Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

20 March 2013

Kisah Khalifah #Check Up kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam 19 March 2013. check up untuk ummi dan baby. kali nie pergi berdua je. abi keja, padan la muka ummi sape suruh ambik date time abi keja :p malam tue mesej suami tanya kat dia check up bulan depan boleh tak ambik time hari ahad? dia balas "ye boleh, lepas tue keja tau" sebab dia tau bini dia nie kalau dapat duduk sebelah suami sendiri time HARI BEKERJA memang susah nak jauh. hihihihi :p

dah sampai letak buku pink tunggu nama kena panggil. timbang berat naik, dah 41.6 kg. tapi nurse nasihatkan kawal pemakanan tapi jangan tak makan langsung. sebabnya baby awal lagi baru 17 minggu. sepatutnya dia boleh naik sekilo je tapi dah terlebih 600 gram. dikhuatiri nanti kalau terlampau berat ke atau kurang darah ntah. ummi boleh kena sawan. baby tak dapat oksigen dan boleh mengakibatkan baby meninggal. huuuu takutnya dengar. insyaAllah ummi cuba kawal pemakanan dan usaha tambah darah tue. tapi sekarang pun bukan makan banyak sangat. mama saya kata "mesti sebab baru balik kampung makan banyak sangat tak berhenti pasal tue terlebih naik" huuu pandai la mama tue.

selesai timbang berat. ke bilik tujuh untuk ambik darah disebabkan bulan lepas darah saya kurang. yang menakjubkan nurse ambik darah kali nie ummi boleh tengok kalau yang lepas-lepas tue seriau pandang tempat lain.dah selesai ambik darah bawak pegi makmal. dapat je keputusan tengok kat Hgb tue. Allah lagi turun kalau bulan 10.0 tapi bulan nie 9.5. hurm redha jela ape lagi yang boleh buat pun.

selesai kat situ tunggu turn untuk masuk bilik no dua untuk check perut. dah selesai check baru la nurse tue explain macam-macam. pasal berat tadi tue dengan darah yang makin turun nie. agaknya saya tersalah cara makan vitamin yang diorang bagi. sepatutnya kena makan vitamin sejam selepas makan atau sejam sebelum makan dan kena minum dengan jus supaya ubat tue serap dengan cepat. tapi saya lepas je makan terus ambik vitamin dan minum dengan air kosong. oh salah rupanya mana ummi tau. huuu. dan akhirnya nurse tue kata kena pantau tekanan darah dan hgb tue selama seminggu nie. dapat la jadual. 21 march, 23 march dan 25 march nie kena datang klinik untuk ujian tue. kena cucuk lagi. seriau sebab cucuk test diabetis bulan lepas tue lebamnya baru minggu lepas sembuh huuu.

berdoa sangat moga hemoglobin darah saya kembali normal ataupun dapat angka 11.0 pun jadi la. dah tak perlu ditandakan dengan kaler merah lagi. sabtu nie kita datang klinik dengan abi ye sayang ummi.

# oh silap rupanya appoitment selang sehari tue bukan untuk dicucuk tapi untuk test air kencing dan tekanan darah je rupanya. fuhhhhhhhh syukur Alhamdulilah :D

13 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alahai umi..kena makan kerang banyak2 sikit ni

:: Mrs.Eady :: said...

oooo same la salah cara mkn nie!iskk..thanks sb bagitau!

MR & MRS MAKMUM said...

waaa........tarikh brderert.. :P patot tambah satu lagi tarikh hahaha

Cik Gee said...

lepas menyepi dari dunia blog.. saya agak ketinggalan sedikit di sini.. hehe.

Alhamdulillah shakira dikurniakan rezeki oleh Allah dlm kehidupan shakira suami isteri. jaga kandungan baik2 ya..

<3

my notes said...

assalamualaikum ... follow nasihat nurse tu yer ... hope baby n mama baby sentiasa sihat ... inshaa allah .

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... cerewet gak nak jaga kandungan ni yer ... semoga semuanya sihat sentiasa ... inshaa allah

Kesuma Angsana said...

bila preggie ni nak dtg balik2 utuk appoitment tu yg malas kdg2 hehehe. apapun moga dipermudahkan yer

Fiza Rahman said...

Owh...baru tahu cara mkn ubat mcm tu. Kena strict yer. Ingatkan bley suka suki nak mkn pukul berapa. Janji lepas atau sebelum makan ☺☺

Saya pon masa pregnant anak ke 3 kena HB rendah. Take care yer sis.

Mummy LiYzA ^^, said...

kira..kalo nk maintain Hb cantek 12 je..ampa try amek iberet folic..mkn yg tuh sebijik je sehari..mmg darah p0n cantek..nih doc yg btaw kt kmi dlu~

Iffah Afeefah said...

eh saya salah blog ke

setahu saya ni blog kakak y cengeng

da nk ade baby ke die tu

lalalala

#harap kak kiera xketuk pale iffh

نورعيم said...

berat akak 41kg? alahaiiii ringannya!

kay_are said...

kalau dah name nye suka makan, memang tak dapat nak elak r tambah berat macam tu.. hmm.. ape pun iku nasihat dr tu betul2 ye.

aku HaniAsyira said...

jga diri ei kak..tambahkan darah tu lelebih skit.. baby nak oksigen

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...