Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

28 August 2014

Perhati, Mencuba dan Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mengintai orang bawah. mesti dia terfikir nak turun bawah pulak tewwwww

boleh dikatakan sekarang adalah waktu untuk Fateh Uwais memerhati, mencuba dan belajar dari apa yang dia lihat. kalau kemana sekarang kami lebih suka biarkan dia berjalan, tegapkan lagi kaki dia. tapi tengok tempat dan situasi jugak lah. kalau situasi yang boleh bahayakan dia memang abi tak lepas turun bawah. jenuh la kena kepit dengan abi atas dukung. selalunya bila dia berjalan sendiri dia akan lebih senang nak belajar. pegang, lihat, rasa semua tu cara dia untuk belajar. biasanya kami memang lepaskan dia bebas. kalau asyik kena dukung je susah pulak budak tu nak belajar ihihihi :p


yang ni masa dia tengok saya dengan suami ubah kedudukan almari. dia pun nak tolong kemas sama. angkat tolak tong air. berat tuuuuu. penuh air dalam nya. berkerut kerut muka nak ubah sana sini. jadi leerrrrrrr. sekurangnya kami tau dalam hati dan diri dia ada niat nak tolong kami buat kerja. sejukkkkk perot ummi ni nak oiiiii hihihi


setiap kali saya kupas kulit buah untuk puree dia mesti jemari gebus tu sibuk nak kidnap. selalunya memang ummi layankan aje. bagi dia sebijik epal. ikut suka dia la nak buat ape. sekarang dah ada gigi memang berlekuk epal dikerjakannya. tak banyak pun tapi dapat jugak la dia jus nya. jadi lerrr. nanti dah banyak gigi ummi bekalkan seplastik untuk awak yeeeeeee.


pesen ummi. bila dah bosan main dalam playground mata perhati orang keliling. perhati segala segi aktiviti orang lain. hihihihihi. dia tengah syok tengok bebudak lain berlari panjat sana sini. takpe yayang. tak lama lagi yayang pulak berlari ye? itu pun bila main kejar-kejar dengan dia dah macam boleh berlari ajeeee.

sekarang ni dia memang mengikut aje ape yang saya buat. macam semalam. baring sakit perut berbantalkan barney. elok saya bangun dia pulak gantik tempat. menonggeng berguling sebijik macam ummi buat. kalau nampak ummi mengadap cermin sikit rambut pun. dia mula ambik roll on minyak, sikat rambut dia jugak. alahai anak. mohon ikut ape yang baik aje tauuuuuu ;)

26 August 2014

Terbalik Pulak Lah!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah sejak dah reti turun katil sendiri satu masa dulu, Fateh Uwais dah reti naik dan turun sendiri segala motor dengan kereta dia. tapi tetap kena ada pengawasan lah, dah budak kecik main kan dia mana tau bahaya ke apa ke. MIL pun terkejut bila tengok dia turun sendiri dari motor, memang takde orang ajar dia. mungkin dia masih ingat yang ummi kata kalau nak TURUN, turunkan kaki dulu. Alhamdulilah anak ummi bijak (biarlah nak puji anak sendiri punnnn :p)


tapi nya sejak dah reti berjalan, berubah pulak peelnya. kalau sebelum ni elok naik ikut depan. sekarang kalau nak naik kereta motor mesti pusing duduk kat bontot macam kat gambar atas. entah ape pulak la yang ada dalam kepala dia tu. yang pasti mesti ada sesuatu yang berlegar kat fikiran dia sampai boleh main macam tu =.=


bila dah duduk dekat belakang nak turun udah tak reti pulakkkk =.= mesti tertonggeng bila nak turun. kalau kereta baby walk dia ni la. sebab tempat duduk tu akan ternaik bila dia tekan dekat warna hijau tu. ummi sajeeeee biar. biar dia belajar sendiri sambil kita tunjukkan lah. moga-moga anak ummi dibukakan pintu hati untuk terussss belajar dan celik mata hati terima setiap pelajaran dan pengalaman amin amin.

25 August 2014

Food Poisoning

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sakit kifarah dosa. Allah uji kami berdua suami isteri dengan keracunan makanan. mujurlah sikecik tu takde pape. seksanya perasaan bila dedua tak sihat dan lembik Allah je yang tau. kalau sebelum ni bila suami tak sihat saya akan ambik alih jaga anak dan kalau saya tak sihat suami akan buatkan semuanya bagi pihak saya. tapi bila dedua lembik, Allah je yang tau macam mana rasanya T.T

 budak baik sangattttt, tikar merah tu kalau ada bantal dia buat baring. kalau takde bantal dia buat tempat solat dia. arghhh ummi melting sangattttt

syukurlah Fateh Uwais jenis pandai bawak diri, tak merap, tak menangis, tak main benda pelik-pelik. cuma berharap pada Tokma dengan Wan dia menjaga si kenit tu. takut dia pergi panjat tangga panggil abi yang tido dekat atas. bila Tokma masuk buai suruh tido dia pun tido. takde nak mengamuk protes ke ape benda ke. Alhamdulilah terima kasih yayang jadi anak yang baik, ummi abi sebak dengan awak sebenarnya.

kami mencari jugak punca dimana kena keracunan tu tapi apa yang kami pasti kami cuma makan dirumah dan orang lain tak pulak kena keracunan. mungkin perot kami suami isteri second hand gamaknya =.= tak boleh masuk ape pun, penyudahnya mesti keluar balik apa yang dimakan. 

mulanya terfikir jugak, ada adik uwais ke dalam ni? tapi naluri memang tak rasa ada pun. terfikir gitu sebab hanya kami berdua je yang kena. masa pregnant kan Fateh Uwais dulu memang suami yang alah kuat. dia yang demam dulu. muntah mual pening semua dia yang dapat. pesen sayang isteri memang gituuuuuuuu :p tapi bila ke klinik dan buat jugak lah urine test untuk kepastian yang lebih lagi. dokte kata masih negative dan memang pasti kami keracunan makanan. takpe lah sakit tu penghapus dosa. Dia yang memberi sakit Dia juga lah yang menyembuhnya amin amin

20 August 2014

Blackout!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

isnin malam lepas tetiba rasa budak kecik sebelah tercuit-cuit umminya yang tengah tido. pelik jugak apsal. tadi baru je lepas bagi susu. sedar-sedar berpeluh panas. Allah blackout pulak dahhhh. terus teringat stok susu dalam peti sejuk. jangan la blackout lelama risau susu tu rosak dan kesian dengan anak teruna sorang tu berpanas. 

Fateh Uwais pesen yang kuat berpeluh. semalam pun lenjun kepala dia dengan peluh. itu pun jenuh jugak ummi mengipas dengan kertas. dah lah sibok. orang kipas dia pulak nak main kertas tu grrrrrr betoi. kipas bateri dia ada dalam kereta, memang tak la ummi ni nak keluar tengah malam tu semata nak ambik kipas.

call 15454 nak buat aduan pasal gangguan. katanya ada pencawang rosak, kat mana ntah lupa pulak. bajet dalam 2 ke 3 jam. omaiiiiii pening terus rasa =.= tapi alhamdulilah dua lebih dekat pukul 3 letrik ada balik. sepanjang blackout yang makan masa sejam lebih tu sepanjang itu la budak kecik tu berjaga, tak tidur dan tak nanges.

mulanya saya cuma guna lampu handphone untuk elak bergelap sangat. lepas tu gagah keluar bilik pergi cari lilin. dah dia pulak kerja mengejar lilin. ingat benda mainan agaknya -.- sudahnya lilin duduk luar, dia saya bawak masuk bilik tutup pintu. main la dengan lampu handphone. bagi susu, tepuk-tepuk takde mata dia menunjukkan tanda nak tido. 


elok letrik ada, kipas kembali berpusing. terus mata dia terpejam dan tidoooooo. Alhamdulilah tido jugak. ummi dah bayangkan macam mana pandanya mata ummi ke ofis besoknya kalau letrik terus takde @,@

19 August 2014

Dengan Ummi Kurang Best, Dengan Abi Lagi Seronok!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak puasa sampai ke raya rasanya baru ahad lepas kami berquality time balik. kalau sebelum ni setiap kali ahad mesti akan cari masa untuk extra gembirakan si kecik Fateh Uwais itu. quality time bersama family koooo. family kecik kami. Alhamdulilah masih diberi kesempatan bergembira bersama family kecik kami. syukurrrrr.

itupun awalnya suami wassap kata lepas ambik saya balik keja terus balik rumah. anak tak nak tido dekat rumah petang tu. dia dah tertido pun sebenarnya tapi mengingau ape ntah nanges kekuat. terus abi angkat. tapi nampaknya anak lebih berminat beraktiviti dekat Taman Jubli dari tido. ummi lah insan yang paling suka bila anak bagi kerjasama hahahaha.

sebelum ke Taman Jubli. suami menghala kereta ke Gunung Keriang. bukan nak melepak disitu. tapi nak cari pisang goreng cheese idaman hati puan isteri tercinta. yela hari tu dia makan pisang goreng cheese sensorang dekat KL nunnnnn. makanya kena la lepaskan keinginan tekak puan isteri yang seorang ini ngehngehngeh. gambo takde. pasal? krup krap krup krap makan tak teringat nak ambik gambo :p


seronok gelak mengekek menjerit-jerit bila abi buaikan dia atas buaian. luas mulutnya menjerit suka hihihi. nampak dari raut wajah abi letih seharian jaga anak. tapi tetap sabar layan karenah anak. nak bagi anak seronok. bagi ummi hepy. thanks abi ;) budak kecik tu pantang nampak ikan dalam tasik terus menonong nak masuk kolam tangkap ikan tu amboiiiii sangat tau. jenuh kepung. tak larat kepung dah abi bawak jalan ke playground.

Fateh Uwais mesti stress kalau jalan dengan ummi. yela dengan ummi semua tak boleh. itu ini mesti kena pegang sebab takut jatuh hihihihi. kalau dengan abi relaks je abi biarkan dia jalan kedek-kedek pusing padang. ummi ni jenuh risau takut dia terjatuh lutut kena batu ke, kaki kena kemuncup ke. sebab tu anak lagi suka dengan abi. abi bebaskan dia tapi tetap dalam pengawasan mata abi dia. saya tau. sebab saya nampak mata suami tak lepas pandang dia.

yang tak seronoknya bila kita bagi jalan. mesti dia berhenti menyinggah. singgah tarik rumput lah. korek lubang lah. lubang dekat atas jalan bersimen tuuuuuu. lubang kecik tu pun mata dia boleh nampak kooooooo =.=

14 August 2014

Ngorat Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah usaha saya untuk wujudkan satu hari dalam seminggu, hari Fateh Uwais bersama abi membuahkan hasil. syukur Allah permudahkan dan perkenankan doa saya. dan syukur suami pun bersetuju untuk 'bersetongkol' dalam misi ummi ini hihihihihi :p

Uwais pantangggggg nampak kelibat abi. dia akan lupa yang dia ada ummi. kalau tido tak perlukan susu dan bau ummi agaknya memang bawah ketiak abi pun dia boleh bantai tido =.= kalau ada abi memang dia main keliling abi saja. panjat naik atas abi. cium cium gelak mengekek dan turun pergi main mainan dia balik. dan lepas tu akan pusing buat balik benda yang sama, naik atas abi. cium cium gelak mengekek dan turun balik. tiga empat kali dia akan buat benda yang sama selagi dia rasa dia nak buat.

 kalau dengan abi merasalah nak main sorong penyidai kain. dengan ummi tak dapet lahhhh, ummi kan garang :p samalah kalau dengan abah ngasuh dapat lari tak pakai kasut kat lantai depan rumah tapi kalau dengan mak ngasuh selagi tak pakai kasut tak dibenarkan keluar rumah hihihi

weekend lepas abi ralit dengan hp, ntah baca ape pun tatau. Uwais tiga empat kali duk cakkkk kat depan abi. tapi abi tak layan, sekali dengar dia menjerit kekuat dan nanges panjat abi. saya yang tengah sidai kain terkejut. tanya kenapa? abi pun cerita. hurmmm padan muka abi. ummi dah kata waktu kami ada adalah hari kami jangan memandai nak layan hp sampai ralit :p dan lepas dia dapat perhatian abi, terus ambik hp abi bawak lari. kahkahkah anak ni anak ummi sangattttttttttt :p

dan kalau dia tido, waktu tu abi balik. dia akan cepat-cepat terjaga sambil senyum. dengar bunyi moto aje pun bukan suara =.= dah kalau abi balik tak ambik dia dulu, tak cium dia dulu. siappppppp dia akan bebai duduk atas abi takmau turun dahhhh. tak pun dia buat tak layan dengan abi. amboiiiiii

setiap kali saya dengan suami cakap telefon. dia akan ambik hp dan kiss sebanyak mana yang dia nak. kalau abi tak layan, tak sembang dengan dia, siap la dengar dia menjerit marah. sayuuuu je bila tengok dia kiss hp. mungkin dengan harapan abi akan keluar dari hp tu~~~~

Alhamdulilah usaha kami untuk rapatkan mereka berdua berhasil. saya tak jeles pun. saya bersyukur lagi ada. walaupun kami jauh tapi semua tu tak menjarakkan hubungan suami dan anak. dan anak tetap kenal siapa abi dia :')

13 August 2014

Ajarkan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

masa Fateh Uwais dalam perut dan sampai sekarang jugak insyaAllah masa akan datang, saya dah dan akan cuba banyakkan ilmu tentang pengurusan dalam mendidik dan menjaga anak. bukan mudah nak jadi ummi. anak tu amanah. esok kalau salah menjaga dan mendidik kena soal kat alam sana. ketar lutut gigil badan ko nak menjawab.sebab tu saya selalu ingatkan kawan-kawan adik beradik lain. jangan malas cari ilmu!!!

nak menguruskan anak kecik bukan senang. dan bukan jugak setiap saat kita boleh dan mampu awasi dia dengan dua mata kita. nak tak nak saya kena jugak usaha ajar si kecik kenot tu benda-benda yang dia mampu buat sendiri. mcm contoh, turun katil.

awal dulu masa dia dah boleh merangkak memang cukup takut kalau-kalau dia terjatuh katil. memang kita letak tilam dekat kaki katil tapi perasaan takut tu masih ada kan. sape yang dah jadi mak-mak ni mesti faham. risauuuuuuu tu sentiasa ada walaupun anak dah masuk sekolah rendah. eh sampai dia dah besar panjang pun perasaan tu takkan pernah hilang lah kan. jadinya setiap hari, setiap kali kami nak turun dari katil saya akan ajar dia.

tolak kaki dia turun katil sambil cakap. "kalau nak turun katil, turun kaki dulu(sambil turunkan kaki dia)". hari-hari buat benda yang sama. Alhamdulilah Fateh Uwais jenis cepat tangkap apa yang kami ajar. tak lama lepas tu dia dah boleh turun katil sendiri, bukan je katil. kalau dia duduk atas sofa pun dia akan cuba usaha turun kaki sendiri dan bukan kepala dulu. Alhamdulilah tak pernah lagi la dia tertonggeng kepala dulu. tapiiiii jangan lupa awasi dia. sebab ada masanya Uwais memang terlupa yang kaki kena turun dulu =.=

kenapa tak bukak katil dan cuma pakai tilam? sebolehnya saya dari dulu memang dah niat takmo bukak katil. sebab saya tatahan sakit pinggang kalau tido atas tilam atau toto saja. setakat seminggu nak tido tanpa katil boleh la tahan. tapi kalau dua tahun nak tido tanpa katil jenuh pulak kena berulang klinik ambik ubat tahan sakit @.@


tong sampah pun gitu. setakat tong sampah bilik mungkin boleh tahan lagi sebab cuma pampers dia aje yang ada dalam tu. tong sampah dapur dia dah mula intai semalam masa saya sibuk dekat dapur. saya cuma pesan. itu tong sampah. tempat ummi buang benda kotor. tong sampah tu kotor. bukan mainan. mainan sayang ummi dah beli banyak ada kat depan. dan alhamdulilah dia cuma intai dan tengok tanpa pegang. Alhamdulilah. moga anak ummi sentiasa istiqomahhhhhhhh

pernah baca yang kita tak boleh larang anak buat itu ini. takut nanti sel otak nak belajar dia terbantut. sebaiknya terangkan pada dia kenapa tak boleh itu ini, dan kena buat macam mana sepatutnya. itu yang lebih baik. sekarang tengah usaha nak terangkan pada dia kenapa kena solat. supaya dia tak menangis meraung bila tengok ummi solat dan tak respond pada dia. doakan kami ye ;) 

12 August 2014

Hanya Memerhati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

haiiiii lama tak jumpa???? (padahal engkau yang pemalas nak update blog kan kira =.=) malas, lemau, tak larat dan sebagainya bagi menggambarkan perasaan penulis ketika ini :p

saya dah lamaaaaa perati perangai anak bujang sorang tu. si Fateh Uwais. sikap, sifat, perangai dia sebenarnya banyak yang dia ambik dari saya. dan kami suami isteri dah cukup kenal pasti yang si Fateh Uwais tu akan perhati apa yang kami buat, dan tak lama lepas tu dia pulak yang buat. sekarang ni kalau nak buat apa-apa yang pelik macam nak pasang api dapur, nak tarik penutup toilet, nak tekan air dekat peti ais, nak buat pape la yang sepatutnya dia tak boleh main kena buat belakang penglihatan mata dia. kalau tidakkkkkkkk.......... =.="



macam weekend lepas. saya tak sedar dia ada situ. saya pun tekan air peti sejuk MIL. peti sejuk yang pesen boleh tekan air sejuk dari pintu tu. dia nampak!!!! dan kaki berjengket nak main benda alah tu. boleh tinggi sikit lagi habis banjir la dapur gamaknya =.=

masa nak basuh montot dia dalam toilet. saya cepat-cepat tutup penutup boil. terlupa yang anak memerhati. dah sudah dia pulak main bukak tutup penutup tu. kotor satu hal, lagi satu takut terkepit tangan kat situ. grrrrrrrrrrrr geram sungguh!!! bila marah dia sengeh tunjuk gigi sebatang dekat kita. =.=

dan selama hari ni dia tak pernah tau bawah kain putih dekat dapur kami ada rak pinggan mangkuk. semalam masa saya sibuk masak, rupanya dia sibuk perhati!!! sekelip mata kain putih terbang kena tarik dek jemari kecik gebu dia. nguuuuu ummi kena ubah rak pinggan pulak dah =.=



dan semalam masa nak tuang air kot. dia ada belakang saya. suami ingatkan. sayang anak awak ada kat belakang ni. karang dia tengok, dia buat pulak. hukhukhuk. masa abi panjat tangga tukar lampu bilik pun kaki dia dah sibuk sama nak memanjat tangga. nak tolong abi pulak letewwwwwww

betullah anak imbasan cermin ibu bapa. baik kita, baiklah dia. buruk kita, buruklah dia. moga kami mampu jadi role model yang baik untuk anak-anak kami nanti. moga kami mampu mendidik dan menjaga amanah dengan sebaiknya amin.  

07 August 2014

Kenapa Berblog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau ada gathering dengan blogger mesti akan ada soalan kenapa berblog dalam sesi ice breaking. kalau dulu jawapan saya satu je. untuk pecahkan kebosanan waktu takde kerja time office hour. serius itu je matlamat utama. sebab tue entry zaman dulu sangatlah tidak matang. tulisan besar kecik besar kecik. tulisan kaler maler. gambo sebesar alam berderet-deret. tak matang sungguh. tutup muka baca entry sendiri kahkahkah

tapi sejajar dengan pertambahan usia makin matanglah perjalanan entry blog Kiera'Sakura. ye itu nama blog dulu dan kini ditukar menjadi Kira Sakura. sebab nama Syakira bukan Syakiera kahkahkah :p tapi tak kisah pun kalau spelling dalam wassap atau memana kawan-kawan sebut Kiera, yela nak bezakan dari perkataan kira-kira kannnn.


sekarang motif berblog dah tukar seratus peratus. lebih banyak bercerita perkembangan anak (mengaku) supaya nanti bila Fateh Uwais dewasa boleh baca sendiri setiap dugaan ujian cabaran dan pahit manis ummi abi membesarkan dia. yela mana la tau kot nanti ummi terlupa, boleh la semak balik dalam blog. siap tarikh sekali ada tercatat. nak buat buku sejarah diri sendiri pun bolehhhh :p

lagi satu saya lebih suka share petua, cara atau punca sesuatu penyakit itu. macam masa mengadung pernah share pasal Sakit Di Miss V semasa hamil, dah bersalin share Pengalaman Bersalin, dah keluar anak share cara saya mengasuh anak. dan macam-macam lagi. atleast mungkin boleh berkongsi atau membantu pembaca kat luar yang pernah mengalami ujian sama dengan saya. takde buntu sorang diri kan. lagi satu sebagai rujukan untuk diri sendiri. kadang bila nak bantu seseorang yang mungkin tak kenal blog kita. jadi cara nak refresh balik pengalaman adalah dengan merujuk pada entry diri sendiri.

apa pun nawaitu pertama berblog kena betul. jadikan blog salah satu platform kumpul pahala untuk alam kekal kat sana. jangan la kat blog duk mengutuk orang tu orang nie. tunjuk aurat kat umum. nanti sampai dah masuk kubur pun saham dosa tue masih mengikut. insyaAllah sama-sama kita kejar buat kebaikan. yang saya terlupa mintak tolong kawan-kawan ingatkan, sebab kita kan nak masuk syurga sama-sama kan? ;)   

06 August 2014

Fateh Uwais #11 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah 1 Ogos 2014 aritu genap anak bujang golden hair sorang ni 11 bulan. sebulan jeeeeee lagi nak genap setahun. haishhh cepat betoi masa berjalan. ummi tak decide lagi nak buat kenduri doa selamat untuk dia kat mana. dilema sungguh!!! orang kata kalau anak sulung memang feel mak-mak cenggini ye. dilema sesaje!! kihkihkih :p

Alhamdulilah Fateh Uwais jenis ringan badan walaupun badannya semangat. bulan puasa aritu dia dah mula bertatih sikit-sikit. masuk je raya dah mula laju kesana kesini. itu yang dekat rumah opah tok boleh masuk geng abang long dengan abang danial. orang dah dapat kaki la katakannnn. berlagak je rupanya. kalau dulu jenuh ngejar dengan merangkak. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan anak ummi.

rambut pun dah makin lebat. pesen ummi. rabut halusssss dan perang. kalau tengok rambut dia kena cahaya matahari lagiiii nampak perang. itu yang lekat abi duk panggil golden hair :p


dah pandai salam orang. siap cium tangan pakej lumur jari orang dengan air liur lagi =.= sabooo aje la. tapi ada mood jugak. kadang tu takmau langsung. kadang sampai tiga empat kali duk hulur tangan nak bersalam. Flying kiss. bila suruh flying kiss. dia terus tekup mulut dengan tangan. kiss tertutup la tu. takdan nak flying kihkihkih :p

Alhamdulilah lepas je dapat kaki aritu gigi pun mula muncul. ada la seketoi. bila suruh tunjuk gigi nganga kemain besar tapi gigi secoet je yang nampak. kelakar la awak ni Fateh Uwais. gigit pipi baru tau.

kebanyakkan benda baru yang dia belajar mak ngasuh dia yang ajar. bila saya balik. mak ngasuh suruh tunjuk dekat ummi. Alhamdulilah Uwais dapat mak yang baik. mak yang jaga macam anak sendiri. sampai boleh declare la anak bongsu orang tu punya manja kemain. tambah dah reti sebut 'abah' lagi seronok la abah tu manjakan dia =.="

moga Allah terus permudahkan urusan awak Fateh Uwais. sentiasa lindungi dan berkati tiap nafas awak. moga jadi hamba Allah yang soleh. dan tak lupa ummi abi serta semua yang sayangkan awak.

05 August 2014

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

choiiiii lama gila engkau cuti ye kira oiiii!!! hewhewhew. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pada semua. open house tahun ni kaya dengan bihun/soto sup. Alhamdulilah rezeki mencurah-curah. ada yang nak jemput kami bertiga ke rumah? :D


Alhamdulilah tahun ni giliran beraya dikampung saya. kakak-kakak yang dah berkeluarga pun giliran diorang ke rumah mama papa. boleh la kumpul adik beradik reramai. malam raya dah plan nak solat jemaah, baca yassin dengan takbir sesiap. tapi takbir nya tak jadi pasal tak dengar pengumuman raya esoknya =.= makin besar, makin meriah keluarga kami. cucu mama papa pun cukup lengkap ada 5 orang semuanya. riuh dengan suara diorang aje la. 


haaaa yang ini gambar sebalik tabir sebelum betul-betul punya gambar raya keluar. macam-macam karenah. macam-macam perangai sorang-sorang. budak kecik dua orang tula yang banyak cerita. si abang Danial dengan si adik Uwais. orang tu nangis orang ni diam. kejap lagi tukar pulak yang tu nangis. adoiiiii lah anak.


besar-besar dah anak ummi ni. balik kampung Uwais ramai kakak abang. dengan kakak tak berapa nak main sangat. pantang nampak abang-abang lalu depan mata mesti mengekor. mentang dah dapat kaki boleh laju siki. abang berlari dia pun sibuk nak berlari sama. abang terguling tido pengsan, tapi dia tak nak tido-tido sibuk nak sambung main =.=


memasing dah ada keluarga kecik sendiri tapi memasing jugak masih manja dengan mama papa. cinta hati sampai syurga sana. insyaAllah amin amin. bila reramai macam ni sonok konvoi raya ziarah rumah sedara mara. alhamdulilah. tahun depan tunggu adik kecik balik boleh konvoi lagi ek. jangan tinggalkan daku tauuuu. hikhikhik :p

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...