Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 February 2013

Kisah Khalifah #Minggu Ke-9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sumber : Baby Center

cakkkkkk!!!! saya dah makin malas nak update entry. ye saya sangat mengaku. entah kenapa penyakit malas tue selalu datang. tue yang seminggu satu dua entry je yang timbul. dengan rajin cutinya lagi. cuti ok bukan mc. cuti untuk luangkan masa berkualiti dengan suami. dengan harapan orang muak tengok saya rajin ambik cuti hari ahad dan saya ditukarkan ke negeri yang dimintak. amin hihihi :p

seronok tau tak baca perkembangan baby nie. walaupun tak mungkin 100% benar tapi kemungkinan tue ada. yela yang tau apa jadi apa kat si khalifah kecik nie kan hanya Allah SWT tapi tak salah kalau sekadar nak tambah pengetahuan kan ;) minggu lepas baby kami dah melepasi tahap minggu ke-9. Alhamdulilah syukur.  

emosi minggu lepas Ya Allah, Dia saja la yang tau. sangat tak stabil. sangat cepat terasa. dan paling cepat terasa dengan abi. padahal bukan dia buat salah besar apa pun sangat. saya nie pulak jenis yang tak pandai berlakon kalau saya sedih ke marah ke kecewa ke. suami perasan muka saya macam lain. lepas je solat terus duduk kat tepi dia. luahkan perasaan sambil air mata merambu macam apa je lagi =.=

sejak-sejak hamil nie perasaan memang susah sikit nak kawal. tak macam sebelum nie. hati kemain keras. tak percaya tanya la kengkawan. tapi sejak dua menjak nie kemain lagi emosi tue. salah sikit pun nak terasa. dah tak rasa kental dah!!!

Syukurlah suami paham. tarik pelan-pelan pujuk ummi lap air mata. huuuu. mekasih abi. saya doa sangat yang saya mampu kawal emosi dan perasaan supaya tak hati tisu sangat. kesian kat suami nak melayan. dah la dia letih keja letih menda lain. letih nak melayan saya lagi "takpe la abg paham, ustaz azhar kata, mu yang buat dia jadi gitu mu kena la paham layan dia masa-masa tue" gulppppp terus tak jadi sebek. hihihi

khamis lepas baca apa yang baby center nie tulis. senyum sorang-sorang. ehh terkena kat diri sendiri la. hihihi. selamat masuk ke usia 10 minggu anak ummi abi. membesar dengan sihat dan cergas ye ;)

10 comments:

Zai Zamree said...

perasaan time ngandung kot no..lgpon bjauhan dr suami..tu yg lg sensitip tu

juicy X said...

awl2 mmg mcm tu,plg teruk bab letih.mmg rasa lemau.bila dh letih mula la nk marah2

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

takut plak nk melawak dengan ampa..sakit ampa terasa dengan kami plak...

;P

OKje said...

dulu OKje pun suka baca perkmbangan janin... tak sabar2 nak menunggu umur dia bertukar minggu..hehe

Anonymous said...

KA cuma mampu mendoakan kesejahteraan untuk awak ye dear.. moga dipermudahkan semua

Unknown said...

moga perjalanan jadi mudah.ameen.pandai2 kawal emosi, jgn wat suami rasa bersalah..hehehe

kay_are said...

ni kalau kat perak orang panggil banyak cengkadak name die.. =P semoga cepat membesar buat baby dalam perut tu, jangan emo2 macam mak die tau? =P

Anonymous said...

tu baru satu ...kalau depa yg mengandung kembaq mcm mana.. lagilah terasa sakan

aku HaniAsyira said...

masa ni lah peluang nak manja lebih2 kan kak.. heee~~

نورعيم said...

dah 11 weeks eh? cepatnya masa berlalu kn.

hah, akak jgn nanges plak jmpa org nnti. hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...