Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 August 2014

Ajarkan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

masa Fateh Uwais dalam perut dan sampai sekarang jugak insyaAllah masa akan datang, saya dah dan akan cuba banyakkan ilmu tentang pengurusan dalam mendidik dan menjaga anak. bukan mudah nak jadi ummi. anak tu amanah. esok kalau salah menjaga dan mendidik kena soal kat alam sana. ketar lutut gigil badan ko nak menjawab.sebab tu saya selalu ingatkan kawan-kawan adik beradik lain. jangan malas cari ilmu!!!

nak menguruskan anak kecik bukan senang. dan bukan jugak setiap saat kita boleh dan mampu awasi dia dengan dua mata kita. nak tak nak saya kena jugak usaha ajar si kecik kenot tu benda-benda yang dia mampu buat sendiri. mcm contoh, turun katil.

awal dulu masa dia dah boleh merangkak memang cukup takut kalau-kalau dia terjatuh katil. memang kita letak tilam dekat kaki katil tapi perasaan takut tu masih ada kan. sape yang dah jadi mak-mak ni mesti faham. risauuuuuuu tu sentiasa ada walaupun anak dah masuk sekolah rendah. eh sampai dia dah besar panjang pun perasaan tu takkan pernah hilang lah kan. jadinya setiap hari, setiap kali kami nak turun dari katil saya akan ajar dia.

tolak kaki dia turun katil sambil cakap. "kalau nak turun katil, turun kaki dulu(sambil turunkan kaki dia)". hari-hari buat benda yang sama. Alhamdulilah Fateh Uwais jenis cepat tangkap apa yang kami ajar. tak lama lepas tu dia dah boleh turun katil sendiri, bukan je katil. kalau dia duduk atas sofa pun dia akan cuba usaha turun kaki sendiri dan bukan kepala dulu. Alhamdulilah tak pernah lagi la dia tertonggeng kepala dulu. tapiiiii jangan lupa awasi dia. sebab ada masanya Uwais memang terlupa yang kaki kena turun dulu =.=

kenapa tak bukak katil dan cuma pakai tilam? sebolehnya saya dari dulu memang dah niat takmo bukak katil. sebab saya tatahan sakit pinggang kalau tido atas tilam atau toto saja. setakat seminggu nak tido tanpa katil boleh la tahan. tapi kalau dua tahun nak tido tanpa katil jenuh pulak kena berulang klinik ambik ubat tahan sakit @.@


tong sampah pun gitu. setakat tong sampah bilik mungkin boleh tahan lagi sebab cuma pampers dia aje yang ada dalam tu. tong sampah dapur dia dah mula intai semalam masa saya sibuk dekat dapur. saya cuma pesan. itu tong sampah. tempat ummi buang benda kotor. tong sampah tu kotor. bukan mainan. mainan sayang ummi dah beli banyak ada kat depan. dan alhamdulilah dia cuma intai dan tengok tanpa pegang. Alhamdulilah. moga anak ummi sentiasa istiqomahhhhhhhh

pernah baca yang kita tak boleh larang anak buat itu ini. takut nanti sel otak nak belajar dia terbantut. sebaiknya terangkan pada dia kenapa tak boleh itu ini, dan kena buat macam mana sepatutnya. itu yang lebih baik. sekarang tengah usaha nak terangkan pada dia kenapa kena solat. supaya dia tak menangis meraung bila tengok ummi solat dan tak respond pada dia. doakan kami ye ;) 

7 comments:

cik Anggur said...

MESTI COMEY JE KN KALO DIA TURUN KATIL...WEEEEEEEE

Fiza Rahman said...

Budak bijak ☺☺

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kiera.. apsal bukan kecik konet ni baca kecik kenot? macam cannot go ja hahaha

Zai Zamree said...

ok la uwais x tido buas.Aqil suka tdo pstu bgn ubah sndiri tmpt tdo.mmg slalu jatuh tilam :p

AtieYusof said...

Salam Rindu Kira & Fateh Uwais.. hehe..
Betul tu Kira, akak sllu terfikir & takut kalau2 akak tak dapt mendidik Pa'e dgn betul.. itu yg membuat akak rajin cari ilmu dlm mendidik anak ni.. yelah zmn skrg ni kan mencabar sgt.. takut kekadang..moga Allah mempermudahkan urusan kita ye.. moga anak2 dpt dididik sebaik mgkin..

juicy X said...

Bukan takat sekolah rendah...selamanya mak2 ni akan risaukan anak2...anak dah jadi mak budak pon tetappp risau...kasih ibu kan

Aryan azra said...

memang patut kita ajar anak2 ni alhamdulillah anak2 akak pun pandai turun katil sendiri...mcm comey je tgk dorg mengundur nak turun katil mula2 kaki tak sampai hehehe cuak je tgk muka dorg,bila dah bole turun senyum meleret

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...