Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hari tue masa kemas almari suami nampak album masa dia kat PLKN dulu. belek-belek tersenyum sorang-sorang tengok gelagat suami dengan ex-awek dia masa plkn tue. haippp saya tak jeles la. buat ape lah nak jeles dengan benda yang dah lama lepas. lagi pun dia sekarang suami saya. itu gambar je :D
dah dia balik kerja kami berdua pun berbual la pengalaman masing-masing masa masuk plkn dulu. bila dia tau saya company Delta, dia boooo kan saya =.= helllooo encik suami for ur information kem kitorang dulu tak amalkan konsep percampuran jantina dalam satu company. maksud saya Alfa dan Bravo dimonopoli oleh kaum adam manakala Charlie dan Delta hanya untuk kami yang bergelar gadis ini.. eh kejap rasanya mana-mana kem plkn memang guna empat nama tue untuk setiap company kan? betulkan kalau saya silap.
ok sambung balik pasal Delta tue. maksudnya kami dulu kat sana memang saling mencabar. yang wira mesti akan tercabar kalau kalah kat tangan wirawati. yang wirawati pulak lagi bersemangat nak kalahkan wira tambah-tambah nak kalahkan company Alfa yang poyo tue. dan kalau tak silap saya company saya dapat tempat ke dua bermakna ada satu company wira yang dapat dikalahkan. tapi saya tak berapa ingat sangat yela dah makan banyak tahun kan.
lagi satu kami kalau ada aktiviti kat kem memang tak kan ada percampuran jantina. kalau aktiviti petang wira main bola kat bawah. kami yang perempuan nie buat aktiviti kat padang kawad. memang jauh dari pandangan satu sama lain. cuma waktu kelas dan aktiviti luar je yang baru kami semua bercampur, itu pun ustaz akan jeling tajam dari jauh kalau nampak ada wira dan wirawati yang mula nak rapat-rapat. pernah kami semua kena marah dan ustaz takmo bercakap dengan kami masa aktiviti dekat perkampungan orang asli. yela memang tak patut pun lelaki dan perempuan bercampur masa orang asli tue ajak menari tarian tradisional diorang. ustaz mogok takmo bercakap dan ustaz sapu bersih, marah dan perli semua yang terlibat masa aktiviti. sekali dengan pembantu komandan kena perli. hambikkk padan muka kat semua orang lepas je tue takde sape berani nak langgar peraturan lagi.
memang ustaz sangat tegas kalau melibatkan hal agama. pernah ada wira yang kena kawad time waktu lunch sebab ponteng solat. 3 hari berturut-turut tue. kena mengaji kat tengah padang kawad time waktu dhuha kalau ustaz dapat tangkap ada antara kami yang langsung tak boleh nak mengaji. kena tazkirah bila ada wirawati islam yang degil takmo pakai tudung. dan kami semua kena warning kalau ustaz dapat tangkap ada antara wira dan wirawati yang sibok nak berkapel time plkn. dendanya "kawad gewe" gewe tue bahasa kelantan. sebab kem saya terletak di negeri Kelantan Darul Naim.
mesti ada yang kata no wonders la kalau peraturannya ketat macam tue sebab kat kelantan. kan? sebenarnya kat mana-mana pun kita boleh buat. kat negeri apa pun boleh asalkan kita tau apa sebenarnya tugas kita kat situ. asalkan kita tau yang tugas itu satu amanah.dan kalau kita tau maksud islam yang sebenar. kami bertuah sebab ustaz memang sangat tegas orangnya. dia menjadikan kami hormatkan dia bukan takut. hormat dan takut dua perkataan dan maksud yang sangat berbeza. hasilnya. sebelum keluar kem semua pelatih mampu baca ayat al-quran, semua pelatih lelaki mampu imamkan solat, semua pelatih tahu tepati masa turun solat berjemaah, semua pelatih merasa solat sujud sejadah, semua pelatih tahu erti menghargai keluarga, semua pelatih paham apa itu islam.
hebatnya ustaz kami, dan saya bersyukur dipinjamkan seorang ustaz yang hebat seperti dia. doa saya moga ada ramai ustaz kat seluruh kem plkn di malaysia ini yang ikut jejak ustaz kami. Amin Ya Rabbal Alamin.
mana satu ustaz saya cari la sendiri. :p
*maaf kualiti gambar sangatlah tidak elok*
21 comments:
nak tgk gamba akak tu
ehhh
hahaha
Chehhh giat je dia . Wekkk
waaa...bestnyaaaa kem kamu...sama macam kem akak kat sini masa zaman leadeck dulu...bila leadeck da dibubar oleh tangan2 busuk, da takde da kem yang begitu menjaga syariat Islam macam dulu2...huhuhu...
yeke?? sy tak pernah g plkn gak.. huu~~ baguslah pereturan mcm ni kan
plkn...xpernah rasai..pernah masuk kem je..xpernah jalani latihan...
apa pun adik kata plkn bnyk bentuk sahsiah diri seseorang
mula mula aku ingat can cun park tu pelakon korea yang ko minat.. tertipu rupenye.. =__= aku tak pernah ber plkn.. yang tak aktif time sekolah je masuk plkn ni.. contoh nye macam ko r.. =P tegas betul ustaz tu.. bagus2.. susah nak jumpe ustaz macam tu rase nye..
mohon letak gambar personal yg tampak demok itu
Singgah sini :D
saya tak de peluang nak join plkn dulu. huhu. xde rezeki.padahal suka. hehe. bagus ustaz tu, tegas.
bgus la praturan kem camtu...so br la smua dpt pbaiki ilmu Islam dgn bgus
sya tak berpeluang p PLKN huhu
dtg baca leaps abis cuti2 mesia. TQ share cerita ye
saya pun x pegi plkn. huaghhh, lamanya x singah kat blog akak! phewwwww~
untung laaaaaaaaaaaa orang tuh! boleh masuk PLKN! huhuhuhu.
Seronokkkkknyaaaa na teringin pg!
Tp x terpilih pongggg :/
Subhanallah.bestnya PLKN akk nie..
yeahhhh cancun park sy jugak!!!! kem paling best ok! hihi.
tp time sy tu takde dah ustaz tu kak. sbb laki pompuan biasa je campur2 tu. dan ade yg sempat kapel lg dlm kem tu.
komader nama zahari eh? ke bkn time akak?
OE tak masuk PLKN... hehe.. jadi tak tahu tentang ape yang berlaku dalam PLKN... hehe... ^^
bertuah badan sebab ada kenangan macam tu, kiera. zaman kak sha dulu tak ada itu semua. tp mungkin ada rezeki kenangan lain yang mungkin boleh share dgn adik sayang sorang nieh:)
OKje tak de PLKN... sebab zaman purba! he..he...!
kerana ini lah aku akhirnya tengok sahabat aku gemok! hahaha
Post a Comment