Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

08 April 2013

Oh Mama Papa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

adoiiiii entah la kenapa skang nie sangat malasssss nak update blog. malas segalanya la senang cite. pembawakan budak ke? :p semalam baru je balik dari kampung saya. lepas rindu dengan mama papa. dapat balik dua hari dalam sebulan pun jadi la dari tak dapat balik kampung langsung kan. nak buat guane bila dalam bulan tue takde cuti umum memang susah la nak balik lama sobsobsob ;( 

ayat memujuk mama, macam biasa "alaaa tak lama lagi, kejap je nanti dah bulan 8 balik nak bersalin. lama la dapat balik" tau itu jugak ayat untuk memujuk hati dia. paham sangat dah. lepas tue dengar papa tanya mama "nanti dia bersalin mane? ipoh ke penang" insyaAllah ipoh papa :D

bila dah dapat balik kampung sendiri, makan tak berhenti macam biasa la. sampai perut tegang, duduk tak kena, berdiri tak kena, baring lagi la tak kena!!! sampaikan mama kata "sudah la makannya tue, benti la, besok sambung lagi" hahahaha tengok mama sampai risau tengok anak dia makan :p "hish tak renti(berhenti) makan nye pun" itu papa yang kata sebelum saya dengan suami nak keluar ke pasar malam sabtu lepas. masa makan memang la tak sedar dah benda sedap, tapi lepas tue mula risau, ajak suami pegi timbang berat badan takut naik lagi =.="

apa yang buat saya sebak dan terharu lepas mama cerita apa yang mama sembang dengan papa ritu. sungguh, masa cerita balik kat suami bergenang air mata. meh saya nak cerita dalam bentuk kistot ek :p


*****

"nanti macam mana la ira tue bila dah bersalin, kalau tak dapat tukar lagi, dah la terkontang kanting kat sana, semua benda dia nak uruskan sendiri. uruskan diri dia, anta ambik anak lagi, jaga tengah malam pun sorang" kata mama yang sedang berbual berdua dengan papa lewat petang itu.

"nak buat macam mana" jawab papa sambil melepaskan keluhan dan melontarkan jauh pandangan yang sarat dengan seribu macam persoalan.


"kalau dia tak dapat tukar penang pun, dapat tukar balik sini pun takpe. sekurangnya ada kita nak tolong tengok anak dia. takde la dia terkejar sorang kat sana tue" sambung mama lagi.

"tak sudahnya nanti mama nie jugak yang menangis hari-hari mengenangkan dia" akhirnya mama mematikan perbualan mereka.


TAMAT

*****
haaaa macam mana la hati anak yang sorang nie tak tersentuh. tak sangka pulak mama dengan papa boleh jauh fikir sampai ke sana nun. memang la ada masanya saya terfikir jugak tapi cepat-cepat padam awan-awan yang berlegar tue sebab tak nak susah hati fikir benda yang jauhhhhhhhh lagi. 

tapi hati mama papa mane la yang tak risau ke anak sendiri kan? 

11 comments:

inche hlovate said...

betul tu kak..mak ayah mana yang tak susah hati bila fikir bnda2 mcm ni..harap2 nanti akk dapt tukar la kan

juicy X said...

mak ayah ni, mmg x penah bhenti risaukan anak depa pdhal anak sendiri dh nak jd mak ayah..bila preggy ni mmg nampak jelas sgt~ sobbsss

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mula la awan-awan kat kepala kami ni timbul...

macam mana la kami nanti yer??

hmmm

hainom OKje said...

Tapi memang betul Kiera...hati emak ayah ni mmg tak sanggup nak biarkan anak mereka susah kalau boleh...seboleh2nya nak tolong...hehe

Tgh berselera tu makan ajelah....sok dalam pantang dah tak leh nak makan...

tenku butang said...

mak ayah kan kenal kita sedari kita lahir lagi.. diorg lebih memahami kita..

singgahbalas dari tengkubutang

Mummy LiYzA ^^, said...

kan~mak ayah dh tua2 cmnih pon xpnh2 benti pkir hal anak2..smpai ke cucu kalo bleh nk dok dekat je sekeliling depa n membesaq dpn mata depa..sabaq ja~lps bby lahir nati rezki tuh akn dtg..jgn giveup utk mtak transfer..

Z@i Z@mR33 said...

mak ayah memang cmtu...klau x mak k.zai x col la tiap2 minggu sejak tau pregnant...dl2 ms mula2 kwen & pndah dok sndiri dgn suami mak x penah col pon...pstu siap2 dh pk itu ini...doa yg kena amal la & mcm2 lg la

MR & MRS MAKMUM said...

usah kata yg jauh yg dekat pon dh berawan ~

نورعيم said...

alahaiii manja nya ummi ni. hihi.

mama aryan said...

mak & ayah ni memang mcm tu..

Insha Allah moga dimudahkan segala urusan sakura nanti ye..

aku HaniAsyira said...

mestilah risau.. *sob100x

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...