Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 December 2012

Hati Yang Disakiti

Assalamualaikum Salam Sejahtera


siapa kata salah nak bersahabat atau berkenalan dengan berlainan jantina walaupun awak dah ada si dia yang teristimewa dalam hati. saya tak akan kata salah. tapi yang salahnya kalau awak tatau macam mana nak letakkan batas antara awak dan si sahabat itu. 

macam contoh saya dan suami. saya ambik saya dan dia sebagai contoh bukan sebab nak nampak kami bagus sentiasa. kami baik. kamilah yang paling suwit. tak, langsung tak terlintas. tapi saya ambik kami berdua sebagai contoh sebab itu pengalaman kami yang mungkin awak semua boleh ambik sebagai pengajaran dan tauladan.

sesape yang kenal suami saya mesti tau macam mana cara dia berkawan dengan semua orang. walaupun suami saya ada saya tapi dia tetap berkawan dengan kawan perempuan. sebelum kami kawen pun dia tetap ada kawan rapat yang berlainan jantina. tapi saya bersyukur sebab dia masih manjaga batas antara dia dan kawan perempuan lain.

dari pihak dia. dia hadirkan saya dalam perhubungan dia dan pihak sana. dia bagitau yang dia ada someone special pada pihak sana. dia bahasakan yang disana adik kalau kawannya lagi muda. dan dia kenalkan saya dengan kawan dia seramai mana yang mungkin. dia tetap ambik berat kawannya yang disana tapi masih menjaga batas, masih ingat yang ada sekeping hati lagi yang perlu dijaga perasaannya. 

kenapa kena jaga batas? sebab hati perempuan nie sangat lembut, sangat mudah jatuh sayang dengan perhatian mereka yang berlainan jantina. tak sama dengan lelaki. itu fitrah semulajadi. sebab itu kena wujudkan batas kalau hati awak dah ada yang miliki. kalau awak cuma anggap dia kawan atau adik atau kakak atau sewaktu dengannya jaga batas tue cuma setakat itu sahaja. jangan sampai pihak sana salah sangka dengan perhatian awak. 

jangan mainkan hati seorang perempuan. kalau suka katakan suka dan jaga hati perasaan dia sampai ijab dan kabul. kalau suka kan si dia yang di pihak sana ikut rule yang sepatutnya. jangan mainkan hati sesape. sebab awak sendiri tak nak hati awak dimainkan. saya tak berpihak pada perempuan sahaja. awak semua yang perempuan pun jaga batas kalau berkawan dengan berlainan jantina, tak kiralah kawan, abang atau sesape pun. kalau awak sedar ada insan istimewa lain dalam hati awak, jaga batas tue. jangan sampai ada hati yang terluka kat sebelah sana.

dan bagi awak yang dah tahu kawan awak tue dah ada someone special janganlah cuba nak jadi orang ke tiga. tak baik kacau perjalanan dia yang dah memang berniat nak mendirikan masjid tue. sungguh kita tatau jodoh dia dengan siapa tapi jangan cuba memburukkan nama dan diri sendiri. biarlah semua tue Allah yang tentukan. kalau betul awak dah menaruh hati pada dia berdoa dan tanya pada Allah patut atau tidak apa yang awak rasa tue. 

bersahabatlah dengan sesiapa pun asalkan pandai menjaga batas. sebab dalam islam sendiri dah sediakan batas yang sepatutnya untuk mereka yang bukan muhrim bersahabat. ikut jalan yang dah Allah sediakan. insyaAllah perjalanannya mudah dan diberkhati.

apa pun pesan saya. selagi ikatan belum menjadi halal elakkan lah dari mencari murka Allah. berserah sebulatnya pada takdir yang Dia tentukan. redha dengan segala ketentuanNya. awak bukan milik sesiapa. awak milik Allah jadi biar Allah yang tentukan selayaknya untuk diri awak. cuma dari pihak awak sendirik kena selalu ingat segala rule yang dah Allah tetapkan. jangan nak buat rule sendiri.

#Elakkan jadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. nak berpoligami pun masih ada banyak syarat lain yang kena patuhi. 

17 comments:

Syamimi Saad said...

betul tu kiera.. berkawan memang boleh.. cuma btas tu kena jga.. elakkan dari berperasaan klau tahu kawan kita tu dh ada iktan atau mempunyai hati lain perlu dijaga,,

neesa_jun said...

betul...kita kena tahu batas kita..yang kawan tu pun kena tahu juga...jangan main hentam ja... =)nice entry...

kay_are said...

owh.. macam tu eh.. memang setuju sangat.. ape yang penting kne tau jaga batas dan hubungan ngan orang lain yang kita anggap kawan tu macam mane kan.. ok2.. faham2.. arahan diterima!

Fiza Rahman said...

Betul tu. Setuju sangat2. Sebab ramai pompuan skang yg tak tau jaga batas sampai suami org pon nak kebas.

aku HaniAsyira said...

yang penting jaga batas kannn..

fRaMe+LenSeS said...

Haisehhhh cmne ni? Br berkira kira nk jd org ketiga antara awk n suami. Ehh :P

nursuriani said...

bagus! penulisan dan gaya bahasa awak sangat menarik. ada idea yang nak diluahkan! hehehehe. pengkritik bebas. ewah!. hehe. setuju2 pandai2 ler jaga batas. apa2 pun situasi keadaan semuanya terpulang kepada individu tu nak mengawalnya. :)

tupperware_merah said...

ehemm!! tersentuh plak rasa baca entri ni. hahahah

OKje said...

Ye setuju sesangat Kiera....
Sebagai perempuan yg dah berkahwin ...kita tau diri kita sapa, Insyaallah bila bergaul tu tak akan terlepas dari landasan tapi kalau lelaki ni kurang tahan goda sikit kot... goda sikit dah cair...

Hafizin Jamil said...

saya akan cuba kak. hihi.

Ain Norainsyah said...

paling suka entri ni. Jadi setia ni tak semudah abc. Berkawan dengan mereka yang dah berpunya pun belum tentu boleh jamin takkan ada sebarang perasaan kan? Melainkan kita sendiri yang pilih untuk setia. Tak kiralah lelaki anggap orang tu adik ke kakak ke... atau pmpuan anggap orang tu abang ke adik... kalau takde batas, akan wujud masalah jugak.

Orang ketiga dalam rumah tangga ni macam duri dalam daging. takde cara lain untuk selesaikan masalah ni melainkan orang tu sendiri yang pilih untuk menjauhi orang ketiga tersebut.

Ain cakap ni, sebab mende ni pernah jadik kat orang terdekat, depan mata. Sori terpanjang sikit. hehe :P

Unknown said...

betul tu..akak setuju nak berkawan dgn siapapun takpe asalkan tau batasannya,akak dgn suami pun mcm tu juga..yg penting kenalkan semua kawan2 kita pada dia

Sunah Sakura said...

saya la tu kan kawan suami awak tu kan...eh! :p

Anonymous said...

doakan yg baik2 ajelah ye

Jna marcello said...

Bravooooooo kiera!
Na suka entry ni!
Btul tuuu sbb tu la kekadangggg ade terjdi kawan suka suami kwn sndiri or laki tersuka jt bestfrwn si isreri!
Ni smua sbb da lebis batas la kn kiera?

نورعيم said...

kfine! entry suwit dia dah kuar dah.

jgn jadi org ketiga ni. sy takut tgk sekeliling mcm ni. buat takut nk realisasikan impian tu kak. huhu.

Orkid Edyliyne said...

thanks ingatkan kakak...
hehe... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...