Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

18 April 2013

Vitamin Tambahan Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hari nie nak share vitamin tambahan untuk saya dan khalifah kecik kat dalam nie. ekceli saya nie sebelum pregnant memang tersangattttttt susah nak makan ubat. sebab-sebabnya tak reti nak telan ubat, tambah pulak kalau kena makan dalam kuantiti yang banyak. masa baru kawen dulu benyah(abang saya) pernah pesan kat suami "ko xpenah tengok dia makan ubat lagi kan? haaa ko tengok la kejap lagi keliling rumah nie dia pusing semata nak telan sebijik tue!" cisssss kurang hasam punya abang, sanggup di aibkan adik kandung depan suami yang baru dinikahi seminggu :p

tapi tue cerita dulu, skang nie suami pulak tumpang bangga bila isteri kesayangan dah pandai telan vitamin 4 bijik sekaligus. itupun lepas suami puassss ajar "yangggg telan ubat jangan minum air sampai penuh perut, memang la awak nak termuntah, dah masuk ubat tue baru telan air" bila nampak saya dah macam nak termuntah cepat-cepat dia jerit "minum air nie minum air sygggg" haaaa gituuu, mesti berbulu mata dia tengok bini dia nie makan ubat macam ape je :p dan ketahuilah yang saya sanggup belajar telan dan hadam segala macam ubat dan vitamin hanya kerana satu sebab, demi anak kesayangan ummi yang kat dalam nie. kalau tak sebab dia harus ubat tue dipandang sepi semata :p

Asid Folic

yang nie vitamin pertama dapat masa check kat klinik dokte raaofah kat ipoh. asid folic nie antara yang terpenting untuk membantu pembesaran baby kat dalam. untuk membantu sel-sel yang baru nak terbina untuk si baby. pegi klinik kesihatan pun memang akan dapat asid folic. yang penting vitamin nie kecik cinonet je. senang nak telan :p 



B Complex

dari maklumat yang saya dapat dari google. dalam B Complex nie ada macam-macam fungsi dia. nak senaraikan pun tak larat. ape kata try tengok kat sini. yang nie dapat masa kat klinik kesihatan jugak.

Iron Tablets

yang nie untuk tambah darah. kalau kes biasa makan sebijik 3 kali sehari je. tapi bagi kes saya yang kekurangan darah nie kena makan 2 bijik 3 kali sehari. ubat dia kaler coklat dan sangat tak sedap. kalau terkena bibir tue basuh macam ape je lagi sebab payau.

Vitamin Kuat Makan

ok yang nie saya yang pepandai bagi nama. sebab bila makan vitamin nie memang cepattttt sangat rasa lapar. biasanya kalau check up dekat klinik kesihatan memang dia akan bagi 4 jenis vitamin nie. dan kesemuanya FREE tanpa perlu bayar. 


Neurogain PB

yang nie sebenarnya minyak ikan yang dah dijadikan dalam bentuk capsul gel. masa pegi klinik dokte raaofah ritu pun dia ada bagi sample jugak. dan suggest dari housemate makan vitamin nie untuk otak baby. bau dia memang tak sedap tapi telan jela demi usaha nak cerdikkan otak baby. ada 30 biji capsul dalam satu botol, harga RM43. masa nak beli ritu baru tau yang ada dua jenis. satu untuk ibu hamil makan, satu lagi untuk kanak-kanak.



Jus Delima

mama selalu pesan, makan buah delima. tapi saya tak berapa suka buah delima sebab tak suka bila tergigit bijik dia. selalunya kalau makan bijik tue mesti saya buang. dah tue ape je yang tinggal manfaatnya kan? tengok pulak Jusiza ada post ritu dia minum jus keluaran nie. terus tanya mama kat kedai dia selalu beli barang tue ada tak jus delima jenis nie. bila dia kata ada terus pesan mintak tolong beli. suami tak suka minum katanya masam. memang la masam dah isteri kesayangan awak nie letak gula sikit je dalam tue :p harga RM15. lagi pun nurse suggest makan vitamin yang klinik bagi tue dengan air jus supaya lebih cepat vitamin tue hadam makanya jus delima adalah pilihan yang tepat. 2 dalam 1. mudah hadam vitamin, otak baby pun cerdik :p

kalau dari maklumat google katanya minum satu sudu pagi sebelum bekpes dan sebelum tidur, tapi buat air jus pun boleh la :p



Garlic Pill

sebab kadang saya selalu kena heartburn atau angin bila silap makan. maka mama spare sesiap garlic pill nie untuk anak kesayangan dia. sebab kadang bila angin tuju kat belakang memang dah tak boleh nak urut kan. telan jela garlic nie. selamat untuk dimakan ibu hamil tapi yang keluaran vitahealth la. harga RM19 untuk 100 bijik pil.

gambar ehsan dari google

selain segala macam vitamin nie susu jangan lupa. saya minum susu Nestle Mom&Me. ada cerita kat sini pasal susu tue. dan disebabkan kaki selalu kejang minyak panas afiat kaler hijau untuk orang dalam pantang tue menjadi pilihan. satu bau dia best, satu lagi minyak dia panas cepat meresap. tapi minyak boleh sapu kat betis je jangan gatal-gatal nak sapu kat perut time mengandung nie. kata orang la. kita dengar jela.

tapi jangan lupa, vitamin hati pun penting jugak. jangan lupa amalkan baca quran.mulakan setiap hari satu muka surat pun takpe, insyaAllah lama-lama nanti mesti boleh up lagi banyak kan. saya pun kadang bila badan penat mula rasa malasss nak membaca. tapi pernah baca dalam majalah al ustaz, motivasi nak rajin mengaji. kalau tak dapat baca sehelai dari kitab suci Allah tue. kita ambik dan cium quran tue sambil bermunajat "Ya Allah apa lah khilaf ku hari ini sehingga aku tidak dapat membaca tulisan cintaMu" haaa cenggitu la lebih kurang ayatnya. saya pun ingat-ingat lupa yang sebetulnya dorang tulis dalam tue. kalau dah tak sempat nak mengaji jugak pasang dan dengar alunan quran. nak didik anak menjadi yang soleh solehah jangan lupa didik dari dalam rahim lagi. pesanan itu yang selalu saya dengar dan baca. insyaAllah akan simpan dan ingat selamanya :)

15 comments:

Fiza Rahman said...

Tu dia...bermacam viramin. Tapi neurogain tu org kata memang elok. Saya pon mkn masa pregnant dulu.

Condoriano said...

Kelakar bila teringat waktu first time dah terer makan ubat, lepas tu kononnya nak berlagak boleh telan ubat ikan, then wrong step termuntah pula kt situ. Haha hilang macho.

Anonymous said...

mmg kena jaga kesihatan lagi2 dikehamilan pertama. moga semuannyer dipermudahkan dan tq atas ucap selamat utk adik yer

Zai Zamree said...

tudia...byknya...

Nur Zulaikha said...

bnyknya ubatttt~

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... saya setuju ! nak didik anak sejak dr dlm rahim lagi ... byknya kena telan pill ... mcm mana lah agaknya bila saya praggy nanti yer ...

Mummy LiYzA ^^, said...

vitamin tuh suma baik~
hehe..kalo nk lg kecergasan semasa hamil nih tmbh la dgn supplement dr shaklee..sgt membantu~smpai berpantang bley mkn..

inche hlovate said...

bnyak input ni..sok kalo sya pregnant kne la buka balik entry akak yg ni hihi

aDisH.sHidA said...

banyak nya vitamin kena makan..huhu..

cik Anggur said...

teringin betul nk ada khalifah kecik ~

Lydia Miza said...

Hahaha... Telan jgn x telan

aku HaniAsyira said...

perghh.. banyaknya.. adoi

OKje said...

Wah macam ubat dan vitamin nampaknya heehe..
Tulah segala yg tak pandai masa anak dara pun dah jadi pandai selepas nak jadi bakal ibu nikan Kiera hehe

kay_are said...

aku nak makan ubat kne jolok ubat tu guna jari, baru boleh masuk..lagi style.. macam tengah bace catalog ubat farmasi, nape tak sedia sekali form nak buat order? ^^

نورعيم said...

tabahlah akak habiskan vitamin ni. heeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...