Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 April 2016

Motel Marina Inn | Roti Titab : Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Destinasi pilihan masa sampai Kelantan aritu. Motel Marina Inn. sampai pun dah lewat dalam 8 lebih macam tu. badan dah penat. mencari hotel area Wakaf Che Yeh je. senang sebab macam teringin nak berjalan dalam wakaf che yeh tu. sampai je ada Tanya satu hotel tu. Nampak elok bersih memang dekat RM60 je semalam untuk katil king size. tapi sayangnya bilik dah penuh.


Uturn dan somi Nampak motel ni dari tepi jalan. Tanya pi jela badan pun dah letih. perot dah lapar. alhamdulilah ada bilik kosong lagi. RM80 semalam untuk katil king size ada aircond siap. konsep motel. rumah banglo yang dibuat bilik asing-asing jadi motel. selesa dan takde dengar pun kalau orang bilik sebelah buat bising ke ape. dan yang penting tepi jalan. senang nak keluar masuk. 



ada banyak pilihan bilik. yang penting semua budget. tapi selesa sangat. serius cakap. sangat selesa. paling besar Family Room ada dua katil king size baru RM150 semalam. bagi kami murah dah la tu. siap ada free wifi. layan la utube sampai muntah pun hihihihihi. dari motel ke wakaf che yeh lebih kurang 5 minit je.


bilik kami aritu. dah nak balik baru teringat nak ambik gambar kihkihkih. tilam dia tebal empuk. selesa la jugak tiga beranak tido atas tu. aircond sejuk boleh laras kadar kesejukan dia(hotel bajet dekat Terengganu tak boleh laras) ada tv. almari simpan baju. iron je takde. kalau nak iron kena pegi bilik khas dorang tak silap. plug pun banyak. kiranya kalau tak bukak tv tu tak payah la bawak keluar extension sendiri. kami bila travel memana memang memasing peringat suruh bawak extension plug. henpon banyak. senang nak cas tak payah berebut :p 


Bilik air pun selesa. lantai tak licin. memang Nampak kemas dan bersih kan? yang ini pun ambik gambar sebelum balik. ada water heater yang berfungsi jugak. dan diorang ada sediakan sabun kecik2 yang bungkus kaler kuning tu sekali. air pun laju dan bersih tak berkarat.



kalau check in awal boleh bawak anak mandi dekat kolam air dorang. konsep macam Supa Dupa. kolam belon tu tapi memang besarrrrrrrrr sangat. masa sampai dah malam Nampak board iklan dorang je. bila dah pagi baru Nampak supa dupa nya. tapi sayangnya kami kena gerak balik alor setar awal dan pukul 11am baru dorang bukak. kalau tidak boleh bagi Fateh Uwais tu merasa main kejap. yang bagusnya hanya kanak-kanak dan lelaki dewasa je boleh mandi dekat sini. perempuan 13 tahun ke 18 tahun ke atas. lupa dah tapi start dari umur dah baligh la kot. tak dibenarkan mandi. terjaga la aurat mata lelaki dari mencuci sekali :D



MARINA INN
LOT 679, KAMPUNG BUNUT PAYONG, JALAN KUALA KRAI
15150 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 014 - 803 4266 @ 09 - 744 7191
MARINA : 012 - 960 7774
MAZLAN : 016 - 922 7191


Dan kalau dah sampai Kelantan pasang waze dan sila cari kedai makan Kopitiam Kita. kedai femes dekat kota bharu. orang memang ramai yakmat. tapi makanan dia sedap. saya sebab misi mencari Roti Titab ni haaaaa. tu yang tersesat ke situ hihihihi. ini Roti Titab versi tapau balik rumah. yang dekat sana tak tangkap gambar. segan sebab tumpang meja makan cust lain sama. sebab orang ramai dan kami takmo buang masa tunggu meja kosong. kami mintak tumpang je meja sape2 yang ada ruang. somi dengan anak makan nasi gulai ayam. sedap jugak. sandwich kuih lain pun sedap jugak. lalu la tekak kami ni makan. Roti titab tu roti bakar atas dia telur separuh masak. keliling yang kaler kelabu tu sri kaya.  

12 comments:

cik Anggur said...

first time tgk telor leleh mkn ngan sri kaya....

OKje said...

Ok sangat dah harga dia tu Kiera motel tu....Kiera senang le anak baru sorang selit celah mana pun muat. Mak ni 3 manusia dah .....haha....nak tak nak kena booking 2 bilik.

Roti titab tu kat Kajang pun ada so tak yah dah nak ke Kelantan hihi

babYpose said...

Seronokan penginapan tak dirancangan, just pandu tengok yang menarik stop kembara betulkan.. lama tak gi kelantan, rasa macam best pula.oh pernah tengok kazen post roti ni nama roti titab..

Unknown said...

Sedapnyaaaaa nampak roti titab tu..😷

Zafirah Kama said...

part plug tu yang paling sadis.. selalu berebut siap cabut wayar tv.. haha

Izwa Kamaruddin said...

baca kemain ralit sekali sampai gambar last tu terus rase nak nangis! huwaaa kejam nyerrr gambar last tuuuuu yang tak mengndung pun terus mengidam! kekekeke..

Anonymous said...

Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, wah menarik, tq share sama yer

amira faqihah said...

huhu sy yg kampung dkt area kota bahru pun xtau ada kedai makan nii --'

QasehnyaRania said...

roti titab tu buat ke cik suami suka la dia mkn..

Nina Mads said...

tak pernah sampai kelantan lg kira.. hahaha
bab air tak berkarat tu kelakar. nasib air bersih kan.
sedap roti titab? tukar dr kitab ke apa ni :)

Aryan azra said...

ok sangat dah harganya tu, mujur jumpa juga bilik ye, dah malam macam tu, haih kalau akak tak pernah buat macam tu lagi...hehehe takut takde bilik kosong

Mummydearie said...

Okeylah tu harga motel ni. Setakat nak buat tidur malam aje, nak berehat dari penat berjalan. Kalau memang nak lepak di hotel, kenalah bayar lebih sikit, nak bagi betul-betul selesa melepak dalam bilik ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...