Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

10 June 2015

Cara Atasi Bengkak Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

alhamdulilah setahun sembilan bulan masih ada rezeki dan peluang menyusukan budak kecik ni

memang boleh demam menggigil satu badan bila kena bengkak susu ni. meleper tu usah cakap. dengan sakit badannya lagi. selalu jadi bengkak susu ni kalau kita "tak sengaja" termakan milk booster tanpa kita sedar. saya pestime kena masa pantang dulu, nanges oiiiiiii

Bantal Panas

ini cara yang paling berkesan, paling cepat untuk seorang ummi uwais. peluk bantal panas dan tido. atau tuam dekat tempat bengkak tu. insyaAllah berkesan sangat-sangat. selain tido boleh jugak sementara peluk atau tuam tu pam dengan breast pump. lagi cepat susu keluar lagi cepat bengkak surut. dengan ais tak pernah cuba lagi.

Sikat

ini tukang urut yang ajar. guna sikat gigi jarang dan sikat dari atas ke bawah dekat tempat bengkak dan keseluruhannya. sambil sikat tu cuba bayangkan susu tu pecah dan mengalir ikut saluran dia. kata tukang urut tu. sambil sikat sambil bagi anak susu atau pam. insyaAllah berkesan. saya buat alhamdulilah berkesan.

Kerap susukan anak

lagi kerap anak menyusu, lagi kerap pam insyaAllah lagi cepat bengkak tu surut. tapi kadang tak keluar banyak pun susu tu bila kita pam kan? sebab utamanya susu tu dah jadi macam ketul2 kat dalam tu agaknya. saya agak aje la sebab bila kita pegang macam2 ada ketulan tu kan hihihi. memandai je ummi uwais :p sebab tu kena pecahkan ketulan tu dulu baru susu mengalir lancar. ok itu teori ummi uwais. kesahihan nya tidak dapat dipastikan hihihihihi :p

....

tiga tu jela yang selalu saya buat bila kena bengkak susu. ada yang bagi petua pakai kobis daun. balut dengan kobis. tapi saya tak pernah buat sebab macam pernah baca kobis atau benda sejuk ni boleh keringkan susu badan. wallahualam... 

ada jugak yang ambik ubat untuk pecahkan bengkak dekat klinik. terpulang pada masing2 punya cara, kaedah dan kepercayaan ;)))))


post signature

15 comments:

idzwa kamaruddin said...

akak pun penah kene mase dalam pantang terus demam! amik kelopak kobis tekap terusss...

ehhh budak tu nak kene chium ke niii haaa.... :D

cik Anggur said...

yg akk amalkn nk ilangkn bengkak susu mndi air panas @ suam..insyaAllah legaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

CikSiti said...

anak sya 2 tahun lebih masih menyusu badan ni adui hehe.nak stopkan tapi kesian kat dia

zai zamree said...

yg sikat tu mak bidan pon ada cakap

aryan azra said...

assalam kira.... akak biasanya tuam je,sambil tu urut-urut biar susu keluar...hehehe betul tu boleh demam dibuatnya bila kena bengkak susu ni

eima said...

penah kena waktu kat opis tak sempat nk pam ....tak sabar nak tgu jumpa anak ...

ummi aqilah (LM) said...

Sobsss demam dua tiga kali dh sbb bengkak susu ni.

Mummydearie said...

Akak ni bab bengkak-bengkak susu dah lama berlalu. Anak yang kecil pun dah nak masuk 4 tahun. Tapi dulu pun bukan full breastfeeding sampai dua tahun pun. Masa tu ilmu tak tinggi mana, belajar pun malas *_*

Gee Lion said...

selalu jugak tengok akak & adik mengalami hal macam ni.
kesian.
takut pun ada.... hurmm..

QasehnyaRania said...

pernah kena masa dekat dekat nk hbs pantang.
puncanya ciksu kan mnu ephyra. pastu mak dok kalut suruh makan ubat klinik maha tu.

nak makan ubat maha x blh cmpur dgn sbrg ubt lain atau supplement.

ba elok habis ephyra ciksu pon makan la juga.kang tak dengar ckp mak pulakkan.hihi. sekli masuk hari kedua makan bdn dh seran sejuk.sudahnya demam la.dengan bengkaknya. aduh.. rania mnm skdr ut k hilangkan dahaganya ja la. ciksu pon xda buat stok pin msa tu.huhuhu.

juicy X said...

kami tuam dgn daun sirih....ganti kobis...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
he3
teruk jugak yer
akak tak pernah kena
ater susu sikit he3

hainom OKje said...

Betul Kiera....okje pun pernah kena bengkak susu masa anak pertama.... Mmg mendemamlah.
Betul betul .....mmg pernah buat pun petua tu, mmg menjadilah . Yg kobis tu pun okje pernah cuba. Legalah jugak...

aTieYusof Family said...

ohh baru tahu cara guna bantal & sikat tu Kira..pernah gak org bagitau guna kobis tu... bagus info ni..TQ sis...:)

aizamia3 said...

Akak tak pernah guna kobis takut kering air susu (ni sbb dgr ckp org tua).. selagi anak menyusu badan, kobis akak akan elak dari memakannya.
Biasanya akak akan bagi sampai dia kenyang, kalau masih bengkak takde cara lain dah, pam nak bagi kurang bengkak.. huhuhu..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...