Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

24 June 2012

Satu Perjalanan #12 versi Makan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari tue masa saya lunch dengan abang kakak satu ofis nie. abang yang merupakan suami kakak itu cakap kat saya. "cari satu makanan yang paling dia suka, belajar masak apa yang paling dia suka tue". saya kata Pakcik Imam saya tolak batu dengan kayu jeeeee... abang tue kata "saya pun tolak batu dengan kayu je tapi tiap orang mesti ada satu yang paling dia suka.

abang tue bagi tips kat saya cara memikat perot suami. selalu jugak saya dengar kalau nak pikat suami jangan lupa pikat perot nya sekali. percayalah tak ada suami yang sanggup makan luar hari-hari. walau suami awak tue berpangkat tengku sekali pun duit sampai tak tau nak letak mana tapi percayalah dia lebih bahagia andai isterinya sendiri memasak untuk dia. tak percaya cuba tanya dan mintak dia jawab jujurrrrrr

saya pun tak pandai masak, mula belajar memasak umur 21 tahun gituuu, tue yang selalu cubaan pertama saya tak menjadi bila ngadu kat Pakcik Imam. "xpe la kalau tak salah kita tatau mana yang tak betoi, dah tau mana salah nanti xde la kita ulang salah tue lagi" katanyaa.. 

awak, percayalah pengalaman memasak tue sangat ohsem tau, nak-nak lagi kalau tengok orang yang kita sayang makan dengan berseleranya. kalau tak sedap dia xnak makan? yang jadi tak sedap tue maybe sebab jarang-jarang turun ke dapur kot, kalau dah selalu insyaAllah lepas nie awak main campak-campak pun jadi lebih sedap dari makan kat hotel 5 bintang tue. lepas nie biarlah jarang-jarang lepak di kedai pulak yang sebati dengan kita.

tak salah nak keluar makan kat kedai, tapi jangan lah sampai tak pernah langsung masak kat rumah. jangan sampai nanti suami keluar ayat "bayar mahal-mahal tapi still tak dapat rasa masakan isteri" haaa kan ke sentap tue. sebelum salahkan orang lain andai terjadi pape, improve kan diri sendiri dulu, ye tak? Pakcik Imam selalu tanya saya masak pe rini, saya jadi segan nak jawab kalau hari tue saya tak masak.. huhuhu.

Jom awak semua, kita sama-sama belajar dan improvekan skill memasak kita. saya pun bukanlah pandai sangat. kadang-kadang bukak buku, tanya mama, tanya kakak, tanya Pakcik Imam jugak nak masak benda yang tak tau tue.. hihihi. 

"tue pak mentua, laki kamu tue yg penting sekali" abang tue jegil mata kat saya bila saya kata pak mentua saya tau la, dia suka makan gulai tempoyakkkk.. hihihi     

9 comments:

aDisH.sHidA said...

jom jom kita belajar memasak....
air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang

Woofer Storm said...

bestnya dapat isteri pandai masak..tak juga asik menelan makanan mamak je..uwekkkk

Anonymous said...

BLUp BLUp BLUp...
SiAPAKAH GERAngan YAng SERu2 NAMa SAya Ni?
JANgan MASak SAya BUat GULai TEMpoyak UNTuk iKAT PERot EN.SUAmi SUDa :p

Cik Z@i Pen@nG said...

dia suka laksa...kena improve masak laksa la camni

Iffah Afeefah said...

buat je masak gulai kaloi tu

misteri sngt kan kak

ehh len komennye

Hafizin Jamil said...

awal saya lagi ada skil memasak daripada kakak kiera sakura..ahaha

kay_are said...

part masak2 ni aku serah kat adik2 aku je r dulu.. abang dorang lagi suka makan je.. =P

Sunah Sakura said...

suami salah sorang lecturer akak, dia pernah cite kat kitorang...dia takleh makan luar, kecuali la fast food, tu pun jarang2 sangat...

sebab ape? sebab dia boleh masuk, ape yang isteri dia masak saje...tak kisah la isteri dia masak ikan bilis goreng je pun...campak2 ke, mesti rasa sedap...kalo sebelum kawen, benda tu jatuh kat ibu dia...skang da kawen, air tangan isteri dia pulak..

orang kata...masak kena dengan kasih sayang kan? hehehe

Ruzzezanie said...

walah!!! ciri2 isteri dah kuaq dahhhh

bagus. bagus. mesti pakcik imam syg gila kat ko pasni. pasni leh la aku mkn kat umah ko je.haha

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...