Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 June 2012

Satu Perjalanan #11 versi Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya selalu dengar orang kata jangan bertunang lama-lama dugaan tue banyak. Ya! saya akui banyak dugaannya. biasanya dugaan antara dua bakal pengantin tue la kan.Alhamdulilah selama 6 bulan bape hari saya dan Pakcik Imam lalui perjalanan sebagai tunangan orang kami berdua tak diuji dengan perasaan prasangka yang boleh gugat hubungan kami. Alhamdulilah saya bersyukur sangat moga prasangka dan perasaan buruk tak berlingkar antara diri kami berdua. Amin.

Dugaan sama erti dengan ujian. ujian yang Allah turunkan untuk menguatkan hati dan diri awak semua dan saya sendiri. Dugaan yang sebenarnya makin mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Doa, berdoa dengan sungguh moga hati awak dan dia kuat hadapi dugaan yang datang tue.

kadang dugaan datang sebelum awak bertunang, kadang dugaan datang dalam perjalanan awak menjadi tunangan tue. macam saya dan Pakcik Imam, dugaan datang sebelum kami bertunang. bagi saya dugaan yang sangat mencabar diri saya.. Alhamdulilah dengan izin Allah akhirnya lagi 4 bulan insyaAllah kami bakal meneruskan perjalanan seterusnya. 

jangan ingat kami berdua tak diduga, banyak dugaan nya. terlalu banyak sampai saya tak terkata. cuma bila saya muhasabah balik tiap dugaan yang Allah turunkan untuk kuatkan hati saya dan dia. buat kami lebih matang selesaikan masalah dalam alam pertunangan seterusnya. jadinya bila ada dugaan waktu sekarang saya muhasabah, pelajaran untuk kami lebih matang bila dah melangkah ke alam perkahwinan nanti, insyaAllah. 

apa yang saya buat tiap kali saya kecil hati dengan dia. saya diamkan diri dulu, bayangkanlah kalau hati tengah panas, mesti jadi gaduh time tue lagi la syaitan menyucuk suruh kita buat benda bukan-bukan. api lawan nya air bukan angin. bila diri dah sejuk baru saya bagitau dia apa yang saya rasa. kalau salah,dia mengaku dan cuba cari jalan keluar yang baik. selesaikan cara orang matang. kawal baran dan emosi awak tue.

jauhkan sifak syak wasangka dan cemburu tak kena tempat. kalau ternampak sesuatu yang tak berkenan dimata cuba tanya dia elok-elok. selidik betul-betul. ingat jangan sesekali menghukum tanpa mengadili. kadang ramai informer yang datang bagitau kita macam-macam. kalau sesuatu tue tak elok didengar jangan cepat sangat melatah.

banyak sebenarnya yang saya nak tulis. tapi satu je. awak tahu siapa diri awak, awak lebih mengenali dia berbanding saya dan kami yang lain. bila dugaan datang kawal emosi, tenangkan diri, muhasabah kembali, cari jalan penyelesaian cara orang MATANG berfikir. 

semoga saya dan awak semua tak terjerumus dengan mainan syaitan yang menyesatkan hati. dugaan patutnya mendekatkan awak dengan pencipta bukan makin menjauhinya :) 

16 comments:

Hafizin Jamil said...

syak wasangka tu memang wajib dijauhi..baru ikatan tu utuh.

aDisH.sHidA said...
This comment has been removed by the author.
aDisH.sHidA said...

PHD ramai yang ada...so bagi yang dlm alam tunangan orang tu kena la bersifat terbuka bukan main sembur je....

**TERBUKA untuk mendengar alasan sebab musabab dan menerima nasihat orang lain..bukan terbuka untuk mendengar itu ini yang tak baik

#Eh ada typo la.....

aDisH.sHidA said...

PHD ramai yang ada...so bagi yang dlm alam tunangan orang tu kena la bersifat terbuka bukan main sembur je....

**TERBUKA untuk mendengar alasan sebab musabab dan menerima nasihat orang lain..bukan terbuka untuk mendengar itu ini yang tak baik

#Eh ada typo la.....

Unknown said...

tp percaya seratus peratus pon takley jugak

نورعيم said...

kagum dgn akak. tp seyesli sy ckp sy tak percaya lelaki. hehe.

#akachan tu baby dlm bahasa jepun.
#tahniah kak! jgn lupa jemput sy ye. hihi.

wawahida idris said...

Aminn . smoga kekal hingga akhir hayat :)

Layyinul Harir said...

first time nak komen..hehe..

mmg la dugaan bertunang sungguh hebat..yang penting,tanamkan rasa kepercayaan pada tunang.

disamping itu,mohon doa pada Allah moge permudahkan segalanya untuk melalui tempoh bertunang ini.=)

kawen jemput eh,dekat je ngn uum..hehe

kay_are said...

memang nampak r time bertunang memang banyak dugaan nye.. ramai gak yang tewas.. ape pun.. aku doakan semoga hubungan ko ngan pakcik imam kekal sampai akhir hayat ye.. amin

Unknown said...

percaya takat kemampuan diri..jangan memaksa diri terlalu mengokong ke ape ke..

btw..sy jeles awk da tunang... bilelah turn sy ek.. :)

shahjiehan said...

dah tunang ek?

Kira Sakura said...

HJ : kannnn~~

Kak Shida : setuju tue kak.. jgn suka nk ikut kata org lain yg blm tentu benar.. siasat dlu

Iffah : betol jugak sbb tue kena siasat klu ada yg x kena ;)

Noraim : xde pe yg nk dikagumkan :P

Wahida : Amin2 thanks :)

Layyinul : insyaAllah errr saya bukan kt uum.. hihi

Kay_are : AMin2, thanks weyh

Cik Zaitul : insyaAllah smpi nt turun awk ;)

SJ : ye :)

Woofer Storm said...

semoga awk dan abg akan mendapat redha dariNya..insyallah.doa sahabat sentiasa ada untuk sahabat yang lain walaupun jauh dimata..

CikSpek said...

bumi mana tak ditimpa hujan. lautan mana yg tak di pukul gelombang. hubungan mana yg tak ada dugaan dan ujian.

semoga segala urusan menuju alam perkahwinan dipermudahkan :)

tupperware_merah said...

walau aku tak cemburu kat pakcik muncet, tapi aku syak wasangka gak kat dia. sebab mama aku pesan, camane baik pun laki tu, kena rasa curiga jugak. sebab dia lelaki. akal byk. :)

cik Anggur said...

haishhhh..........bab nie no komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...