Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

09 June 2015

Sedekah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

eh bukan bukan. bukan nak cerita pasal viral duit seribu atas cermin tu. tapi ni nak share apa yang jadi dekat diri saya sendiri. bukan nak bangga riak ke apa ke ek. cuma nak share benda baik. benda baik kita kena sebarkan, benda tak baik simpan kunyah dan hadam lah sendiri2 hihihihi

alhamdulilah bisnes kecil-kecilan saya si #SyakiraHomemade tu dah makin berjalan diatas landasannya alhamdulilah rezeki Allah yang bagi kannnn. hikmahnya bersedekah pada kawan-kawan kek yang tak menepati piawaian saya sendiri, Allah gandakan ganjarannya dengan rezeki yang lain. alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.


Gambar sekadar hiasan
Dark Choco Brownies 'kedut'
by #SyakiraHomemade

ada kala macam nak mark up harga sikit dekat kek memandangkan ada kek yang rumit nak buat, bahan sekarang dah mahal. tapi selalu hati tak sampai hati. selalu hati macam kata. macam mana kalau saya sendiri tak berapa nak mampu dari kewangan dan teringinnnn nak makan kek tu tapi sebab mahal terpaksa lupakan air liur yang dah meleleh tu. aduhaiiii memang seorang ummi banyakkkkk sangat drama dia =,=

Caramel Cake Chocolate
by #SyakiraHomemade

akhirnya bincang dengan suami dan kami anggap sebagai sedekah mana yang terlebih terkurang tu. makanan ni jadi darah daging. mana tau berkat zikrullah kita masa buat kek tadi tu, cust dapat manfaatnya sekali dah berganda-ganda pahala kita dapat kan. yakinlah dengan janjiNya, insyaAllah mesti banyak ganjarannya. kadang dalam kita tak sedar, dalam pada kita tak mintak pun. Allah bagi :)

tapinya rezeki tu tak datang bergolek golek turun dari langit tau. kena usaha dulu, usaha usaha usaha dan berdoalah insyaAllah Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan mencari redhaNya. janji kena usaha. ulat dalam batu pun boleh hidup sebab dia usaha jugak okes, bukan duduk menunggu makanan jatuh dalam mulut :)

sedekah yang paling baik adalah ketika kita sendiri susah. jangan takut untuk bersedekah dan kalau rasa annoying tiap kali orang yang sama datang mintak sedekah dekat kedai makan yang selalu kita pegi jangan maki hamun dia. jangan mengutuk dia. diam je dan cuma geleng kepala. sebab ada masanya kita macam was-was samada itu sindiket ataupun betul-betul dia susah kan. jadi diam adalah lebih baik :)  


post signature

16 comments:

eima said...

semoga murah rezeki dan pandainye buat kek

idzwa kamaruddin said...

KAN KADANG-KADANG SEDEKAH SIKIT PUN BERKAT NYER DAH BNYK KITA DAPAT..

Nieyl said...

Singgah pagi...
Alhamdulillah..semoga murah rezeki lagi...Amin...

cik Anggur said...

sibb aik sempat jd org first komen kats ini...bahahahaha

kira.....sedapnya kek karemel tuuuu

iryanty ahamad said...

:-)) akak tak pernah menjadi buat kek coklat...

ada tips tak ..share plz

juicy X said...

Saja la nk kongsi...kmi ckup geram peniaga mknan yg liat nk sedekah.cth pniaga psr mlm.biasa klau dh lewat ada pniaga yg suka sedekah or bg lbh. tapiiii ada jgk yg kedekut.lg rela mknan tu rosak dr sedekah.huuuu

zai zamree said...

kdg org sangka kita ni riak nunjuk2 yg sedekah kita...ptolongan kita tu dpt blasan.
klau mcm akak...jgn pk -ve...think +ve...tu habuan yg kita dpt klau bsedekah.cpt atau lmbt ja habuan tu nk mai & bgantung dlm bntuk apa

aryan azra said...

betul tu kira...kuasa sedekah ni sangat kuat, pernah juga terjadi kat diri sendiri, kita cerita bukan nak bangga tapi nak berkongsi je kan.. moga terus dimurahkan rezeki kira sekeluarga...inshaAllah

Mummydearie said...

Kalau kita rajin bersedekah, Insya Allah murah rezeki Allah bagi balik. Banyak mana kita ada, kita kongsilah apa adanya dengan orang sekeliling kita.

nini said...

Alhamdulillah semoga bisnes lebih maju....amin

Gee Lion said...

Jarang nak jumpa penjual dan pembuat kek macam kiera sekarang.. :')

QasehnyaRania said...

betul. setuju. sama mcm ciksu la
jual cendol n laksam. nak buatnya kemahen la bercinta kan. bila ciksu tanya nape murah sangat. mak asyik cakap sedekah. sedekah. sedekah.
itulah kuncinya.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
alhamdulillah
moga bertambah murah rezeki naaaaaa

psssttt : teringin pulop kek cekelat caramel itu. kira ada buat delivery kat penang island kaaaaaaaaaaaa???

aTieYusof Family said...

Alhamdulillah.. teruskan bersedekah Kira..suka cara Kira tu..sllu mmg akan terfikir takut2 org lain tak mampu nk beli kan.. akak klu nmpak kek2 Kira buat ni teringin sgt nak cuba..ntah bila dpt merasa... hahaha.. nti balik Melaka, akak order siap2 tolong pos ke melaka..hihik

aizamia3 said...

Macam hb akak.. kalau ada tempahan makanan, mesti akan berlebih.. which mean pasti dapat tapau bawak balik.. takde macam segelintir peniaga, buat ngam2 dan ada pulak tak cukup.. huhuhu..

Siti Yang Menaip said...

wow akak pandai buat kek la.. hehehe..
dpa dap nampak semua tu..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...