Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 December 2012

Kerana dia yang bernama suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau minggu lepas saya dengan lagi dua orang osmate berulang Alor Setar-Penang. diorang berulang pasal anak takde sape nak jaga. saya pasal nak jaga suami, EH! hahahahaha :p takde la sebab lagi sorang osmate saya berkursus, rumah sewa takde sape makanya saya pun merajinkan diri lah join berulang. share2 la duit minyak tol kan janji boleh dapat spend time dengan suami, nak cari masa yang berkualiti walaupun kuantiti nya tak sama dengan mereka yang duduk serumah dengan suami nie.

bila suami dah tido kat sebelah tue saya ambik masa tengok muka dia. yela kalau dia tak tido jenuh saya disakatnya sampai menangis =.= kesian kat dia sepanjang hari yang saya disana. pepagi dah kena bangun mandi hantar saya ke osmate yang sedia menunggu. balik keja pulak cecepat ambik saya kat tempat yang sama. selepas jam tujuh jela masa yang dia boleh spend dengan keluarga, dengan saya, merehatkan kepala dia yang letih kat tempat kerja, melepak main game, tuit bertanya khabar kengkawan yang lain. dalam masa empat jam waktu tue la yang dicuri untuk dijadikan waktu yang berkualiti.

melihat raut wajah letih dia waktu tido memang boleh buat saya menangis. dan dalam hati berdoa moga saya menjadi ketenangannya didunia dan bidadarinya diakhirat dengan izin Allah. dan seboleh mungkin saya cuba sedaya upaya untuk tak menjadi penyebab dia tekanan yela saya kan manusia biasa yang banyak salahnya. Pakcik Imam, maafkan saya andai ada kesilapan saya yang membuat awak tertekan.

ingat lagi hari tue dia pernah cakap. lepas kawen rasa hidup lagi teratur. sampai nak kemana pun cuma ambik telefon simpan dalam poket. dan lepas tue baru kalut tanya, wallet saya ada? tab saya bawak tak? =.= kalau betol apa yang awak katakan tue saya bersyukur sebab memang itu impian saya. untuk menjaga awak. menjaga dalam erti kata meliputi kesemuanya. tapi maaflah saya cuma balik ke sana hujung minggu. tak mampu nak buatkan semua untuk awak setiap masa. huwaaaa sedihnya jadi isteri hujung minggu nie tapi bila fikir balik tengok keliling. ada orang lain yang lagi jauh dari suami. suami dok obersi wife dok mesia. lagi jenuh nak spend time kan. sekurangnya saya cuma perlukan waktu sejam. minyak dua puluh hinggit. tol dua puluh dua ringgit lapan puluh sen. kiranya saya lebih beruntung dari orang lain. Alhamdulilah syukur. 

kena selalu muhasabah diri. bila rasa diri tertekan, sedih, kecewa cuba perhatikan keadaan sekeliling. ramai lagi orang lain yang lebih tertekan sedih dan kecewa dari diri awak. berlajar bersyukur dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan. jangan sampai kufur nikmat. nanti tak pasal tempah tiket ke neraka jahanam. tak pasal je Allah tarik semua kenikmatan yang Dia dah pinjamkan ke awak. ingatan untuk diri saya dan jugak awak semua :)

#Eh banyak cerita pasal suami ek? :p

16 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Untunglah ada somi. :P

Fiza Rahman said...

Betul tu. kina kena bersyukur dgn nikmat yg allah bagi pada kita. Sedih juga kan bila duduk jauh dari suami.

mama aryan said...

in sha Allah...suami takan tertekan..pasti dia lebih bahagia bila dpt melaksanakn tanggungjawabnya utk sakura..

mama aryan said...

sama-sama..eh3 tetiba jawab kat sini,akak rasa sakura comel mcm bunga sakura tu..hehe,lgpun akak suka jg bunga sakura tu..
coklat tu sedap,kalu tau sakura nak bole akak beli lebih..

wakgelas said...

wak pon dh lama jadik suami.. ehhHHEe

Anonymous said...

untunglah ada en somi yg mcm ni

aku HaniAsyira said...

jauh2 makin rindu kan.. heee~~
untung suami untuk akan jugak.. =)

Zai Zamree said...

lama2 skali jmpa rndu makin mbara...eceyyyyy :p

نورعيم said...

untung la org tu ade abg suwit dia dah. haha.

#sila tgk inbox pm akak :p

cik nana said...

bila jauh makin rinduuu. rindu tu la jadi pengikat kasih sayang berpanjangan. takmao sedih2 ye kak :)

Orkid Edyliyne said...

hehe... itulah tu... akak jangan sedih2 ye... ^^

OKje said...

He...he..mestilah byk cite pasal suami, kan Kiera baru bersuami....
Baguslah kalau cam tu Kiera, buat habis baik tuk menjaga suami .... diakan syurga kita! Tak gitu pengantin baru! Hu,.,hu...

Unknown said...

Tp betul kan. Tenang sgt tatap muka suami bila dia tengah tidur.

tupperware_merah said...

aku nak tatap muka sapa? aku mana ada suami haa. ko saje nk bg aku jeles kan? takpe, tahun depan aku buat entri khas untuk suami selama setahun. wekk!!

kay_are said...

untung kemain.. tapi kagum siap hafal minyak ngan tol yang diperlukan.. aku pun tak hafal bape kos nak balik umah aku kot.. jauh2 sesekali jumpe baru r tambah rindu kan?

nursuriani said...

bestnyaaaaaaaaaa. rasa mcm nak kawen pulak!! huhuhuhu tapiiiiiii huwaaaaaaaaaaaa bila abah nak bagi nehhhhhhhhhhh huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...