Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

01 July 2013

Kisah Khalifah #Jumpa Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas balik kampung, ada kenduri sambut puasa kat rumah mama papa. kenduri kecik-kecik je, nak lepaskan hajat mama papa yang teringin nak buat kenduri sambut puasa kat rumah sendiri. rasanya nie baru pertama kalinya kami buat kat rumah sendiri. share adik beradik. sebelum nie selalu join kenduri yang buat kat kampung belah mama je. Alhamdulilah selesai pun semuanya. dan akhirnya hampir selesai je kenduri sakit pinggang menyerang ummi, syukurlah dah nak selesai kenduri baru dia datang boleh la bawak baring kalau tidak jenuh pulak orang kat luar kita terbaring kat dalam huuuu.

jumaat tue lagi dah sampai ipoh, memang dah lama plan dengan suami nak 'tengok' baby. saya memang dah tengok baby ujung bulan lepas. yang tue pun secara tak sengaja sebab saya ada problem sikit. problem ape? hurm nanti kot baru cerita, tue pun kalau bersedia nak cerita la :p tapi masa tue scan 2D, hajat hati nak 3D memang nak sangat. Alhamdulilah jumaat lepas pegi Klinik Dokte Raoofah, tersenyum-senyum abi ummi dapat tengok baby


dapat la tengok seluruh anggota badan dia. Alhamdulilah cukup sifatnya. tapi disebabkan dia dah besar, dah rapat dengan dinding rahim susah sikit dokte nak scan. terpaksa goncang-goncang perut sikit nak bagi dia bergerak. bila nak tengok muka dia tutup dengan tangan. bila nak tengok jantina dia tutup dengan peha. dan macam biasa dia tak nak bergerak sebab bukan darah daging dia yang sentuh. kalau sebelum tue kemain lagi dia aktif. bak kata abi "baby pemalu macam abi dia" :p


yang kelakarnya keluar je klinik, abi cari gaduh dengan ummi. tengok gambar baby, tengok ummi, dah tue tengok baby balik. abi dengki muka baby ikut ummi. idung kembang macam ummi katanya. kurang hasam punya abi grrrrrrrr dan dah tau jantina. dedua kali scan dedua dokte jugak nampak jantina yang sama. dan sebab scan 3D lagi jelas dokte tunjuk jantina nye. nak tau baby boy ke girl? kena la tunggu dia keluar nanti. hihihi :p paling tak boleh lupa bila baby nguap lepas tue terus hisap jari. ngantok rupanya anak ummi nie patut tak nak orang kacau. hihihi. mama baby (kakak saya) kata muka baby, prangai baby sama macam abang danial (anak kakak). memang la sama dah Afiq Danial tue ikut gen achiknya, baby pulak anak achiknya memang la sama :p

8 comments:

aDisH.sHidA said...

mesti teruja kan...syok la tu muka ikt ummi nya..

Fiza Rahman said...

Wah...nampak jelas muka baby ☺☺

cik Anggur said...

SUBHANALLAH....indah sungguh ciptaan ALLAh semoga membesar & keluar dgn sempurna nya yea....

Zai Zamree said...

nk tau jugak jantina baby...nk tau jugak :p

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

girl ka boy? nk tau juga sblm dia keluar hehe

OKje said...

Sekarang ni mengandung boleh tengok paras rupa yeh Kiera syok betul!...Tahniah ye Kiera...tau lelaki kan hehe

Unknown said...

mesti seronokkan dan teruja masa tgk gambar baby kan

kay_are said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...