Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

18 March 2013

Rumah Mentua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selalunya kalau orang yang dah kawen nie samada suami atau isterinya mesti kalau boleh nak elakkan dari tinggal di rumah mentua kalau rumah mak sendiri takpe :D itu jugak la antara benda penting yang saya dengan suami decide sebelum kitorang kawen dulu. Alhamdulilah dedua pun setuju nak bina hidup kat rumah sendiri. tapi takdir belum menyebelahi kitorang untuk tinggal sebumbung setiap hari makanya terpaksa la tumpang sekejap kat rumah mentua saya, suami hari-hari la tumpang dah dia keja sana. saya tumpang hari weekend je weekday balik rumah sewa sendiri.

ingat mudah ke nak tinggal serumah dengan mentua hari-hari? kalau untuk sementara waktu tue mungkin boleh terima lagi tapi kalau untuk selamanya rasanya tak ramai yang mampu laluinya. kecuali atas sebab yang tersendiri. mentua tak sihat contohnya takde sape nak jaga dia, atau mentua ada anak sorang tue je anak tunggal mungkin atas sebarang sebab yang munasabah diterima akal mungkin boleh nak tinggal sekali selamanya.

tapi setiap orang lain pendapat dan pandangan kan? ini cuma dari pandangan saya jela. tapi bagi mereka yang boleh tinggal dengan mentua nie saya salute sangat, memang tabik la dengan diorang. macam saya sendiri(saya tak suka ambik contoh orang lain), saya akui bukan mudah untuk saya lakukan benda tue. kenapa? sebab saya nie ummi yang berkerjaya dan berulang penang-alor setar setiap minggu. badan penat, otak pun letih adakalanya hari minggu la hari untuk saya tidur cover segala tenaga yang dah diguna sepanjang minggu. kadang bila terbabas tidur tue Alhamdulilah mentua saya paham, siap suruh saya naik tidur kat bilik lagi bila nampak saya dah macam dugong terdampar kat ruang tamu tue. tapi sebagai seorang menantu dan orang luar(terasa kat diri sendiri je nie) seharusnya la saya segan dengan mentua. kalau dengan mama sendiri memang mama paham sangat dah perangai anak dia sorang nie :p

lagi satu saya nie seorang yang suka memerap dalam bilik sendiri. dari zaman sekolah sampai la sekarang nie memang ini tabiat saya. kalau kat rumah sewa pun saya macam tak wujud je sebab saya tak suka nak lepak kat ruang tamu tengok tibi,entah la memang tak suka tengok movie drama semua tue lebih suka golek-golek atas katil tidooooo. haaa memang tido tue tabiat yang tak boleh dilupakan sejak dari dulu kala la huuuu. tapi mai dah mengandung nie tak boleh nak tido sangat nanti otak baby tak berkembang, tak leh dapat oksigen kalau ummi asyik membuta je. haa tengok tue baby ummi dah berkorban tuk awak nie, sila berbangga :p ok sambung balik point asal yang kedua tadi. bila dah duduk rumah mentua takkan la nak merap dalam bilik tak bercampur dengan family kat bawah kan? saya boleh tahan duduk luar bilik dalam sejam dua macam tue je lepas tue mula la jadi dugong yang laparkan bantal. pasal tue jugak la mama dengan ayah mentua suka suruh saya naik atas tido. ngehngehngeh tak sopan betul menantu sorang nie :p

bab memasak pulak. family mentua orang penang dan cara mama mentua masak tak sama dengan saya. kadang saya masak jugak bila tekak teringin nak macam-macam tapi sebab cara tak kena dengan mama masak. kadang makanan jadi membazir, saya pun jadi malas nak masak serah je kat mama dan saya tolong jagakan anak ngasuh mama sementara mama tong teng tong teng kat dapur tue. bukan malas tapi taknak la paksa diorang makan benda yang diorang tak biasa makan. lagi pun kat rumah tue menu yang paling masuk dengan semua orang adalah kari. kari saya dah tentu tentu la tak boleh lawan kari mama. jadi demi tak nak menghampakan harapan family mentua di meja makan saya pun tak menyibok la di dapur mama. time sarapan pagi jela saya nak memasak pun. tapi segan la jugak dah jadi bini orang nie. makan suami kan saya kena jaga nanti apa pulak kata suami dengan mama mentua. mama mentua kata "xpe la bukan susah pun mama nak masak, sat je nanti ira tengok dah siap, pi la duduk tgk tivi kat depan tue" suami kata "xpe la nanti bila syg rasa nak masak pape syg masak jela" tapi saya sendiri yang susah hati. kalau kat rumah sendiri senang la kan nak buat apa pun. suami memang jenis tak kisah dan tak cerewet tapi itu ceritanya kalau duduk berdua tapi bila ramai nie saya mula jadi susah hati lebih. huuuu

haaaa itu jela sebahagiannya kang kalau letak banyak lagi jadi cerpen pulak entry saya nie :p sebab tue masa mama cadangkan abang saya dengan bakal kakak ipar duduk serumah dengan mama lepas diorang kawen nanti saya tak setuju. sebab saya paham. dah kawen kita nak ada privasi sendiri. nak lepak dengan suami depan tibi, nak main kejar-kejar dengan suami dari dapur bawak ke ruang tamu. takkan la nak main aci ligan tue kat rumah mentua memang ada mentua yang tak kisah tapi kita yang orang luar nie mesti segan kan.

bukanlah saya membangkang teruk-teruk dan benci tinggal kat rumah mentua nie. tak langsung. suka duduk reramai meriah rasa rumah. macam rumah mama saya bila anak menantu cucu dia balik. tapi ada masanya kita tetap nak ada privasi sendiri dan nak bina hidup sendiri macam mak ayah kita yang bina hidup diorang sendiri dulu. mentua saya dengan mentua suami memang sangat baik melayan kami berdua. layan macam anak sendiri. back up menantu bila time anak sendiri membuli.hihihi :p Alhamdulilah syukur sangat. moga hati kami berdua dilapangkan seluasnya untuk berbakti pada kedua ibu bapa dan mentua kami masing-masing. amin


itu mama mentua saya. alkisahnya gambar nie suami dengan adik adik ipar dok bergambar dengan mama sorang demi sorang. dah tue saya yang dah penat nak berdiri buat la permintaan "mamaaaa, ira nak jugak tangkap gambar ngan mama, tapi ira tak larat nak bangun jalan dah, apa kata mama mai duduk atas nie kita tangkap gambar" nampak tak punya tak senonohnya budak sorang nie? :p nasib baik mama mentua pun jenis sporting layan je perangai pemalas menantu dia nie hihihi :p

#sedang mendraft entry makan-makan kat kampung saya ritu. tak sabar nak sharing2 :p

8 comments:

aTieYusof Family said...

Seronok bila ada Mak mentua yg sporting dan memahami.. Bagi akak, lebih prefer duk rumah sndiri jg..ye lah kekadang kita nak kan privacy kan?.. sesekali balik, hubungan tu akan jadi lebih rapat..:)

hainom OKje said...

memang setuju sesangat Kiera ...rasanya OKje pun tak mampu...dekat ni kata org bau taik jauh bau wangi...betullah Kiera cakap tu, tak de privasi.....Kiera oklah lagi mil sihat, boleh masak bagai, macam Okje MIl tak sihat, serba sebi perlukan bantuan, nak mandi, nak solat,salin baju bagai tu, memanglah besar pahalanya.....sehari dua bolehlah layankan kot, tapi kalau dah duk depan mata, duk melayan tiap2 hari takut hati tu, jadi merungut pulak...dah tak pasal2 dapat dosa......huhu..mak sendiri pun tak tentu lagi. Kalau dah duk depan mata takkan buat donno je...kenalah ringan2kan tangan tu... sebab tu le baik duk rumah sendiri lagi senang.. dahlah okje ni bukan rajin beno haha

Kesuma Angsana said...

alhamdulillah dpt MIL yang memahami. KA dulu dgn MIL masalah bahasa, then masalah nak masak cara dier, mmg pening kepala ni ha. but lama2 dah jadi oklah cuma mmg x pernah duduk sebumbung dgn mak mertua lagi. Duduk berminggu2 tu waktu cuti adalah. Pada KA senang aje treat MIL macam mak kita sendiri abis citer !

نورعيم said...

org dah jumpa dah mentua akak ni. hikhik.

neesa_jun said...

huh....suka saya baca entry ni...mana pasangan yang xnk privacy kan...huhu..nasib la kami merancang untuk tinggal berdua..dah la saya ni baloq liat.hahaha...

suka tengok kiera leh pelok2 tangan mentua...saya jumpa mentua baru 3x...sembang pun malu2 lagi...aduiiiii

Mummy LiYzA ^^, said...

hehe~kami dlu pon plan cmtu..nk tggl asing bedua~tp memandangkn dua2 tgal jauh kna la sorg stay ngn fmily sorg lg menyewa..tp bila msing2 dh keja dkt..mak mentua plak tgal betiga je kt umah pastu dia ajak kmi dok skali ngn depa~alasan umah besaq tp sunyi..n suami lak anak tunggal lelaki depa..suami ckp duduk ngn mak dia la~kita c isteri kna turut la..seb bek mak mentua 0key ^_^

kay_are said...

memang stuju ngan cite ko ni.. paling susah nak dapat bile dok ngan famili mentua ni bagi aku privasi r.. so memang aku takde plan pun nak dok ngan mentua ke ape..baik dok umah sendiri lagi ok kot..

aku HaniAsyira said...

tulah.. kalau nak malas2 pun susah kan.. lagipun kalau jauh2 baru da rindu ngna famuliy cket.. heee~~

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...