Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 May 2013

Kisah Khalifah #Mini Playground

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

memang dari awal lagi saya dengan suami dah bercita-cita nak bina mini playground untuk anak-anak bila dah ada rumah sendiri nanti. siap dah berangan kat site mana, itu dan ini walaupun bayang rumah sendiri belum nampak pun lagi :p tapi lepas dengar dan baca pengalaman kawan-kawan, kami berdua macam perlu berfikir banyak kali lagi sebelum nak membina tue.


kisahnya sebab kami berdua sama-sama berkerjaya, jadinya takut bila petang tak sempat nak bawak anak-anak keluar bermain. jadinya nak adakan persekitaran yang seronok dalam rumah sendiri. supaya diorang seronok duduk dalam rumah. tapi bila dengar pengalaman kawan. 

dalam rumah dorang memang lengkap dengan mini playground, ada tablets(itu biasakan) dan memang rumahku syurgaku la. tapi bila balik kampung tak sampai sehari dan mengamuk nak balik rumah sendiri. tak mau duduk kampung. sampai je kat rumah terus tuju ke mini playground yang ada kat dalam rumah. dan yang lagi sorang pulak. bila anak dah seronok tido dalam bilik berhawa dingin, jadi gelisah menangis tak tentu arah bila kena tido dalam bilik di kampung yang cuma ada kipas siling.

saya pun cerita dengan suami. saja nak berkongsi cerita. kata suami "susah jugak kalau ada macam-macam dalam rumah, jadinya bila dorang pegi rumah sesape yang takde 'permainan' dorang kat rumah sendiri, mungkin tue jadi penyebab dorang memberontak". hurm ada betulnya kan. selesa dengan rumah sendiri tue memang betul sebab kita pun lagi selesa bila ada dalam rumah sendiri. 

tapi dulu kita boleh je duduk diam pergi rumah sesape pun. bawak ke mana pun tak berkutik, terima je apa yang ada. itu pun kalau ada. hurm mungkin ummi dengan abi kena tukar plan. hanya ada mini library dan ajar anak-anak susah sikit, bukan kedekut tapi supaya pandai menghargai kehidupan akan datang.

27 May 2013

Demam dan Tunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas memang tak kemana pun. menghabiskan masa kat rumah melayan diri yang demam. petang khamis habis keja gagahkan jugak diri drive balik rumah mentua. memang dari awal pagi kat ofis rasa lemah badan. masuk makanan pape memang lepas tue muntah balik. pagi tue ingatkan baby takmau makan ketiow goreng rupanya memang badan ummi yang terlalu panas sampai tak boleh nak terima apa-apa bentuk makanan sekalipun.

suami paksa makan malam tue pun sebab nak bagi ada tenaga, takmau perut kosong. makan la dua tiga suap lepas tue tolak pinggan. naik bilik konon nak rehat-rehat lagi sekali muntah kat situ. huuuu. tak pernah rasa dugaan demam teruk macam nie. memang nangis je. nangis sebab nak keluarkan rasa sakit dan lemah yang ditanggung. sambil tue berkali-kali ingatkan diri. sabar ummi, ummi kena redha, sakit tue kan penghapus dosa-dosa kecik ;(

syukurlah ada suami kat sisi. dari dia balik keja menghadap muka bini dia nie, sekejap-sekejap lap tangan kaki badan, sampai paksa dia tido baru la berhenti mengelap. memang dia pun cukup risau sebab badan saya terlampau panas sampai berbahang. takut nak ke klinik sebab risau kena tahan wad. saya tau demam saya tinggi dan takde air dalam badan. tak nak tidur wad nanti takut tak mampu nak jaga diri sendiri. huuuu. sampai jumaat petang demam surut sikit-sikit. syukurlah dedua kami cuti boleh rehat kat rumah. 


tengahari sabtu kami suami isteri memenuhi jemputan majlis tunang seorang sahabat. Mak KBU, Cik GKSB. sebenarnya masa demam tue cukup risau kalau tak mampu nak datang majlis dia. saya memegang amanah Kak Sue yang kirimkan coklat untuk dibuat hantaran tunang GK. dengan saya punya hantaran lagi. sangat susah hati. berdoa jela masa tue moga dapat kekuatan nak datang majlis dia.

Alhamdulilah Allah perkenankan, walaupun dah agak lambat masa tue. sampai rumah GK cun-cun sekali dengan rombongan pihak lelaki. terus turun kereta masuk hantar hantaran dulu. syukurlah sempat kalau tidak tatau nak kata cam mana. dan syukur semuanya dah selamat pun. cantik kan orang yang bertunang tue, pelamin dia pun sangat cantik dan lagi satu teruja tengok ummi dia yang cantik dan nampak muda tue(eh sebenarnya memang tatau umur ummi dia bape). auchhhhh semua la cantik :p 

selamat bertunang Cik GKSB dan tunang. semoga dipermudahkan urusan kalian berdua untuk melangkah ke destinasi seterusnya. dugaan dan ujian memang banyak menanti dihadapan. sabar tabah dan cekal hadapinya bersama. jangan dengar hasutan yang bukan-bukan tau ;) terima kasih sudi jemput kami suami isteri.


last but not least. mekasih yayang untuk semuanya. terima kasih susah payah jaga ummi, tahan dengan karenah ummi sepanjang ummi tak sihat. ummi tau semua benda ummi mintak abi buatkan ;( terima kasih sebab bersabar dan bertabah dengan ummi. lebiu dear ;)

#walaupun ummi demam, baby tetap aktif tak duduk diam kat dalam. pesan suruh dia main sendiri, ummi tak larat nak layan =.="

22 May 2013

Kisah Khalifah #Vitamin Tambah Darah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selain nurse klinik ramai jugak yang suggest makan Iberet untuk tambah darah. selain kakak saya dan mak sedara, Liza pun ada suggest ritu. terima kasih dekat semua yang baik hati suggest makan itu dan ini. yang concern dengan masalah Hb saya yang kurang. yang mendoakan. terima kasih bebanyak. hanya Allah je yang mampu balas jasa baik kalian. moga kalian pun sentiasa baik-baik hendakNya amin :)


sebenarnya sebelum nie bukan tak nak makan iberet. tapi sebab masa tue saya tengah makan Sangobion yang jugak fungsinya vitamin tambah darah, tak nak lah campur adukkan macam-macam vitamin. takut nanti badan sendiri dan baby kat dalam tak boleh terima. jadi saya dengan suami decide, abiskan Sangobion dulu baru kita cuba iberet pulak kalau takde perubahan.

dan disebabkan takde perubahan dalam Hb darah saya, sangobion pun dah abis. terus beli iberet kat farmasi ritu. 30 bijik dengan harga RM27. kalau ikut kata yang jaga farmasi tue makan sebijik sekali selepas makan. tapi masa saya jumpa dokte ritu tanya pasal iberet nie. dia suggest cara makan sama macam saya ambik iron tablets yang klinik bagi.



dan yang bestnya. bila dah makan iberet tak perlu lagi makan vitamin yang klinik bagi sebab dalam sebijik iberet dia dah merangkumi 4 jenis vitamin yang klinik sediakan. tengok kotak kat atas tue. ada Iron, Vitamin C, B Complex dan Folic Acid. jadinya tak perlu dah ulang vitamin klinik. kalau rajin nak makan pun apa salahnya. tak jadi masalah kata dokte tersebut. tapi ditakdirkan check up bulan lepas HB darah saya makin berkurang pulak tatau la silap tang mane wuuuu. bila google2 dapat tau vitamin lagi satu nie pun untuk tambah darah



keluaran Shaklee nie mesti dah ramai yang tau kan. saya ambik Vita-lea yang fungsinya untuk tambah darah. harga sebotol RM81 ada 120 bijik dalam tue. makan sebijik sehari boleh la tahan satu botol dalam 4 bulan gitu. itu kata stokis yang saya oder ritu la. dari ruang komen yang saya tengok ritu ramai yang kata vitamin nie elok untuk tambah darah, takpe kita cuba tengok macam mana. moga-moga mampu la bertambah darah merah saya nie. amin

sedikit info :-

:- HB diringkaskan daripada hemoglobin. dimana darah merah kurang, darah putih lebih banyak dari dari merah. atau perkataan lain penghidap anemia.

:- iberet boleh dimakan bersama shaklee. tapi mengikut pakar yang kawan saya jumpa, dia juga pregnant. asingkan masa makan. contoh. iberet waktu pagi, shaklee waktu malam.

:- seeloknya sebarang ubat atau vitamin diminum bersama jus buah. seeloknya buah yang bervitamin C. supaya vitamin lagi cepat serap.

:- jarakkan minum susu/tea/caffeine selepas ambik vitamin. sebab minuman jenis itu boleh memotong zat yang ada dalam vitamin yang diambil. mungkin 2 jam selepas makan vitamin baru boleh ambik minuman jenis yang dinyatakan.

:- makan vitamin 2 jam selepas perut dikosongkan tanpa apa-apa makanan dan makan sebarang jenis makanan selepas 2 jam berikutnya. supaya vitamin betul-betul menyerap dalam tubuh.

:- jangan lupa makan makanan lain yang fungsinya jugak untuk tambah darah. bayam merah, kekacang, kismis, hati, daging merah dsb

sumber : perbincangan dengan dokte di klinik kesihatan simpang kuala, kedah. 

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kecintaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat Ulang Tahun Kelahiran suami tercinta, Nadzri Bin Azlan. mendoakan moga awak diberi kesihatan yang baik berpanjangan, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan dalam setiap helaan nafas yang dipinjam sementara, sentiasa terus berusaha menjadi seorang muslim yang tak berputus asa mengejar cinta Ilahi dan dipermudahkan segala urusan baik di dunia mahupun akhirat.

terima kasih menjadi seorang suami yang baik dan terbaik. sungguh saya sentiasa bersyukur dikurniakan seorang imam sehebat awak. semoga awak jugak terus hebat berusaha mengejar redha dan cintaNya. terima pasangan seadanya. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri. insyaAllah semoga kita sentiasa tak lupa pesanan tue. dan insyaAllah saya akan cuba usaha sehabis mungkin untuk menjadi bidadari terbaik awak baik di dunia jugak di akhirat. kalau tersalah mohon tegurlah saya.

dah celebrate in advance kan ritu? hihihi :p dan hadiah? mesti abi nak kata. dapat hadiah dari Ilahi seorang isteri macam ummi dan khalifah yang cerdik dan aktif macam baby pun dah cukup besar buat abi kan? ok ummi tau dah, xyah beli hadiah lain kan? hahahaha :p

terima kasih Allah meminjamkan dia buat saya. mohon jaga dan peliharalah dia. jentiklah hatinya kiranya dia terlupa padaMu. kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba yang lemah dan sentiasa lupa. 

21 May 2013

Afiq Danial Yang Dah Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


bila tengok gambar nie mesti terbayang keletihan dan kelelahan mengejar budak kecik tak reti duduk diam nama Afiq Danial nie. tapi semua letih tue terubat bila dapat gomoi2 cium pipi tembam dia tue. weekend lepas mama dan kakak sekeluarga datang jenjalan kat penang. Alhamdulilah dapat jugak lepas rindu jumpa diorang semua. dengan kakak pun dah berapa bulan tak jumpa yela diorang duduk banting saya duduk utara balik kampung selalu tak sama masa bilanya yang nak jumpa.

cuti-cuti yang jadi cute bila ade si kecik nie. gambar tue dekat atas bukit bendera. usaha dia masuk kepala dalam lubang tue semata nak bagi pose kat pakcik dia. haishhh geram sungguh. dan nampak tak kat sebelah dia ada palang. kat situ pun dia nak sumbat kepala nasib baik paham bila orang jerit kata kepala dia tak muat masuk ikut situ. sabo jela dengan adik nie. 

bila time kitorang solat dalam masjid. bukan main seronok lagi dia berlari kesana ke mari. nasib la time tue kurang orang, kalau tidak tatau la macam mana nak kawal. kalau larang sangat nanti menangis buat perangai. boleh tangkap kejar jela, bila agaknya dia dah letih berlari. lari sikit bummmmm jatuh pengsankan diri. hihihi lawak sungguh.

paling dia suka petik suis soket. tapi yang bijaknya sebelum dia nak petik dia tengok dulu muka kita. kalau kita buat tatau dia pangggil. dah toleh baru dia petik suis tue lepas tue cepat-cepat lari. ade je benda yang dia buat nak tarik perhatian orang tue. mane la kamu tak jadi kesayangan ramai adik oiiii.

yang lawaknya. time makan kat tepi pantai teluk bahang tue bukan main tak reti duduk diam dia tunjuk nak turun main air. bila pakciknya bawak, baru je kaki cecah air terus menjerit mintak dukung, takut!! adoiii ingatkan berani sangat. kalau ngusik orang dia gangster nombor satu tapi bila kena air laut terus menjerit nangis. hihihi.

moga membesar jadi anak yang soleh Afiq Danial sayang, moga sentiasa sihat dan terus cerdas serta cerdik. nanti bila adik dah lahir tolong achik jaga adik baru ok ;)

20 May 2013

Satu Perjalanan #Pelamin Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

asyik cite pasal baby je kan sekarang nie. bila tengok kenduri sana sini mula terimbau kenangan masa walimah saya dengan suami 6 bulan yang lalu. sekejap je kan dah setengah tahun bergelar isteri. dan tak lama lagi insyaAllah bergelar ummi. Alhamdulilah syukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sementara nie.


masa malam sebelum hari akad nikah

pelamin kami dulu saya buat sendiri dengan di bantu Mastura dan GKSB. memang dari awal tak pernah terfikir nak bersanding pun cuma pelamin tue digunakan untuk tujuan bergambar. yela kalau takde pelamin kat mane nak diabdikan kenangan dengan mereka yang sudi hadir kan? at least bila ada pelamin ade la jugak port yang cantik nak merakamkan kenangan.

bermula seawal pagi saya dah mula kemas-kemas ruang tamu yang nak dijadikan pelamin tue. vacuum, tolak sofa, ubah itu ini. dan keluarkan segala kelengkapan pelamin termasuklah tangga hammer paku. dah tak macam bakal pengantin lagi dah. mulanya Mastura tawarkan diri nak tolong panjat tangga dan memaku tirai, saya kan bakal pengantin berdarah manis tapi bila tengok dia dok mengetuk tue terus tak confidence, suruh dia turun saya pulak yang ambik alih. yela buatnya luka tangan anak dara orang jenuh saya nak berjawab dengan parents dia.

awalnya design dah ada tapi bila dah siap langsung tak menyerupai design awal. 100%!!!! masa awal gantung tirai belakang. sangat stress. gantung ikut situ tak kena, ikut sini tak kena. nampak cacat dan pelik sangat. sangat stress, tak tipu. gantung tirai saje makan masa hampir setengah hari mungkin sehari kot.

masa tengah decorated pelamin makan langsung tak lalu. yela besoknya dah akad nikah kalau pelamin tak siap jenuh!!! masa tue kalau ada sesape cari pasal memang automatik boleh jadi singa. anak dengan adik sedara jerit-jerit main kat situ abis semua kena marah perambat main kat luar. suami mesej pun lambat-lambat je reply, ingat lagi masa tue dia msej "amboiiii bizinya sampai tak mau sembang dengan bakal suami" lepas nafas panjangggggggggg je masa tue sikit lagi nak marah tapi cepat-cepat istighfar. orang tengah stress la katakan benda kecik pun nak meroyan. hihihihi

dan masa tue bertambah stress dengan veil nikah yang takde kat tangan lagi. dah janji awal dengan akak butik tue nak veil hari sebelum jumaat tue. tapi tak dapat-dapat jugak. akhirnya bila petang dia call kata anak dia tunggu kat jalan depan cepat-cepat keluar walaupun dalam hujan sebab takmo bazir masa lagi. tinggal je pelamin yang baru 30% siap masa tue. GKSB sampai sebelum maghrib, masa tue pelamin memang tak siap lagi gantung tirai. ambik masa keluar jemput dia dan tenangkan fikiran sekejap. mungkin otak dan badan dah tersangat letih jadi langsung tak boleh fikir nak buat macam mana.


hari walimah tatau nape pelamin bertukar jadi kaler oren kekuningan. myb faktor cuaca cerah kat luar dengan baju pengantin kot #Eh :p

lepas je solat maghrib rehat sekejap. terus dapat idea nak siapkan tirai tue datang. dan Alhamdulilah dekat 1 pagi kot semuanya siap dihias. bila nampak pelamin yang cantik(bagi diri sendiri la) terhias depan mata terus hilang rasa letih tue. syukur ade dua orang bidadari tue datang tolong. walaupun bidadari lagi sorang tue tolong susun bantal je hahahaha :p 

kenangan pasang pelamin memang cukup terkesan dalam hati dan memang tak kan boleh saya lupa sampai bebila rasanya. bila nak bukak lepas abis walimah tue. bukan saya je yang rasa sayang. suami pun rasa sayang nak bukak. yela nak pasang sampai sehari nak bukak sekejap je :p

16 May 2013

Kasut Kartun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

lepas insiden sedih dengan Nurul Iman ritu. suami bawak jenjalan jumpa opismate dia, main bowling. tapi ummi yang buncit nie duduk belakang jela tengok abi main. baby kat dalam pun sibuk agaknya melompat-lompat bila tengok orang main bowling. rasa gegar-gegar je perut. aktif sungguh anak ummi nie, syukur alhamdulilah.

abis bowling terus seberang laut nak balik rumah tapi sebelum tue kita singgah kedai sukan jap. hajat hati suami nak tengok-tengok kasut futsal dia dengan adik ipar. saya pun teman jela. sementara dia tengok seluar untuk ayah mentua saya pun jenjalan cuci mata kat bahagian wanita. takde keinginan nak beli kasut pun. sebab kasut yang dok berkenanan selama nie takde size. jadi belasah jela kasut yang ada tue sampai lunyai :p

sekali suami datang dari belakang tanya saya nak apa-apa tak. geleng kepala je. sebab memang tak nak pape pun. nak beli baju pun macam takde yang sesuai. nak beli beg belum ada perasaan lagi. kasut? hurmm situ kan banyak kasut sukan je. suami pulak terus jenjalan kat rak kasut. dia ambik satu-satu kasut suruh saya cuba. saya pun ikut jela. sekali dia suruh ambik kasut yang dia berkenan. saya tengok je muka dia. yeke nak beli???

katanya kalau selesa ambik, sedih tengok kasut saya yang dah hampir nak lunyai tue katanya. hahahahaha lawak la abi nie. kasut tue boleh pakai berlari lagi tau :p bila check size tengok takde yang kena dengan kaki saya. cuba la pakai kasut yang bawah nie 


tapak dia selesa. lembut je. tapi kaler dia tak cantik. suami lagi berkenan yang tadi tue. tapi sebab saya yang nak pakai dia ikut jela. lepas check size dan try kena dengan kaki. ok ambik jela dah suami baik hati nak hadiahkan kan? ;) walaupun kasut tue macam kasut kartun tapi dia selesa nak jalan, tak berbunyi dan tak licin. haaaaa itu yang penting. janji kaki ummi tak letih time berjalan :D

bila tanya kenapa suami hadiahkan kasut. "memang abang dah niat nak hadiahkan sesuatu tuk syg. tapi tatau nak beli ape", "saja hadiahkan sebagai tanda penghargaan" wahhh bergenang-genang dah mata ummi. terima kasih abi. sayangggggggggggg abi sangat. walaupun dah nak keluar baby tapi abi tak lupa ummi. baby jangan jeles ye :p

#kasut kartun pun nak bayar dia ummi fikir banyak kali jugak. nasib la duit abi hahahahaha :p lagi abi kata kasut nie hadiah hari ibu in advance untuk ummi. ohhh nangessssss :p

15 May 2013

Kisah Khalifah #Cucuk ATT (Kancing Gigi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rini baru masuk ofis, kesihatan sangat tak mengizinkan sejak dua menjak nie. mungkin faktor cuaca kat luar turut mempengaruhi. semalam check up yang untuk kesekian kalinya, baby pun dah masuk usia 6 bulan. semalam punya la ramai orang, biasanya hari selasa tak seramai hari ahad tapi semalam berbeza pulak. redha dan tabah jela.

Alhamdulilah berat dah maintain ok. tak naik mendadak macam bulan lepas dah. syukur tak perlu repeat check tekananan darah dan urine lagi. letih oiii nak berulang ke klinik tiap 2 kali seminggu nie. bukan seminggu, dua minggu lagi tue siap dengan kena buat OGTT lagi tuk tengok ade kencing manis ke tak.


semalam lepas ambik darah, berdebar tunggu result. dapat je result terus mata tala ke HB darah. huwaaaa cam mane boleh lagi turun nie kalau bulan lepas 9.5g bulan nie turun lagi sampai 9.3g. masuk jumpa dokte dia suruh ambik darah lagi hari ahad nie untuk hb analisis, huu ummi redha jela. sebenarnya saya pun tak paham kenapa darah tak boleh nak naik sebab makanan tambahan lain semua saya ambik tapi masih belum cukup lagi. takpe la. kita berserah jela.

semalam lepas check perut dan dengar jantung baby yang sangat laju tue. nurse mintak ke bilik sebelah untuk cucuk ATT, cucuk untuk cegah kancing gigi. untuk ibu yang baru pertama kali hamil kena dua kali cucuk. lagi sekali bulan depan pulak. kata nurse tue tangan akan lenguh sikit. masa dia cucuk tue Ya Allah memang berbisaaaaaa sangat. dan lenguhnya sampai ke hari nie tak hilang lagi mujurlah mintak nurse tue cucuk tangan kanan kalau tidak dah terbatas saya nak buat kerja, ummi kan kidal. balik je dari klinik cepat-cepat tuam, suami pun banyak kali ingatkan. masa tuam dengan bantal panas tue ada la redanya sikit, tido pun alaskan lengan dengan bantal panas kalau tidak menderita la, huuu

semalam saya datang klinik seawal 8 pagi, masa tue klinik dah ramai orang. selesai semuanya tepat jam 1 tengahari time tue kat dalam klinik tinggal dalam dua tiga orang je. ambik kau setengah hari duduk kat klinik, tapi ape pun bersyukurnya tak perlu ke klinik lagi untuk jumpa dokte. sepatutnya 21 mei nie ada appoitment dengan dokte tapi cancel sebab semalam dah jumpa dia. syukur alhamdulilah. sangat malas nak ke klinik lagi, yang utamanya malas nak dengar orang ofis cakap bebukan. yela kang kata kita saja nak mengulat selalu pegi klinik padahal bukannya kita nie suka sangat nak bertenggek kat klinik tue kan.

ade lagi 16 minggu lebih kurang, moga Allah permudahkan segalanya amin. 

09 May 2013

Terima kasih suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

isnin masa check Bp & Eod tue dah terasa pening-pening lalat, sakit kepala sikit. agaknya pasal tak cukup rehat. ahad tue kan mengundi dan terpaksa beratur lama tunggu giliran, sampai je kat kerani SPR dalam bilik undi tue baru dia bagitau yang kalau ibu mengandung boleh terus ke depan pintu tak payah beratur. =.= dah beratur dekat sejam baru bagitau. lepas tue petang pulak drive balik penang, suami tak balik sekali sebab mengundi lain-lain kawasan. makanya i will survive dengan baby jelaaaa.

suami dah nasihat isnin tue suruh sambung cuti je sebab memang dari jumaat tue saya tak berapa nak sihat. tapi degil nak jugak kerja sebab sayang cuti huuu. sampai je ofis terus sakit kepala. bila sesema dan terpaksa duduk dalam ekon tau jela rasanya macam mane. sampai berdenyut-denyut kepala nie. petang terus pegi klinik mintak cuti rehat untuk esoknya kat dokte.

malam lepas makan ubat terus rasa badan menggeletar, sampai tak mampu nak bangun. bangun solat pun gagahkan jugak diri, selesai je bummmm terus terlantar atas katil. memang tak mampu lagi nak tahan diri, saya dah nanges-nanges, nak capai handphone pun rasa tak bermaya rasanya. bila ada sikit kekuatan terus call mama sebab itu nombor yang paling atas sebab selalu call mama. hampa bila mama tak jawab, tak lama lepas tue mama call semula. mama dah risau dengar suara anak dia tenggelam timbul sebab nangis. huuu saya memang tak reti nak berhenti kalau dah mula menangis. mama kata sekejap lagi dia tolong call suami. huuu mekasih mama. 

besoknya hari selasa suami datang jenguk bini dia kat alor setar, yela tak kan dia nak datang malam semalam tue. dengan dia yang tak berapa nak sihat jugak, lagipun mane dia nak tido saya dah la duduk menyewa dengan kawan-kawan. malam sebelumnya cuma mampu bertanya khabar melalui telefon jela. disebabkan saya menyewa dan pagi tue memang ada kawan-kawan kat rumah saya decide nak berehat dengan suami dekat hotel yang terdekat je. ye saya memerlukan rehat yang secukupnya. 

sekali lagi, lepas makan ubat badan menggigil, suami tolong peluk je dan terus tak bagi saya makan ubat tue lagi. mungkin effect ubat tue buat badan rasa sangat letih tak bermaya dan menggigil. mungkin tujuan utama dia nak bagi kita rehat. tido jela dalam bilik tue. mujurlah ada hotel yang buat sewa murah untuk duduk setengah hari. petang sebelum suami balik seberang jaya ajak dia makan pizza. nak bermanja pulak tekak nie.

disebabkan 22 mei nie besday suami dan jatuh pulak hari weekday. terus cakap "abg, boleh tak hari nie kire macam celebrate besday boy in advance?" sambil buat muka comel :p terus ada orang tuntut hadiah sebab celebrate awal =.= sabar jelaaaaaa

08 May 2013

Kisah Khalifah #Check Gigi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

macam biasa, isnin baru nie ke klinik kesihatan lagi untuk check Bp dan Urine test. ingatkan sekejap jela. ramai orang tue biasa. tapi pujuk hati takpe, sekejap je. selalu memang kalau check Bp dan Eod tue sekejap je. perut lapar bukan main, sebelum gerak dari rumah mentua dah cari-cari gerai tapi hampa, satu pun tak bukak, agaknya diorang cuti sebab ahad tue PRU kot. baby kat dalam pun usaha jugak pujuk ummi dia nie. so sweet la awak nie baby ;)

sekali dengar sipi-sipi dokte tue panggil nama, tapi confius betul ke dia panggil nama saya sebab masa tue tengah ralit main game sebab ingatkan turn lambat lagi dan takde pulak appoitment dengan dokte. lepas tue sekali lagi dia panggil sekali dengan binti. cepat-cepat bangun ikut dokte tue ke hujung klinik, tengok ramai dah ibu-ibu yang keliling meja tue. 

rupanya dokte tue nak check gigi dan kongsikan sedikit pasal penjagaan gigi untuk ibu dan anak. Oo baru tau yang sekarang nie memang diorang ada buat check gigi untuk ibu mengandung. bagi bakal ummi baru macam saya nie membantu la jugak dengan nasihat dan panduan yang dia bagi tue. insyaAllah saya ingat dan ingatan kekal untuk penjagaan gigi khalifah kami nanti. 

selesai dokte check gigi saya, katanya ok takde karang gigi, elok bersih. Alhamdulilah sebelum kawen ritu dah cuci gigi. takde la malu sangat bila dokte nak check. risau nanti orang kata, luar kemain cantik tapi dalam penuh dengan taik gigi. wuuuuu untuk pengetahuan masa mengandung dibenarkan untuk cuci gigi. cuma cabut je awal dan akhir trimester tak dibenarkan kata dokte tue. tetap bersyukur yang dia selitkan jumpa dokte gigi tue semalam, sekurangnya tak perlu ada lagi appoitment lain untuk hal yang satu nie.

dulu masa sekolah mesti ada rawatan gigi setahun dua kali kan? siap dengan cara gosok gigi yang betul. agaknya lepas abis sekolah berapa ramai yang masih teruskan dengan rawatan gigi tue? bape ramai yang sanggup berhabis duit untuk check gigi? tepuk dada tanya diri sendiri ;)



06 May 2013

Kisah Khalifah #Untukmu Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

saat menunggu si dia memang teruja, 
sampai menangis bila Allah belum murahkan rezeki untuk memilikaNya,
pujuk hati muhasabah diri, 
percaya bahawa tiap ketentuanNya pasti yang terbaik,
doa sentiasa mengiringi agar diberikan si dia buat pelengkap hidup.

dan kini saat dia hadir di dalam,
saat dirinya mengetuk pintu rahim,
subhanallah hanya Dia Yang Maha Tinggi mengetahui,
bersyukur yang teramat sangat, hanya itu yang mampu dipanjat

saat hati dipaut ceria,
pasti si dia dulu yang mendapat cerita,
ada kala respond diterima,
ada kala hanya berharap si dia sudi mendengar.

namun berbeza bila hati di paut pilu,
walau hanya bercakap di dalam hati,
menghadirkan namanya sekali,
pasti air mata mengalir pabila si dia menjadi pemujuk setia diri,
mengetuk perlahan dinding rahim,
mengkhabarkan bahawa "ummi tidak keseorangan, saya sentiasa ada disisi"
alahai sweetnya khalifah ummi

Allah, lindungi lah dia, 
berikan yang terbaik untuknya,
rahmati berkatilah dia,
jagakan dia saat tangan ini masih mampu mendidiknya juga pabila diri ini sudah tiada untuknya

02 May 2013

Umar & Dania

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu 27 april lepas Jusiza ada buat sikit kenduri tahnik untuk anak sulung dia yang baru je lahir 15 April lepas. memang plan asal nak melawat jue dengan anak dia sabtu tue. alang-alang dah ada orang ajak kenduri memang jom jela dengan suami. yela kenduri kawen diorang ritu kami berdua memasing tak sempat nak menghadirkan diri, Amir Junior's dah keluar nie ape la salahnya uncle dengan auntie pi melawat, tak jauh pun kat sungai petani tue je :D nape tak panggil Jue Junior's? sebab Umar nie banyak iku abi dia. confirm Jue nak jerit2 tue hahahaha :p

sebelum sampai rumah Jue, singgah Amanjaya dulu. cari souvenier untuk Umar Faiq dengan Dania. Dania tue anak kawan suami yang jugak baru sebulan lahir. decide sabtu lepas hari melawat baby baru. ;) Umar dan Dania berkongsi hadiah yang sama. auntie dengan uncle nie malas dah nak pilih-pilih. hihihi. harap souvenier yang kami bagi tue muat la dedua baby tue pakai.

amanjaya buat sales tuk barang baby ritu. jenuh pujuk suami nak beli baju baby sepasang je. tapi tak dapat. huuuu nak nanges dah tapi sebab kat public kena cancel la. kang buat malu je. huuu. sabar ye baby nanti baby dah 6 bulan setengah mesti abi bagi beli. 


selamat lahir ke dunia, Muhammad Umar Faiq. semoga menjadi anak soleh yang berjihad di jalan Allah dan menjadi penyejuk hati abi dan ummi awak. semoga terus membesar dengan sihat, cerdas dan cerdik. amin. tatau nak bahasakan diri sendiri ape. Ummira ke achik kira ye? hihihihi :p

masa sampai dengan suami kat rumah Jue sempat la jumpa dengan Kak Shida, Aimaa dan Finaz. tak rancang pun. kebetulan sampai masa yang sama dan boleh makan sesama. dah lama KBU tak gather2 kan huuu. 

masa pegang Umar nie baby kat dalam pun tak boleh duduk diam. sibok la dia tendang-tendang ummi, bila dah rasa tak mampu nak tahan sakit kena tendang kena la letak Umar kat tilam dia balik. adoiiii anak kesayangan ummi nie jeles ke?

balik je dari rumah Jue, suami call kawan dia. elok la diorang ada kat rumah. dan masa kitorang sampai tue sekali dengan kawan kepada kawan suami yang jugak nak datang melawat baby baru lahir sebulan tue. elok kan, takde susah tuan rumah nak jamu makan tetamu. sekali harung je senang hihihi.



selamat lahir ke dunia, Dania. semoga menjadi anak solehah yang berjihad di jalan Allah dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayah awak. semoga terus membesar dengan sihat, cerdas dan cerdik. amin. tak ingat dania ape. ade lagi nama selepas dania tue tapi lupa dah. waktu tolong pegang Dania nie. baby kat dalam tak pulak sibuk menendang. tapi Dania pulak yang tak mau duduk dengan saya, nak tido agaknya budak tue bila tepuk-tepuk baru senyap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...