Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 June 2012

Saya terkilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya jika sayangkan sesuatu benda. saya akan jaga sehabis baik. saya akan sayang sepenuh hati. kalau satu hari benda tue hilang dari saya. saya tahu saya akan menangis menahan pilu.

saya jika sayangkan seseorang, sahabat perempuan terutamanya. saya akan jaga hubungan kami seelok mungkin. sayang dia dan persahabatan kami sepenuh hati. sakitnya dia, peritnya dia, gelisahnya dia, kecewanya hati dia saya dapat rasa. sedangkan saya yang jauh dari dia tak dapat menahan rasa sedih dan sakit hati kecewa inikan pulak dia. saya nak capai bahu dia dan tenangkan dia dalam pelukan saya. saya nak buat macam tue tapi saya tak mampu. maafkan saya awak,  jauh saat awak memerlukan bahu untuk bersandar saya tiada. ketahuilah saya juga menangis disini. saya tak dapat tahan perasaan sedih. saya mendoakan awak dari jauh dari sini.  sungguh saya terkilan jauh dari awak saat nie.

Allah sayangkan awak dan dia dia. kerana itu Dia uji awak, ketahuilah awak, Dia sangat dekat dengan awak saat ini. ketahuilah awak, Dia sedang memeluk awak. ketahuilah awak Dia punya perancangan yang lebih hebat untuk awak semua. saya juga sayang awak, biarlah saya kirimkan angin sebagai ganti diri saya untuk awak... saya tau awak kuat!!!

9 comments:

Cik Sara said...

Saya tahu awak pun kuat juga!

Unknown said...

dugaan

Unknown said...

jgn terkilan wak

sbb awak da pon pelok die walaupun jauh

kay_are said...

aku tak faham sangat.. tapi, semoga sume urusan tu dipermudahkan.. semoga sume masalah diselesaikan.. amin.. =)

eiela said...

mesti kwn awk tau, awk sayangkan dia

tupperware_merah said...

sobsobsobsss.. sedih lak aku bace ni :'(


semoga semuanya dipermudahkan Allah..

Unknown said...

seorang kawan yang prihatin..
die patut bangge ade kwan mcm awak :)

wawahida idris said...

awak mmg kawan yg baik ;)

Unknown said...

alhamdulillah...kirimkan doa pada dia ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...