Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 April 2013

Kisah Khalifah #MGTT & Darah Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad lepas kena minum air gula sekali lagi. selalunya kalau cucuk untuk ujian kencing manis nie memang bisa sangat. tatau la kenapa. disebabkan ada sejarah muntah teruk masa pestime minum air gula dulu, saya decide aturkan appoitment untuk ambik darah suami hari yang sama dengan MGTT saya yang kedua nie. ada la peneman kalau sejarah berulang lagi kan. hihihi.

MGTT kali nie pasal berat badan yang terlebih sangat =.=" diorang mula la nak suspect diabetes. sementara minum air gula sementara tue pulak tengok suami kena ambik darah. eh sat je dah abis minum, ritu punya terjegil-jegil bijik mata nak abiskan. mungkin semangat suami sama kot. hahahaha, gedik!!!! :p

darah suami kena ambik untuk ujian talasemia disebabkan darah saya yang setiap bulan tak boleh nak naik tue. berdoa banyak-banyak moga itu hanyalah suspect dan bukan betul. amin. lepas abis je minum air gula, nurse nasihatkan jangan minum air masak banyak sangat nanti gula tue cair. huuuu baeklahhhhhhh. minum air tue sebab lapar, baby dah tendang-tendang dah kat dalam. agaknya dia pun lapar letewww, sabar baby lepas ummi ambik darah kali kedua nanti kita makan ye.

sebelum keluar bilik ambik darah tue nurse pesan lagi sekali jangan makan ape-ape dan datang semula jam 11.25 nanti. tapi suami boleh makan la katanya. sempat lagi suami saya jawab "takpe la, kita tunggu dia(saya) pun boleh makan jap lagi, sama-sama puasa." gelak je nurse tue. tapi sungguh, paksa suami makan pun takmo, nak jugak tunggu bini dia boleh makan sekali. bila dah dapat makan tengahari tue macam tak cukup nasi je saya tengok. hihihi :p tapi ape pun. terima kasih sayang, sebab sama-sama nak berkorban rasa lapar teman ummi dengan baby :)

dan sementara tunggu 2 jam tue. ye sejarah berulang lagi. abis saya muntahkan semua air gula yang minum tadi. mungkin angin dah naik sampai atas bila tak mampu nak tanggung lagi. syukur ada suami kat sebelah tolong urut-urut belakang. tolong ambikkan air. kalau tidak terdampar sekejap la saya kat tepi jalan tue sensorang huuu. tapi takde la jujur sangat nak bagitau nurse tue saya dah muntahkan, buat tatau je dan tanpa rasa bersalah hulur tangan mintak di ambil darah yang kedua :p 

berdoa sangat moga dimurahkan rezeki saya dan suami. anak kedua dan keseterusnya nanti tak perlu berulang ke klinik kerajaan lagi. tak larat nak berulang dah. minggu nie saja 3 kali kena ulang. isnin semalam dan khamis nanti. minggu depan pun sama. untuk urine and Bp test sebab berat terlebih tue. letihhhhhh tapi apa kan daya demi kesihatan terpaksa turutkan jugak. klinik ku rumah ku #Sangatttttttttt

semalam timbang berat lagi. minggu lepas 45.2kg semalam naik lagi ke 46kg. ayoooooo cepatnya naik, saya pun dah jadi takut nak makan @.@


29 April 2013

Nurul Iman #Langgar Lari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad semalam pepagi lagi dah keluar pagar rumah nak menuju ke klinik kesihatan simpang kuala, kedah bersama suami. wahhh berbunga-bunga hati suami yang teman pegi klinik :p tapi baru je keluar pintu suami dah buat terkejut. "yang kenapa dengan nurul iman(kereta) kita nie?" saya yang dah terkejut tue terus la datang dekat dia. aduhhhhh remuknya hati tengok Nurul Iman saya cedera.


terus terkedu tatau nak cakap ape. suami dok cakap itu ini pun saya diam je. sepanjang drive saya diam je layan perasaan sendiri. biar je suami rehat kat sebelah. rasa nak menitik air mata huuuu. dah tue suami pujuk kata nanti dia nak betul kan kelukaan Nurul Iman kesayangan nie. huuu terima kasih laling sebab sudi nak pujuk hati ummi. walaupun tau hati dia pun sakit tengok kecederaan nie.

al kisahnya sabtu malam tue ktorang pegi tengok tournament badminton anjuran ofis suami. parking keta elok dah tempat terang. siap jauh dari kereta-kereta yang lain lagi sebab konon nanti senang kami nak gerak awal sebab nak pegi pun sekejap je. tapi tak sangka dalam dok kita berhati-hati tue terkena jugak musibah. hurmmm. cerita MGTT besok-besok la pulak cerita. takde mood dah

23 April 2013

Kisah Khalifah #Dugaan Kurang Darah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

malasnyaaaaaaaaaaaa nak update entry sekarang nie huuuu. baru je tadi selesaikan appoitment dengan dokte. kena rujuk dengan dokte kes saya kurang darah nie. disebabkan dokte tak pasti apa puncanya, rini kena ambik darah lagi untuk diuji samada saya penghidap talasemia atau tidak. dan ahad depan suami pun kena diuji darah jugak untuk tengok dia salah seorang pembawa atau bukan. dan tambah dokte tue lagi. langkah awal untuk detect samada baby akan jadi penghidap talasemia atau tak. 21 Mei depan ada lagi satu appoitment untuk kes yang satu nie. 

rasa nak jatuh jantung nie masa dengar dokte cakap tue. sungguh sebak. saat saya tulis entry pun dada macam nak pecah menahan segala macam kerisauan. berdoa sangat moga khalifah kami dijauhkan dari segala macam sakit baik yang ringan atau yang memudaratkan. berdoa sangat biarlah saya yang tanggung segala ujian dan dugaan tue asalkan bukan anak kami. amin.

lepas nie dah boleh mula makan Iberet pulak(sebelum nie makan Sangobion), sebab ramai yang kata vitamin tue elok untuk tambah darah ibu mengandung. kita usaha ye baby. dan yang menariknya mama kata nanti mama nak buatkan tempe jadi ditumis dengan ikan bilis dalam kuantiti yang banyak untuk saya bawak balik dan makan. dan laginya mama kata mama nak tolong buat air soya tuk anak dia nie. sebab orang kata soya pun elok untuk tambah darah, betul ke tak. tatau la. 

bila saya kata suami tak bagi minum soya banyak sangat sebab tak berapa elok. terus mama kata mama nak buat soya kat saya, boleh bajet sendiri kurangkan gula, yeayyyyy sayanggggggggggggg mama :D dan kena beli jambu batu banyak-banyak lagi untuk bantu tambah darah. janji usaha dan berdoa kan ;) 

Berat 45.2kg

check up ahad lepas berat yang nurse tue timbang 41.8kg tapi baru seminggu dah naik sebanyak tue. banyaknyaaa bukan saya je pelik, nurse tadi pun pelik. dorang tanya saya makan ape yang boleh naik sampai macam nie? sebetulnya minggu nie adalah minggu tak selera makan, saya pun pelik. dan nurse yang tadi tue timbang sampai 3 kali takut depa salah. 

samada saya yang memang dah terlebih berat atau nurse yang tolong timbang ahad lepas tue yang salah timbang. wallahualam~~~ disebabkan berat dah terlebih banyak makanya 28 April 2013 nie kena buat ujian OGTT untuk tengok ada diabetes atau tak. dan kena berulang klinik isnin dan khamis depan untuk tengok tekanan darah pulak. oh banyaknya appoitment, kena tulis dalam diari sebab takut terlupa nanti.



yang bertanda pink belacan tue semua appoitment dengan klinik. hat kaler lain tue toksah la tanya appoitment dengan sape pulak :p ujian dan dugaan yang saya lalui masa sekarang mungkin kifarah dosa-dosa yang lepas. Ya Allah jika ini balasan didunia yang harus saya tanggung, saya rela terima asalkan zuriat ini dipelihara dari sebarang ujian dan dugaan yang maha berat. amin2..

#Pujuk diri sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kuasa menentukan segalanya, termasuk kesihatan anak kami kat dalam nie. 

18 April 2013

Vitamin Tambahan Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hari nie nak share vitamin tambahan untuk saya dan khalifah kecik kat dalam nie. ekceli saya nie sebelum pregnant memang tersangattttttt susah nak makan ubat. sebab-sebabnya tak reti nak telan ubat, tambah pulak kalau kena makan dalam kuantiti yang banyak. masa baru kawen dulu benyah(abang saya) pernah pesan kat suami "ko xpenah tengok dia makan ubat lagi kan? haaa ko tengok la kejap lagi keliling rumah nie dia pusing semata nak telan sebijik tue!" cisssss kurang hasam punya abang, sanggup di aibkan adik kandung depan suami yang baru dinikahi seminggu :p

tapi tue cerita dulu, skang nie suami pulak tumpang bangga bila isteri kesayangan dah pandai telan vitamin 4 bijik sekaligus. itupun lepas suami puassss ajar "yangggg telan ubat jangan minum air sampai penuh perut, memang la awak nak termuntah, dah masuk ubat tue baru telan air" bila nampak saya dah macam nak termuntah cepat-cepat dia jerit "minum air nie minum air sygggg" haaaa gituuu, mesti berbulu mata dia tengok bini dia nie makan ubat macam ape je :p dan ketahuilah yang saya sanggup belajar telan dan hadam segala macam ubat dan vitamin hanya kerana satu sebab, demi anak kesayangan ummi yang kat dalam nie. kalau tak sebab dia harus ubat tue dipandang sepi semata :p

Asid Folic

yang nie vitamin pertama dapat masa check kat klinik dokte raaofah kat ipoh. asid folic nie antara yang terpenting untuk membantu pembesaran baby kat dalam. untuk membantu sel-sel yang baru nak terbina untuk si baby. pegi klinik kesihatan pun memang akan dapat asid folic. yang penting vitamin nie kecik cinonet je. senang nak telan :p 



B Complex

dari maklumat yang saya dapat dari google. dalam B Complex nie ada macam-macam fungsi dia. nak senaraikan pun tak larat. ape kata try tengok kat sini. yang nie dapat masa kat klinik kesihatan jugak.

Iron Tablets

yang nie untuk tambah darah. kalau kes biasa makan sebijik 3 kali sehari je. tapi bagi kes saya yang kekurangan darah nie kena makan 2 bijik 3 kali sehari. ubat dia kaler coklat dan sangat tak sedap. kalau terkena bibir tue basuh macam ape je lagi sebab payau.

Vitamin Kuat Makan

ok yang nie saya yang pepandai bagi nama. sebab bila makan vitamin nie memang cepattttt sangat rasa lapar. biasanya kalau check up dekat klinik kesihatan memang dia akan bagi 4 jenis vitamin nie. dan kesemuanya FREE tanpa perlu bayar. 


Neurogain PB

yang nie sebenarnya minyak ikan yang dah dijadikan dalam bentuk capsul gel. masa pegi klinik dokte raaofah ritu pun dia ada bagi sample jugak. dan suggest dari housemate makan vitamin nie untuk otak baby. bau dia memang tak sedap tapi telan jela demi usaha nak cerdikkan otak baby. ada 30 biji capsul dalam satu botol, harga RM43. masa nak beli ritu baru tau yang ada dua jenis. satu untuk ibu hamil makan, satu lagi untuk kanak-kanak.



Jus Delima

mama selalu pesan, makan buah delima. tapi saya tak berapa suka buah delima sebab tak suka bila tergigit bijik dia. selalunya kalau makan bijik tue mesti saya buang. dah tue ape je yang tinggal manfaatnya kan? tengok pulak Jusiza ada post ritu dia minum jus keluaran nie. terus tanya mama kat kedai dia selalu beli barang tue ada tak jus delima jenis nie. bila dia kata ada terus pesan mintak tolong beli. suami tak suka minum katanya masam. memang la masam dah isteri kesayangan awak nie letak gula sikit je dalam tue :p harga RM15. lagi pun nurse suggest makan vitamin yang klinik bagi tue dengan air jus supaya lebih cepat vitamin tue hadam makanya jus delima adalah pilihan yang tepat. 2 dalam 1. mudah hadam vitamin, otak baby pun cerdik :p

kalau dari maklumat google katanya minum satu sudu pagi sebelum bekpes dan sebelum tidur, tapi buat air jus pun boleh la :p



Garlic Pill

sebab kadang saya selalu kena heartburn atau angin bila silap makan. maka mama spare sesiap garlic pill nie untuk anak kesayangan dia. sebab kadang bila angin tuju kat belakang memang dah tak boleh nak urut kan. telan jela garlic nie. selamat untuk dimakan ibu hamil tapi yang keluaran vitahealth la. harga RM19 untuk 100 bijik pil.

gambar ehsan dari google

selain segala macam vitamin nie susu jangan lupa. saya minum susu Nestle Mom&Me. ada cerita kat sini pasal susu tue. dan disebabkan kaki selalu kejang minyak panas afiat kaler hijau untuk orang dalam pantang tue menjadi pilihan. satu bau dia best, satu lagi minyak dia panas cepat meresap. tapi minyak boleh sapu kat betis je jangan gatal-gatal nak sapu kat perut time mengandung nie. kata orang la. kita dengar jela.

tapi jangan lupa, vitamin hati pun penting jugak. jangan lupa amalkan baca quran.mulakan setiap hari satu muka surat pun takpe, insyaAllah lama-lama nanti mesti boleh up lagi banyak kan. saya pun kadang bila badan penat mula rasa malasss nak membaca. tapi pernah baca dalam majalah al ustaz, motivasi nak rajin mengaji. kalau tak dapat baca sehelai dari kitab suci Allah tue. kita ambik dan cium quran tue sambil bermunajat "Ya Allah apa lah khilaf ku hari ini sehingga aku tidak dapat membaca tulisan cintaMu" haaa cenggitu la lebih kurang ayatnya. saya pun ingat-ingat lupa yang sebetulnya dorang tulis dalam tue. kalau dah tak sempat nak mengaji jugak pasang dan dengar alunan quran. nak didik anak menjadi yang soleh solehah jangan lupa didik dari dalam rahim lagi. pesanan itu yang selalu saya dengar dan baca. insyaAllah akan simpan dan ingat selamanya :)

17 April 2013

Kisah Khalifah #Bila Dah Pandai Menendang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

macam entry saya yang lepas. Allah dah mula bagi saya rasa tendangan si kecik kat dalam nie. perasaannya, subhanallah hanya Allah je yang tau macam mana. sekian lama saya menunggu saat nie. akhirnya hari ahad lepas Allah bagi saya rasa perasaan tue. syukur Alhamdulilah Allah pelihara keselamatan zuriat kami sampai ke tahap nie, dan semoga zuriat nie selamat lahir sampai tiba waktunya, dan membesar dengan sihat, cerdas dan cerdik. amin

ape yang saya perasan, budak kecik nie sangat tak boleh duduk diam bila ada abi dia. kalau dulu masa saya tak dapat rasa tendangan dia lagi. dia akan mengeras setiap kali suami ada kat sisi saya. sampai la abi dia pujuk-pujuk, telepati antara dorang berdua(sebab suami tak kan bercakap masa proses memujuk tue, cakap dalam hati la kot :p ) baruuuuuu la die diam. kalau ummi pujuk, tak layan pulak awak ye =.=

dan semalam saja la nak try test kenal ke tak dia nie suara abi dia. sekarang hp kan dah canggih, kan dah boleh rakam suara :p letak la hp kat atas perut. sebelum tue dia diam je. awal tue takde la rasa pape pun. saya pun syok la main game kan. tak lama lepas tue "ehhh anak ummi kenal ye suara abi"

sebelum tido call la suami nak sembang-sembang lepas rindu, tatau la dia dengar ikut mane kan, mana saya reti sangat ilmu sains nie (ntah betul dia dah boleh dengar ke tak?) :p tengah syok menyembang dengan suami dia pun syok menendang ummi kat dalam nie. bukan sekejap, sepanjang cakap sepanjang tue la dia aktif. rehat sekejap-sekejap je, letih agaknya kot. tergelak je saya. kalau dengan abi tue kemain lagi, saja nak buat ummi jeles letewwwwww

mama kata "padan dengan muka kamu nanti, kalau dia tinggal dengan abi nya abis la dia lupakan kamu" lepas tue mama gelak grrrrrrrrr. kalau anak kakak saya dulu pun bila papanya balik banting, diorang kena tinggal kat kampung dengan mamanya masa dalam pantang pun mengamuk kemain bila takde papa. asal tak boleh tido je, mama saya akan balut diorang dengan baju papa diorang yang dah pakai ada bau badan tue. baru tido lena. =.= jangan-jangan anak ummi nanti pun macam tue tak?????

16 April 2013

Pestime deting malam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu lepas suami ada latihan badminton untuk tournament badminton anjuran tempat kerja dia. mula tue memang dah decide nak ikut sekali lepas suami ajak. yela ahad kan ada check up, lewat pulak tue masa yang diorang atur boleh la kot rehat lebih sikit. kalau ahad besoknya kerja macam biasa rasa memang peratus nak ikut sekali tue menipissss la kot hihihi. 

ingatkan petang latihannya rupanya malam. dari 9 malam sampai 12 tengah malam!!!. huwaaaaa saya nie dah la jenis tido awal, selalu tue kalau suami keluar main time malam, saya cuma hantar depan pintu pagar rumah je bila balik pepandai masuk sendiri, larat pulak mata saya nie tak tido sampai tengah malam tue nak tunggu dia balik :p 

bila petang tue perut meragam, suami pun tukar fikiran suruh saya duduk rumah je. kesian kat bini dia yang berulang masuk toilet. yeayyyyy!!! sorak dalam hati dendiam :p tapi lepas je mandi, cucuk lens dia tue terus cakap "haaa pegi la siap" aikkkk tadi bukan kata suruh tinggal rehat kat rumah ke? huuuu bila tengok dia buat muka comel dengan ayat simpati "bukan ape nak mintak ummi teman, bila pakai lens time malam kan selalu silau kalau ada ummi ada la abi semangat sikit nak drive" sobsssssss, ambik towel turun bawah masuk bilik air.

dah la tempat tue kat seberang. menyeberang bridge semata nak pegi situ, kalau dapat pegi sunshine tengok barang baby sekali takpe la jugak Ehh!! :p ikut jela teman suami, janji besoknya tue dia pulak teman saya check up dekat alor setar sana nunnn. haaa sistem barter nkoooo :p takde la memang dah niat nak teman dia kan, bukan selalu pun. 

yang budak kecik kat dalam nie. agaknya dia eksaited kot boleh kuar malam dengan abi, selalu bila malam ummi keja membuta je :p dari start keta bergerak sampai la ke destinasi kejanya mengeras je dalam perut nie. bila time abi dia main pun sibuk mengeras kemain. bila abi letak raket duduk rehat tau pulak dia pun duduk dendiam. abi mula main balik, dia pun mula buat aktiviti. amboiiii kemain menggediknya awak bila ada abi awak. jeles ummi tau :p

sebenarnya sabtu lepas tue la pestime keluar merayau dengan suami time malam. dulu sebelum kawen konon nanti time malam nak lepak pantai la, ape la. hurmmmm sudahnya angan-angan terkubur macam tue jela. dah isteri kesayangan Nadzri nie pesen tido awal. pukul 9 je dah menguap tak henti lastnya duduk jela melepak kat rumah :p

15 April 2013

Kisah Khalifah #Chek up Minggu Ke-20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad semalam, ditemani suami check up baby untuk minggu ke 20 kat tempat biasa. klinik simpang kuala. highlights ditemani suami sebab sebelum nie kena pegi sorang2 sebab PJJ sobsobsob :p punya la ramai orang, disebabkan diorang bagi appoitment pukul 9 makanya kena la tunggu lagi lama. mujur la ada suami kat sebelah boleh jugak kacau-kacau dia, kalau tidak mati kutu sensorang. 

Alhamdulilah berat dah tak naik mendadak. lebih 100 gram je. ok la tue janji tak tanda kaler merah dah :p hari sebelum-sebelum tue timbang naik 46.2 mau tak terkejut dari 41.7 terus naik mendadak macam tue. rasanya penimbang tue rosak agaknya. terus hilang selera nak makan bila tau berat naik sampai macam tue sekali. berat yang sebenar 41.8kg, Alhamdulilah kembali normal.

cumanya Hb darah yang tak mau naik-naik. tetap maintain 9.5 macam bulan sebelum nie. nurse pun naik heran kenapa hb tak boleh naik sedangkan saya makan vitamin ikut aturan. vitamin tambah darah tue saya makan dua jenis lagi. kena rujuk dengan dokte la minggu depan, lagi pun memang dokte dah aturkan appoitment untuk saya minggu depan, pasal darah yang makin kurang dan kurang nie la. hurmm redha jela. usaha dah, doa pun sudah, tawakal jela moga takde ape yang pelik-pelik jadi. moga Allah lindungi saya dengan khalifah dalam nie amin. nak kena makan lagi banyak jambu batu lah, orang kata jambu batu boleh bantu tambah darah. kita usaha jela ye.

lagi satu nurse kata, kalau sebelum nie saya gap kan sejam sebelum dan selepas makan ubat baru boleh makan makanan lain. nurse suggest up kan jadi dua jam pulak. jadinya empat jam tak boleh makan pape. huwaaaa saya susah hati dah. yang dua jam sebelum nie perut dah tergedik-gedik menahan lapar. ini kan pulak empat jam. nangesssssss. 

dalam saya dengan suami dok susah hati tue. ada satu kejadian yang buat kami berdua tersenyum senang. baby dah pandai tendang!!! eh bukan, tendang tue rasanya memang sebelum nie dia memang dah pandai cumanya baru semalam saya betul-betul dapat rasa tendangan dia tue. mula-mula rasa tue saya tergelak, gelak yang betul-betul gelak, agaknya suami pun pelik. lepas saya cakap "ummi dah boleh rasa baby tendang la" suami pun join gelak sama. suka letewww :p amboiiii aktif kemain dia bila dah makin besar nie ye. bila malam jauh dari abi mula nak tendang-tendang ummi. heiiii bukan saya yang manja la tak boleh jauh dari suami, dah permintaan baby kannnnnnn :p

dengan semua ujian dan dugaan yang dilalui nie tetap tersenyum bila si kecik kat dalam nie sentiasa 'pujuk' saya dengan suami dengan gerakan-gerakan halus dia kat dalam nie. ummi dengan abi sayanggggggg baby ;)


disebabkan semalam suami yang teman, kita request nasi arab kat dia. semua  sebab terpengaruh dengan Jusiza, masa sampai depan kedai nie bau dia cukup menggoda. rasa pun not bad. harga pun boleh tahan. saya oder nasi arab mandy ayam yang kecik RM9. suami oder nasi arab mandy kambing kecik RM11. masa kitorang sampai tue cuma nasi arab mandy je yang ada yang lain belum siap lagi. kedai bukak dari jam 12.15 tengahari sampai 11 malam. oh lupa. lokasi kedai nasi arab belakang tesco stargate alor setar kedah. 


petang masa masuk keta lepas abis keja, cakap kat suami. "abg macam ada terbau laksa la" senyum je dia. "jom makan kalau teringin" hihihi lebleb abi. lokasi laksa ikan seko kat mergong. harga sepinggan RM3.50 memang la macam mahal sebab dia letak ikan seko kat dalam tue. lagi satu kalau kita makan kat kedai tue kita boleh tambah laksa lagi, dan percuma!!! suami nyaris-nyaris la nak tambah semalam tapi sebab dah oder ABC terus tak jadi kang mau terbongkang dedua. saya dah memang pasti la kan :p duduk dalam keta serba tak kena sebab kenyang sangat huuuu

#semalam kalau tak sebab suami halang tak bagi cuti semalam, rasanya selamat dah ambik cuti sehari sebab kesian kat dia kena tunggu saya sementara nak abis keja pukul 5. terima kasih awak :D

10 April 2013

Kisah Khalifah #Kejang Betis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak masuk second trimester nie memang selalu kejang betis. tak kira waktu. kadang pagi, kadang kat ofis, kadang kat rumah. time tengah tido yang paling syahdu bila kena kekejangan tue =.=" BabyCenter kata sebab nya macam kat bawah nie

nak baca selanjutnya? klik sini

bila kena tue kadang sengal dia bawak ke pagi besoknya. mula la jalan terhencut-hencut huuu. petua saya bila kena kejang tue tak kira la kat betis ke mana ke. jangan urut time tue, sapu je dengan air sejuk. air paip ke. macam saya air kosong memang selalu spare kat tepi katil kalau nak tido. sebab utamanya selalu dahaga time malam, dan fungsi lainya boleh sapu kat betis time kejang hihihihi.

kalau ikut yang saya baca kat baby center kadang faktor duduk bersilang kaki pun boleh menyebabkan kekejangan. maka berusaha la ingatkan diri JANGAN SILANG KAKI ummi, tapi bila terlupa tue, padan kat muka sendiri =.=

jumaat lepas, subuh-subuh lagi suami dah menjerit "yanggggggg sakit yang sakit" saya yang mamai tue pun terus duduk tegak nak tengok dia. "sakit kat mane abg?" tanya sampai dua kali tetap jugak dia kata sakit sakit. "yelaaaaa sakit kat maneeeeeeeeee" ada jugak yang kena siram dengan sebotol air pepagi tue nanti, yela dah tatau sakit tang mane :p lepas tue baru pandai jawab sakit kat mana. 

petang tue baru la suami bagitau, mungkin sebab dia nak tanggung sikit sakit yang saya rasa tue, Allah bagi dia rasa secoet. tue la saya dah kata jangan dok mintak-mintak nak share sakit saya. insyaAllah saya boleh tanggung semua ujian dan dugaan masa mengandung sebab itu anugerah yang Allah bagi untuk setiap wanita. mampu menanggung rasa sakit mengandung dan melahirkan, berbeza dengan lelaki.

sebab suami dan isteri diberikan kelebihan dan kelemahan masing-masing untuk diredhai dan disyukuri. insyaAllah ummi mampu dan kuat, abi jangan risau ye. ape pun bersyukur punya suami yang sabar melayan karenah saya, yang sanggup tak tido malam berjaga time saya tak sihat, yang sangat bertoleransi dalam apa jugak situasi. syukur Ya Allah dan terima kasih suami :)

kadang tue suka mengadu sakit kat dia bukan ape. saje nak bermanja, yela manja dengan suami la dah tue dengan sape lagi :p

08 April 2013

Oh Mama Papa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

adoiiiii entah la kenapa skang nie sangat malasssss nak update blog. malas segalanya la senang cite. pembawakan budak ke? :p semalam baru je balik dari kampung saya. lepas rindu dengan mama papa. dapat balik dua hari dalam sebulan pun jadi la dari tak dapat balik kampung langsung kan. nak buat guane bila dalam bulan tue takde cuti umum memang susah la nak balik lama sobsobsob ;( 

ayat memujuk mama, macam biasa "alaaa tak lama lagi, kejap je nanti dah bulan 8 balik nak bersalin. lama la dapat balik" tau itu jugak ayat untuk memujuk hati dia. paham sangat dah. lepas tue dengar papa tanya mama "nanti dia bersalin mane? ipoh ke penang" insyaAllah ipoh papa :D

bila dah dapat balik kampung sendiri, makan tak berhenti macam biasa la. sampai perut tegang, duduk tak kena, berdiri tak kena, baring lagi la tak kena!!! sampaikan mama kata "sudah la makannya tue, benti la, besok sambung lagi" hahahaha tengok mama sampai risau tengok anak dia makan :p "hish tak renti(berhenti) makan nye pun" itu papa yang kata sebelum saya dengan suami nak keluar ke pasar malam sabtu lepas. masa makan memang la tak sedar dah benda sedap, tapi lepas tue mula risau, ajak suami pegi timbang berat badan takut naik lagi =.="

apa yang buat saya sebak dan terharu lepas mama cerita apa yang mama sembang dengan papa ritu. sungguh, masa cerita balik kat suami bergenang air mata. meh saya nak cerita dalam bentuk kistot ek :p


*****

"nanti macam mana la ira tue bila dah bersalin, kalau tak dapat tukar lagi, dah la terkontang kanting kat sana, semua benda dia nak uruskan sendiri. uruskan diri dia, anta ambik anak lagi, jaga tengah malam pun sorang" kata mama yang sedang berbual berdua dengan papa lewat petang itu.

"nak buat macam mana" jawab papa sambil melepaskan keluhan dan melontarkan jauh pandangan yang sarat dengan seribu macam persoalan.


"kalau dia tak dapat tukar penang pun, dapat tukar balik sini pun takpe. sekurangnya ada kita nak tolong tengok anak dia. takde la dia terkejar sorang kat sana tue" sambung mama lagi.

"tak sudahnya nanti mama nie jugak yang menangis hari-hari mengenangkan dia" akhirnya mama mematikan perbualan mereka.


TAMAT

*****
haaaa macam mana la hati anak yang sorang nie tak tersentuh. tak sangka pulak mama dengan papa boleh jauh fikir sampai ke sana nun. memang la ada masanya saya terfikir jugak tapi cepat-cepat padam awan-awan yang berlegar tue sebab tak nak susah hati fikir benda yang jauhhhhhhhh lagi. 

tapi hati mama papa mane la yang tak risau ke anak sendiri kan? 

01 April 2013

Kisah Khalifah #Manja Dengan Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam sepatutnya belum masanya saya dengan baby balik rumah sewa lagi, tapi memandangkan kawan yang nak tumpang keta tue cuti, suami tak bagi berulang sorang-sorang, dia suruh balik terus je khamis nanti baru boleh balik. huuuuu *seret beg*

yang boleh buat saya dengan suami tersenyum pepagi semalam. baby awal betul bangun. selalunya dah tengahari atau petang baru nampak dia, tak pun malam baru la dia nak bangun main-main tapi pagi semalam masa saya bangun mandi, eh dia dah bangun la.

macam mana saya boleh tau dia bangun tido ke x? disebabkan sekarang dia kecik lagi kat dalam, bila time dia bangun tue perut rasa keras sangat dan tegang. perut pun boleh nampak membulat besar sikit ke depan kalau tidak tue orang tak kan tau saya mengandung sampai la saya sendiri yang bagitau.

suami kata mungkin dia tau petang nie dia tak dapat jumpa abi, tue yang dia bangun awal-awal nak 'tengok' abi. hihihi yela kot. dan sepanjang perjalanan kami dari penang ke alor setar memang tak abis la budak kecik nie mengeras kat dalam perut. sampai gatal-gatal rasanya bila time dia mengeras tue. kecik-kecik lagi dah cerdik anak ummi abi nie. kecik lagi dah boleh paham kena pjj dengan abi ye? ;)

minggu berganti minggu dan alhamdulilah makin bertambah jugak perkembangan anak kami kat dalam tue. kalau dulu bila saya sorang je dia 'tunjuk diri' tapi sekarang kalau ada abi pun dah pandai nak bermanja dengan abi. secara kebetulan atau memang dia paham apa yang suami cakap saya tak pasti la. tapi lepas suami sembang-sembang dengan dia, gosok-gosok sikit baru la saya boleh tido lena sikit, kalau tidak tue langsung tak boleh nak tido. dengan perut keras, pinggang sakit nak ke kiri tak kena, kanan tak kena. bila ummi yang gosok-gosok tak jalan pun dia. haishhh baby mohon jangan buat pangai bila balik alor setar, abi takde nak layan, ummi je yang boleh peluk tido malam.

mama saya kata anak kamu perempuan la kot, pemalu bila depan orang masa saya bagitau dia memang susah nak 'tunjuk diri' bila depan orang ramai atau masa kat kenduri kendara. mesti baby tak nak orang 'pegang' dia nie. hihihihi

apa yang terjadi tue betul atau tidak wallahualam, cuma naluri saya yang mengatakan ia. yela mana la nak tau ape sebenarnya yang dia buat dan fikir kat dalam tue kan ;)

sekarang nie selalu sangat betis kejang time malam. Allah saja la yang tau perasaan macam mana time kena tue. biasa la kan bila dah makin membesar baby makin berat la kaki kena tanggung. selalu ingatkan diri jangan duduk silang kaki sebab tak nak kena kejang betis lagi. kawan nasihatkan pakai stokin time nak tidur tapi dengan cuaca yang panas sangat sekarang nie mampu ke nak pakai stokin tue? huuuuu balik nanti nak cuba buat regangan betis mana tau boleh kurangkan sikit. nak baca pasal kejang betis? kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...