Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 December 2012

Pinjamkan Kekuatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


itu quote yang saya dapat pagi nie. tapi itu jugak apa yang saya pelajari dari insiden yang berlaku atas diri saya sepanjang diduga dengan ujian beberapa waktu sebelum nie. dalam entry yang ini pernah ceritakan apa yang pernah terjadi pada diri saya.

sebagai contoh yang boleh saya kongsikan kat sini. apa yang pernah jadi kat saya dulu. kereta rosak. Pakcik Imam jauh, papa jugak sedara lelaki semua jauh takde sape yang boleh mintak bantu. kalau saya terus berharap pada mereka semua untuk setelkan masalah saya. cuba bayangkan berapa banyak masalah lain yang akan timbul. jadi jalan yang paling cepat dan mudah adalah dengan berharap pada Allah. Dia perancang terhebat, Dia yang memegang segala kunci, Dia yang Maha Perkasa. dengan kekuasaanNya jugak diberikan kekuatan untuk saya, kekuatan dari jiran tetangga yang sudi menghulurkan bantuan. nampak tak macam mana suwitnya Allah dengan kita. 

lagi satu contoh. awak sedih sebab kehilangan ibunda yang menjadi tulang belakang pada setiap perjalanan awak. memang tipu la kalau saya kata tak sedih andai perkara itu terjadi pada diri saya sendiri. kerana mama salah satu kekuatan saya. tapi harus jugak diingat barang yang dipinjam harus dipulangkan kembali pada yang hak. bila ibunda dah tiada separuh kekuatan dah hilang. semangat hidup jugak makin berkurang pada siapa lagi yang mampu awak berharap melainkan pada Dia Yang Maha Esa. hanya Dia yang mampu memberi awak kekuatan dan semangat.

tapi harus jugak diingat jangan waktu sedih pilu dan kecewa je berharap kat Dia, ingat kat Dia. bila dah senang terus terlupa atau buat-buat lupa. selalu lah ingat. jika awak jaga hubungan dengan Dia insyaAllah Dia akan jaga awak. tapi andai awak selalu lupa kat Dia agaknya macam mana Dia nak ingat awak? itu pun bersyukurlah Dia uji awak dengan berbagai dugaan kalau tidak agaknya sampai bila awak terus terlupa nak bermeeting dengan dia?

#Ingatan untuk saya sendiri dan jugak awak semua :) 

oh ye tahniah untuk adik saya, Noraim yang dah grad satu haribulan hari tue. akak mendoakan moga lepas nie akan menyusul kejayaan dunia dan akhirat untuk awak adik. walau akak tak dapat ke sana tapi tengok adik akak dengan baju konvo pun akak dah cukup hepy. lagi hepy bila boleh tengok adik berdua boleh tangkap gambar sesama buat akak jeles :p

12 comments:

neesa_jun said...

=) Allah menguji kita untuk menjadikan kita kuat kan?Allahuakbar!

OKje said...

Syukurkan Kiera .... itupun satu nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan kpd kita supaya terus mengingatiNya.... janganlah ditarik nikmat itu hingga kita lupa dan jauh dpd Allah

Fiza Rahman said...

Betul tu. Tiada siapa yg dpt tolong kita selain dariNYA. Dugaan buat kita jadi kuat.

Zurina Hj.Zainal said...

Bersyukur kepadaNya sbb kita terpilih utk menghadapi duggan yg diberikan olehNya....:)

aku HaniAsyira said...

bergantung pada yang kekal.. siapa lagi kekal selain daripada Allah kan..

tp nak buat macam mana sedih tu mesti ada pada setiap ujian yang datang..

Ain Norainsyah said...

Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Sebesar mana pun ujian kita, pasti ada hikmah sama ada yang kita nampak atau tak nampak. Yang penting, bersabar dan terus berharap agar satu masa, ada penghujungnya. :)

نورعيم said...

auwwwww terharu banyak2 dengan akak. thanks a lot kak! syg akak! huhu.

tupperware_merah said...

terima kasih jugak sebab dah pinjamkan kekuatan kau pada aku saat kekuatan aku jatuh berkecai. now, aku dah dapat balik kekuatan aku yg dulu. doakan kekuatan aku tu kekal ye shbt. :(

kay_are said...

betul gak kan.. bile fikir balik, mase susah je r baru nak ingat Tuhan.. time nak exam, time ngah ade problem.. time lain? memang takde kot.. ish ish.. ape pun thanks atas peringatan ye..

mama aryan said...

pinjam kata2 kak c'jai ujian itu adalah tarbiyah....Allah ingin mendidik jiwa kita supaya kuat,sabar dan tenang..
Dia uji kita kerana Dia sayangkan kita kan..

Orkid Edyliyne said...

thanks mengingatkan, kakak... ^^

nursuriani said...

setuju sangat!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...