Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

04 April 2016

Kenduri Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Punya la banyak ambik gambar dengan pengantin masa kenduri, tapi satu pun tak menjadi semua blur. huuuuu. yang ini je ala2 menjadi. tu pun tak sempurna jugak kejadiannya. gasak la. janji ada hewhewhew. pengantin lelaki yang kawan suami. kenduri sambut menantu la kiranya ni.

malam masa sampai Pantai Kelulut tu ada jugak bertanya dekat wife kawan suami yang mana wife kawan suami tu adik pada pengantin. kawan suami adik ipar pengantin lelaki ituuuu. paham? tak paham buat2 jela paham :p 

Tanya dekat dia macam mana konsep kenduri dekat Terengganu ni. katanya kalau kenduri pengantin perempuan meriahhhh sangat. dari pagi sampai ke malam sibuk menjamu tetamu. tak kering tangan la tuan rumah. tapi kenduri sambut menantu tak semeriah itu. kenduri kecik biasa-biasa je. kami pun ohhhh jela. yela baru first time nak merasa ke kenduri tempat orang kan.

kalau dulu masa baru je sampai Kedah terkejut la jugak bila dapat jemputan kenduri hari berkerja. tapi rupanya kalau masa cuti sekolah memang biasa je orang buat kenduri hari bekerja. meriah pun sama je macam kenduri dekat perak penang hari sabtu ahad. tak kisah catering atau gotong royong. meriah nya tetap sama. kenduri dekat Marang Terengganu ni pun sama jugak. buat hari rabu. tapi dalam minggu cuti sekolah. sepanjang kami dekat sana pun banyak je nampak kenduri sana sini hari weekday. tak culture shock dah sebab dah biasa nampak dekat Kedah hihihihihi.

Kenduri kawan suami ni. ada satu je khemah. tu pun bukan khemah kenduri. tapi khemah yang tuan rumah buat sendiri. makanan hidang buffet. takde meja makan hanya ada kerusi untuk duduk je. pinggan tatang atas tangan. baik lelaki atau perempuan sama je. pinggan tatang atas tangan. pada kami ok je. Nampak simple dan jimat. tak payah nak berhabis duit beratus yang kadang beribu nak sewa khemah dan kerusi meja makan. budget boleh lebihkan pada makan untuk tetamu. tapinya first time la untuk kami makan kenduri takde meja makan hihihihi. tapi its soooooo ok ;) 

makanan sedappppp sangat. masak kampung dan diorang masak sendiri. menu hari tu. nasi putih, masak lemak nangka, ikan kering goreng, sambal belacan, sambal tumis ikan kayu, gulai daging yang kami tatau namanya tapi sedap, pedas tak manis2 sangat :D selain dessert puding dan agar-agar. tapi makan bertambah-tambah. tak pernah pulak rasanya pergi kenduri orang makan bertambah. tapi hari tu tetiba perangai tak malu datang pergi tambah makanan, sama naik je laki bini mihmihmih. sambal belacan diorang pun sedappppp, tak sama dengan sambal belacan biasa makan dekat sini. haishhh memang sedap plus plus la masa hari kejadian!!! dah la makan bertambah siap tuan rumah bungkus kan makanan lagi untuk kitorang. mungkin sebab dengar mulut ummi yang memboyot ni duk ulang sebut sedap sedap gamaknya hehehe.

terima kasih pada tuan rumah yang baik melayan kami. dari kami mula sampai Kuala Terengganu sampaila kami dah balik. siap call suami lagi Tanya kami selamat sampai ke kemaman atau tak. takut kami sesat tiba-tiba sampai keyel pulak hewhewhew. Selamat Pengantin baru moga mahligai yang dibina berpanjangan mewangi sampai syurga. dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan sentiasa dikelilingi dengan rahmat Allah. aminnnnn

11 comments:

• Ain Cho'in • said...

Yup betul tu. Belah terengganu memang kenduri simple sangat. :)

Sedap nya masak lemak, tapi pantang makan lg. Hihi. Sebab sejuk.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

musim kenduri skrg tak tentu masa kan.. Takpe yg pntg Allah permudah kan. =)
Btw selamat pengantin baru buat pasangan! moga bahagia hingga syurga.

idzwa kamaruddin said...

part kenduri hari biase tu yang macam ehhh ye ke? so kene keluar waktu office ke ehh ke lunch hour lari..ke canne? kekekeke..

aryan azra said...

alhamdulillah..seronok dapat layanan macam tu dari tuan rumah kan, kita pun jadi tak segan.

sedap tu semua menunya tu, kira nampak berisi sangat tu haa...heheheh

QasehnyaRania said...

aamiin
ade sambal belacan msa kenduri mmg win la, kan !!

Putri said...

lain tempat...lain cara kendurinya...
seronok bila sekali-sekala ke tempat orang

aDisH.sHidA said...

masa kenduri umah sunah d bntulu pun makan tatang pinggan nasi jugak sebnarnya kira..tp dah kita sampai lambat hehe

babYpose said...

Alhamdulillah, betul sekarang kenduri hari biasa pun ada sebab tu waktu tengahari pegi makan kenduri daru pejabat :) . Syukur dapat layanan mesra dari orang ganu.

hainom OKje said...

Kiera.. bolehlah pulak awak sedondon dgn pengantin tu.
Okje pun suka gi kenduri kawen tempat yg kita tak pernah pergi, lain budayanya.

Hihi.. apa nak malu bertambah pun, janji kenyang bukan org kenal pun.

iryanty ismail said...

amin

Amanina Mads said...

selalu layan kenduri belah2 utara je kira kecuali di baling makan gulai batang pisang. pelik sikit la.

semoga berkekalan :)

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...