Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 February 2015

Padah Balik Kampung Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

cuti CNY yang lepas 5 hari kami balik ipoh. memang kalau cuti lama destinasi adalah kampung ummi dekat ipoh nun. kampung abi dua minggu sekali memang balik. yela dekat tetttt aje kan kalau nak balik tiap minggu pun boleh lagi. hewhewhew


lima hari hehari celik je mata bangun tido abang long dia ulit dia. main dengan dia. dukung bawak ke sana ke sini. pegi cameron pulak bertambah lagi abang kakak sepupu yang melayan dia main. kemain seronok main. ummi ni memang dia cari bila nak susu aje la. tapi walau ape pun tetap abi dia tak boleh tinggal. kembar siam la katakan huhhhhh



balik je rumah hari pertama menangis merap langsung ummi tak boleh nak buat ape. ummi suspek dia runsing sesema kat hidung tu. besoknya check dengan mak mengasuh. mak kata elok je kat rumah mak. takde pun buat perangai. hurmmm musykil ni. balik rumah hari kedua punnnn sama. menangis merap macam ape je lagi. ummi solat pun dia nanges kat sebelah hadoiiiiii



dah tatau ape nak buat, ummi bukak video abang danial dia. Diam!!! tutup dia nanges sebut abammm abammm. laaaaa ini kes sunyi la ni. hari-hari ada kawan nak main, bila balik sini tinggal sorang terus tak boleh duduk. adoyaiiiii anak oiiiii. takkan nak import abang long awak tu datang sini kot. huuuuu. anak ummi dah besar, dah reti rindu dekat abang-abang sepupu. tapi nak buat macam mana kita bukan boleh balik kampung tetiap hari tetiap minggu. tara nak biasa balik ummi lah yang pecah kepala nak melayan bosan duduk sorang dia tu huuuuu. jangan kata suruh bagi dia adik ye. cubit sorang sikit nanti haaaaa.

Cameron Highlands - Jem Strawberi Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


"gaaaaaaa" kata Fateh Uwais bila orang kira satu dua sebelum ambik gambar hihihihi. 

pergi dua hari semalam je tapi cerita seminggu tak habis lagi kahkahkah :p biarkan dia. janji besok-besok kot lagi tiga tahun pulak nak sampai CH takde la lupa ingatan lagi kannnnn :p

seorang ummi uwais bukan lah penggemar strawberi atau apa saja yang berkaitan dengannya setakat makan sikit-sikit tu boleh la. strawberi coklat pun tak suka, tatau la apa yang sedapnya makan strawberi dengan coklat. dah pernah cuba tapi tak masuk dengan tekak. strawberi cicah garam jugak yang menang kat hati ni haaa. masa mengandung uwais dulu sampai sanggup bawak garam dari rumah semata nak cicah strawberi dengan garam kat atas nun haaa. hahahahaha. jenuh!!!

dan sebab dua tahun lepas pernah jumpa jem strawberi yang sedap dekat Cameron, tahun ni ajak suami cari jugak-jugak tempat jem strawberi yang sama. jenuh la korek-korek otak ni nak ingat tempat tu kat mana. syukur Allah mudahkan proses pengorekkan otak mihmihmih :p bukan mudah nak jumpa jem strawberi yang sedap. selalu sangat jumpa yang manis terlampau, masam terlampau.




Jem Strawberi jenama Al-Mashoor memang sedap elok lalu kat tekak seorang ummi uwais ni haaa. lagi satu pasal terpikat dengan packaging dorang. yang kecik-kecik tu beli 5 bijik dengan harga RM10 dan yang besar sikit 3 botol RM10 jugak. saja takmo beli yang besar. beli kecik cenonet macam tu senang nak bawak ke ofis. dan nak makan pun boleh feeling2 comel. kahkahkah. nak bagi jiran tetangga pun elok dengan bajet yang ada dalam purse ye dak? ekekekeke. lagi pun tau dah peel diri sendiri kalau beli botol besar entah bila pulak nak habisnya nanti. ohoiiiii ummi  BARU ada jiran tetangga ok walaupun duduk situ dah dekat tiga tahun pfttttttt


lokasi sama macam tempat mee kari yang masih sedap itu. dalam padang golf brincang gamaknya. atau pun kome boleh google aje Taman Agro Al-Mashoor. tak pun call aje no tu tanya lokasi kedainya dimana ;) sebotol jem strawberi ummi dah selamat dihadap dalam masa sehari hewhewhew :p

**Eima kata dekat dalam Kampung Sedia. Boleh lalu ikut jalan aparment Iris. atau cari je signboard Kampung Sedia ;)

25 February 2015

Cameron Highlands - Mee Kari Yang Masih Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dua tahun lepas sebenarnya kami ke tempat ni sebab tersesat. jalan-jalan dan terjumpaaaa kedai mee kari yang sedap ni. sedap la bagi tekak kami suami isteri yang susah beno nak jumpa makanan luar yang sedap dan berpatutan harganya sekarang ni. wassap dengan family minggu sebelum nak pegi tu deme macam takmo repeat je mee kari ni sobssss.



tapi masa mencari tempat jem yang dijamin sedap jugak tu, tetiba pulak ditakdirkan kedai jem sebelah tempat mee kari. alhamdulilah Allah makbulkan doa ummi. syukur hihihhihi. bukan mengidam pun cuma teringat. dah berangan dah dalam sejuk-sejuk makan mee kari tu. perghhhhh hahahahaha. perangai!! :p



YZ Agro Farm. lokasi selepas tanah rata ke brincang. ada padang untuk orang main golf. dia dalam tu la. pepandai la kome cari nanti ye. nak bagitau lokasi tepat tak reti pulak nguuuu. Alhamdulilah selepas dua tahun sedap dan rasa dia masih sama. dengan tak kedekut fish ball, fish cake dan ayam. cuma sekarang tempat tu dah takde bihun sup. kalau dulu ada. sekarang mungkin bihun sup dah digantikan dengan nasi lemak. nasi lemak pun sedap kata family. tapi biasa la ummi dah kalau kata nak mee kari je mana ingat nak ambik gambo nasi lemak dah ekekeke.



harga tak ingat. along yang belanja, maka jangan nak tanya banyak. memasing dah ngadap makanan tak ingat dah nak tanya itu ini. janji masuk perut dan kenyang hahahahaha. rasa nya sini pun boleh petik strawberi sendiri kot. kalau tak salah la ye. 

SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baru ternampak Cik Siti kita buat segmen. sempena menyokong kawan-kawan. seorang ummi uwais tetiba terajin join segmen. ekekekeke. Cik Siti kita ni buat insurans ye, saya rajin jugak baca entry dia. pun suruh suami baca sama, sebab suami pun terlibat dengan insurans ni. moga murah la rezeki mereka berdua dalam bidang yang sama. entah-entah satu rumpun pun tak? mihmihmih



CLICK BANNER TO JOIN!


Assalamualaikum semua=)


Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .


Jemput join semua ye. Thanks!! =))

24 February 2015

Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cameron with love

rasanya ada lah dekat setahun lebih kot plan dengan family nak ke cameron asyik tertangguh aje. alhamdulilah CNY baru lepas selamat dah kami sekeluarga ke sana. itu pun tak cukup sorang. ada kerja pulak katanya. takpe la next time kita pegi tempat lain ye. plan asal nak ke teluk senangin perak. masa call chalet bulan dua belas tahun lepas dia kata untuk CNY tak bukak tempahan chalet lagi, bulan Januari kena call lain. bila call bulan Januari dia kata untuk tarikh tersebut kena walk in aje tak boleh booking, pulakkkkkk. bila call tempat lain semua pun dah penuh. punah lah harapan. cancel aje la. next time insyaAllah pulak. tapi kan yang angin tu saje saje call balik tempat tersebut. dah dia kata tarikh tu penuh. ko rasa??????


tutup cerita Teluk Senangin yang menyakitkan hati. plan nak ke cameron pun dah hujung bulan Januari. kalut-kalut cari homestay. sebenarnya nak ke Teluk Senangin tu bersama family saya, family mentua dan family mentua kakak. tapi ke cameron family kami aje, pergi pun semalam, plan pun mengejut. nanti lah next time plan lain dengan the big family pulak macam sebelum ni ye. 

kami ikut jalan simpang pulai. dah setengah perjalanan nampak ada kereta dengan lori bagi isyarat lampu. pesan dengan suami siap-siap berjaga-jaga mesti ada sebab ni dorang bagi lampu. rupanya ada kesan tanah runtuh kat depan. mungkin sebab banjir tahun lepas agaknya tu. lama la jugak berhenti tunggu turn dekat situ. sampai Fateh Uwais terjaga dari tido huuuuu. Ummi ni takut pening pala naik bukit itu sebab tidokan dia siap-siap sebelum Nurul Iman naik panjat bukit. 


gerak awal, alhamdulilah sampai kat atas pun awal. masa ni kami bebas dari sangkut jem. jalan sesak tu biasalah tapi takde sampai jem. belah kanan jalan pun takde jem sangat. masuk je ke petang lepas check in homestay terus jalan jem macam ape je lagi. mungkin faktor hujan sama yang buat semua orang perlahankan kenderaan. nak ke ladang teh pun tak dapat. hujan selebatnya masa tu. dah turun tapi lelaju berlari naik ke atas lepas hujan turun selebatnya. takde rezeki namanya tu kan.


semua melangut tunggu teh fresh from oven katanya. dah tak dapat petik daun teh. kena lah minum teh fresh ye dok? ekekekeke. nampak tak budak kecik baju pink tu. kemain belagak haaa ada abang long dia. tapi masih tak boleh berpisah dengan abi kesayangan. abang long-abi-abang long-abi, ummi lenggang kangkung peluk lengan opah. ekekekeke


dan ummi ke cameron dengan perasaan ciwi sebab ada spek baru. kahkahkah. gedikkkkk sangat kannn. ok lah nanti sambung entry lain. malas pulak nak kajang pepanjang entry ni. nanti kita cerita pasal homestay, mee kari yang masih kekal sedap selepas dua tahun, buah strawberi, jem strwberi sedap dan bla bla bla lagi ye. cameron sekarang tak sejuk sangat. sobssss

17 February 2015

Perampas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kihkihkih saja je buat gimik awal-awal. biasa la ummi dan drama berpisah tiada. sebab tu anak pun banyak buat drama kata abi. hewhewhew. mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi abi, yela ummi tak suka makan berkuah :p



dulu masa belum lahirkan Fateh Uwais dah 'warning' suami sesiap. "nanti bila baby dah lahir, tetap ummi yang duduk tengah-tengah ok, tido ke ape ke ummi je kat tengah. baby kat tepi ummi, ummi kat sebelah abi" suami iols pun layannnnn aje la wife dia ni. bukan boleh bangkang lebih sikit. nanti mula ada yang muncung sedepa, mata juling ke kiri. peel preggy yang cepat sentap masa tu kahkahkah :p

lepas Fateh Uwais lahir 3 bulan pertama je rasanya ummi kekal juara macam tu. elok je dah pandai lebih sikit ummi dah tak boleh dekat dengan abi dia. dia rampas abi dari ummi. buat macam abi tu dia sorang je yang punya. macam ummi ni takde hak langsung. tskkkkkkkk sedih hati iniiiiiii.


"nanti kalau kita beli kereta besar sikit, abi duduk sini(driver), baby duduk sini(tengah) ummi duduk situ(co pilot)"

udah dia takmo duduk dekat ummi, nak duduk tengah. tempat dia katanya. abi la niiiiii. kita belum boleh beli kereta beso lagi anak oiiiiii T.T


tambah bila dah makin besar, tak boleh orang peluk sikit abi dia. mula la hentak hentak badan protes. siap tolak kita lagi tu, cehhhhh kalau takde ummi takde la awak tu tauuuuuu :p dalam kereta pun dia mesti nak pegang2 tangan abi dia. kalau tido dalam kereta pun dapat sentuh kulit lengan abi dia pun jadi lahhhh. perangai betoi kannnnn. minggu lepas kata abi, tido tengah malam dia dah nganga nak hisap tetek abi. hahahahahaha 

sekarang dah jadi kembar siam abi. melekat aje dengan abi kemana pun. abi angkat montot sikit mula la dia pun ngeko sama. haishhhh. tapi kata abi. anak ni cermin ummi tau tak. kalau ummi nak tau macam mana ummi, haaaa macam anak ni la. opssssss iyekeeeeeee abi? betoiiiiii ke? takkan kotttttt.. wakakakakakakaka :p

16 February 2015

Cerpen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kalau tengok pada traffic sources tu macam tak percaya je kan dalam blog seorang ummi uwais ni ada cerpen. hewhewhew. tapi itulah hakikatnya sebelum lahirkan Fateh Uwais dulu memang rajin mengarang cerpen. idea mencurah-curah datang. nak pulak masa baru-baru kawen. hati berkebun bunga takde musim luruh hahahahaha. 


dan cerpen lah traffic tertinggi dalam blog ni. *mujur ada cerpen* kihkihkih :p macam mana idea datang mengarang? entah la. mungkin faktor sekeliling. lagi satu faktor dengki tengok suami mengarang cerpen suwit muwit kadang boleh buat air mata mengalir. memang selalu dengki. hishhh awat la dia ni ada idea mengarang sampai macam ni. hahahaha dengki sokmo. nasib dengki berfaedah hahahahaha :p tapi satu benda yang sama kami berdua kalau masa mengarang. mesti nak kena on satu lagu. konon macam lagu tu la penguat semangat idea mencerpen datang. play la sampai abis ending. selagi tak habis selagi tu la lappy kena nyanyi sampai serak suara hewhewhew :3

tak percaya suami boleh mencerpen? iyeeee itulah hakikat yang patut ditelan kahkahkah. siap kadang pelik, macam mana dia ni seorang lelaki tapi boleh buat cerpen watak utama perempuan. macam dia tu perempuan sejati. sebab iols tak reti nak buat watak utama lelaki hahahaha. tengok dengki lagi :p

seronok tau tak mengarang cerpen. sebab dari awal sampai habis kita boleh buat ikut suka hati anak tekak kita. ko nak ending mati ke, hepy ending atau ending sedih ke. ko punya suka. yela kadang kalau baca novel rasa nak marah bila ending tak ikut apa yang kita rasa kan? hahahaha perangai sungguh!!!

dah lama sangat tak mencerpen. sejak lahirkan Fateh Uwais cuma ada kistot je. kistot tu kisah kontot. hurmmm faktor usia mungkin yang buat mood cerpen tu tak kunjung tiba :p abiiiii jom cerpen jom teheeeeeee :D

12 February 2015

Adoiiiii Shakit Shakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fateh Uwais memang cukup suka main kejar-kejar pastu kita sorok dan sergah dia. lintang pukang berlari selamatkan diri sambil terjerit-jerit. hihihihi. selalu dengan abi la dia main gitu. paling tak menahan boleh pegi cari abi bawah sofa. ingat abi dia muat ke menyorok bawah sofa tu =.=

dan semalam bila ummi ajak main aci ligan kemain banyak pulak drama dia. elok tiga round lari aci ligan. dia berhenti mintak susu "nak susu, nak susu, letihhhh" ewahhhh kalau dengan abi takde pulak mintak nyawa gitu. 

sambung balik aci ligan, dia naik atas katil. agaknya dia rasa nak kalah dah kot. terus buat-buat lembik lutut, buat-buat jatuh tersembam muka "adoiiii shakit shakit" sambil tunjuk kaki dia. pastu terus mintak nak susu. hurmmm musykil betoi ummi ni haaaa. apsal dengan abi takde pulak pernah ummi tengok buat drama cenggini. kalau dengan ummi kemain banyak drama dia. 



minggu ni memang banyak betoi drama dia. tetiap pagi sebelum pegi kerja mesti banyak je akal dia nak buat lambat. nak itu nak ini. memula mintak nak bawak mainan, semalam nutella & go, arini ulat dia pulak. haishhhh memacam peel. sampai rumah mak duk panggil mak mak tapi tak nak lepaskan ummi. nak kena ummi letak dia dekat dalam rumah baru nak turun. haishhhh anak anak. besar dah awak ye. 

11 February 2015

Reward Diri Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

seorang abi uwais tu adakalanya memang mengundang kemarahan ummi. susah sangat nak reward diri sendiri. tapi kalau bab me'reward orang lain kesayangan dia memang dia terer. sedar-sedar ajak kita pegi sana sini. tujuan nak beli sesuatu untuk kita. tapi kalau untuk diri sendiri memang kedekut yang amat. tatau la pesen ape ntah. 

kalau tak permaisuri dia ni buat garang jegil mata cekak pinggang sampai ke sudah la takde nya dia beli pape untuk diri sendiri. macam baru ni selipar dah nak hujung-hujung tercabut. pun dia kata boleh pakai lagi grrrrrr jenuh dekat sebulan pujuk dia suruh beli selipar baru!!! dah permaisuri hati dia buat drama baru lah rasa tergugat hati tu. ewahhh memang suka kan tengok kita buat drama :p

bersyukur punya suami yang tak kedekut. tapi mohon lah reward diri sendiri jugak ye. dah penat-penat kerja, otak penat berkerja. bila dapat duit lebih sikit mohon reward diri sendiri. baru lah diri tu rasa dihargai sebab dah berpenat lelah membanting tulang demi menyara keluarga tersayang. 

eh eh bukan kata permaisuri dia ni tak tolong reward diri dia. tapi kita mampu reward dengan masak kek dihari minggu sahaja untuk dia. itu je yang paling termampu buat masa dan ketika ini hihihihihi. moga terus berbahagia sampai syurga amin amin


saat aku kau nikahi. ececece ter teghobek pulakkkk :p

10 February 2015

Baju Pink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





minggu tak sihat. dari anak bawak ke ummi bawak ke abi. yang akhir sekali bertiga sekeluarga tak sihat. syukur alhamdulilah anakanda kecik tak kena demam, cukup lah ummi abi je yang demam itu pun kesian dia kekurangan kasih sayang. masuk minggu ni cukup lengkap la tiga minggu ummi tak sihat.. sakit penghapus dosa. mudah-mudahan hendakNya amin amin. 

ummi dah sememangnya peminat pink. tapi bila anak lahir sebagai seorang lelaki yang kacak bergaya macho lagi hensem, ehem!!! :p ummi takde la pulak teruskan kerja membeli baju kaler pink buat si anak. tipu la kalau kata takde. ada la tapi helaiannya amatlah terhad. setakat baju buat pakai tido aje. tak pernah lagi beli baju buat pakai jenjalan. baru tersedar rupanya. selama ni duk pulun beli kaler merah, biru, oren, hijau. sebenarnya warna baju bebudak lelaki ni terhad tau tak!! kalau ada banyak pun semua mahal. huhhhh!!!

ahad lepas, 1 Februari 2015 dokte KBU, dokte Fana tunang. awal-awal dia dah peringat tema pink wajib pakai. tak kira lah mak pak anak semua kena pakai pink. abi ok je katanya. elehhh itu pun sebab spesies kulit cerah kalau gelap mau takmo jugak tu :p anak lagi lah ok, bukan dia reti ape pasal ootd ni haaa. semua kerja ummi abi dia, tapi selalu didominasi oleh ummi lah. tak boleh salahkan ummi, sebab abi pun kalau nak keluar tunggu ummi bagi baju dulu, baju anak pun sama. yela dah ko suka komplen kalau pakai baju yang ko tak pilih kannnn hewhewhew :p bertabahlah wahai seorang abi Fateh Uwais >.<




susah oiiii nak mencari baju pink dekat budak Fateh Uwais ni. pegi memana yang ada pun semua ada gambar pinces pojen. kemeja pulak semua mahal sampai cecah sehelai kemeja without seluar RM70!! ehhh tak kose pulak ummi nak berabis sampai banyak tu hanya untuk sehelai kemeja walaupun berjenama ape sekalipun. jujurnya baju Uwais semua tak pakai lama. kalau pakai lama sikit mesti sangkut tang perut. kesian pulak ummi nengok anak pakai baju fit cenggitu :p

jumpa yang cantik dah tak berbaloi dengan harga, jumpa yang murah dah tak lawo pulak. ehhh mesti lah kena cari yang murah dan lawo gitewwwww kahkahkah :p akhirnya pegi mydin ipoh jenjalan cuci mata dekat kiosk2 situ ternampak baju kaler pink ada dua. yang sesuai untuk budak laki. satu kaler lembut satu lagi kaler terang. sebab Fateh Uwais spesies cerah ummi kasi yang terang gitu, abi kata ambik soft. tapi ummi tetap bangkang kahkahkah




balik penang tokmak kasi tali kaler merah tu pulak. terus rasa wahhhh nak matching kan dengan shirt pink itu lah. tengah kecik la boleh nak dress up kan dia. besok kalau dah beso mau ke idak lagi ntah nak ummi ootd kan dia. hurmmmm




selamat bertunang mama Fana, moga dipermudahkan segala urusan untuk majlis akan datang. makin dimurahkan rezeki, dan jodoh berpanjangan dan terus bahagia sampai taman-taman syurga sana amin. mama fana cantikkkkk sangatttt. tazabar nak tunggu majlis ampa :D teringat pulak ayat abi satu masa dulu, lepas dua bulan berkawan "kita tunang hujung tahun ni nak?" terus masa tu ketar lembut lutut mihmihmih :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...