Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

14 June 2015

Tido Lasak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




makin besar ni makin macam-macam kelaku Fateh Uwais tu keluar. kalau tido malam ada abi mesti kejap-kejap merengek nanges. kejap-kejap mengingau. kejap-kejap tangan merewang panggil abi -..-

tido lasak yang amat. tempat tido dia kena sebelah dinding. dinding tu pulak dah disandarkan tilam. kalau tidak tengah malam ada budak yang menagis terhantuk dinding atau panjat dinding. hewhewhew

kalau letak tempat dia sendiri, tido sensorang dia. setengah jam akan datang try skodeng. mesti dah ketengah katil atau hujung katil. 20 minit lagi berubah tempat lain pulak. paling best aritu dia tergolek jatuh bawah, mujur masa tu abi tertido dekat bawah. dia jatuh atas abi "ya Allah baby!!!" abi terkejut dengan ummi sekali bangun terduduk terkejut tengah malam. "adoiiii shakittttt" katanya hahahahahaha. adehhhh jenuh dengan dia sorang. 

kalau tido dengan dia memang sedar2 sesak nafas lah, ada budak elok landing atas dada lah, atas perot lah, celah kaki pun dia boleh tido. paling fevret dia tido kat kaki tu style macam nurse selalu letak baby dekat hujung kaki kita masa baru lepas bersalin nak tolak masuk dalam wad dulu. memang dia suka tido kat celah kaki ummi. lena pulak tu!!!! bertuah sungguh.

kalau dulu takde lasak macam ni sangat. sekarang kemain lagi. jangan bangun mengingau tengah malam je udah la anak oiiiiii. abi memang selalu dapat tempat ciputtttttt je. kalau tido ngereng jangan harap lah nak dapat tido telentang balik. budak kecik kawasan tu dah konker katil kat dia sorang =..="

kami bertiga memang tido satu katil. kalau dulu masa PJJ kan tido berdua je dengan anak, takmo la tergedik2 beli katil khas untuk anak pulak. baik tido peluk baby bear tu dari peluk bantal hihihi. tapi pernah baca yang anak bawah 3 tahun tak silap kalau kita tido dengan dia. sel otak dia lagi cepat berkembang bercambah. wallahualam. saya pun tak ingat saya baca dekat mana dulu. 


post signature

17 comments:

iryanty ahamad said...

:-)) sama macam cucu lelaki yan..kalau tidur memang lasak...

Sue PeLik said...

Hihihihi. Samalaaa dgn sy tido sekali dengan sofea and kena letak bantal kat dinding. Kalau takk. Higihi

juicy X said...

tu dok berzikir ka apa tuuuuu

zai zamree said...

sm la Aqil pon...tiap kali tjaga kdg2 kepala dia dh ke kaki abah...kang abah boh kaki sedas naya ja...lasak sungguh

ruzz ezanie said...

uwais sama macam Muhammad mu'adz! sedo-sedo dah ada kat dinding. haha

aizamia3 said...

Sebelum hb tukar kerja, semua tidur dengan akak dalam satu bilik.. ;)
Sekarang ni hanya dak Nuha tidur dengan akak, alasannya takmo ada baby lain tidur dengan akak.. hehehe..

QasehnyaRania said...

ye ke alhamdulillah
sama mcm rania. ikut dan j mana dia nak landing hihi
sama la juga suka landing ats perut la, part kaki tu pon sama hihihi

ps: ok nti nk try tgk diy sini

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
hamboiiihhhh skana jugak melasak tido yer uwais he3
abang fayyadh tido tak buas pun
tido tengah2
ibu sebelah kanan
ayah sebelah kira
satu katil jugaks he3

Cikna said...

Huihhh,mmg lasak tu.... Part jatuh atas abi dia mmg best....;-)

aryan azra said...

lasak tu..hehehe, baring atas ummi takpe,jangan terjun katil ye..

Puteri Beribiru said...

wahh yeke?tdo ngan baby lagi cepat sel otak bercambah..
kuasa tuhann...subhanallah

hainom OKje said...

Bukan Uwais jer yg tido lasak, semua budak kecik mmg gitulah Kiera....kenapa ek agaknya. Sel sel otak sedang berkembang kot hihi

aTieYusof Family said...

alo.lo..pernah jatuh katil juga si bam-bam ni ye Kira... haha..lasak sungguh..klu abg pae bila penat sgt baru lasak..dok mengepit lah kt kepala mak dia ni..nak letak kepala sebantal kengkonon... haha

Mummydearie said...

Ini memang jenis lasak masa tidur ni, Kira. Ikut siapalah tu agaknya? Kira dalam masa tidur tu memang dia jenjalan around the worldlah! Kalau macam ni memang kena tidur kat lantailah. Bentang tilam ke toto, lepas tu kasilah dia landing tanpa sempadan!

Siti Yang Menaip said...

bisala tu .. boboi cenggitu la.. pusing merata kalo tido..

Shahida Dzulkafli said...

Samalah dengan anak sha.. Lasak.. Sampai terpaksa buka katil.. kami tidur di bawah jer..

cik Anggur said...

adoi shakit tu yg lawak hahaha uwais oiiiiii

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...