January 2013-

aku tersenyum membaca helaian tersebut. Aku beralih ke halamannya berikutnya.

Ahad lepas abi bawak ummi naik Cameron. Ummi teringin sangat nak makan strawberi cicah garam kat atas tue. Abi gelak je bila tengok ummi terus buat apa yang dia ngidam tue sebaik sampai je. Ummi kata baby yang teringin, haaaa baik baby ngaku cepat -28 January 2013-

Aku tergelak. Tak sangka suami juga rajin mencoret itu dan ini di dalam baby diaries kami. Perhubungan jarak jauh antara kami membuatkan adakalanya masa kami berdua terbatas untuk berhubung. Dengan suami yang busy dengan urusan kerjanya, aku juga sibuk uruskan kehidupan seharian aku disini. Hanya disini, di baby diaries kami coretkan segalanya.

Dan aku mula melarikan pena menulis segala pengalaman yang aku lalui. Aku tersenyum.

*****
Risaunya abi tengok ummi bertarung nyawa tadi sayang. Abi terasa abi nak gantikan tempat ummi, tapi abi tak mampu. Abi hanya mampu berdoa moga Allah bagi kekuatan pada ummi. Moga Allah lindungi ummi dengan baby -31 August 2013-

Seronok abi tengok ummi menyusukan Uwais, walaupun wajah ummi pucat tapi ummi tetap tenang dan cuba menenangkan abi. Abi risau. Doctor kata keadaan ummi masih belum cukup sihat. Kita doakan ummi ye sayang -1 September 2013-

Alhamdulilah sayang abi, Uwais dah boleh keluar wad. Tapi ummi masih ditahan di hospital. Keadaan ummi makin teruk. Abi menangis sepanjang hari sayang, tapi abi tak nak menangis depan ummi, abi nak cuba bagi kekuatan pada ummi. Setiap hari abi doa moga Allah pelihara kesihatan ummi. Moga Allah lindungi ummi. Moga Allah selamatkan ummi. Abi sayang ummi sangat -7 September 2013-

Aku tutup diari itu. Sepanjang hari itulah yang sering aku baca. Air mata mengalir lagi.

“sayang jom abang suapkan bubur nie, tau tak hari nie abang masak sendiri, ikan bilis lada hitam nie pun abang buat sendiri. Mama Cuma bagitau je cara-caranya” aku tergelak dan ku rangkul leher suami. Suami membalas.

“terima kasih sebab masih setia ada kat sisi sayang dengan Uwais, jaga kami berdua. walau sampai saat sayang belum mampu jaga makan pakai abang macam sebelum nie” air mataku mula jatuh, lekas suami menyekanya. aku mengalami kontraksi yang terus semasa melahirkan zuriat kami. Hampir sebulan aku terlantar dan hanya mengharapkan bantuan dari insan sekeliling.

“abang nak bersama dengan sayang bukan waktu senang dan gembira je, tapi setiap waktu abang nak luangkan untuk kesayangan abang nie. Abang tak rasa membebankan pun jaga sayang, malah abang bersyukur yang Allah bagi abang peluang merasa indahnya setiap saat dalam hidup abang dengan adanya bidadari dan khalifah abang nie”  jemariku dikucup suami. Dan aku tersenyum bahagia.

“haaa sebab sayang dah makin sihat meh sayang pulak suapkan abang makan” baru sudu itu aku capai terdengar bayi kami Uwais merengek di dalam katilnya.

“alaaa Uwais nie suka kacau kalau abi nak lebleb dengan ummi” kami tergelak, suami segera ke katil khalifah kami, membawanya ke sisiku. Pantas kami hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi kiri dan kanannya.

 #BabyDiaries

#mula nak buat kisah kontot tapi terpanjang pulak terus letak term cerpen nanti Cikde dengan uncle Kay-are bising lagi :p

26 February 2013

Kistot : Tuhan Jagakan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“yayang tarik langsir tue, tutup pintu sekali. Sejuk la” rengek suami yang masih dengan mata terpejam di sisi. Pantas aku bangun.

“terima kasih Allah mengurniakan saya suami yang hebat seperti dia” pipi sebelah kirinya ku kucup. Langsung tiada reaksi. Aku tersenyum Cuma.

“kesian suami, letih dia demi mencari sesuap nasi dan demi nak membahagiakan insan sekelilingnya” omelku sendirian. Pelukan makin ku kemas. Sesungguhnya setiap pagi waktu ini yang aku tunggu demi  melihat wajah kesayangan di sisi. Bahagia, sungguh  ini yang aku rasakan.

“Ya Allah Engkau izinkan kebahagiaan ini berpanjangan hingga ke taman-taman syurgaMu” Bisikku didalam hati.

“sayang, kenapa nie?” suami bingkas bangun. Oh rupanya dalam tidak sedar air mataku jatuh di atas pipinya. Aduhhh malunya.

*****

“baby tengok apa abi nak buat tue” bisikku pada zuriat didalam rahim. Dan tergelak aku sendirian pabila si kecil didalam pantas bergerak menendang rahimku. Mungkin ingin memberitahu yang “si dia” dengar apa yang aku sampaikan.

“haaa mana aci, abi tak letak nama baby sumayyah pun kat situ”

“abi nak letak la nie, tengah cari port yang sesuai” tergelak aku melihat kesungguhan suami.

“abi leb ummi #babySumayyah #babyUwais” itu yang tertera dipasir pantai. Hasil kesungguhan suami meconteng mengabdi nama kami berempat disitu. Senyuman yang paling manis aku hadiahkan buat suami. Dan dia tersenyum.

“abi sayangkan ummi melebihi baby, baby jangan dengki tau. Kalau takde ummi takde la baby, jadi sebab tue abi sayangkan ummi lebih” pantas kami berdua tergelak bila si kecil di dalam menendang tangan suami yang menyentuh kandunganku.

*****

hanya dirimu yang ku cinta, takkan membuat aku jatuh cinta lagi, aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

aku masuk ke ruang kamar kami, terdengar suami memasang lagu ini. kata-katanya aku dalami.

Tuhan jagakan dia, dia kekasihku kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku.

Walau ku tahu kau takkan sempurna, takkan membuat aku jauh darimu, apa adanya ku kan tetap setia kepadamu.

“lagu tue untuk sayang ke?” soalku pada suami bila lagu itu tiga kali diulang main. Terus suami rapat ke sisi. Tangannya melingkari pinggangku. Majalah yang aku baca sebentar tadi aku simpan di meja sisi katil.

“abang sayangkan sayang, sayang sangat. Memiliki sayang anugerah terindah dalam hidup abang, menyayangi sayang pemberian tak ternilai” mata ku pejam lembut saat suami mengucup pipi dan dahiku.

Tiada kata yang mampu ku kirimkan, hanya pelukan rapat dan air mata kesyukuran yang mengiringi.  Ya Allah bantulah kami menjaga indahnya perasaan ini, jangan sampai kami terleka sehingga mengabaikanMu. Bisikku didalam hati. Pelukan hangat suami menenangkan dan aku mengamatinya sedalam mungkin.

*****
“mana isteri dan anak saya?” soalku pada ibu ayah jugak keluarga mentua. Masing-masing mendiamkan diri dan seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

Pantas aku bangun. Terasa berdenyut di kepala. Laju keluarga menghalang dari aku bangun.

“Alia Sumayyah masih dirawat di wad kanak-kanak. Alhamdulilah Sumayyah selamat Cuma luka sikit dekat dahi dengan kening. Terang ibu ku.

“Adni mana ibu? Adni macam mana? Abang nak jumpa Adni nak tengok Adni” ujarku, sungguh aku rindu pada isteriku.

“sabar sayang, Adni tak dapat diselamatkan,  Allah lebih sayangkan dia lepas 3 hari dia bertarung nyawa” ibu mertuaku serta merta memeluk rapat tubuhku.

Bergigil tubuhku mendengar. Insan yang aku cinta, yang aku sayang kini sudah tiada? Aku tak percaya, sungguh. Adni Alisya, rintihku di dalam hati. Tubuh mertua ku peluk rapat, melepaskan segala bebanan perasaan yang terbuku dihati.

*****
Diari merah itu aku tutup rapat lalu ku bawa ke dada. Itulah salah satu cara untuk aku melepaskan rindu yang terpendam di hati pada isteri yang amat aku rindu.

“mesti abang tertanya-tanya kenapa sayang Cuma coretkan kisah manis kita dalam diari nie?” aku tersenyum membaca ayat itu.

“sebab segalanya yang berkaitan dengan abang tetap manis untuk dikenang walaupun adakalanya pahit. Tapi bila berkait dengan abang terus jadi manis ;)” air mataku menitik sekali lagi.

Adni Alisya, isteri yang aku cintai meninggal akibat kemalangan yang kami hadapi tiga bulan lalu. Tayar kereta kami tiba-tiba meletup. Puncanya tidak aku ketahui. Aku redha, ini ujian buatku.

“Tuhan jagakan dia, dia kekasihku kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku” bisikku di dalam doa, al fatihah aku hadiahkan buat permaisuri hati yang tak pernah hilang didalam hati dan ingatkan ku.

“abi tengok ape Sumayyah buat nie” puteri ku mula menarik tanganku. Pantas aku bangun mengikut gerak si kecil kesayangan kami.

“Abi leb ummi, Sumayyah sayang ummi abi”

Pantas ku rangkul puteri kecilku ke dakapan. Sebak hati saat melihat apa yang dicoretkan oleh puteri kecilku di dada pasir pantai.

Sumayyah rindu ummi. Sumayyah ayang ummi. Ummi tunggu Sumayyah dengan abi kat sana ye. Sumayyah nak peluk ummi” lantas ku seka air mata puteriku Alia Sumayyah  Dakapan erat aku hadiahkan. Biarpun baru berusia 2 tahun setengah namun Alia Sumayyah sudah mampu memahami.

“tuhan jagakan dia” bisikku di dalam hati.

*****

TAMAT

#kistot = kisah kontot yang mungkin boleh jadi kisah betul dan mungkin sebaliknya ;)

#saya sayang suami saya, #Tetiba :p 

24 February 2013

Kisah Khalifah #Bila Dah Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat jumaat lepas sembang dengan MummyGK pasal minum susu time mengandung. kalau sebelum nie saya seorang yang susah nak minum susu, soya dan jenis-jenis yang sewaktu dengannya. ubat pun sangatlah payah nak telan. pasal pe pun tatau. mama selalu kata "nanti time mengandung lagi banyak ubat kena telan, susu kena minum. belajar la dari sekarang(masa bujang dulu)" jawapan saya senang je. nanti saya dah mengandung baru saya fikir macam mana nak settle down problem tue :p

(model dikaburkan atas sebab tertentu)

sakit belakang masa hamil tue normal la kan. sebabnya baby kat dalam tarik sikit-sikit kalsium ummi. bila fikir balik Ya Allah besarnya kuasa Dia yang aturkan segalanya dengan tertib dan indah. indah sangat perasaan mengandung nie sebab segalanya kita akan rasa tapi tak terasa derita sebab segalanya dikorban untuk anak yang sedang membesar.

ritu sebab tak larat nak tanggung sakit belakang dan fikir nak support segala nutrisi yang baby perlukan saya pun mula la cari susu apa yang boleh diminum. mula tue tengok Anmum. yela iklan kat tivi kan banyak Anmum je, saya pun terpengaruh la sikit :p tapi bila belek-belek kat bahagian susu tue, ada promoter nestle mai promote keluaran diorang. bila saya bezakan. Anmum susu untuk ibu mengandung dan menyusu diorang asingkan tapi nestle diorang sekali kan. ok ambik yang nie la.


tengok label belakang dia pun macam ok. bau pun tak kuat sangat untuk ummi yang baru belajar minum susu macam saya nie. kata Jue dengan Awin susu anmum bau dia kuat. Alhamdulilah nasib baik tak beli ritu kalau tak rugi je kalau tak boleh minum huuu. oh lupa nestle mom&me harga dia RM19.90. 
sekian mempromote :p

dan pasal ubat, vitamin nie pulak. disebabkan banyak vitamin yang saya kena makan dalam sehari tue. ambik keputusan makan je 3 bijik sekali harung senang tak payah nak makan sebijik-bijik. Alhamdulilah boleh pun. bangga dengan diri sendiri. bangga la weiiiii kalau dulu nak telan sebijik pun ambik masa setengah jam :p 

macam saya sembang dengan GK la. selagi kita tak lalui sesuatu pengalaman tue kita memang akan fikir macam-macam. selalunya negatif tue mesti ada la. tapi bila je Allah uji kita dengan cabaran tue insyaAllah kita mesti boleh laluinya. yakin yang Dia uji tue tak pernah nak menyusahkan kita, dan yakin lah yang kita mampu lalui setiap ujian dan cabaran tue sesuai dengan kemampuan kita. 

#tengah tunggu turn Kak Adish Shida nanti macam mana. susu, tempe, soya, dadih dan segala waktu dengannya tak boleh makan. tengah tunggu nak tengok macam mana akak laluinya nanti. hihihihi :p 

21 February 2013

Kisah Khalifah #Bersyukurnya Ummi Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entah kenapa tetiba nak share pengalaman sebelum hamil dan masa awal hamil nie. sesape yang dah kawen dan memang dah bersedia nak ada zuriat mesti sentap kalau ada yang tanya "takde isi lagi ke?" "merancang ke?" sebab saya dah pernah rasa perasaan tue. masa belum ada sikecik nie memang down sangat. Allah jela yang tau. syukurlah suami pun paham sentiasa ada tolong peluk bagi semangat tiap kali saya menangis. 

sungguh saya dan suami tak pernah merancang malah selalu berdoa moga dipermudahkan rezeki kami nak mendapat zuriat. bila tengok ada kawan-kawan yang dah hamil mesti rasa sayu je baca pengalaman dorang. tapi saya selalu ingatkan diri sendiri. muhasabah la syakira, ada orang lain yang dah kawen bertahun Allah uji dengan takde anak, awak baru kawen sebulan, baru je lagi, usaha la, doa banyak-banyak. tak lengkap iman seseorang tue tanpa ujian dari Allah. pujuk hati sendiri. 

lagi yang buat saya sedih masa tue bila tengok muka suami yang terus muram lepas buat ujian kehamilan dulu. masa tue saya menangis sebab saya tau suami saya kecewa. lepas je waktu tue terus kami decide tak nak test2 dah sampai la kalau lewat datang period untuk bulan seterusnya. perasaan bila tengok orang mengandung lalu depan, Ya Allah tak tergambar macam mana. sebak nak menangis tue semua ada. cuma mampu berdoa moga Allah beri kami peluang merasa pengalaman yang sama. 

ada satu malam tue lepas solat isyak saya ajak suami buat solat hajat mohon Allah permudahkan jalan kami, menangis tersedu-sedu mengadu. sampai la waktu yang sepatutnya saya datang period bulan tue, sebenarnya dah lewat banyak hari tapi saya tak sedar dan tak reti nak kira waktu kitaran period sendiri =.= skype dengan kak shida anwar, luah perasaan kat dia. dia pun setia pujuk adik sorang nie, cerita pengalaman dia dan tolong ajar adik dia yang sorang nie buat kitaran. hihihi mekasih ye kak shida. meh nak cipika cipiki sikit :p

sampai ujung bulan 12 tak silap saya masa tue saya tak check pun lagi, suami demam. mama saya kata demam bawak budak kot lepas tue dia gelak. saya malas nak mengharap pape sebab takut kecewa lagi. 26 Disember 2012 baru saya beli ujian kehamilan tue dan test. masa tue jeling jeling je tengok hasilnya bila nampak ada dua tanda Ya Allah sebaknya perasaan Allah saja yang tau. terus call suami dan mama bagitau berita tue. dan saya tau suami dan semua keluarga saya dan keluarga mentua orang yang paling gembira bila tau berita tue. masa tue hari rabu dan saya berada di alor setar suami di penang. tapi kami dedua janji buat sujud syukur sesama. syukur dengan kasih sayang yang Allah kurniakan. syukur yang tak terhingga.

sepanjang hamil morning sickness tue memang ada tapi selalu saya malas layan, sebab tau macam mana sakitnya bila muntah tue. cuma saya jaga apa yang saya makan. bila dah sampai tahap saya nak termuntah telan sesuatu saya berhenti cepat-cepat sebelum sebu naik kat perot dan muntahkan segala isi. yang teruk sikit morning sickness suami, memang la orang kata tak mungkin suami kena MS, sebab bukan suami yang mengandung. tapi kuasa Allah sape kita nak menghalang. mungkin doa suami yang nak tanggung sama perit yang saya rasa masa hamil Allah makbul. sebab suami selalu sebut "kesian kat ira mama, 9 bulan dia nak bawak anak tue, letihnya dia nak berulang lagi, jaga itu ini lagi, setakat demam pening tue biar la saya yang tanggung" memang itu yang selalu keluar dari mulut suami. terima kasih sayang, saya bersyukur dan bahagia ada suami macam abang ;)

doa saya moga Allah pelihara anak kami yang ada kat dalam nie, moga dia membesar dengan sihat. keluar dalam keadaan yang sihat sempurna sifatnya. tak kisah la kalau yang keluar tue Sumayyah atau Uwais janji sihat sempurna dah bersyukur dah kami nie. apa yang boleh saya nasihat kengkawan yang belum punya rezeki lagi. jangan stress sebab kalau stress boleh ganggu emosi kita dan boleh buat janin jatuh kalau diawal kehamilan. 

macam-macam petua ingin hamil yang saya dapat dari kengkawan. antaranya jangan makan jeruk atau asam sepanjang proses nak mendapat zuriat. sebab jeruk dengan asam tue ada asid yang apa ntah yang boleh lemahkan tenaga sperma yang baru nak bernyawa tue.kalau boleh elakkan naik moto sebab kadang kita tatau rahim kuat atau tak. kalau tak kuat tue yang boleh jatuh sebab gegaran moto tue, tak sama macam naik kereta. elakkan minum air perahan limau nipis, sirap limau ke, teh o ais limau ke, limau ais ke sebab limau tue kan tajam, mana la kita nak tau kalau itu jadi penyebab kan. banyak lagi air lain yang boleh minum.

kadang kita tatau pun yang kita gugur kalau awal kehamilan, tatau gugur sebab kita tatau yang kita hamil. kita ingat period biasa rupanya masa tue kita keguguran. jadi kalau boleh usaha elakkan kita elakkan la. memang la zuriat tue pemberian Allah tapi kalau tak usaha tak kan Dia nak bagi macam tue je kan? kita bukan Mariam ;)

itu jela yang boleh saya share setakat pengalaman saya yang sehalus lidi nie. apa yang saya dapat saya share. tapi kalau nak tau lebih banyak tanya lah diorang yang dah lama makan garam dari saya. insyaAllah diorang pun tak lokek nak kongsi ilmu.



gambar tue masa kat melaka tatau lagi ada si kecik yang sedang membesar kat dalam. syukur Alhamdulilah Allah lindungi zuriat kami, tengok video 6D gegar-gegar kerusi tue, berjalan merata angkat berat itu ini. syukur baby ummi dengan abi takde pape dalam tue. syukur sangat.

#Eh maaf asyik cerita pasal baby jer cc: cikde :p 

20 February 2013

Kisah Khalifah #cucuk mgtt

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam pepagi lagi dah datang klinik Simpang Kuala. ada temujanji ambik darah untuk MGTT. mgtt tue untuk check ada kandungan gula dalam darah ibu mengandung ke tidak. kalau ada bermakna si ibu ada kencing manis dan bermula episod derita kena cucuk ambik darah banyak kali. saya belum la laluinya tapi ikut apa yang Jusiza lalui sekarang dia kena ambik darah 4 kali sehari time temujanji tue sebab makin dekat dengan due date nak bersalin. itu semua gara-gara kencing manis masa mengandung huuuu saya yang semalam dua kali pun dah rasa macam apa je. 

ritu nurse dah ingatkan jangan lambat datang check nanti kena tunggu lagi lama. baeklah dan semalam 7.45 saya dah terpacak kat klinik tue. hari nie temujanji khas untuk check gula dalam darah jer.  untuk part "ibu minum air gula" saya patient yang pertama. hoyeahhh hoyeahhh 8.15 nombor dah dipanggil cucuk ambik darah untuk yang pertama. uishhh sakit, awat bisa sangat tatau huuu. lepas tue nurse suruh habiskan segelas air gula. adoiiiii terjegil-jegil mata saya nak habiskan. mujur tak muntah kat situ kalau tidak sahih kena ulang minum segelas lagi kot huuu

dah selesai tue nurse kata nanti 10.20 datang sini balik untuk ambik darah yang kedua. yela dia bagi gap masa dua jam untuk air gula tue berjalan dalam darah. andai kata darah yang kali kedua menunjukkan tanda ada gula makanya saya tergolong dalam ibu mengandung yang ada kencing manis, tapi berdoa sangat moga saya dijauhkan dari penyakit tue huuuu

2 jam tue sempat la balik rumah basuh baju dulu, rehat sekejap. nak makan tak boleh lagi. dah tue ke klinik balik untuk cucuk yang kedua. mulanya saya kasi tangan kiri tapi nurse suruh cucuk belah kanan sebab kiri dah biru kesan cucuk ahad lepas dengan yang first tadi tue. cucuk belah kanan lagi berbisa la sebab bekas cucuk tue dia kena tulang bila nak bengkokkan tangan. huuu nak menanges pun ada rasanya

selesai ambik darah yang kedua dah boleh balik ofis. dah boleh pegi makan. yeayyyy. saya pun terus la ke destinasi yang diidam. nak cari roti arab. dapat makan roti arab memang la sedap tapi tak lama pun. masuk je kereta abis roti arab tue saya muntahkan balik. baby tak nak makan roti arab agaknya =.= sepanjang hari tue la badan rasa tak bermaya je. mungkin mabuk minum air gula agaknya. agaknya la huuu

mama dengan suami dah pesan nanti next appoitment check bulan-bulan ambik hari ahad, diorang risau kalau-kalau saya jadi tak bermaya macam semalam. kalau ahad suami ada boleh temankan. amaran keras kata suami. huuuu baeklah baeklah menurut perintah. oh ye result darah dapat tau next appoitment nanti kot sebab semalam dia tak suruh saya tunggu result pun. mendoakan moga takde la penyakit tue buat masa sekarang dan akan data

19 February 2013

Jenjalan dengan Ciksu tapi tak lupa kat Cikde

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

adehhhh banyaknya nak cerita tapi tatau nak mula yang mana dulu. cerita yang tertangguh pun banyak lagi =.= minggu sebelum chinese new year dulu adik sorang tue ada gitau nak turun kedah melawat saya. bila bincang dengan suami dia tak bagi saya berulang khamis dengan jumaat tue. dia tak bagi balik khamis kalau nak turun alor setar jumaat tue pulak. huuu "saya bukan tak bagi jumpa, tapi saya tak bagi awak berulang" haaa giteeewww ayat dia

last bincang-bincang jumaat lepas adik nie turun penang dengan kakak dia. terharunya ada orang sanggup turun jejauh semata-mata nak jumpa saya. tapi saya tak berani janji la nak bawak jenjalan banyak tempat sebab saya pun baru je punch card kat penang nie. setakat yang suami pernah bawak saya tau la jalannya. huuu


"baby nampak tak abi keja kat bawah tue" giteww ummi pun senget kemain =.= yang gambar atas tue pemandangan penang dari atas bukit bendera. tengahari masa sampai penang sempat la lunch dengan suami. selama tiga bulan kawen nie la first time teman suami lunch. yela satu keja pulak saya nak menyeberang jambatan tue semata nak lunch dengan dia, suami pun tak akan baginya. baik la tunggu dia balik keja je kot nak makan sama pun. 

suami bagi direction macam mana nak pegi bukit bendera. siap lukiskan map lagi kihkihkih. saya bukan xpernah lalu jalan nak pegi situ tapi ritu lupa nak tengok jalan bebetoi kena la berpandukan map yang diberi. Alhamdulilah sampai jugak kat bukit bendera kemain teringin lagi nak pegi situ. tapi bila tengok kena naik keta kabel tue terus gugup. alamak selamat ke untuk ibu mengandung naik nie. kat kaunter tanya petugas tue katanya selamat. Alhamdulilah boleh ummi dengan baby naik :D


pilih untuk berdiri dalam train dan pegang pemegang yang disediakan. supaya baby tak terhentak kuat sangat. Alhamdulilah selamat naik atas dan selamat turun bawah balik. kat atas sejuk. tapi takde banyak tempat yang menarik pun. yang menariknya saya nampak pejabat pos je. cakap dalam hati ramai ke yang nak bayar bil kat atas nie? ngehngehngeh

dah sudah tue bawak adik nie makan laksa kat tepi pantai seagate tue, sebab situ je yang saya tau sedap :p jenjalana cari barang dia lepas suami saya balik keja dan hantar dia ke hotel semula. sabtu tak sempat nak bawak ke mana-mana. kaki saya dah sakit sebab jumaat tue banyak sangat berjalan dan drive huuuu. maaf dik cuma kat tempat tue je yang akak boleh bawak awak. moga tak serik jumpa akak. maafkan andai ada kekurangan dari pihak akak ye. 


15 feb lepas besday cikde kesayangan. tak sempat nak buat entry khas tuk dia. akak terlampau bizi la dik. huuuu. mendoakan moga cikde sentiasa sihat, dibawah payung keberkhatan Ilahi, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan bertemu jodoh. amin. maaf ye lambat wish dalam entry tapi dah wish dalam mesej kan? kihkihhkih :p jaga diri bebaik ye cikde sayang. sayang awak muahhh muahhhh :p

18 February 2013

Kisah Khalifah #Jom buat buku pink

Assalamualaikum Salam Sejahtera

semalam ahad, 17 feb 2013, pukul 7 dah gerak dari penang dengan suami. destinasi ke klinik Simpang Kuala, Alor Setar. buat ape? buat kad pink la, baby dah masuk 12 minggu sehari kad pink takde lagi, ummi pun tengah tak berapa nak sihat buatnya kena admit wad tak pasal je kena berletiaq dengan depa.


dalam pukul 8 pendaftaran tak silap sebab nak mengisi buku pink nie dulu. kat situ takde meja saya nie dah la tak reti menulis atas riba, pen pun dakwat tak berapa nak keluar, jadi lah tulisan yang tak berapa nak cantik tue =.=" dapat no panggilan 949


mulanya saya dengan suami dah cuak dah. alahhhh jauhnya nombor mesti lambat nie nanti. tapi rupanya tak, kat klinik simpang kuala nombor nie untuk panggilan bukan giliran. memang lah ramai kat situ. tapi sebab kami antara yang datang awal (ada lagi yang lagi awal dari kitorang) cepat la jugak dia panggil. mulanya nurse soal selidik tanya kandungan yang keberapa, bila tarikh last period, sejarah sakit diri dan keluarga dan sewaktu dengannya.

dah tue dia bagi botol untuk darah dengan cawan urine test. masuk bilik tujuh tunggu kena panggil untuk ambik darah. uishhhh seriau ummi suruh abi teman abi takmo, simpan dalam hati siap abi nanti ummi kenakan. ngehngehngeh :p dah siap ambik darah, bawak darah ke makmal. ambik urine test tunggu la kejap sementara ujian tue selesai. dah selesai bawak ke tempat ibu dan anak tue balik.

nurse ukur tinggi, berat, tekanan darah semua. sempat dia cakap pasal pasal darah yang kurang. kurang darah ke kurang kepekatan darah ek? tak pasti pulak saya. dah tue dia suruh saya letak buku pink kat bilik no dua pulak. dan letak keputusan ujian darah tue kat bilik tujuh balik. tunggu kena panggil kat bilik no 2. nurse cakap pasal kurang darah tue jugak. huuu yela saya nampak dia tanda kaler merah. sepatutnya kena 11 ke atas tapi saya cuma 10.1 baeklah akan ditingkatkan usaha untuk itu ye. insyaAllah


dalam bilik no 2 nurse cek perut, cek ada ketulan kanser atau tak. dapat vitamin tuk tambah darah, asid folic dengan vitamin ape ntah lagi satu tue. maka saya pun sengeh jela dapat stok ubat yang banyak tue. eh kenapa asid folic dia kasi tak sama dengan yang saya dapat kat klinik swasta ritu ek? errr lepas je cek semua tue nurse suruh jumpa dokte kat bilik 8.

letak buku kat situ tunggu kena panggil lagi. masuk bilik dokte pun dokte cakap pasal kurang darah =.= dah tue dokte scan perot. nampak kepala, badan dengan jantung baby. tapi dia tak bagi la dengar jantung baby kat sini :D dah siap semua tunggu kena panggil dari bilik tujuh pulak. haaa masa nie la boleh pedajal abi.

saya tengok ada suami akak tue masuk bilik 7 tue kena cucuk. masa nurse cucuk saya dia ada tanya "suami ada datang sekali tak?" saya pun cakap la dengan suami. "haaa lepas nie mesti abang pulak yang kena cucuk, tengok tue laki orang tue kena cucuk" abi muka cuak, apa ntah yang dia kata tapi perkataan orang cuak la. hahahaha padan muka. padan muka :p

lepas dah habis saringan kat bilik 7 dah boleh balik. Alhamdulilah akhirnya dah boleh pegi cari makan. tadi sebelum datang tak sempat nak makan. muka abi pun syok je sebab dah boleh balik dan tak kena cucuk. kihkihkih. dari 7.45 kitorang masuk klinik sampai la pukul 12 baru habis kat situ. huuuu ini yang pestime kan mesti la lama. hari selasa nie ada lagi appoitment untuk test kencing manis pulak. nurse kata kena cucuk dua kali dan minum air gula. huuuu akan ditadahkan lengan ini untuk dicucuk. 

dah abis semua tue kena daftar pulak nama saya kat klinik kuala kedah sebab ikut alamat saya kena daftar kat situ tapi still boleh buat check bulan-bulan kat simpang kuala. datang situ orang sana pulak konfius sebab saya duduk sini hari bekerja je, cuti saya duduk penang, nak bersalin kat ipoh. haaaa hambik!!!  "saya boleh daftar jela tapi tak boleh datang melawat kat rumah sebab hari biasa pun awak kerja takde kat rumah" kata nurse tue. ikutlah macam mana pun. saya tak kisah. kata saya dalam hati. 


balik seberang jaya, suami tunai janji bawak makan ayam penyet kat jusco perda. Alhamdulilah setelah sekian lama mengidam nak makan nie dapat jugak akhirnya masuk dalam tekak. abis kau makan nasi walaupun dasarnya saya susah nak makan nasi time petang-petang. sedap!!!!! sangat

opsss start 10 malam nie sampai pagi besok kena puasa tak boleh makan. boleh minum air masak je. nak test kencing manis punya pasal. besok kita pegi klinik lagi ye baby sayang...

sejuk mata tengok ramai suami yang teman isteri ke klinik semalam, dan lagi sejuk mata dengan hati bila suami sendiri pun ada kat sisi teman saya. terima kasih sayang teman saya semalam. untuk appoitment akan datang saja tak ambik hari ahad sebab tak nak awak dalam persimpangan nak temankan atau tidak. sebab tau jauh nak datang sini, kalau saya masuk kerja lepas tue dah awak kena tunggu lama pulak. dah la hari ahad jer hari cuti awak untuk awak rehat. takpe la ummi ambik hari selasa, ummi boleh jaga diri sendiri dengan baby jangan risau ;)

14 February 2013

Raikan Perjalanan Tiga Bulan

Assalamualaikum Salam Sejahtera

banyaknya nak cerita tapi tatau nak mula yang mana satu. kalau tengah takde idea tue langsung kering kontang =.= menghilang banyak hari. ekceli rabu ritu pening sampai tak larat nak bangun mujur ada kak elly nak tolong bawak pegi klinik. dokte terus kasi cuti sakit dua hari. call suami, tengahari terus dia datang ambik kat sini. huuu. nak tau cerita selanjutnya baca kat sini. itu versi suami ;) mekasih laling atas pengorbanan, terharu saya sobsobsob

sabtu lepas baby dah masuk ke minggu ke-11, ahadnya ummi dengan abi raikan 3 bulan perjalanan cinta. Alhamdulilah syukur dengan rahmat Allah. saya terlalu bahagia dengan pemberianNya. bahagia punya suami yang hebat macam dia dan bahagia dengan baby kecik yang sangat aktif kat dalam nie. syukur Ya Allah ;)

disebabkan minggu lepas anak sedara saya yang kat banting tue jatuh sampai berjahit suami cadangkan kat mama saya nak bawak mama dengan papa ke banting tengok cucu diorang. mama papa pun kemain suka la lagi. pucuk dicita ulam yang datang bak kata pepatah. nak drive sendiri papa dah tak larat nak drive jejauh sakit lutut. ahad terus la kesana. menengok budak kecik berdua tue. eh lupa pulak sempat la ke rumah kak Lydia hari ahad petang tue sebelum jenjalan ke morib. terima kasih kak untuk layanan dan kek oren panas kuar oven tue hihihihi :D isnin kan cuti CNY lagi. kitorang semua decide bawak mama papa tengok apa ada kat dalam KLCC tue. kang orang kata orang myanmar dah sampai kita yang orang mesia nie tak sampai-sampai lagi :p


syahdu kot jalan kat kl time orang cuti balik kampung nie, kalau tidak tue maunya sepanjang jalan ada orang bebai :p sempat la ke art galley kat icity tue. masuk sorang RM5. kalau nak masuk jangan lupa bawak kamera sebab situ memang port untuk tangkap gambar jer, dan takpayah la memalu nak tangkap gambar sebab memang itu tujuan utama setiap sorang yang masuk situ. dah letih jenjalan malam pekena beger bakar abg burn kat area icity tue jugak. dan macam besa abi yang kena abiskan sebab ummi bila mai tengahari bawak ke malam dah mula tak lalu nak makan. sian abi.


sepanjang jalan tue sembang dengan abi. nanti bila baby dah kuar kitorang nak hanimun kat kl boleh paksa Cikde ngasuhkan baby. sape Cikde tue? tunggu dia datang sendiri komen kat sini nanti :p dan lepas tue jenjalan berdua raikan cinta. sebenarnya dah tiga bulan kawen tapi belum sempat nak gi hanimun. huuuu, takpe la hanimun dengan baby lagi manis. bila jalan lama sikit perut ummi merenggang agaknya baby mengeliat keletihan kot. itu teori ummi la :p. tak jauh pun hanimun takat teluk batik jer janji lepas kempunan ummi nak bercuti tepi laut hihihi


haaa nampak tue abi kemain gigih lagi menyonteng atas pasir. ingatkan amenda la yang dia buat. dan hasilnyaaaaaa


tadaaaaaa sayang abi lebih. hihihihi ;) esok lusa cuti weekend pulak. cuti blogging lagi :p insyaAllah saya cuba jenjalan pelan-pelan ke blog kengkawan semua ye. insyaAllah saya tunaikan janji tapi mungkin akan ambik masa sikit la. maaf ye lambat balas jejak.

06 February 2013

Housemate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ritu baca entry Kay_are dia tanya macam mana dengan housemate korang? dia suruh jawab dalam komen dia jer tapi rasa baik buat entry boleh sembang panjang sikit kan. haiiii Kay_are :p

dulu masa duduk dengan mama papa selalu teringin nak menyewa duduk sendiri. konon nak berdikari. sekarang bila dah memang kena berdikari gedik-gedik pulak kan nak duduk bawah ketiak mama papa =.= eh tak boleh la sekarang kita ada suami kena duduk dalam pangkuan dia la pulak kan, ada sesape nak muntah? :p

pestime saya menyewa adalah saatnya pestime saya kena lapor diri kat loqstaq kedah. masa baru sampai tue pakcik makcik tolong carikan rumah area sini sebab dulu dorang pun ofis kat sini jugak. yang ada cuma bilik sewa dengan harga RM150 sebilik. ada katil kelamin dan jugak rak baju. masa tue tatau lagi rate sebenar rumah dan bilik sewa kat sini. duduk jela kan dah takde tempat lain. masa tue la saya kenal dengan ain dan kak yati, housemate sampai hari nie. 

sewa bilik duduk dengan owner. kena la disiplin kuat kan. sebab parents mesti tinggalkan amanah mintak tengok-tengok2kan anak dorang. yang tue tak kisah la. cakap-cakap belakang pun buat tatau jer. tapi lastnya kami decide untuk pindah dari situ dan cari rumah sewa sendiri. yela kalau kira-kira 3 orang menyewa dah RM450 dah boleh sewa sebijik rumah kosong untuk keselesaan kami bertiga. cari punya cari akhirnya kami dapat sebijik rumah kat jalan pegawai dengan harga RM370. 

kiranya ok la. cuma untuk bayar api air tue tak sampai RM50 untuk standard rumah bujang nie kan. rumah pun besar ada 3 bilik tido dan dua bilik air. duduk situ memang dekat dengan ofis. tiga-tiga orang pun dekat. nak ke pasar, tesco ke setakat jalan dalam loqstaq tue memang dekat sangat lah. kami bertiga memang jenis boleh masuk. setakat gaduh sikit-sikit tue biasa la. sedangkan adik beradik sendiri pun ada bertikam lidah kan. tapi kejap je lepas tue ok balik.

masuk lagi dua orang housemate lain, lain pulak ceritanya. kami bertiga nie jenis statik sikit. contohnya ambik barang kat situ, kat situ letak balik. alaa senang citanya kitorang tak boleh masuk dengan dua orang lagi tue. yang paling tak boleh blah bila dia kata suami saya (masa tue tunang lagi) pakai rantai =.= itu tulang la wei gambar tue masa dia kurus celah mana rantainya =.= yang housemate sorang tue dia memang suka cari pasal dengan saya. pasal yang dia cari selalunya berkaitan dengan suami saya. nak kata dia dengki saya dah bertunang tak mungkin sebab dia pun dah bertunang. hampir-hampir saya nak tanya dia apa masalahnya tapi dihalang oleh suami berserta ain dan kak yati. lastnya dorang pun pindah rumah senang hati.


suami zaman kurus :p

setahun jugak la agaknya kitorang duduk menyewa kat situ akhirnya kitorang decide cari rumah sewa lain. sebabnya kerosakan rumah owner tak nak bertanggungjawab walaupun sepatutnya dia yang kena selia. duit sewa nak tepat masa. akhirnya kitorang angkat kaki angkat barang. pindah.

dapat la rumah sekarang dengan kadar sewa RM320 sebijik. walaupun jauh sikit nak ke ofis. rumah kecik sikit tapi rasa tenang dan aman je sebab owner rumah jenis tau tanggungjawab dia. sedar yang kalau dia buat tak elok besok dia kena tanggung kat sana. haaaa kan senang nak deal, kitorang pun takde la kedekut sangat kalau setakat nak tukar kepala paip dengan menda kecik-kecik tue. tapi yang tak bestnya jiran belah kanan nie miang kemain =.=

bila kira-kira dah 3 tahun lebih menyewa dengan dua orang housemate yang sama. rasa tak nak cari housemate lain sebab bukan senang nak dapat yang sekepala kan. doa saya moga ukhwah kami berpanjangan. amin. 

sekarang tengah berdoa moga saya dapat jadi housemate sepenuh masa untuk suami tercinta. moga-moga ada la rezeki kami. mana tau rezeki baby dalam nie dapat dekat dengan abi dia kan. amin

05 February 2013

Dalam sehari je

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

malam semalam ektibiti macam biasa sembang2 dengan mama. tanya kabo menda semua. mama kata mama papa sihat alhamdulilah. anak-anak je tak sihat. menangis lepas mama cite tue. cuma mampu berdoa moga Allah pelihara anak-anak saya berlima nie. abg long, kak liya, kak ika, afiq dan baby baru dalam perot nie. moga Allah beri mereka semua kesihatan yang baik dan sembuhkan mana yang sakit. Amin

kata mama. si abang long demam. muntah sampai lembik dari pagi kat sekolah. selang satu pelajaran berlari ke bilik air budak tue muntah. abis je sekolah terduduk tak bermaya nak berjalan pegi kereta ibu dah. abang long tue dia dari kecik lagi memang anti bodi tak kuat, dokte suggest bagi makan scott's emulsion. Alhamdulilah la usaha bagi makan tue takde senang kena penyakit, makan pun dah boleh. tapi sekali dia sakit memang sampai lembik. time tue la si adik liya nie boleh nak membuli kacau abang yang tengah tak larat tue. kalau tidak selalu dia yang jadi mangsa =.=


kak ika atas nie pulak. semalam kat rumah umminya, rumah pengasuh. dia tolong buang pampers adiknya ntah macam mana jatuh tersadung lantai dapur kot. luka dalam kat kening tue. mamanya cite macam bibir terbuka tue darah kemain banyak lagi. mulanya kak ika nie diam lepas jatuh, lap darah dengan tuala adik je. bila dah makin banyak darah baru dibagitau umminya. umminya menggeletar lutut tengok, risau la jugak orang tue dah budak tue bawah jagaannya. tapi nak buat macam dah benda nak jadi kan.

pukul 2 papanya datang ambik terus bawak ke sepital. berjahit empat kat kening tue. sampai rumah dalam mamanya bagi makan kakak. sedar-sedar adiknya hilang jenuh panggil. dengar kelepap kelepap. main air dalam bilik air!!! aduhhhh mamanya lupa tutup pintu dia buat pojek kat dalam tue. syukurlah tak jadi pape. dah tue dalam masa mamanya telefon mama kitorang adiknya juring je jari nak mengcungkil balut luka kakaknya. memacam budak2 nie.

semoga anak-anak achik cepat sembuh ye. achik jauh doa jela yang boleh tolong pun. huuuu nie pun sebak lagi mengenangkan budak berdua tue ;(

*kata ganti nama kakak dan abang sebagai merujuk pada panggilan anak-anak sedara saya tersebut. sekian. kang ada lagi yg konpius macam kay_are :p

04 February 2013

Kisah Khalifah #Minggu Ke-9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sumber : Baby Center

cakkkkkk!!!! saya dah makin malas nak update entry. ye saya sangat mengaku. entah kenapa penyakit malas tue selalu datang. tue yang seminggu satu dua entry je yang timbul. dengan rajin cutinya lagi. cuti ok bukan mc. cuti untuk luangkan masa berkualiti dengan suami. dengan harapan orang muak tengok saya rajin ambik cuti hari ahad dan saya ditukarkan ke negeri yang dimintak. amin hihihi :p

seronok tau tak baca perkembangan baby nie. walaupun tak mungkin 100% benar tapi kemungkinan tue ada. yela yang tau apa jadi apa kat si khalifah kecik nie kan hanya Allah SWT tapi tak salah kalau sekadar nak tambah pengetahuan kan ;) minggu lepas baby kami dah melepasi tahap minggu ke-9. Alhamdulilah syukur.  

emosi minggu lepas Ya Allah, Dia saja la yang tau. sangat tak stabil. sangat cepat terasa. dan paling cepat terasa dengan abi. padahal bukan dia buat salah besar apa pun sangat. saya nie pulak jenis yang tak pandai berlakon kalau saya sedih ke marah ke kecewa ke. suami perasan muka saya macam lain. lepas je solat terus duduk kat tepi dia. luahkan perasaan sambil air mata merambu macam apa je lagi =.=

sejak-sejak hamil nie perasaan memang susah sikit nak kawal. tak macam sebelum nie. hati kemain keras. tak percaya tanya la kengkawan. tapi sejak dua menjak nie kemain lagi emosi tue. salah sikit pun nak terasa. dah tak rasa kental dah!!!

Syukurlah suami paham. tarik pelan-pelan pujuk ummi lap air mata. huuuu. mekasih abi. saya doa sangat yang saya mampu kawal emosi dan perasaan supaya tak hati tisu sangat. kesian kat suami nak melayan. dah la dia letih keja letih menda lain. letih nak melayan saya lagi "takpe la abg paham, ustaz azhar kata, mu yang buat dia jadi gitu mu kena la paham layan dia masa-masa tue" gulppppp terus tak jadi sebek. hihihi

khamis lepas baca apa yang baby center nie tulis. senyum sorang-sorang. ehh terkena kat diri sendiri la. hihihi. selamat masuk ke usia 10 minggu anak ummi abi. membesar dengan sihat dan cergas ye ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...