Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 April 2016

Masjid Kristal @ Taman Tamadun Islam : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Alhamdulilah untuk kali kedua sampai sini. tapi dengan suami dan anak kecik mulut beret tu. kali kedua solat dalam Masjid Kristal ni haaaa. sekarang bahagian ruang solat wanita dekat dalam dah takde penghadang sangat. setakat penghadang tempat untuk kaum wanita tanggal telekung pakai tudung je sikit. kalau solat dalam tu kaum adam boleh Nampak kita, kita boleh Nampak dorang huuuu. mungkin ada sebab la tu kan yang dorang buat open sikit sekarang ni. selain tu ada penambahan ruang diletakkan info serba sikit dalam masji Kristal ni jugak. tapi tula tiap kali ke sini mesti terpukau dengan seni bina Kristal nya tu. kuasa Allah yang mengilhamkan idea pada pencetusnya kan ;)






dalam kawasan masjid Kristal ni jugak la terdapatnya Taman Tamadun Islam Terengganu dan monumen2 masjid Negara lain macam indon tu haaa dan ada jugak river cruise disediakan disana. tak jauh pun kalau nak jogging jalan kaki ke TTI sana. tapi ada kereta sape suruh berjalan pecah peluh basah ketiak tengah panas tu wuuuuu. ingatkan takmo la masuk dalam. masa tu pun jam dah 3 lebih. dari sini nak terus gerak ke Kelantan. plan kalau sampai awal boleh la jenjalan lama sikit dekat wakaf che yeh nanti. kami nak tido dekat Kelantan je sebelum gerak balik alor setar hari jumaat pagi. tapinya Malaikat kecik tu Nampak keretapi dalam TTI tu!!!! terus merengek nak naik ketapi. "abi boleh laaaa adik nak naik ketapi tu japppp je. kejapppp je" =.= hati mak pak mana la yang tak cair bila anak merayu macam tu nguuuuu.





Tiket dua orang dewasa dan tiket keretapi dua orang dewasa semuanya RM53.40. tiket masuk TTI dengan tiket keretapi tak sama ye. tiket TTI beli dekat kaunter masuk dan akan dapat sorang satu passport. tiket keretapi pulak kena beli dekat bahagian dalam TTI. boleh pilih samada nak naik keretapi, basikal, bagey, atau berjalan sendiri. yang lain semua drive sendiri kecuali keretapi je akan ada pemandu yang bawak kita jalan sekitar TTI. maklumat lanjut sila google sendiri dekat web Taman Tamadun Islam Terengganu ni haaaa


 Xian Mosque, China
walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tapi kedudukannya adalah menghadap kiblat


Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
Direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

kami naik keretapi lah dah anak teruna tu req kannn. yang bestnya tiap kali sampai dekat Galeri Monumen yang boleh masuk. keretapi akan turunkan penumpang dekat sini. dan boleh la masuk melawat monument tersebut. tengok galeri dalam tu dan tengok tayangan info yang diorang sediakan. budak tu bila nak masuk tengok tayangan syok la. dia kata wayang =..= tapi mula-mula takmo turun keretapi. dia ingat dah habis masa naik keretapi. dia tak puas lagi @.@ nguuuu. nanti dah selesai tengok tayangan boleh tangkap gambar dan naik ke atas banggunan Monumen tu untuk tengok mini Monumen yang dorang bina. kalau Monumen Taj Mahal. atas banggunan tu ada mini Taj Mahal. boleh la tangkap gambar banyak2 dekat situ :p nanti sampai trip keretapi lain boleh naik dan teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. tapi kalau ikutkan saya dengan somi nak naik basikal atau bagey je senang nak berhenti tempat mana pun nak tangkap gambar. dan tak payah tunggu masa bila keretapi tu nak sampai pulak.

semua monument pun best untuk masuk. korang WAJIB ok masuk tengok tayangan tu. banyak ilmu yang korang boleh dapat. time tu baru la mulut nganga ohhhhh ini rupanya kisah disebalik tempat ni. saya la tu. dah katanya malas nak belajar sejarah masa sekolah dulu kan kofkofkof. macam saya nak membaca memang M A L A S. bila tengok tayangan tu tak payah la susah2 nak baca dah :p


Taj Mahal, Agra India

macam taj mahal ni haaa. tau yang si Shah Jahan tu bina taj mahal untuk isterinya Mumtaz Mahal. tapi tatau pulak yang rupanya syarat diletakkan pada kesemua pekerja seni bina taj mahal tu WAJIB dipotong tangan mereka semua bila binaan tu dah siap sebab Shah Jahan takmo ada banggunan lain yang dibina menyerupai taj mahal itu sendiri. huhuhuhu. cinta setia pada isteri tu dah bagus dah. bab potong tangan orang tu yang macam errr errr sikit. terus pandangan kagum pada taj mahal tu bertukar jadi negative. tu yang kata korang WAJIB tengok tayangan tu.



Kubbah As-Sakhrah Baitul Muqqadis Palestin

Monumen Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis Palestin  ni pulak selama ni tatau pun yang Kubbah ni tempat terdapatnya batu yang bawak Nabi SAW naik masa peristiwa israk mikraj dulu.. ingat tak? patut la saudara seagama kita berusaha melindungi Kubbah tu dari dicemari tangan yahudi. seeee ummi uwais baru tau lepas tengok tayangan tu. punyalah malas nak cari maklumat sejarah tu kan =..= ehhh info ni pun if I'm not mistaken lah. lupa dah info yang dia bagi masa tayangan aritu kihkihkih :p



Sultan Mosque, Singapore
Terletak di kawasan Kampung Glam, Singapura. Merupakan sebuah masjid yang terpenting di Negara itu. terkenal dengan kubah emas yang terletak di atas botal minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.


 Sorang bapak lilin sorang anak lilin bila ajak bergambar ada cahaya matahari =.=


 Kul Sharif Mosque, Kazan Rusian
pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalanakan setelah kejatuhan Soviet Union. ia merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejaran di zaman Kremlin

Abu Nasr Parsa, Afghanistan
Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa


Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
tempat idaman sekalian umat islam :) sebenarnya bawah tu ada monument sekitar Kaabah tu. tapi sebab panas hero dua orang tu takmo tunggu ummi dah. grrrr betoi. dah try ambik gambar pun gambar tak cantik. benda nya pun tak Nampak sobssssss

cumanya ada empat Galeri Monumen yang boleh kita masuk dan tengok tayangan tu. Taj Mahal, Kubbah As-Sakhrah, Al-Haram Mosque Mekah dan ape ntah lagi satu. yang itu dalam pengubahsuaian. tak boleh masuk. yang lelain tu just boleh tangkap gambar mini Monumen jela.





Passport yang dapat lepas beli tiket. passport ni wajib ada ye kalau nak lepas masuk dalam TTI tu. sila simpan. kot-kot nanti terlepas ke Terengganu dan nak masuk lagi ke sana boleh tunjuk passport ni dan dapat free Tram Ride atau Bicycle Ride untuk second visit DAN 30% diskaun Buggy Rental dan free Tram Ride atau Bicycle Ride untuk third visit. harga tiket takde diskaun lah tetap RM21.20 seorang untuk dewasa hewhewhew. yang bestnya dalam passport dia ada letak sesiap sikit info monument apa yang ada dalam TTI tu. kot kot nanti dah balik jadi macam saya lupa nama monument tu boleh la rujuk balik dalam tu hahahahaha :p


Till we meet again. insyaAllah kalau umur panjang murah rezeki lagi kan. bila dah jadi mak-mak ni jadi suka pulak pegi tempat berilmu gini, dulu masa zaman sekolah idak pulak suka. asal cikgu buat rombongan ke tempat ilmiah je mula la mengomel itu ini kofkofkof 

13 comments:

Zafirah Kama said...

pernah lalu and tengok ja.. tak pernah singgah lagi..

in sha allah kalau ada rezeki.. aminn

Aryan azra said...

akak baru sekali jejak ke sana tu pun masa adam umur setahun sekarang adam dah 7 tahun..huhuhu, teringin nak pegi lagi tapi tatau la bila pun nak sampainyer.

seronokkan dapat berjalan ke tempat macam tu baru kita tau sejarah kan

umminani said...

best tempat ini, tapi tak suka nak jalan kaki, peluh hahaha.. naik train ke apa benda panggiil tu, best cuma tak puas la pulak .

eima said...

ari tu pi situ tak masuk pun sbb tgh hari rembang ... huiiisshhh tak sanggup

el said...

bila taun lah nak sampai sini hehe

Unknown said...

Waalaikumsalam kak. :)

Pernah sampai Masjid Kristal ni tapi lama dahhhh. Tapi masa saya pergi Taman Tamadun tak siap lagi sepenuh-nya.

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum Kira...akak x sampai lagi...teringin juga nak pi tengok bangunan mini tu

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Insyaallah bila ke terengganu, aina nak singgah masjid kristal. Cantik sgt seni bina nya =)

Izwa Kamaruddin said...

wahhh best nyer! ehh suka nyer gambar family awak peluk husband tu...cantik n comel sgt ;)

OKje said...

Nasiblah okje dah pernah pergi so dpt lah jugak bayangkan bila Kiera cite ni. Tp rasanya okje tak delah tgk monumen tu..... mahei tiket katanya terus cancel hihi

cik Anggur said...

lawa jubah :P bahahahahaha

Nina Mads said...

bila lah nak sampai seru ke sana.. takda org nk bawa. hehehe
dulu xpernah pun ada tempat2 mcm ni zaman sekolah. xpayah ke luar negara, dlm tu dh ada smua monument :)

Mummydearie said...

Masa pergi hari tu akak sempat singgah Masjid Kristal aje. Nak masuk TTI dah petang sangat. Rasa ralat pulak nanti kalau dah masuk tak boleh nak cover semua tempat sebab tak cukup masa. Itulah, kena datang lagi ke Terengganu ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...